♡88♡




ARYAN menolak lidahnya ketepi. Kedua tangannya mencekak pinggang. Seluruh ruang bilik Leon sudah digeledah dan apa yang dia jumpa hanyalah sebuah buku berkulit hitam kelihatan agak lusuh dengan satu kotak kecil berwarna putih juga kelihatan lama dengan mangga kecil yang mengunci kotak itu terletak elok di atas katil King milik Leon.



"Patut ke aku bukak ?" Aryan mencongak dalam hati. Dia rasa bersalah untuk ceroboh barang peribadi milik kawannya tapi perasaan ingin tahunya semakin meruap-ruap dari semalam.



Jangan salahkan Aryan tapi salahkan hatinya eh -



Aryan tewas. Keluhan kasar dilepaskan dan buku yang dia agak adalah diary dicapai. Aryan melabuhkan duduk di hujung katil Leon. Helaian pertama diselak.


...............................................................
P/s : Leon (1998) muda dari Jungkook. Jungkook 1997
...............................................................



Ahad (4/2/2003)

Nama aku Leon.
Budak sekolah aku semua suka panggil aku L.
Aku sayang Dariel. Sangat-sangat !




Helaian kedua diselak oleh Aryan. Matanya mengecil membaca bait tulisan yang semakin lama semakin kabur seakan mahu menghilang dakwatnya. Maklumlah diary lama.


Isnin (5/2/2003)

Aku sakit.
Kenapa papa buat aku macam ni ?

Papa tak sayang aku ke ?
Tapi aku masih sayangkan Dariel. Walaupun dia buat aku macam ni....



Dahi Aryan berkerut. Dariel ni sape pulak ? Setahu dia adik lelaki itu cuma Aira seorang. Takde pulak duanya. Pelik. Aryan menyelak helaian ketiga.



Selasa (6/2/2003)

Aku nak beli psp.
Tapi papa tak bagi.
Papa marah.
Papa kata aku selalu susahkan dia.

Tapi malam tu aku masuk bilik Dariel.
Aku nampak dia main psp.
Bila aku tanya dia cakap papa belikan.

Aku yang mintak kenapa dia yang dapat ?

Tapi takpe sebab aku sayangkan Riel. Dia kembar aku. Dia adik aku. Abang sayang Riel !




"Ok aku start pening. Kembar ? Like --- seriously ?!" Aryan memicit perlahan dahinya. Nampaknya banyak perkara yang dia tak tahu tentang Leon. Tangannya menyelak pula helaian seterusnya. Aryan masih belum faham. Tuan Alex mendera Leon ke ?



Rabu (7/2/2003)

Aku kena kurung dalam stor.
Takde makanan.
Aku lapar....

Aku dengar suara Dariel ketawa dengan papa dan mom.

Adik taknak bagi abang sikit makanan ke ?
Abang lapar...

Tapi takpe.
Aku kan ada diari kesayangan !
Aku sayangkan Dariel.



Baru dia nak selak helaian seterusnya suara nyaring Syarwani sudah memetir dari bawah memanggil dia untuk turun makan. Cepat-cepat buku diari Leon dan kotak kecil putih itu dibawa keluar dari bilik lelaki itu dan dicampak begitu sahaja di atas katilnya. Selimut ditarik untuk menutupi barang yang dia ambik tadi.



Kakinya laju menuruni tangga. "Perempuan ni menjerit ke menyalak. Sampai tingkat 2 dengar suara dia" omel Aryan perlahan. Meja makan dituju dan matanya memandang kosong kesemua makanan yang dah dihidang di atas meja.



Hazry yang sedang mengambil lauk sayur goreng menjeling sekilas ke arah Aryan yang menarik kerusi di depannya sebelum menfokuskan pandangan kepada lauk di hadapan. "Lambat kau turun selalunya kau yang awal"



Aryan hanya diam tidak membalas. Tangannya mencedok nasi ke pinggan dan dia mula makan tanpa berbual. Langsung tidak bercakap dan itu membuatkan Hazry dan Syarwani berasa pelik. Selalunya Aryan yang akan kecoh di meja makan tapi tidak hari ini. Lelaki itu leka menyuap makanan masuk ke mulut dan tidak mengangkat muka apatah lagi bersuara.



