♡97♡





HATI yang tadinya panas berubah lembut saat dia terdengar suara merdu seseorang yang mengalunkan ayat-ayat yang dia pernah dengar. Ayat Al-Quran. Mustahil lah dia tak pernah dengar dah kalau Aryan,Fedrick dengan Hazry merupakan satu-satunya kawan dia yang beragama Islam.


Keluhan berat dilepaskan. Kakinya terhenti tepat-tepat di hadapan pintu bilik Syarwani. Tahu sangat siapa yang tengah mengaji kalau bukan wanita itu sendiri. Hatinya mudah lembut jika ayat suci itu dilaungkan bahkan dia sendiri tertarik untuk mengenal Islam.


Dia pernah mencuri-curi lihat Aryan yang sedang solat bahkan dia sendiri pernah menyaksikan bagaimana Fedrick mengambil wudhu di dalam bilik air. Dia juga turut pernah mendengar Hazry melaungkan azan dan tipulah jika dia kata dia tidak terkesan.


Dia terkesan. Sangat-sangat terkesan. Niat sudah ada cuma dia masih teragak-agak. Dia segan. Sudahlah badan dia berconteng di bahagian bahu lepastu dahlah dia sudah banyak kali membunuh. Layak ke dia diberikan peluang untuk menyelam masuk ke dalam agama suci itu ? Sedar dia telah mengelamun jauh terus kepalanya digeleng kecil.


Baru kakinya nak melangkah pergi,pintu bilik itu sudah terbuka dari dalam. Terpampang wajah pelik Syarwani yang sudah lengkap bertudung sarung peach. "Leon ? Awak dah balik ?"


Leon hanya berdehem tanda mengiyakan. Kepala dijengah ke dalam untuk melihat jika Zazril ada di dalam ataupun tidak. Syarwani yang sedar lelaki itu tercari-cari akan anaknya segera menegur lembut. Bukan dia tak tahu yang lelaki itu memang rapat dengan Zazril.



"Kalau awak nak cari Zazril dia dekat laman belakang" lembut nada suara Syarwani tetapi tetap sahaja tidak mendatangkan sebarang getaran dalam hati Leon. Kalau lelaki lain sudah tentu akan tergoda tetapi bukan dia. Leon mengangguk perlahan. "Thanks" wajah Syarwani dikerling sekilas sebelum langkah dibuka jauh untuk pergi ke laman belakang.



Syarwani tersenyum pahit. Belakang tubuh Leon yang menjauh dipandang sayu. Apa kurangnya dia sehinggakan lelaki itu tidak mahu memandangnya dengan pandangan tertarik ? Seringkali dia dilayan dingin oleh Leon hinggakan dia sendiri pelik dengan dirinya. Jatuh cintakah dia dengan lelaki barat itu ?







_________________________________









"HEY kiddo. What are you doing hm ?" Zazril yang sedang bermain sesuatu menoleh ke belakang dan wajah yang awalnya kosong berubah ceria tatkala tubuh sasa Leon menjengah matanya. "PAPA !" Leon tergelak kecil tatkala pinggangnya dipeluk kuat oleh Zazril. Wajahnya yang dingin serta beku bertukar manis dalam sekelip mata.


Hanya Zazril yang mampu mendatangkan perasaan bahagia dalam dirinya. Hanya kanak-kanak itu yang membuatkan dia sedar bahawa dirinya masih diperlukan lagi. Leon mencangkung. Wajah memerah Zazril yang ingin menangis dipegang dari kedua belah.


"Hey boy don't cry. Papa already here. Ok? Shuhh it's hurt seeing you cry in front of me" belakang tubuh Zazril ditolak perlahan dan sekelip mata sahaja tubuh kecil itu melekap erat dengan tubuhnya. Zazril memeluk kuat leher Leon dan menyembamkan wajahnya pada bahu kekar lelaki itu. Air matanya menitis jatuh terkena baju Tshirt yang dipakai Leon.


Tangan Leon bergerak perlahan mengusap belakang badan Zazril. Biarlah budak tu lepaskan segala apa yang telah lama terpendam. Tak sangka dia Zazril yang dahulunya dia pegang sewaktu masih bayi kini tumbuh dengan subur menjadi seorang kanak-kanak lelaki yang comel. Bulu mata kanak-kanak itu lentik dan wajahnya agak maskulin bagi kanak-kanak lelaki seusianya.




"I miss you...so much hiks" serak suara Zazril mengungkap kata rindu buat lelaki yang dianggap papanya itu. Sungguh dia rindukan Leon. Terlalu rindu. Entah kenapa tapi hati dia terpaut pada Leon sahaja dan dia ingin lelaki itu menjadi papanya yang sebenar. Bukan puraan seperti sekarang.



