♡82♡
PINTU bilik berwarna hitam yang sedikit terpencil dari bilik-bilik yang lain itu dibuka. Kelihatan belakang kerusi kerja milik Dariel menyapa pandangan. Raven menutup perlahan pintu bilik lelaki itu. "Ye Tuan. Ada apa Tuan panggil saya?"
Dariel memusingkan kerusi kerjanya. Kakinya disilang gaya bossy dan matanya tajam melihat wajah Revan yang beriak datar. Hanya lelaki itu yang tidak gentar untuk menunjukkan emosinya yang sebenar kepadanya. "Come and sit"
Revan menarik kerusi di depan meja Dariel dan tanpa sepatah kata dia melabuhkan duduk. Matanya tepat merenung ke mata biru cair milik lelaki itu. Berbeza dengan abangnya kerana apa yang Revan tahu mata milik Leon berwarna biru gelap. Genetik ayahnya mungkin ?
Satu fail putih dicampak di hadapan Revan. Tanpa berkata apa-apa Revan mencapai dan menyelak helaian pertama. Dariel mengigit hujung jari telunjuknya. Dah memang habit dia nak buat macam mana ? "Done ?"
Revan berdehem. Wajah tak berperasaan Dariel dipandang. "Tuan nak saya hapuskan benda tu?" Dariel meniup kukunya. "You know what I mean....just do it can you?" Revan mengangguk. Fail tadi diletakkan ke tepi. "Mission accepted. Anything else ?"
Dariel menegakkan badannya. Sikunya dilabuhkan ke permukaan meja dan kedua tangannya ditongkatkan ke dagu. Matanya statik merenung ke mata kelabu asap milik Revan. "Dah tentu ada ---- kau tahu kan cerita sebenar kenapa abang aku campak aku ke sana ? Mind to tell me ?"
Hujung bibirnya ternaik sedikit. Nampaknya ini kali pertama Dariel melihat riak wajah lelaki bernama Revan berubah. Revan berdehem perlahan. Anak matanya dilarikan ke arah lain. Tidak mahu tersangkut dalam panahan mata biru cair lelaki campuran itu.
"Nn-no saya tak tahu"
Satu pucuk pistol diletakkan di atas meja. Tengah-tengah di antara mereka berdua. Nampaknya Dariel tidak bermain kali ini. Apa yang dia mahu dia akan dapatkan walaupun dia terpaksa membunuh sekalipun. "Kau nampak benda ni ?"
Revan kekal membisu. Matanya tidak memandang langsung ke arah Dariel atau benda yang lelaki itu letakkan di atas meja. "Kalau kepala kau bersepai sebab benda ni jangan salahkan aku" Dariel menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Tangan kanannya bermain-main dengan pistol yang dia pegang. Tinggal tunggu masa je nak tarik picu.
"Cakaplah apa yang Tuan nak cakap saya tetap takkan bagitahu kalaupun saya tahu tentang benda tu" Janji tetap janji dan Revan setia berpegang kepada janji. Sekalipun Leon sedar dari koma dia tetap tidak akan bagitahu kerana dia telah terlanjur berjanji.
Picu ditarik dan Revan masih tetap membisu. Masih tetap dengan prinsipnya. Dariel menggaru dahinya. Berani sangat ye Revan berhadapan dengan maut.
"Revan...aku taknak bunuh kau so choose ---- stay live and tell me the truth and die because you choose to be quiet. Which one man ?"
"I rather choose the second one other than the first one" dengan tenang Revan berkata. Kalau benar ini hari terakhirnya dia tidak kesah kerana dia tetap sudah menunaikan janjinya pada lelaki yang sedang terlantar koma itu.
"Baik. Jangan menyesal" Baru Dariel nak menekan pistol perbuatannya terhalang akibat jerkahan dari Freddy. "WOI KAU GILA KE BABI ?! KAU NAK BUNUH ORANG KANAN KAU KE SIAL ?!" Pistol di tangan Dariel ditepis hingga terjatuh di sisi meja.
Dariel mendengus. Revan yang sedang berdiam diri dijeling tajam. Lelaki itu nampak tenang walaupun lelaki itu hampir dibunuh olehnya.
"Kesah apa aku? Janji aku dapat tahu kenapa ABANG AKU LETAK AKU DEKAT SANA !"
