♡83♡
SUASANA yang gelap dan tiada langsung walau secebis biasan cahaya membuatkan Leon terhuyung-hayang sendirian. "Ak-aku kat mana ni ? Pahal gelap sangat kat sini ?" Leon sedaya upaya cuba untuk melangkah tetapi kakinya bagaikan dipasak kukuh dengan sesuatu hinggakan dia tidak dapat langsung untuk melangkah walaupun setapak ke hadapan atau ke belakang.
Badannya diraba. Keluhan lega dilepaskan apabila dia merasakan bahawa badannya dibaluti dengan baju. Setidak-tidaknya tidaklah dia bogel bukan ? "Aku sorang jeke dekat sini? MOM ! AIRA ! Korang dek -"
"Tidak usah kamu terpekik terlolong memanggil mereka"
Leon terkedu. Suara sape pulak ni ? Nak kata garau memang terlebih garau siap bergema lagi ha. "K-kau sape hah ?! Lantak aku lah nak jerit ke nak apa bukan guna kerongkong kau pun lamak !" Merah padam muka Leon cuba untuk mengangkat kakinya tapi sayangnya dia masih lagi tidak dapat bergerak.
Hanya tangannya bebas bergerak ke sana dan ke sini begitu juga dengan badan dan kepalanya. "Damn it ! Pahal takleh gerak lagi ?!"
"Kau tahu kenapa kau tidak bisa menggerakkan kakimu?"
Leon meraup wajahnya. Dahlah tengah gelap langsung tak nampak apa-apa lepastu datang suara tah dari mana tanya soalan bodo-bodo.
"Kalau aku tahu takdenya aku nak beria tarik kaki ke atas lah setan" ujarnya mendatar. Naik lemas dia duduk dalam keadaan gelap dan dia sendiri tak tahu dia berada dekat mana sekarang ni.
Toleh kiri gelap. Toleh kanan gelap. Toleh belakang dan depan pun gelap. Dia pun tak tahulah mana depan,mana belakang,mana kiri dan mana kanan. Semuanya dia hentam aja ma.
"Kamu masih lagi ego Alexander Leon. Masih lagi ego. Penyebab kakimu tidak bisa digerakkan ialah kakimu telah dipasak kukuh dengan egomu selama ini"
Darah Leon menggelegak. Dia pantang kalau orang cakap dia ego ni. Rasa nak tikam-tikam guna parang ! Kedua tangannya dikepal erat. Bibirnya diketap rapat dan rahangnya bergerak.
"Apa bukti aku ego ? Apa ? Jangan main tuduh aku membuta tu -"
"Kim Lya. Kamu masih ingat ?"
Air liur ditelan kesat. Bibirnya dikemam dan matanya dipejam seketika sebelum kembali dibuka.
"Kenapa dengan dia kalau aku kenal dia pun ? Rasanya takde kaitan dengan kau yang tah apa-apa ni"
"Kamu penyebab dia gila. Kamu juga penyebab dia KEHILANGAN keluarganya. Kamu juga menipu tentang kebenaran yang seharusnya dia tahu,bukan ?"
"AKU TIPU UNTUK KEBAIKAN DIA ! KA-KAU APA JE TAHU ?! Sse-semua nak tuding jari dekat aku ! Semua nak salahkan aku ! Sedangkan apa yang aku buat semuanya untuk KEBAIKAN DORANG SEMUA !"
Air matanya jatuh. Kali ini dia benar-benar merasakan ingin rebah. Berpinar kepalanya kerana terlalu banyak memikir. Dia mengaku dia banyak berahsia tapi semuanya untuk kebaikan semua. Bukan untuk kepentingan dia sendiri.
"Tapi caramu salah. Kamu kata kamu buat untuk kebaikan dia sebaliknya kamu hanya ingin menyelamatkan diri daripada dibenci oleh dia. Kamu pentingkan diri Alexander Leon. PENTINGKAN DIRI"
Kini suara yang seakan mirip Kim Lya menyapa halwa telinganya.
"PENTINGKAN DIRI ! ABANG PENTINGKAN DIRI !"
