D.L 2 ~Part 16

"Jungkook!!!!! "

"Jungkook!!! "Aku dari baring terus duduk. Aku pegang kepala aku.. Pening. Aku geleng kepalaku sedikit dan pandang orang yang senyum sinis kepada aku. Anak mataku perlahan-lahan melihat dia.

"Hey babe"dia tunduk sedikit dan usap pipi aku. Aku diam dan tahan air mataku dari jatuh.

Aku tepis tangan dia usap pipi aku dan terus bangun buka balkoni dan keluar dari balkoni.

Aku tengok jalan raya di depan rumah Hatiku berdenyut laju. Aku nampak darah yang tompok di jalan raya.

Aku genggam tangan aku dan pejam mataku aku. Air mataku terus mengalir. Aku buka mata semula dan toleh belakang pandang chanyeol yang pandang aku.

Aku datang dekat dengan dia.

"Kau tipu aku chanyeol"aku dongak sedikit tengok muka dia.

"KAU TIPU AKU!! "Aku tolak dia tapi dia pegang tangan aku pantas. Aku tarik tangan aku kasar.

"JANGAN SENTUH AKU!! KAU BINATANG PARK CHANYEOL!! "aku tengking dia habis-habis.

Chanyeol geram dan cekik aku. Kepalaku tepat pandang wajah dia. Aku pegang tangan dia yang cekik leherku.

"Apa kau cakap?? Binatang?? "Dia kuatkan sedikit cekikkannya. Aku keruh mukaku dan cengkam tangan chanyeol kuat apabila dia kuatkan cekik leher aku.

Aku tak boleh bernafas. Aku pukul tangan chanyeol yang aku cengkam tadi.

Chanyeol lepaskan leherku. Aku terus terduduk di hadapan dia. Aku pegang leherku dan tunduk. Air mataku tak henti mengalir ke pipi.

Chanyeol cangkung depan aku dan selak rambut aku dari menutupi muka aku. Aku langsung tak pandang muka dia.

Dia pegang daguku dan mendongakkan aku pandang mukanya.

"Aku cintakan kau eunji... "Dia bercakap kepadaku.

Perlahan-lahan dia tarik aku dalam dakapannya. Aku pejam mataku dan sembamkan mukaku di dada chanyeol.

Chanyeol usap rambutku lembut.

"Jungkook... "

***********

Situasi jungkook..

Jungkook masih tak sedarkan diri. Chanyeol mengarahkan orang bawahannya untuk bawa jungkook ke hospital selepas menyuntik eunji dengan ubat tidur.

Mesin denyutan jantung jungkook telah menguasai bunyi dalam bilik wad tersebut.

Jimin dan taehyung yang dapat panggilan dari pihak hospital segera datang ke hospital.

Jimin tak sangka jungkook.. Kemalangan. Taehyung yang genggam tangan jikook. Sayu melihat jungkook.
Jimin menghampiri jungkook yang masih tak sedarkan diri.

Jimin genggam tangan jungkook.

"Jungkook.. Kau kena kuat... Jikook perlukan kau.. Kau kena cari eunji... "Jimin tunduk dan air matanya serta merta jatuh. V pegang bahu jimin. Jimin yang nangis terus pandang v.

V senyum hambar dan usap belakang jimin.

"Appa.. "Jimin lepaskan genggamnya. Jikook genggam tangan jungkook.

"Appa bangunlah.. "Jikook goyangkan lengan jungkook dan nangis kuat-kuat kat situ.

"Appa!! Bangun!! "Jikook goyang lagi kuat lengan jungkook. Jungkook masih tak sedar. Jikook peluk jungkook dan sembamkan mukanya di dada jungkook.

********

Aku peluk lututku dan duduk di bawah air shower yang membasahi pakaianku. Aku nangis dan tak henti aku sebut nampak jungkook.

Aku rindu dia.. Sekarang aku langsung tak tahu.. Sama ada dia masih bernyawa mahupun tidak. Kejadian yang menghantui aku membuat aku tak henti mengambarkan kembali kejadian itu.

"Kookie.. "Aku berkata dengan tangisanku. Pintu bilik air dibuka. Aku pandang tepat ke arah pintu.

