♡89♡



• Saya percepatkan dia agar bangun dari koma awal coz' banyak lagi perkara akan jadi untuk next chap dan seterusnya ♥

• thanks sudi baca ♥




PUAN Lacy terhenti di anak tangga terakhir. Dia terkedu melihat susuk tubuh yang telah lama menghilang kini sudah memunculkan diri di hadapannya. Bergetar bibir bawahnya kerana tidak percaya akan apa yang dia lihat sekarang ini.


"Aira ? Itu kamu ke sayang? Kamu ke mana selama ni Aira ? Abang kamu ! Mana dia ?" Melihat anggukan dari Aira terus dia menerpa ke arah gadis itu dan memeluknya erat hinggakan terlepas genggaman tangan Aira pada Taehyung. Taehyung tersenyum nipis melihat Aira yang terkebil-kebil. Dia mengangguk perlahan dan bergerak ke arah sofa. Tak mahu menganggu moment manis anak beranak itu.


Puan Lacy menangis teresak-esak. Tak sangka dia sedang memeluk anak gadisnya. Dia sangkakan dia tidak dapat melihat gadis itu lagi apabila tiada khabar berita yang dia dapat daripada pihak polis yang telah diupah. Menyepi sahaja seakan-akan kes itu telah ditutup.


Aira turut memeluk erat Puan Lacy. Dia rindukan pelukan ibunya dan dia rindukan susuk tubuh tua yang sedang dia dakap. "Maafkan Ira mom se-sebab hilang tanpa jejak" Puan Lacy menggeleng laju. Muka anaknya ditekap dengan kedua tangga hinggakan bibir gadis itu termuncung. Aira dapat lihat wajah Puan Lacy lencun habis. Puan Lacy tersenyum nipis. Gembira dia dapat tatap wajah anaknya itu.


"Tak payah mintak maaf sayang sebab ni bukan salah kamu. Asalkan kamu selamat mom dah rasa bersyukur dah" Air mata Aira yang masih memgalir dilap dengan ibu jarinya. Menggigil-gigil tangan Aira naik untuk mengelap wajah ibunya. Seketika Puan Lacy mengerutkan dahi. Kalau anak gadisnya dah selamat mana pergi anak lelakinya ?


"Abang kamu mana Ira ? Takkan dia takde dengan kamu sekali?" Aira terdiam. Taehyung yang mendengar sedari tadi turut sama mendiamkan diri. Taknak menyampuk atau mencelah takut keadaan akan jadi lebih buruk. Nampaknya aunty dengan uncle tak tahu lagilah ni anak dorang tu koma ?


Aira menggigit bibir bawahnya. Kedua tangannya diramas perlahan sesama sendiri. Puan Lacy setia menanti jawapan dari mulut anaknya. Kenapa Aira gelisah semacam ? "Ab-abang ada Mom cuma - ccu-ma dia -"

Puan Lacy dah mula rasa tak sedap hati. "Cuma dia apa Ira? Cuma apa ?!" 


"Dia --- dia koma Mom" terus Aira memejam matanya. Taknak tengok riaksi ibunya yang mungkin kecewa dengan apa yang dia katakan. Seketika dia terdiam.


Kenapa senyap semacam ? Matanya dibuka perlahan-lahan dan bebola matanya terbuntang luas. Mulutnya ditekup dengan rasa tak percaya.


"YA TUHAN SAYANG !" Taehyung segera bangkit dari duduk dengan cepat. Dia tadi leka menaip mesej dengan seseorang terkejut dengan suara petir milik Tuan Alex yang baru masuk rumah. Tubuh layu milik Puan Lacy dipangku oleh Tuan Alex. Tak dia kesahkan Aira di depannya apa yang dia fikirkan ialah isterinya !



Aira terduduk. Kedua tangannya menggigil memegang tubuh ibunya dan digoncang tubuh tua ituperlahan. "MOM BANGUN MOM ! MOM BANGUNLAH HIKS !"


Tuan Alex menoleh ke arah Taehyung yang masih kaku berdiri. Tak tahu nak buat apa sebab dah panik sangat jadi dia memilih untuk mendiamkan diri. "Tae call ambulance CEPAT !" Terus Taehyung mendail 911 tanpa berlengah.