Leon menutup kuat kedua telinganya. Terasa seakan berdesing sahaja gegendang telinga dia sekarang ni. "ARGHH DIAMLAH BODO ! KAU YANG PENTINGKAN DIRI DAN KAU MEMANG PATUT MATI ! MATI !"
Suara tadi hilang. Kini imbasan di mana dia menyanyikan lagu kepada Lya ketika di ward gadis itu hinggalah sampai di mana dia mencucuk jarum dan menekan cecair putih itu hingga gadis itu rebah di dalam dakapannya. Lya mati.
Gadis itu diberikan dos ubat tidur yang paling tinggi hingga gadis itu dibiarkan mati tetapi diposingkan gadis itu seakan-akan dia sedang tidur. Menggeletar hebat bibir Leon tika itu. Entah kenapa dia baru rasa macam mana perasaan menyesal tika itu.
Kepalanya tergeleng perlahan. "Ak-aku tak sengaja --- maafkan abang Lya...maafkan abang !" Rambutnya ditarik-tarik dan dia menangis lagi dan lagi. Leon merasakan kali ini dia benar-benar kalah. Kalah dalam melawan perasaannya sendiri.
"Kamu tergamak bunuh orang yang tidak bersalah dan hanya menjadi mangsa keadaan hanya untuk menyelindungkan hakikat yang sebenarnya kamu adalah dalang mengapa keluarganya terbunuh ! Kamu lebih jijik daripada musuh-musuh kamu di luar sana Alexander Leon !"
"JIJIK !"
"JIJIK !"
"ARGHHH DIAM LAH BODO ! KALAU AKU JIJIK KAU TU APA SIAL ?! HINA ?! KAU LAGI HINA AH DARI AKU SEBAB KAU SENDIRI TAK BERANI NAK TUNJUKKAN MUKA DEPAN AKU ! BODOH !"
Terduduk Leon apabila satu wajah yang seiras dengannya tiba-tiba muncul di depan wajahnya. Dekat hinggakan dia mampu merasakan deru nafas bayangan itu sendiri.
"Aku hina ? Kamu lebih hina dari aku Alexander Leon ! Aku adalah kamu dan kamu adalah aku. Bahkan aku sendiri jijik untuk menjadi bayanganmu !" Wajah yang mirip dengannya kelihatan sedang tersenyum sinis.
Leon meraup kasar wajahnya dan meregang-regangkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Terasa seakan maruahnya dipijak masa itu.
"Tch jijik konon nak jadi biasan aku DAHTU KALAU KAU JIJIK SANGAT PAHAL TAK HALANG AKU BUAT SEMUA BENDA TU ?! HA AKU TANYA NI HA APAHAL ?! bodo je nate tak guna"
Telinga kirinya dikorek sambil matanya diliarkan ke sekeliling. Oh --- masih gelap dan tinggal dia dengan kembar dia kat sini. Muka je ada badan takde. Dasar tak cukup zarah ---
"Bagaimana aku mahu menghalangmu kalau aku sendiri tidak mampu ? Aku hanyalah bayangan dan hanya hidup di dalam khayalan kamu manakala kamu adalah benar. Manusia yang benar dan mampu melakukan apa sahaja"
"Oh sah aku tengah berkhayal dahtu kau nak si -"
"Termasuk membuang adikmu sendiri di SegiTiga Bermuda dan memalsukan kehilangannya"
Leon terkedu. Matanya tidak terkelip dan tidak terkebil hanya statik memandang wajah yang iras dengannya di hadapan dia.
Tepi pipinya digigit. Kakinya yang masih tidak boleh digerakkan dipeluk dan ditarik rapat ke dada. Dia dalam keadaan duduk memandang tepat ke arah wajah yang sama dengannya yang sedang tersenyum sinis.
"Ada sebab aku buat semua tu --- bukannya saja-saja !"
Kenapa semua orang nak salahkan dia sedangkan dia buat semua tu bersebab ?!
Apa salah dia sekarang ni sampai kena hukum macam ni sekali ?! Apa koma teruk sampai macam ni sekali ke ?!