Kolar baju Dariel ditarik kuat oleh Freddy membuatkan separuh dari badan Dariel ternaik sedikit. Revan hanya membisu. Tidak mahu masuk campur urusan dua sekawan itu. Dia lebih rela memilih mendiamkan diri dari mencampuri urusan orang lain.
"Tapi PERLU KE KAU NAK BUNUH DIA ?! HA DARIEL ?! JAWABLAH ! JAWAB !" Tangan Freddy dikolar dia ditepis kasar. Kolar bajunya yang sedikit londeh dinaikkan dengan kasar. Wajah merah padam Freddy ditatap tanpa gentar.
"Kau tengok muka aku ada aku kesah ke ? Eh KALAU DIA MATI SEKALIPUN TAKDE SAPE KESAH LAH SIAL !" Freddy meraup kasar wajahnya. Dariel punya baran memang tak boleh bawak bincang. Lelaki itu kalau sekali membuat keputusan pastinya takkan pernah ingin diubah.
Baginya keputusan yang dia buat itu adalah muktamad. Revan menghela nafas berat. Freddy dan Dariel yang masih berlawan mata dipandang dengan riak datar.
"Saya bukan taknak bagitahu perkara sebenar dekat Tuan tapi --- "
"TAPI APA ?!"
Freddy menjeling tajam Dariel di sebelahnya. Jantan ni kalau tak menyalak memang tak sah ke hidup dia ?
"Tapi saya dah berjanji dengan abang Tuan untuk tak bagitahu perkara tu dekat Tuan. Saya rela dibunuh dari memungkiri janji. Apa salahnya kalau Tuan tunggu abang Tuan sedar dari koma dan Tuan dengar sendiri dari mulut dia. Bukan ke tu lebih memuaskan hati Tuan sendiri ?"
Penuh berhati-hati Revan menyusun kata. Takut salah cakap makin melenting lelaki itu nanti. Dariel mengetap bibir. Dia tidak puas hati sekarang ni. Apa perlu sampai abang dia bangun dia dapat tahu ke ?!
"Kau fikir dia koma sehari dua ke apa bodoh ?" ujarnya mendatar. Baru Revan nak membalas Freddy mencelah laju. "Revan kau boleh keluar dulu"
Dariel yang nak mengejar Revan pantas ditolak semula hingga lelaki itu terduduk di kerusi. "KAU PA -"
"Duduk dan dengar apa aku nak cakap Riel. Aku taknak gaduh dengan kau so pleaselah" melihatkan Dariel yang dah terdiam Freddy menyambung kata.
"Kita tunggu Leon sedar baru kita jumpa dia. Nanti kau duduk lah depan dia dan tanya apa yang kau tahu. Kalau kau tembak Revan tadi kau ingat lepas abang kau sedar dia nak ke bagitahu kau benda sebenar ? Lepas je dia dapat tahu kau dah tembak Revan ?"
"Pahal abang aku nak kesah kalau dia mampus pun ? He's not -"
"Dia orang suruhan abang kau. Abang kau upah dia untuk jaga dan perhati kau sepanjang kau dekat sana Riel"
"Kka-kau tipu ---- tak-tak mungkin lah - "
"Benda ni betul Riel. Revan told me this things why do I need to lie to you bro?"
"Ak - keluar. Get out from my room"
Dariel tersandar lemah di kerusi. Freddy tanpa berkata apa-apa terus sahaja melangkah keluar dari bilik lelaki itu. Biarlah dia nak menenangkan fikiran kerana bukan mudah untuk berada di tempat seorang lelaki bernama Dariel.
Pasti susah untuk lelaki itu menerima satu per satu kebenaran yang bakal terungkap nanti.
Dari kecil dia dah dibuang.
Tak sempat nak mengenal benda lain.
Hanya mampu pasrah mendengar kata si abang.
Kali ini lelaki itu sudah membesar. Menjadi seorang lelaki yang tulen,tampan dan sasa. Berubah personaliti daripada riang kepada dingin.
Lelaki itu bukan mudah untuk ditipu seperti dulu. Nekad untuk mencari jawapan di sebalik semua benda yang terjadi.
"Mampu ke aku hadam semua benda ni ? Why you need to make me like this brother ? Why ?"
