♡90♡





CARL,Albert dan Crist memandang seluruh kawasan di lapangan terbang Incheon,Seoul,South Korea. Ramai manusia yang lalu-lalang tertoleh-toleh ke arah mereka lagi-lagi yang berjantina perempuan. Apa tak pernah nampak mat salleh datang ke Korea Selatan ke apa ?



"Tuan Muda" Crist menoleh ke arah seorang lelaki muda berpakaian kasual. Cermin mata hitamnya ditarik ke bawah sedikit. "Kau ni siapa ?" Lelaki muda itu membongkok sedikit dan tersenyum nipis. "Saya Gokjoo. Anak buah Tuan Muda Carl"



Albert menoleh ke arah Carl begitu juga Crist. Khusyuk sangat tengok phone sampai tak sedar anak buah sendiri dah sampai. Patut tak menegur ! Albert menolak kasar bahu kiri Carl. Hampir sahaja phone lelaki itu hendak terlepas dari pegangan. Carl menjeling geram ke arah Albert yang sedang memandang dia dengan selamba. "Kau kenapa setan ?!" ujarnya dengan suara di celah gigi.



Crist bersiul kecil. Malas nak masuk campur. Albert mencebik. Wajah Carl yang menyingga dan masih merenungnya dipandang tanpa gentar. "Setan tak setan tu anak buah kau dah sampai" mendatar Albert berkata membuatkan Carl menoleh ke arah lelaki muda di hadapannya. Lahh dah sampai ke ? Agakkkk. "Sorry aku tak perasan. Mana kereta ?"



Wajah Gokjoo berubah serius dan dia mengangguk perlahan tanda tidak mengapa. Luggage Carl dipegang,beg galas hitam Albert disangkut di bahu kiri dan beg galas hijau tua Crist disangkut di bahu kanan. "Ada. Sila ikut saya Tuan Muda semua" Mereka bertiga mengekor Gokjoo dari belakang. Albert dengan muka bekunya,Crist dengan siulan kecilnya dan Carl kembali fokus dengan phone miliknya.



Albert menjeling sekilas ke arah Carl sebelum mengalihkan pandangan ke hadapan semula. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar slack hitam yang dia pakai. "Apa yang urgent sangat sampai tengok phone tak perasan anak buah sampai?" Crist memasang telinga. Nak juga dengar apa yang Carl cakap ahaks. "Hmm pasal dia"



"Kenapa dengan dia ?" Crist tertanya-tanya begitu juga Albert.



"Dia dah sedar"


"WHAT ?!"


"WHAT THE FUCK ?!"


Carl menggulingkan bebola matanya. Nak sindir dia lah tu ! Mana taknya kalau mereka sepatutnya bertolak dari dulu lagi tapi disebabkan Carl ada kerja yang terpaksa diselesaikan terlebih dahulu jadi mereka menangguhkan penerbangan ke Seoul selama dua bulan lamanya.



Albert berdecit. Pintu belakang kereta bahagian kanan dibuka kasar. "Disebabkan kerja kau lah aku tak boleh nak buat drama acah sedih tahu tak ?!"



Carl menggulingkan bebola matanya. Pintu belah penumpang di sebelah pemandu dibuka ala-kadar. "Acah lah kau nak sedih. Nampak sangat kau saje nak tengok dia koma. Maklumlah tak pernah tengok orang koma kan" sindir Carl membuatkan Albert terciduk sekejap. Crist yang dah masuk dalam kereta bersebelahan dengan Albert hanya mendiamkan diri.



Dia terfikir adakah lelaki itu akan hilang ingatan ? Sebab apa yang dia tahu kemungkinan besar orang yang baru sedar dari koma mungkin akan terkena amnesia sama ada jangka masa pendek atau panjang.



Gokjoo memegang stereng. Menunggu arahan dari sang ketua. Carl menyimpan semula phone ke dalam poketnya. Kepala ditoleh sedikit untuk memandang ke tempat duduk belakang yang menempatkan Albert dan Crist.



Albert mengangkat kening apabila menyedari Carl memandang ke arah dia dan anak mata lelaki itu menjeling sekilas Crist yang masih termenung.


"Esok baru kita pergi lawat dia. Harini member dia datang"


Albert tidak mengangguk tidak menggeleng dan hanya berdiam diri menandakan dia akur akan arahan lelaki itu.



Carl menoleh semula ke depan. Tali pinggang keledar dipakai. "Pergi terus mansion aku" Gokjoo akur. Pedal minyak ditekan dan kereta mewah itu meluncur laju membelah jalan raya.







_______________________________






KESELURUHAN ruang ward yang dihuni oleh Leon dipenuhi oleh Exo dan Bts. Taehyung tidak dapat hadir memandangkan dia ada sesuatu yang perlu diuruskan. Leon memaparkan riak bersahaja. Lollipop yang sekian lama tidak disentuh oleh sesiapa dihulurkan kepada Tao tanpa kata. Jejaka itu teragak-agak menyambut huluran lollipop dari Leon. Takut mungkin.



"Dia dah balik heh?" Tajam mata Leon merenung kawan-kawannya dan Bts tidak terkecuali dari terkena panahan mata helangnya. Masing-masing sudah terdiam. Ward yang tadi bising berubah sunyi sepi tanpa sebarang bunyi atau suara. Leon berdecit. "Kalau dia dah bal -"


"Ye. Dia dah balik" Nak tak nak Suho terpaksa bersuara. Takut Leon tanya pasal benda lain mati kutu mereka nak menjawab. Leon terangguk perlahan. Baguslah budak tu dah balik takde lah dia susah payah nak kena cari dekat pulau terpencil sana.