"I know buddy. I miss you too. So damn much you know" Leon tergelak kecil. Baginya telatah Zazril benar-benar membuatkan dia teringat dirinya yang lalu. Sebaik sahaja Tuan Alex pulang dari kerja terus sahaja tubuh kekar orang tuanya dipeluk erat dan bibirnya tidak henti mengalunkan kata-kata rindu namun apa yang dia dapat hanya tepisan. Makian dan hinaan.


Tanpa sedar senyumannya kendur. Lesu. Pahit. Waktu inilah dia berjanji untuk memberikan Zazril zaman kanak-kanak yang paling gembira. Dia inginkan Zazril merasakan apa yang kanak-kanak seusianya patut rasakan dan bukanlah kesakitan seperti yang dia telah rasakan sewaktu dia masih kanak-kanak dahulu kala.


Kalau boleh dia mahukan Zazril menyimpan sebanyak mungkin kenangan manis sewaktu zaman kanak-kanaknya sekarang ini. "Papa pergi mana ? Lama sangat papa kerja..." Pelukan dileraikan dan Leon duduk bersila atas rumput hijau di belakang laman mewahnya itu. Badan Zazril direbahkan pada ribanya dan lengan kanannya menjadi penyandar untuk Zazril bersandar.


"Yes buddy papa kerja. Lagipun papa kerja sebab nak dapat apa ?" Zazril tersengih hingga menampakkan giginya yang cantik tersusun. Tangan diangkat tinggi lagak ingin menjawab soalan yang ditanyakan oleh cikgu. "DUIT !" Leon tergelak besar. Duit ajelah yang budak tu tahu. Dagu Zazril dicuit lembut. "Kalau dapat duit dapat beli apa?"



"BUKU !" Leon dan Zazril sama-sama ber-hi5. Mereka berdua tergelak kuat hinggakan Fedrick yang baru bangun dari tidur dan mamai-mamai ayam terhenti langkahnya. Pintu sliding kaca yang memisahkan bahagian dalaman rumah dengan laman belakang mewah Leon dijengah dengan perasaan tertanya. Hantu mana mengilai petang-petang buta macam ni ?



"Zazril ? Leon ? Jadah apa dorang buat duduk tengah-tengah laman tu?" tepi kepala yang tidak gatal digaru. Berkerut dahinya melihat Leon dan Zazril yang bermain geletek-geletek sesama sendiri. Dahinya dipegang lama. "Aku demam ke ? Ke ni roh aku?" Kepala digeleng laju untuk mengusir segala anasir karut yang mula bermain dalam fikirannya. Gelagat Leon dan Zazril dijeling dengan ekor mata sebelum dia berpaling untuk mengambil bubur ayam yang telah dimasak oleh Hazry.


Kata lelaki itu kalau mabuk jangan makan benda-benda yang kena dikunyah. Setidaknya kalau makan bubur kau boleh telan terus.


"Jarang nampak singa tu ketawa melekek-lekek macam sekarang. Agaknya kalau kau dah ada anak nanti memang hilang terus lah perangai singa kau tu kan bro?" senyuman nipis terukir di bibirnya.


Dalam hati tidak putus-putus dia berdoa agar kawannya itu mendapat jodoh secepat mungkin. Dia tahu yang Leon sukakan kanak-kanak. Buktinya tadilah yang mana lelaki itu seronok bermain dengan Zazril tanpa sedar ada yang memerhati.






______________________________________





"BOS"

"Kau dapat apa yang aku nak ?"

"Dapat bos. Semua maklumat pasal pejabat tu yang bos nakkan dah saya sertakan sekali dengan nombor telefon dan alamat"

"Bagus. Lepas ni kau settlekan minah tu untuk buat macam apa yang kita rancangkan. Pastikan badan pencegah maksiat tu betul-betul termakan dengan lakonan kita"

"Baik bos. Ada apa-apa lagi yang bos nak saya buat selain ni?"

"...takde. You can go"

"Alright bos"




Ayden tersenyum sinis. Nampaknya Syarwani akan menjadi miliknya yang mutlak tidak lama lagi. Phone di tangan dimain-mainkan sebelum perbuatannya terhenti. Matanya merenung lama laptop yang tidak terpasang dan secara tiba-tiba dia dengan pantas mencari kontak nombor Syarwani. Satu mesej di hantar bersama dengan senyuman jahat yang tersembunyi beberapa agenda di sebaliknya.






__________________________________








"KAU nak kemana ?" Anak matanya bergerak memerhati tingkah laku Syarwani yang seakan cacing kepanasan. Bukan dia tak perasan yang wanita itu sekejap-sekejap memandang skrin telefon sebelum memandang ke arahnya semula.