Hazry menghela nafas. Dia pasti ada sesuatu yang terjadi sewaktu lelaki itu di tingkas atas dan dia akan bertanya kepada Aryan tentang perkara itu. Syarwani menyambung makan dan suasana mereka waktu itu terlalu sunyi. Terlalu sepi. Langsung tiada sebarang suara mahupun gelak tawa yang berkumandang seperti hari-hari sebelumnya.



"Done aku gerak dulu" Pinggan dan cawan yang dia guna dibawa ke dapur dan dibasuh dengan laju. Hatinya meronta-ronta untuk baca halaman diari lelaki itu yang seterusnya ! Hazry melihat dengan ekor mata gerak-geri Aryan yang semacam. Jejaka itu dengan pantas menaiki tangga dan berlalu pergi. Hazry melihat semula pinggannya yang telah licin.



Syarwani sudah bergerak ke atas dari tadi sebelum mereka berdua kerana si kecil itu menangis mungkin mahukan ibunya.



"Kenapa....dia macam ada sorokkan sesuatu?"



Aryan mengunci pintu biliknya dan bergerak ke katil. Selimut diselak kasar ke tepi dan buku diari dicapai. Dia melabuhkan duduk dan bersandar di kepala katil. Kotak putih kecil itu ditolak sedikit jauh darinya. Helaian kelima diselak.


Khamis (8/2/2003)

Aku sakit.
Badan aku selalu berdarah.

Kenapa papa dengan mom buat aku macam ni ?
Apa salah Leon dekat papa dengan mom?
Sampai papa dengan mom selalu pukul Leon ?

Leon sedih.
Tapi Leon sayang papa dengan mom...
Leon sayang Riel...

Leon sayang semua.



Aryan menelan liur. Bebola mata dia terasa panas. Rasa nak menangis pun ada. Walaupun dia tak tahu hujung pangkal cerita tapi dia yakin lelaki itu menyimpan 1001 kisah duka dalam hidupnya. Mata dikebil-kebilkan dan dia menyelak helaian seterusnya.


Sabtu (10/2/2003)


Maaf sebab semalam tak dapat catat apa-apa dekat kau diari.

Semalam aku kena bantai dengan papa.
Dia libas aku dengan rantai besi.

Semalam juga aku kena paksa makan makanan basi.
Mom sumbat semua nasi dalam mulut aku dan paksa aku telan.

Dariel...
Dia ada.
Dia cuma tengok aku kena seksa.

Tapi kenapa aku masih sayangkan dia ?



"Ya Allah aku tak sanggup dah !" Mukanya diraup kasar. Dia memang nak menangis dah sekarang ni ! Rasa nak menjerit pun ada. Geram,marah,sedih dan sebak bercampur-aduk dalam dirinya.


Dengan diiringi tarikan nafas yang panjang Aryan menyelak lagi. Kali ini dia melangkah beberapa helai muka surat.




Selasa (5/6/2004)


Papa hantar aku pergi Amerika.
Papa cakap aku hanya bawak malang dekat dia dan mom.
Papa cakap aku tak berguna.
Papa cakap aku anak takde akal.
Papa cakap aku bodoh.
Papa putuskan hantar aku sorang ke sana.


Mom cakap benda yang sama.
Mom langsung tak pandang aku masa dia hantar aku ke airport.


Aku harapkan pelukan.
Tapi dorang bagi jelingan.

Aku harapkan ciuman.
Tapi dorang bagi hinaan.


Aku harapkan ucapan penuh kasih daripada seorang ayah dan ibu.
Tapi apa yang aku dapat hanyalah kata-kata hinaan dan cacian dari mereka berdua yang melahirkan aku.

Aku bersumpah



Aku akan hilangkan Dariel dari pandangan mata diaorang sebaik sahaja aku pulang dari Amerika.


Itu sumpah aku !



Aryan menutup buku diari yang dibaca dengan pantas apabila mendengar ketukan di luar pintu biliknya. Diari dan kotak tadi dimasukkan ke bawah katil dan selimut dibetulkan.



"Ye kejap aku datang !" Pintu dibuka dan terpampang wajah pelik Hazry di muka pintu. Lelaki itu sedang memegang satu tin coca-cola di tangan kanan dan tangan kiri memegang phone.