Tuan Alex berkali-kali cuba untuk menyedarkan isterinya tapi gagal. Aira sudah menangis dan meraung kuat. Dia rasa bahawa dia yang salah dalam hal ini kerana dia adalah punca ibunya rebah tidak sedarkan diri.



____________________________________



DUA bulan sudah berlalu serta banyak perkara yang telah terjadi dalam tempoh dua bulan itu dan Kai yang sudah pulih dari kecederaan yang dia alami berdiri tegak di sebelah katil milik Leon. Lelaki itu tidak lagi memakai alat bantuan pernafasan dan hanya bergantung kepada mesin hayat sahaja.


Kai menghela nafas berat. "Bro --- kau tahu tak...adik kau dah kahwin dengan Taehyung ? Kitaorang tak datang pun bro...Luhan hyung dengan Lay hyung je yang rajin sangat nak pergi tch" kerusi di belakangnya ditarik ke depan sikit dan dia melabuhkan duduk. Luhan dengan Lay dah berbuih mulut nasihatkan mereka semua untuk pergi ke majlis kahwin Aira dan Taehyung tapi mereka endahkan. Katanya tunjuk muka je sudahlah asalkan datang sekejap tapi mereka semua bila dah benci dan menyampah memang taklah nak datang atau tunjuk muka sekalipun.


Tangan kanan Leon yang pucat dan tidak bergerak digenggam lembut. Wajah Kai sugul memerhati wajah kaku kawannya. Lena sangat dia tidur sampaikan Kai datang pun dia tak sedar. Kai anggap Leon tidur dan bukanlah koma hanya kerana untuk menyedapkan hatinya.


"Bila kau nak bangun bro ? Lama dah kitaorang tunggu kau...aku pun dah baik tau ! Tengok !" Dengan gembiranya Kai memusingkan sedikit badannya dan menunjukkan belakang badannya yang dah pulih walaupun dia tahu lelaki itu tidak nampak namun dia tetap mahu tunjukkan. "See ? Aku dah sembuh tau ! Tapi...kau bila lagi? Kau tahu tak Chen hyung dengan Umin hyung pun dah balik tau ! Diaorang pun rindukan kau bro"


Kai terdiam sejenak. Berkerut dahinya memikirkan sesuatu. Rasanya tadi dia nampak jari Leon bergerak ? Mulutnya ternganga luas. Butang merah di tepi katil ditekan berkali-kali. "Leon wei kau dah sedar ke ?! WEI LEON ?!" Air mata Kai menitis jatuh. Dia tersenyum sambil menangis. Seketika lamunannya tersedar apabila seorang nurse perempuan menarik lembut lengannya dan membawa dia sedikit jauh dari katil Leon.


Baru dia nak marah namun telah dipintas oleh Feng yang sedang memeriksa Leon. "Sabar Kai --- Leon tak apa-apa jadi jangan risau" Feng tersenyum melihat Kai yang dah berubah tenang. Lampu suluhnya dibuka dan kedua belah mata Leon disuluh. Kelihatan anak mata biru gelap milik Leon bergerak-gerak memerhati keadaan sekeliling.


Feng menghela nafas lega. Lampu suluhnya dimatikan dan dimasukkan kedalam poket doktornya. "Leon kau boleh dengar aku?" Leon mengangguk perlahan. Mulutnya terkunci rapat tidak mengeluarkan suara. Feng memberikan isyarat kepada Kai untuk mendekat dan lelaki itu akur.


Berdebar hati Kai untuk mendekati Leon. Feng menoleh memandang ke arah nurse perempuan yang masih ada di dalam ward itu. Dia mengarahkan nurse itu agar keluar buat sementara waktu dan mereka akur. Feng menoleh ke arah Leon semula. Halkum lelaki itu bergerak-gerak.


"Leon --- kau kenal aku?" Soalan Feng dibiarkan sepi tak berjawab. Matanya tunak memandang siling ward. Kai di sebelah tidak ditoleh. Feng di sebelah tidak dikerling. Entah kenapa dia rasa lain. Rasa kosong. "Leon -"


"Kenapa aku tak mati lagi?"