"Kerana kamu ingin menjadikan Aira sebagai anak angkat di dalam keluarga kamu sebab dia adalah anak luar nikah hubungan haram ayahmu dengan perempuan simpanannya,bukan ? Kamu tergamak membuang darah dagingmu sendiri hanya untuk mengambil darah daging yang lain untuk dimasukkan ke dalam kelompok darah dagingmu. Kamu bodoh Alexander Leon. Kamu bodoh !"
"Hanya kerana kamu ingin menutup cerita benar dari tersebar kamu tergamak mencampakkan adik kembarmu SENDIRI ke tempat yang terpencil. Adakah kamu layak bergelar sebagai seorang abang ?"
"Apatah lagi sebagai seorang manusia ?"
Leon mengetap kuat rahangnya. Bergesel gigi dia kerana terlalu marah waktu ini.
"Setidak-tidaknya aku masih ada hati perut untuk letak orang upahan aku dekat sana dengan dia dan pantau apa yang dia buat. Aku siap letak bekalan makanan seumur hidup dekat sana EH APA KAU TAK PUAS HATI DENGAN AKU HAH ?!"
"Aku tidak puas hati KERANA KAMU TERLALU EGO ! KAMU TERGAMAK MEMBUNUH SESEORANG HANYA UNTUK KEPENTINGAN DIRIMU ! KAMU MEMBUANG ADIK KEMBARMU HANYA KERANA INGIN MENUTUPI KESALAHAN AYAHMU ! KAMU JUGA PUNCA AYAH XIUMIN IAITU SAHABATMU MEMBELASAH ANAKNYA DAN MEMBENCINYA SEMAHU YANG DIA BOLEH ! TERLALU BANYAK KESALAHAN KAMU YANG BERNAFSUKAN EGO YANG TELAH KAMU LAKUKAN ! LAKUKAN ! LAKUKAN! LAKUkan --- LAkukan --- lakukan..."
"BODOH AKU BUAT SEMUA TU BERSEBAB LAH SIAL CUBALAH FAHAM !"
"SEBAB KAMU EGO"
"EGO"
"EGO !"
"ARGHH DIAMLAH KAU TAK GUNA ! BERAMBUS !"
Kai cemas. Butang merah di sudut katil Leon ditekan berkali-kali. Tak lekang mata dia memandang ke arah mesin denyutan nadi lelaki itu yang kelihatan tidak terkawal. Kejap menaik dan kejap menurun dan kadang-kadang akan melintang lurus tanpa ada naik dan turun. Bukan sekejap tapi lama !
Rambut Leon diusap perlahan. Wajah kaku kawannya dipandang dengan muka cemas. Dia takut ! Takut kalau Leon pergi meninggalkannya !
"Leon tolonglah bro ! Jangan pergi bro tolonglah !"
"Encik tolong ketepi kami nak check pesakit"
"Feng tolong wei ! Tolong selamatkan dia !"
"Aku cuba bro aku cuba. Banyakkan berdoa bro"
"God please...save my friend --- "
____________________________________
Albert dan Crist bercadang untuk duduk di mansion Carl buat sementara waktu. Setidak-tidaknya takdelah diaorang kelam kabut nak gerak ke Korea nanti. Albert mengeluarkan batang lollipop yang digigit dari tadi. Skrin tabnya dislide ke kiri beberapa kali.
"Muka tu cover sikit bang. Nampak sangat kerut dia" Crist menyengih sinis apabila Albert menjelingnya tajam. Macamlah dia takut ahaks. Kita tak tacowd lah dengan awucks ! "Diam lah kau mentang-mentang kau dah siap semua kerja nak nganjing aku. Jolok kau kang !"
Crist menggulingkan bebola matanya. Haritu kemain kata nanti lah aku siapkan sekarang hmmm merungut pulak nak kena siapkan ! "Aku dah kata dari haritu lagi siapkan awal-awal. Ha now kau hadap lah sesorang" Albert memuncung. Nak menangis dia kena sembur dengan Crist hmmm.