"Jarang kau kunci pintu. Buat apa je?" mengecil mata Hazry memandang wajah tersengih Aryan. Aryan berdehem kecil. Matanya dilarikan ke arah lain taknak bertentang mata dengan Hazry.


"Aku tu haa buat tu alah kerja pejabat tadi tu yang aku kunci taknak kena kacau"


"Ye ye je kau ?"


"Yelah..."


"Hmm K"



Aryan terkebil-kebil memandang susuk tubuh Hazry yang melangkah menuruni tangga. Lorh tu jeke ?! Pintu biliknya kembali ditutup perlahan dan dikunci. Helaan nafas lega dilepaskan.



"Nasib dia percaya ahaks !"




________________________________




PINTU rumah agam Leon dibuka perlahan. Taknak menganggu lena manusia-manusia yang telah tidur di atas sana. Rambutnya diserabaikan dan dia melangkah ke arah tangga. Walaupun ruang tamu itu gelap namun matanya masih jelas untuk melihat sekeliling. Itu salah satu kelebihan yang dia ada.




Fedrick menapak satu persatu anak tangga dengan perlahan. Phone di tangan yang bercahaya ditilik sekilas sebelum dimatikan. Dah lama dia tak balik sini sebab uruskan dua bedebah tu. Ini pun dia baru balik dari hospital melawat Leon. Sedih juga dia tengok kawan dia macam tu. Kaku macam mayat !



Dahinya berkerut. Langkahnya terhenti di depan pintu bilik Leon. Pahal terbuka ni ? Tangannya menolak pintu itu dan suis lampu bilik dibuka. Kemas. Bersih. Takde apa yang bersepah cuma --- macam ada tanda-tanda orang masuk.



Fedrick mengangkat bahu. Mungkin Ray yang masuk sebab yelah lelaki tu kan butler peribadi Leon. Normal lah kan ? Meja kerja Leon yang berhadapan dengan sliding door kaca itu dihampiri. Tangannya meliar menyentuh barang yang ada di atas meja.



"Hmm ? Pendrive ?" Pendrive kecil berwarna biru cair itu ditilik. Pendrive apa ni ? Kerja ? Matanya mengecil membaca perkataan kecil yang tertera di belakang pendrive itu. "L ---- L privacy?" tanpa berfikir dua tiga kali pendrive itu dimasukkan ke dalam poket jeansnya.



Fedrick melanglah keluar dan menutup perlahan pintu bilik Leon. Kakinya bergerak masuk ke biliknya dan suis lampu terus dibuka. Taknak melengahkan masa dia terus bergerak ke meja kerja yang ada di sebelah kiri katil. Laptop di tepi meja dicapai dan dibuka. Fedrick melabuhkan duduk di atas kerusi kerjanya. Dia masih belum mengantuk jadi tak salah kalau dia jengah sikit apa benda yang rahsia sangat dalam pendrive lelaki itu. "Haih --- aku bukan nak kacau peribadi kau tapi tu lah aku teringin nak tahu apa yang kau sorokkan. Sorry but not sorry bro" tetikus digerakkan dan ditekan.



Satu fail yang merangkumi satu rakaman video menyapa matanya. Tanpa ragu-ragu Fedrick menekan.



Liur ditelan kesat. Tidak percaya dengan apa yang dia sedang lihat. Terus dia menutup kasar laptopnya. Anak matanya bergetar hebat. Rahangnya diketap rapat. Mukanya merah menahan marah. Kedua tangannya tanpa sedar dikepal kuat hinggakan tersembul urat hijau di lengan kekarnya.



"Aku tak sangka --- orang tua macam korang tergamak buat anak sendiri macam binatang ?"



"Kau tunggu --- aku sendiri akan buat korang rasa macam mana seksanya bila kena dera macam binatang"



"Even korang tu mak bapak dia tapi aku kesah apa --- setan macam korang kena diajar heh. Dasar talam"


Fedrick sendiri terkedu setelah melihat video tadi. Tidak dia sangka bahawa orang yang selama ini disangka baik adalah talam dua muka.



Tapi dia pelik -- kenapa Leon masih layan dorang dengan baik? Sedangkan lelaki itu hampir mati diseksa oleh dua manusia itu.








Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top