Tab yang terbuka ditutup semula dan ditelangkupkan di atas meja. Tumpuan yang tadinya fokus kepada kerja syarikat kini beralih pada Syarwani yang sedang gelisah dan berdiri seakan patung di belakang sofa. Matanya mengecil tatkala pakaian Syarwani kelihatannya berubah. Sepertinya wanita itu ingin keluar pergi ke suatu tempat.

"I ask you did I ? Kau nak kemana melawa sampai macam ni sekali?" ujarnya mendatar tatkala Syarwani kelihatan terpaku. Dah takde mulut ke nak jawab semua soalan dia ? Rasanya soalan dia senang dan tiada rumus yang diperlukan untuk melengkapkan jawapan bagi soalan yang dia tanyakan.


"Arrr saya nak keluar. Sekejap je. Boleh ke?" penuh berhati-hati dia menyusun kata. Bimbang jika tersalah cakap maut padahnya nanti.


Leon berdecit perlahan. Keluar ? Ke mana sahaja wanita itu mahu pergi kalau bukan untuk berjumpa Ayden ? Senyuman sinisnya terukir tatkala dia terfikirkan sesuatu. Nampaknya Ayden tekad untuk mendapatkan Syarwani daripadanya jadi tidak salahkan kalau dia menganggu rancangan lelaki itu sekarang ?


Jam yang melekat di dinding ruang tamunya dijeling dengan ekor mata. Pukul 3:46 minit petang dan ianya masih lagi sempat. Masih lagi banyak masa untuk dia menghancurkan rancangan jantan keparat itu.


"Ok. Aku bawakkan. Pergi masuk kereta aku sana nanti aku datang" membulat mata Syarwani melihat Leon yang sudah bangkit dari duduk dan ingin bergerak mengambil kunci kereta di almari kaca di tepi dinding.


Bibir bawah digigit lembut. Takkan nak bagi Leon ikut sekali dia berjumpa Ayden ? Takkanlah nak bagi Leon tahu yang dia ingin berjumpa dengan Ayden. Masaklah dia nanti !


"Er awak takpelah sebab saya dah minta tolong -"

"No excuse. Did I give you any option to choose ? No right ? So shut up and let me send you to the place that you want to go"







__________________________________







"KAU sure ke apa yang kau buat ni betul ? Leon tu bahaya bro ! Kalau kau nak target orang lain tu tak apalah juga tapi kenapa mesti dia ? Kenapa tak orang lain je ?"

"Aku tahu apa aku buat. Kau tak payah memekak dekat sini nak menyalak konon kau PANDAI sangat"

"Sebab aku pandai dari kau lah aku menyalak dekat sini ! Kau faham tak Leon tu kawan kau ? Kawan kau Albert ! KAWAN KAU !"

Albert terdiam. Rahangnya diusap perlahan dan keluhan berat dilepaskan. Wajah lelaki yang bermata panda di depannya dijeling tajam sebelum decitan kuat terkeluar dari mulutnya.

"Aku tahu benda tu Huang. Aku tahu tapi aku terpaksa kau faham tak ? Aku tersepit antara dua pihak !" lelaki yang dikenali sebagai Huang itu tersengih sinis. Terpaksa heh ? Tangannya naik memeluk tubuh dan wajah serabut Albert ditatap menyampah.

"Terpaksa atau kau yang paksa diri kau sendiri ? Kau sebenarnya nakkan kunci yang Leon rampas dari mendiang yang konon BAPAK kau tu kan ? Stop lying to me bro. I know you better than Carl and Crist for fuck sake !"

"Kau..." Ayden mati kata. Wajahnya yang berubah cemas sedaya upaya dikekalkan tenang sehabis mungkin. Bagaimana lelaki di depannya itu tahu agenda dia yang sebenarnya ? Wajah diraup diiringi dengan keluhan berat.

Lelaki yang bertopeng di depannya itu dipandang dengan mata sayu. Huang menggulingkan bebola matanya. Adalah tu kejap lagi drama pendek terjadi. Albert dengan drama tak dapat dipisahkan sama je dengan Aryan kaki menyalak tu. "Huang...tolong aku. Boleh?"

"..."

"Bro pleaselah...tolong aku untuk kalini je ! I really need that key so that aku boleh buka peti besi tu. Huang...tolonglah aku"


"Kalau dulu aku boleh tolong tapi sekarang aku tak pasti. Lagipun keadaan dia tak sesempurna dulu dan berani ke kau nak tanggung risiko ?"


"...Ak-aku tak pasti"


"Jadi hentikan rancangan kau. Move on...can you ? Peti besi tu tak berharga langsung bro. Persahabatan kau tu lagi berharga"

"Tapi...aku -"

"Stop hurting others with your damn stupid action Albert. You know Leon love you as his fucking best friend so damn much"











Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top