Ddang !

Hati Kai bagai direntap kasar begitu juga dengan Feng. Terkebil-kebil mata Kai ingin menafsir apa yang Leon maksudkan. Feng mengerutkan dahi. "Kau ok ke tak ni bro ? Ada rasa sakit mana-mana ke?"


Leon berdecit kasar. Perlahan-lahan dia bangun dan Kai yang nak membantu ditepis perlahan. Mukanya beku tanpa sebarang riak. Kai dan Feng dilanda perasaan keliru. Dah kenapa dengan laki ni ? Leon bersandar di kepala katil ward.


Wajah Kai dan Feng dijeling dengan ekor mata sebelum lehernya diregangkan perlahan. Gaya macam dah sihat je padahal baru bangun koma ! "Kau taknak serve aku makanan ke apa ?" ujarnya mendatar. Feng tersentak dan terus meminta diri untuk keluar. Dia rasa Leon sedang berada dalam kondisi yang tidak stabil.


Lihat sahajalah dari riak wajah lelaki itu yang kosong. Jarang dia jumpa orang baru bangun koma dah tunjuk muka macam tu ! Kai berdiri kaku di sebelah Leon. Dua-dua senyap dan tidak bersuara. "Duduklah. Kau nak jadi tugu negara ke apa ?"


Kai berdehem. Kerusi ditarik perlahan dan dia duduk. Wajah Leon dipandang lama. Leon yang perasan dirinya ditenung menggerakkan anak matanya ke arah Kai. Jejaka itu masih statik merenung ke arahnya tanpa henti. "Berapa bulan aku koma ?"

"Dua"


"Apa je yang dah jadi dalam masa dua bulan aku takde ?" Kening kirinya diangkat. Dia berpeluk tubuh sambil memandang tepat ke muka Kai yang sedang gelisah ? Kai menggosok perlahan belakang lehernya. Nak cerita semua ke apa ? Liur ditelan berkali-kali. Rasa macam telan pasir je sekarang ni ! "Err tak banyak yang jadi --- cuma adik kau -"

"Cut that bullshit. Aku taknak dengar pasal betina tu. Lain !"


Kai terkedu. Wajah Leon dipandang dengan kerutan di dahi. "Bukan kau sayang dia sangat ke ?" Soalan Kai dibalas dengan tawaan sinis dari Leon. Tawaan yang tidak memaparkan sebarang nada. Mendatar sahaja.



Anak matanya dilarikan ke arah sofa di hadapannya. "She have nothing to do with me. Anymore" Kai menelan liur. Serius sangat bunyinya dan itu membuatkan Kai gerun. "Continue your story"


"Chen dengan umin hyung dah balik --- Jungkook dengan Qyira dah berjumpa balik errr lepastu pasal Hazel berita dia dah lama tak muncul and Wonwoo dengan Emilda dilaporkan hilang" Senyuman sinis diukirkan oleh Leon.


Wajah Kai yang sudah berubah tenang dan menunduk menekur katilnya dipandang. "That's it? Takde lain?" Kai mengangguk yakin. Itu ajelah yang dah jadi sepanjang dua bulan lelaki itu terlantar kaku.


"Kau yakin ke heh" Lollipop berperisa anggur di sebelah katilnya dijeling dengan ekor mata sebelum dia melepaskan decitan kasar. Fikir dia hamak sangat ke lollipop tu ? Dalam mimpi ! "Err ye -- aku yakin !"

"What about Dariel ? Mimpi aku jeke apa? Khayalan heh ?" Kai memejamkan mata seketika. Ha sudah....soalan yang paling dia nak elakkan dah timbul !


"Dia -"


"Leon ni makanan kau" Feng melangkah masuk dengan membawa makanan buatan hospital dengan tangannya. Kai menghela nafas lega. Akhirnya...Feng datang menyelamat ! Thanks dude !  Leon hanya berdehem. Tidak ada mood untuk dia nak bercakap.


Makanan yang dihulur oleh Feng diambil dan terus dia melahap tanpa memandang kiri dan kanan. Feng dan Kai memandang satu sama lain dengan riak pelik. Leon kenapa lain macam ye sejak bangun dari koma ?













Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top