"Ehem" Deheman seseorang mematikan perbualan mereka berdua. Crist menoleh ke belakang mencari arah suara itu datang. Albert yang dah tahu tu suara sape statik menyambung kerjanya yang tergendala. "Aku ada info baru" Carl meletakkan fail biru pekat di tengah-tengah meja. Dia melabuhkan duduk di sofa bersebelahan dengan Crist.
"Pasal apa ?" Panjang tangan Crist mencapai fail biru pekat dan helaian pertama diselak. "Pasal cinta kita" Mengecil mata Carl memandang Albert yang tekun menaip sesuatu di tab lelaki itu. "Gay ke apa ? Anyway tu pasal S.L which is Leon enemy"
"Hmmm siapa yang take over jadah haram tu sekarang ni ? Setahu aku geng Leon dah jatuhkan group ni kan ?"
Carl mengangguk beberapa kali. Mengiyakan apa yang dikatakan apa yang dikatakan Crist. Albert mengigit batang lollipop yang dia pegang sedari tadi. Gulanya takde yang tinggal batang.
"Anak angkat dia aku rasa" jawabnya dengan suara yang agak kurang jelas kerana bercakap sambil mengigit batang lollipop. Crist menyelak helaian seterusnya. Matanya tajam membaca setiap perincian kata yang tertera di atas kertas.
"Yoo Vruwan. Apa kepelik sangat nama dia ni ? Kacuk india ke apa ?" Batang lollipop yang digigit Albert dibaling tepat ke muka Crist. Wajah Crist berubah riak menjadi jijik. Batang lollipop yang dah terlekat dekat atas kertas yang dia baca dijentik hingga terkena Carl di sebelah. Cepat-cepat Carl bangun dari duduk dan memilih untuk duduk di sebelah Albert.
Kepala Albert disekeh Carl. "NAK BUANG LAIN KALI DALAM TONG SAMPAH BUKAN DEKAT ORANG ! DODOL BETUL !" Albert memuncungkan bibirnya. Dia berpeluk tubuh dan menjeling Carl di sebelahnya. Baru dia nak cakap Crist sudah menjerit. "BUSUK SIAL AIR LIUR KAU ! LAIN KALI TAK PAYAH DAH GIGIT BATANG LOLLIPOP KALAU KERJA NAK BALING KAT ORANG ! GIGIT JE BATANG KAU SENDIRI MENYUSAHKAN BETUL !" Albert terkebil-kebil.
Carl menggulingkan bebola matanya bila Crist terlalu over dia rasa. Jejaka itu kelihatan menyelak helaian yang lain kerana terlalu loya. Siap guna hujung jari je ha. "Over lah kau bro by the way ---- suruh Killua cari latar belakang jantan tu dengan lebih mendalam. Cari sekali berapa ramai anak buah dia ada,kawasan mana dia pegang,dengan siapa dia bermusuh and siapa close friends dia"
Crist menyeluk phonenya dipoket seluar. Fail diletakkan semula ke atas meja dan dia bangkit untuk keluar dan duduk di kolam renang. Malas nak kasi orang lain dengar dia bercakap apa dengan orang kanan dia nanti.
Albert yang sedang slide tab dia dipandang Carl. "Kerja apa lagi kau tak siap ni?"
"Hmmm pasal project FXTV tu ha. PA aku pun satu baru sekarang nak bagi aku semua document. Masa aku ada dekat sana takde pulak kecah nak bagi document bila aku dah datang sini beria nak send semua document"
"Pecat jelah dia kalau dah susah sangat. Lain kali pilih PA takyah tengok rupa. Ni seksi sikit bantai. Cantik sikit bantai. Lain kali ambik yang biar tak cantik tapi pandai buat kerja. Kan dah mendapat"
Albert berdecit. Ini datang sini memang nak sembur dia jeke apa ? Tadi Crist ni Carl pulak. Lepas ni sape ? Readers ?
"Suka hati aku lah lahai"
"Menjawab je kerja. Orang tegur taknak dengar !"
"Kau ni kan ak -"
"Dah sambung jelah kerja kau sana !"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top