____________________________________
Carl yang sedang membaca majalah harian di bilik kerjanya tersentak apabila pintu dibuka kasar dari luar. Rafhael termengah-mengah mencari nafas di depan pintu. Berpeluh-peluh dia kerana terpaksa menaiki tangga dari tingkat satu hingga ke tingkat tiga kerana lift rosak.
"Herr ! Ich habe die schlechten Nachrichten !"
Sir ! I have the bad news !
Majalah yang dibaca tadi ditutup. Kakinya disilang gaya bossy. Wajah berpeluh milik orang kanannya dipandang hairan. "What is it ? Is it about business or - "
"Your friend !"
"Who ? Albert or Crist ?" Gelengan dari Rafhael membuatkan dahi Carl berkerut hebat. Dahtu sape lagi ? "It's about Leon !" Dahinya yang lencun dengan peluh dilap dengan lengan baju. Penat dia tak hilang lagi ni ditambah dengan penat nak menjawab soalan dari bos dia .
"Why ? What happen to him ?" Carl pelik sebenarnya. Baru je beberapa bulan lepas mereka berbual bersama-sama di telephone jadi apa yang jadi dengan lelaki tu ?
Cuma apa yang dia perasan dah lama juga lelaki itu tidak membalas chat yang dia hantar. Dalam group pun lelaki itu menyepi jadi dia assume Leon busy.
"He is in the coma !"
"What the fuck ?! How ?!"
Patut selama ni di telephone nggak diangkat-angkat. Dimesej nggak dibalas-balas oh sayang kau lagi di mana eh -
"Thanks Raf you may go" Raf menunduk sedikit dan terus keluar. Oh my - dia malas nak turun lah pulak sksksk. "Kenapa cipta lift kalau cepat rosak ?!" Dengan longlai dia melangkah menuruni tangga satu persatu. Kadang-kadang dia akan selang satu atau dua anak tangga untuk cepat sampai ke bawah.
"Hello bro"
"Ha what's up ?"
"Kau dah tahu pasal Leon ?" Carl bersandar di kerusi kerjanya dan matanya diliarkan ke siling bilik. "Singa tu ? Pahal dengan dia ?" Carl dilanda perasaan pelik. Takkan orang kanan kawannya tak tahu menahu pasal hal ni.
"Gotoh tak tak bagitahu kau ke yang Leon koma" Matanya mengecil melihat cicak yang kebetulan sedang mengawan. Tak sangka Carl yang melihat porn cicak mengawan lebih seronok daripada melihat porn manusia mengawan eh -
"Jap wei apa ? Koma ? Kau mabuk ke apa ni ?" Albert di talian tergelak kecil. Dia sangkakan Carl mabuk kerana lelaki itu suka mabuk di petang hari berbanding malam hari. Pelik bukan ? Haa itulah sikap unik seketul Carl Hendrison.
"Tak. Aku serius". Tap. Talian dimatikan oleh Albert. Carl memandang screen Iphonenya dengan riak tak percaya. Serius lah dia matikan call macam tu je ? "Wahh jarang aku rasa koyak macam ni sekali"
Dalam seumur hidup dia hanya dia je yang akan matikan call terlebih dahulu tapi ini kali pertama ada orang lain yang matikan call terlebih dahulu selain dia. Kawan sendiri pulak tu ! Phone diletakkan di atas meja.
Fikirannya menerawang jauh. Macam mana Leon boleh koma ? Rasa macam baru semalam dia dan lelaki itu bergurau dan tup-tup hari ini lelaki itu dikhabarkan koma.
Nombor Rafhael didail. Phone dilekapkan ke telinga. Tepi pipinya digigit.
"Booked me a ticket to South Korea as soon as possible. Booked one for you too and add 2 more for my dogs as well"
Dogs ? It's not his pet but he refer that dogs to his 2 other friends which is Albert and Crist. Tak kuasa dia nak gelar dua ekor tu manusia. Perangai mengalahkan binatang !
Oops saya dah masukkan lagi tiga watak lain which is Leon mafia team.
Ada yang ingat ke ? Kalau tak ingat boleh check balik ahaks
Sorry kalau story ni banyak scene HAHA aku pun pening senanye ni ( TДT)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top