Selimut yang sedari tadi membaluti kakinya ditolak dengan ibu jari kaki kanannya hingga ke hujung katil. Dia dah sihat kan perlu ke nak berselimut bagai ? Sehun berdehem. Matanya menyorot ke arah kawan-kawannya yang lain.



Luhan yang perasan akan isyarat mata Sehun mengangguk perlahan. Hoseok yang berada di hujung katil didekati. "Bro..boleh tak kau dengan member kau tunggu kat luar kejap? Kitaorang nak cakap sesuatu err boleh tak?" Hoseok tersenyum nipis. Bahu Luhan ditepuk perlahan. "Takpe aku faham --- dah Yoongi hyung,Jimin,Jungkook,Joon hyung,Jin hyung kita keluar jap. Dorang nak bincang sesuatu tu" Seokjin yang leka berbual dengan Dyo tersentak. Senyuman dihulurkan kepada Dyo dan mereka berjabat tangan sebelum Seokjin bergerak ke arah pintu bersama Hoseok.



Jimin dan Jungkook yang bergurau-senda dengan Baekhyun dan Chanyeol turut sama berjabat tangan gaya lelaki sebelum mengikuti jejak langkah Seokjin dan Hoseok. Sempat lagi mereka mengerling ke arah Leon yang masih duduk bersandar di atas katil. Jejaka itu termenung jauh dengan muka tegangnya.



Namjoon menepuk bahu kiri Kris. "Aku gerak dulu bro. Apa-apa call" Kris mengerutkan dahi. Muka Namjoon dipandang semacam. "Lah..kitaorang nak bincang sekejap je kau nak balik terus ?" Namjoon menggosok perlahan belakang lehernya. Dia bukan taknak stay tapi tulah ada kerja nak kena diuruskan. "Aku ada hal kat company kalau takde hal dah lama dah aku bertapa kat sini" Nak tak nak Kris mengangguk. Tubuh sasa Namjoon dipeluk sekejap dan mereka berjabat tangan sebelum berpisah.



Exo mula mengelilingi katil Leon. Xiumin berpeluk tubuh dan Chen memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar. Mereka berdua sahaja yang statik berdiri di hadapan katil Leon. "So --- kau ok tak Leon ? Ada rasa tak sedap badan atau apa-apa ?" Leon berdecit sinis. Meluat dia dengar soalan cliche yang selalu dilemparkan kepada mereka yang bergelar pesakit.



Dia pesakit ke ? Sudah tentulah heh. Pesakit yang mengalami sakit hati yang melampau. "Masih hidup dan belum mati" Kai sudah meraup lembut mukanya. Dari semalam Leon tak habis-habis cakap pasal mati. Apa nak sindir dia ke sebab dia selalu mention pasal mati dalam knowing brothers ?! Eh tiber.



"Kitaorang risaukan kau bro --- sebab tu kami tanya either you feel okay or not" lembut Baekhyun berkata. Leon mengeluh kasar. Entah kenapa dia makin lama makin rimas. Tak nampak ke yang dia dah sihat siap boleh gulingkan biji mata lagi ?! Nak juga tanya dia ok ke tak,rasa tak sedap badan lah apa lah. Rimas !



"Aku kata aku sihat je lagi ada nampak aku nak mampus ke ?! Ada ke ?!" ujarnya keras membuatkan Exo terdiam.


Sehun sudah lain macam. Lama susuk tubuh Leon yang masih bersandar sambil berpeluk tubuh diperhati olehnya dan dia perasan yang --


"Perangai kau dah lain bro" suasana kembali sunyi. Sepi. Hening. Lay menyiku perlahan lengan Sehun dan membuat isyarat muka menandakan 'kenapa kau cakap macam tu?!' dan Sehun beriak selamba. Apa ? Salah ke dia cakap benda yang betul ?



Kris terbatuk kecil. Saja nak alihkan perhatian dua ekor tenuk yang tengah berlawan muka kat sebelah dia ni. Xiumin perasan riak wajah Leon berubah keruh untuk seketika sebelum kembali datar semula.



Chanyeol mendekatkan mukanya ke telinga kiri Xiumin. "Hyung kau nampak apa aku nampak?" bisiknya perlahan dan Xiumin mengangguk ala-kadar. Dia tahu Chanyeol juga perasan akan riak wajah lelaki itu tapi dia diamkan kerana Chanyeol ingatkan itu hanyalah khayalannya.



Tao di sebelah kiri Dyo syok hisap lollipop yang Leon berikan kepadanya. "Aku tak berubah. Tapi dorang yang berubah" dahi mereka semua berkerut. Siapa 'dorang' yang Leon maksudkan? Kai baru nak bukak mulut tetapi sudah dipintas kata oleh Chen. "Dorang tu sape bro ? Sape yang kau maksudkan ?"



Leon berdehem sedikit kuat. Nak cover apa yang dia dah terlanjur cakap. Anak matanya dengan tak ikhlas bergerak memandang satu persatu wajah kacak sahabatnya. Senyuman plastik dihulurkan membuatkan Exo berasa lain macam.



"Ehem takde ah mana ada aku cakap dorang ? Korang berangan kot ehem anyway dah boleh rasanya siapkan plan sebab aku tahu S.L akan mula bertindak tak lama lagi" ok. Dyo bau something fishy. Matanya mengecil memerhati sifat Leon yang berubah-rubah.



Bukan dia sahaja yang rasa 'sesuatu' dengan perangai Leon tapi kesemua ahli Exo yang lain turut merasakan perkara yang sama. Jelas sangat lelaki yang berada di atas katil hospital itu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan mereka semua.



Takpe...kalau bukan sekarang mungkin nanti dan mereka akan cuba bersabar untuk mendapatkan rahsia yang Leon sorokkan.











Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top