"Eunji.. Cepat siap kita pergi hospital"chanyeol berkata. Mataku yang sudah merah, aku kesat air mataku dan berdiri hendak keluar dari bilik air. Aku hampir hendak tergelincir tapi chanyeol sempat sambut aku.

Aku pegang lengan chanyeol dan bernafas laju. Aku berdiri dan pegang perut aku. Chanyeol rangkul bahuku aku dan bantu aku keluar dari bilik air.

Aku lepaskan rangkulnya. Aku baru nak melangkah. Chanyeol pegang lenganku dan aku berhenti melangkah.

"Stay here"aku pandang chanyeol. Chanyeol buka almari dan ambil satu tuala.

Dia datang kat aku balik. Dia buka tuala tersebut dan pakaikan di tubuhku yang basah.

Kemudian dia terus keluar bilik tinggalkan aku seorang dalam bilik itu.

********

Chanyeol parking di depan hospital.
Dia terus dan bukakan pintu kereta sebelah aku. Aku keluar dan langsung tak pandang dia.

"Aku tunggu dalam kereta"chanyeol berkata.

"Aku tak akan maafkan kau.. Kalau jungkook tak bernyawa lagi"aku pandang dia dengan mata yang berkaca.

"Jangan ingat kau buat baik dengan aku.. Aku boleh lupa apa yang kau buat kat aku dan jungkook"air mataku jatuh ke pipi pandang dia yang pandang lain. Aku terus masuk hospital dan kesat air mataku.

Aku pergi ke kaunter dan tanya nurse mana wad jungkook. Nurse bagitahu aku nombor wad tersebut.

Aku terus melangkah ke wad jungkook.

Sampai di wad jungkook, aku tolak slow pintu wad. Aku melangkah masuk ke dalam wad.

Air mataku jatuh ke pipi. Aku sentuh perutku dan cuba kuatkan diriku mendekati jungkook.

Bunyi denyutan jantungnya bermain di telingaku.

Aku tengok tangan jungkook. Perlahan-lahan aku genggam tangannya.

"Jungkook.. Ni saya.. Eunji.. "Aku tak mampu cakap ketika itu melihat keadaan jungkook.

"Yeobo... Wake up.. "Aku pandang muka dia dan air mataku tak henti mengalir..

"Mianhae.. Mianhae... "Aku peluk jungkook dan sembamkan muka di dadanya. Aku kuatkan genggamku terhadap jungkook.

Aku rindu kau jungkook..

Jungkook dengar suaraku dan buka matanya perlahan-lahan.

"Mianhae.. "Aku masih nangis di dadanya.

Aku rasa jungkook usap rambutku slow. Aku terus dongak dan pandang jungkook.

"Jungkook"aku kesat air mataku.

Jungkook pandang aku.

"Siapa kau?? "Air mataku jatuh apabila dia tanya begitu.

Tangannya yang aku genggam ditarik olehnya.

"Kau siapa?? "Suara lemahnya berkata.

"Jungkook.. Saya eunji.. Your wife.. "Aku cuba berkata. Jungkook mula bingung pandang aku.

"Aku tak pernah ada isteri.. "

Aku pejam mataku dan turun air mataku menitis.

"Kenapa kau nangis?? "Dia bertanya. Aku toleh dia.

"Jungkook.. Saya eunji"aku cuba genggam tangannya tapi dia tarik tangannya dari aku genggam tanganya.

"Aku tak kenal kau.. Kau siapa?? Dia tolak aku jauh dari dirinya.

"Jungkook"aku cuba merayu kepadanya.

"Pergi!! "Jungkook menyuruh aku pergi. Hatiku seperti hancur kerana ini.

"Pergi!! "Dia jerit lagi.

Nurse masuk dalam wadnya.

"Nurse tolong bawa dia keluar"jungkook berkata.

"Cik.. Maafkan saya.. "Nurse berkata. Aku langsung tak dengar apa yang dikatakan oleh nurse tersebut.

Aku pusingkan tubuhku dan keluar dari wad. Aku melangkah slow² tanpa sedar aku sedang jalan. Aku tak sedar aku melangkah ke mana. Fikiranku sedih memikirkan semuanya.

"Eunji"aku rasa ada seseorang pegang tanganku. Aku berhenti melangkah.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top