DARK WEB INTRODUCTION ♥
.
.
.
.
.
.
Sebelum kita menyelam dengan lebih dalam cerita ini,izinkan saya membuka satu topik tentang laman web yang digelar sebagai DARK WEB.
.
Umum kita ketahui yang internet di dunia ini mempunyai 3 Level .
[ LEVEL 1 ]
Dikenali sebagai SURFACE WEB
{ SOALAN }
“ Apa itu SURFACE WEB ? ”
Baiklah semua. Surface Web ni app app yang kita biasa pakai macam Google,Facebook,Instagram,Wattpad dan lain lain.
Jadi anda semua harus bersyukur kerana tergolong dalam golongan yang selamat walaupun kadang kadang identiti mudah terbongkar dan pihak lain senang mencorobohi akaun milik anda.
Nampaknya,kita semua berada dalam golongan LEVEL 1 .
.
.
.
[ LEVEL 2 ]
Dikenali sebagai DEEP WEB
{ SOALAN }
“ Apa itu DEEP WEB ? ”
Ok. Bab ni dah kira dalam sikit lah. DEEP WEB ni merupakan salah satu ruangan laman web internet yang menyimpan hampir 90% maklumat internet yang tersembunyi dari pengetahuan umum dan semuanya hanya akan dijumpai disini.
Untuk masuk ke dalam DEEP WEB ini bukan menggunakan browser yang kita selalu guna sekarang ni tau !
Kerana apa ?
Kerana ia menggunakan browser khas untuknya sahaja .
Jadi,anda semua mungkin mampu untuk masuk ke LEVEL 2 ini kerana terdapat banyak cara cara mudah di luar sana yang telah pun mengkantoikan jalan pintas untuk masuk ke LEVEL 2 ini.
Jaringan DEEP WEB ini turut melindungi identiti pengguna daripada diketahui pihak berkuasa seperti FBI,POLIS,KERAJAAN dan sebagainya.
Tapi sayangnya....
DEEP WEB ini bukanlah 100% kebal kerana pihak berkuasa masih mampu untuk masuk ke laman web ini.
.
.
.
.
[ LEVEL 3 ]
Dikenali sebagai DARK WEB
{ SOALAN }
“ Apa itu DARK WEB ? ”
Bismillah !
DARK WEB ni dah wujud sekitar tahun 2009 ye gais dan mujurlah kita semua ni kira lebih tua dari DARK WEB ini. Bilamana cerita pasal DARK WEB ni mula tersebar dan viral dekat SURFACE WEB and netizen being a netizen mula panas membincangkan tentang satu website yang wujud dalam DARK WEB ni tau !
Apa dia website konon panas tu ?!
Ia dikenali sebagai RED ROOM .
Lahhhh pasal DARK WEB belum habis muncul pulak dah natang apa jadah dia ni ha !
RED ROOM ni kononnya lah kononnya satu website yang memaparkan satu siaran langsung tau ! Macam LIVE dekat IG dan FACEBOOK tu ha . Siaran langsung dia ni gais lain dari yang lain sebab apa ? Sebab siaran langsung dia akan memaparkan siaran secara langsung orang yang diseksa dengan kejam. Orang tu pulak yang diseksa tu tadi sama ada dia diculik ataupun dibayar untuk diseksa secara kejam !
Orang yang jadi ahli dalam website RED ROOM ni ialah orang yang mempunyai minat yang jijik di mana mereka adalah orang yang bersifat sadistik (sadis/kejam) .
Jadi kalau sesiapa yang gelar diri mereka psycho tu awak kena ada jadi ahli RED ROOM dulu tau ! Baru nampak sikit kepsikoan awak tu gitchu ! Guro je halah 😂
Kita sambung sat !
Mereka ni semua suka dengan benda yang mengerikan . Mereka akan berasa puas melihat orang lain terseksa ! Ajer giler woi dan yang paling gila sekali adalah mereka sanggup bayar beribu ribu US Dollar hanya untuk menjadi ahli RED ROOM dan ingin melihat orang yang diseksa secara LIVE atau secara langsung !
Sesiapa yang bayar harga paling
mahal akan dapat memilih macam mana cara untuk menyeksa orang tersebut atau macam mana cara orang tersebut mati.
The craziest part is -
AWAK DAPAT MEMILIH ORANG YANG NAK DISEKSA ITU LELAKI ATAU PEREMPUAN. BUDAK ATAU ORANG TUA DAN TRASGENDER ATAU YANG SEUMPAMA DENGANNYA.
Sorry capslock :)
[ INFO TAMBAHAN ]
DARK WEB ini turut menjadi salah satu platform utama para penjenayah atau ahli kongsi gelap seperti mafia,yakuza dan sebagainya untuk membincangkan tentang sesuatu perkara antara mereka.
Jangan lupa ye semua !
DARK WEB ini amat susah untuk digeledah. Kenapa penjenayah memilih DARK WEB untuk laman sembang mereka ? Kerana pihak berkuasa tidak dapat mencorobohi akaun ataupun identiti mereka di sini.
DARK WEB turut digelar sebagai dunia gelap maya di mana di dalam DARK WEB terkandung banyak barangan barangan haram yang dijual seperti apa ? Seperti Dadah,Senjata Api dan lain lain.
Aip ! Ingat senang nak masuk DARK WEB ? Sebenarnya memang senang tapi tulah kalau nak masuk dengan sebenar benarnya tu yang agak susah tu.
DARK WEB turut menggunakan BITCOIN untuk membeli dan membuat bayaran. Nak masuk DARK WEB pun kena bank in dekat bank bitcoin milik dorang tau ? Kalau murah takpe tapi harga cecah ratusan juta woooo !
Khabar angin ada yang mengatakan bahawasanya sesiapa yang mahu memasuki DARK WEB hendaklah menerima jemputan dari seseorang yang telah lama ada dalam DARK WEB jadi sesiapa yang ada member dalam DARK WEB tu kira lucky lah kot 😂
Anyway banyak diingatkan sekali lagi bahawa DARK WEB adalah salah satu jaringan berbahaya yang pernah wujud di muka bumi. Kerana apa ? Kerana DARK WEB mengumpulkan beribu ribu atau berjuta juta manusia yang mempunyai sifat psiko,membunuh,mafia,penjahat,perompak,perogol,ahli kongsi gelap dan gansgter serta yang seumpamanya.
Dengar kata juga kalau nak masuk DARK WEB kena masukkan sekali data data pasal ahli keluarga,tempat kerja,gaji dan sebagainya.
Wuish bahaya dong !
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top