D.L 2~ Part 19
Musim bunga telah tiba, sedar tak sedar aku bakal lahirkan anak kedua Jungkook. Aku usap perutku dan pandang bunga sakura yang berguguran di sekelilingku.
Walaupun aku selalu diseksa dulu tapi sekarang hidup aku okay bersama chanyeol. Aku terpaksa mengatakan yang aku sudah lupakan jungkook tapi hakikatnya.. Aku langsung tak lupakan jungkook walaupun sedikit pun.
Aku dongak ke atas dan tengok langit dengan usap lembut kandunganku. Seseorang memeluk lembut aku dari belakang. Kepalanya letak di bahu kananku. Tangannya pegang tanganku yang mengusap perutku.
Aku tahu itu chanyeol.
"Chagi oppa rindu chagi yang comel ni"dia pandang aku.
Aku langsung tak berkata-kata.
"Saya penat"aku alihkan tangannya dan hendak berlalu pergi. Chanyeol tahan lenganku. Dia pegang tanganku.
"Waeyo chagi?? "Aku pandang aku dengan pegang daguku. Aku tengok mukanya pucat selama seminggu di tinggalkan aku di sini.
"Chanyeol muk-"aku pegang mukanya.
"I know"dia senyum lemah.
Dia batuk-batuk dengan tutup mulutnya ketika dia batuk. Batuknya Agak teruk. Aku bimbang akan dia.
"Chan-"aku cuba sentuh dia tapi dia tepis tangan aku.
"Kau masuk rumah sekarang!! "Dia berkata dengan nada yang tinggi. Aku bulatkan mataku dan pusingkan tubuhku untuk masuk ke rumah.
Kedengaran bunyi sesuatu di belakangku.
Pantas aku toleh belakang. Chanyeol rebah di situ. Aku lari ke arahnya. Aku tutup mulutku dengan menggunakan tanganku.
Mulut chanyeol berdarah begitu juga tangannya. Aku goyangkan lengannya.
"Chanyeol wake up"aku letak kepalanya di pehaku.
"Chan"
"Sesiapa tolong!! "Aku pandang sekeliling dan usap pipi chanyeol.
Rasa tangan chanyeol genggam tangan aku.
Aku pandang dia. Sayu aku tengok keadaannya begitu.
"It's okay.. I'm okay.. I just need a rest with you.. That's only I need"dia senyum kepada aku.
Walaupun aku tak cintakan dia.. Air mataku jatuh ke pipiku. Walaupun dia seksa aku selama ini tapi aku berterima kasih kepadanya sebab tak bunuh anak dalam kandungan aku dan orang yang aku sayang.
"Don't cry... I still alive.. "Dia senyum dan usap tanganku. Aku angguk dan genggam tangannya erat.
***********
Jungkook pov
Aku gembira bila melihat wife aku bermain dengan jikook.
Jimin dan taehyung berjaya tunaikan permintaan eunji untuk pulihkan jungkook untuk ingat jikook. Tapi.. Jungkook masih tak dapat ingat eunji hingga sekarang.
Chori telah dilamar oleh jungkook untuk menjadi teman hidupnya tanpa mengetahui bahawa dia mempunyai yeoja yang sah ketika itu.
Chori telah menjadi omma angkat kepada jikook.
Aku senyum melihat jikook ketawa bersama Chori. Semuannya membuat aku bahagia sekarang.
Loceng rumahku di tekan. Aku pergi ke arah pintu dan pulas tombol pintu tersebut. Jimin dan taehyung datang ke rumah aku. Eunmi terus lari ke arah jikook.
Aku hanya geleng tengok eunmi.
"Masuklah"
Jimin dan taehyung masuk ke dalam rumahku. Itu bukan rumah jungkook dan eunji tapi itu rumah baru jungkook dan chori.
Chori menyambut tetamu dengan senyumannya.
"Kau bahagia sekarang?? "
"Yes aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang"aku jawap dengan tengok perangai jikook yang cubit pipi eunmi.
"Tapi.. Jikook itu.. Siapa omma dia?? "Aku pandang jimin dan taehyung.
"Jikook.. Ana-"jimin berhenti berkata. Bila Chori banyak air jus epal. Aku bangun dan ambil dulang yang chori bawa tersebut letakkan di atas meja.
Aku duduk kembali. Chori duduk sebelah aku.
"Anak?? "Aku pandang tepat ke arah jimin.
"Entah aku pun tak tahu"jimin seperti tak mahu menjawap soalanku.
"Dia anak kita yeoba yah"chori pukul manja dada aku. Aku senyum dan tarik chori dalam dakapanku.
Aku masih pandang jimin. Dia seakan tahu siapa jikook sebenarnya.
**********
Eunji pov
"Puan Eunji, kami dapati suami eunji menghidap kanser paru-paru tahap 4.. Kemungkinan untuk dia hidup tak lama dah.. Tubuhnya lemah.. Kami harap puan tabah.. Kami akan cuba sedaya upaya kami untuk selamatkan suami puan"doktor pegang tangan aku. Hatiku bagaikan gugur ketika itu.
Doktor usap lenganku dan mula beredar. Aku mula hembuskan nafas.
Mungkin sebab ni dia tak balik ke rumah sebab dia tak nak aku bersedih.
Aku melangkah masuk ke dalam wad. Chanyeol toleh aku dan tangannya lambai kepadaku menyuruh aku datang dekat.
Dia suruh aku tunduk sedikit kepalaku.
"I.. Lo.. Ve.. You.. "
Dia bercakap dengan mesin pernafasannya. Aku angguk laju dan tahan mataku dari berkaca.
Dia buka tangannya menyuruh aku memeluknya. Aku peluk dia dan sembamkan mukaku di dadanya.
Dia tepuk lemah bahuku dan usap belakangku.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top