♡77♡






NOMBOR Jungkook didail. Phone dilekapkan ke telinga kanan. Taehyung bersandar di balkoni hotel terkemuka di tengah-tengah bandar Osaka itu.



"Hello bro. Pahal call ni?"



Taehyung tersengih. Palang balkoni diketuk perlahan dengan tapak tangan kirinya. "Aku...aku ada benda nak cakap dekat kau ni"


"Hmm apa? Sounds like serious"


"Leon warded. Dia koma"


"Oh Leon warded? Dia kom- APA KOMA ?! KAU BUAT LAWAK KE APA KIMAK ?! TAK LAWAK LAH TAE TAK LAWAK !"


Phone dijauhkan dari telinga. Tangan kirinya laju menggosok telinga kanan dia yang mula sakit. Kuat bebenor si Jungkook tu menjerit. Mau pekak dia tadi !



"TAKPAYAH LAH JERIT SETAN ! AKU BELUM PEKAK AH ANJENG !"


Kali ni giliran Jungkook menjauhkan phone dia. Telinga kiri dia digosok laju. Berdesis dia sebab rasa macam berdengung je tadi.


"Sorry ah ! Terkejut tapi serius ke ni bro ?! Kau tolonglah jangan nak bergurau bab-bab macam ni. Fikir law-"


"I'm fucking serious Jeon Jungkook. Aku call Aira tadi then dia tiba-tiba menangis cakap Leon masuk hospital lepastu koma. Kau fikir aku buat lawak hambar ke sekarang ni?"


"Macam mana boleh jadi sampai macam ni bro ? Aku ingat dia -"



"Aku pun fikir benda sama macam yang kau fikir and entahlah...aku rasa mesti ada something wrong yang jadi masa tu sampaikan dia cedera parah macam tu sekali"



"Yaish macam-macam lah yang jadi tahun ni. Dahlah covid19 belum pupus tambah lagi dengan Leon yang masuk hospital pastu koma aduiyaiii ! Bila kau balik wei by the way ?"



Pandangan di larikan ke arah kota Osaka yang sesak dengan kereta lalu-lalang. Palang balkoni digenggam perlahan.



"Esok. Doakan lah flight aku tak delay lagi. Kau dengan Joon hyung bila ?"


"Esok juga sebab semua benda dah settle. Kau dah bagitahu Jin hyung ke pasal ni?"



"Belum...aku dengar dia tengah ada masalah tu yang aku taknak kacau. Jimin dengan Hoseok sekali dengan Yoongi hyung pun aku belum bagitahu lagi"


"Takpe nanti aku cakap dalam group je and YAHHH NAMJOON HYUNG ! LETAK BALIK BOXER KOOK LAH ! aish ! And kau takyah lah risau sangat sebab aku sure benda ni takkan effect dekat fokus dorang masa kerja YAH HYUNG ! PUT MY BOXER INTO MY LUGGAGE LAH !"



Taehyung tergelak kecil apabila mendengar suara Namjoon menggelakkan Jungkook di dalam talian. Makin kuat dia gelak bila suara Namjoon dan Jungkook bergabung kerana bertelingkah sesama sendiri hanya kerana sehelai boxer.


"K lah bro. Kau sambung lah gaduh-gaduh manja dengan Joon hyung. Aku taknak kacau PAPAI !"


" EH KAU -"



Tap. Cepat-cepat Taehyung matikan talian. Namau dia dengar bebelan anak jebon tu. Mau pekak dia sebulan hoho. Kakinya dibawa masuk ke bilik. Pintu sliding door kaca itu kembali ditutup rapat.



Langsir panjang berwarna coklat cair itu ditarik perlahan menutupi sliding door kaca yang terdedah tadi. Dia taknak masa dia tidur ada orang sekodeng. Wuish seram dia jadinya.


Phone diletak perlahan di almari kecil sebelah kanan katil. Punggungnya dilabuhkan ke atas katil. Baju T-shirt berlogo IDOL di tengah-tengah dan berwarna maroon itu dibuka dan dicampak ala-kadar ke lantai.



Mukanya ditekup. Satu tayangan di mana dia dan Leon berbual seakan ditayang semula dalam mindanya. Berputar seakan satu kaset rosak !



"Kau boleh janji satu benda dengan aku tak bro?"


"Apa dia ? Kalau pasal belanja kau ferrari tu aku tak pasti ah hoho"


"Anniya...janji dengan aku..kalau ada apa-apa jadi dekat aku atau aku mati ke nanti an sebab ajal maut kita..kita sendiri tak tahu bila jadi...tolong...jagakan Aira untuk aku ?hurm?"


"Wa-wae tiba-tiba je ni? Kau - kau mabuk ke apa?"


"Tak...aku bukan apa...anyway janji dengan aku ! Kau tak jaga dia nanti memang aku tembak kau sampai bersepai !"


"Yeeeee aku janji wahai adik iparku !"


"Kalau aku takde...cakap dengan dia aku sayangkan dia sekali. Okeyh?"


"Aku akan tunaikan bro. Aku akan" Taehyung menangis perlahan. Mukanya ditekup kuat dengan tapak tangannya. Sedihnya perasaan dia tika ini hanya Tuhan sahaja yang tahu.



Kawan yang selalu buatkan dia berasa takut,kawan yang sentiasa melindunginya dalam diam dan secara terang-terangan,kawan yang sentiasa ada dengannya saat susah dan senang kini terlantar koma tidak sedarkan diri. Tidak mencelikkan mata dan tidak mengucapkan sepatah kata.






♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________________





Kai tersedar dari lena. Matanya digosok perlahan. Dia rasa macam ada orang masuk je dalam ward dia sekarang ni. Nak kata Leon terbangun mustahil sangat bagi dia.


Kai mengebilkan matanya berkali-kali cuba untuk menjelaskan pandangan dia yang masih kabur kerana baru bangun tidur. Secara mengejut pulak tu ! "Sejak bila dorang pasang langsir dekat katil aku ni?"


Dahinya berkerut tatkala matanya dijamah dengan langsir di tepi katil nya yang jelas telah ditarik oleh seseorang untuk menghalang pandangan dia. Kai terus cepat-cepat memasukkan dirinya dalam selimut dan berpura-pura tidur. Jantungnya berdetak laju.



Dia pasti ada orang lain dalam ward dia sekarang ni ! Entah kenapa bulu roma dia mula meremang. "Bro. He's still asleep" Kedengaran satu suara garau bercakap dan disambut dengan satu lagi suara garau yang lain. Kai mengetap bibir.



Kalau dikira dari nada suara yang sedikit lain tu dia agak ada dalam 3 orang lelaki dalam bilik ni selain dia dan Leon. Kai tak risaukan diri dia tapi dia risaukan Leon. Dahlah lelaki tu koma dan buatnya diapa-apakan tanpa sedar macam mana ?!



Kai mengeluh perlahan. Matanya dipejam rapat. Macam mana dia nak tolong kalau tulang belakang dia belum pulih ? Hampir memakan masa yang lama untuk dia pulih masalahnya !



"He's condition so bad bro. Aku tak rasa abang kau boleh survive" Telinga Kai ditajamkan. Abang ? Leon ada adik ke ? Setahu dia adik lelaki tu perempuan tapi kalau lagi sorang tu ---



JANGAN CAKAP TU DARIEL ?! Kai menekup mulutnya kuat-kuat dari menjerit. Dia tak salah ! Sah-sah lah yang ada dengan dia dalam ward ni tak lain tak bukan adik kandung Leon yang dah lama hilang.



Perlahan-lahan Kai mengambil phone dia di sebelah katil dan aplikasi voice record ditekan. Phonenya disorokkan di bawah bantal dan dia kembali memejamkan mata.



Dariel melihat wajah si abang yang terlantar sakit tidak sedarkan diri. Dahi lelaki itu turut berbalut dan masih ada tompokan darah merah di bahagian kiri dahinya.


Matanya menyorot pula di bahagian bibir abangnya yang terselindung di sebalik alat pernafasan. Hujung bibir abangnya pecah dan kebiruan sedikit. Matanya digerakkan ke bawah iaitu di badan abangnya yang jelas sekali shirtless.



Kedua bahu abangnya jelas berbalut dan tompokan darah turut terlihat jelas. Matanya turun lagi ke bawah. Di bahagian perut abangnya jelas dibalut dengan kain kasa dan darah turut terlihat di bahagian tengah balutan itu.



"Abang kau kena tembak dekat jantung ke bro? Bapak tepat siak sape yang shoot tu fuh" Jari tangan Freddy perlahan menyentuh satu kain kasa yang ditampal di bahagian dada kiri lelaki itu.



Dariel menghela nafas berat. Air matanya ingin sahaja menitis sekarang ini kerana terlalu sebak dengan apa yang dia lihat. Dia jangkakan yang kepulangannya bakal disambut dengan riak wajah terkejut lelaki itu tapi yang dia dapat adalah sebaliknya. Kepulangan dia disambut dengan tubuh kaku si abang.



"Dariel. Hey bro ? Cakap lah something dekat abang kau..orang yang koma ni dia dengar tau apa yang kita cakap" Lembut dan penuh berhati-hati Adam menuturkan kata. Takut kalau salah cakap aje berangin satu badan jantan sebelah dia ni. Pantang salah cakap mula naik tanduk setan dia tu ha.



Dariel menarik satu kerusi yang kebetulan ada di sebelah mesin pernafasan dan dia melabuhkan duduk di sebelah kiri abangnya. Tangan kiri Leon digenggam erat. Betapa dia rindu ingin memegang dan mengenggam tangan abangnya itu.



Adam dan Freddy hanya memerhati. Tak mahu menganggu moment si kawan yang sedang dilanda sebak dan sedih. "Bang...aku datang ni" Bergetar nada suara Dariel menuturkan kata. Air matanya mula bergenang di pelupuk mata. Adam dan Freddy terkedu.



Baru kini dia sedar bahawa seorang lelaki beku dan tidak punya perasaan bernama King Alexander Dariel Rikkard hanya akan menangis bila perkara itu tentang abangnya. Dariel Rikkard hanya akan mengalah kalau ia berkaitan abangnya.



Dariel Rikkard hanya akan tersenyum bilamana topik itu tentang abangnya. Dariel Rikkard akan berubah manja hanya bila ia tentang abangnya dan Dariel Rikkard akan menurunkan egonya hanya untuk si abang.



"Aku mintak maaf bang...ak-aku mintak maaf sebab langgar arahan kau...ak-aku terlalu rindukan kau bang...sangat-sangat" Dariel menangis perlahan. Esak tangisnya tidak kedengaran cuma yang turun adalah air matanya sahaja. Cukup menggambarkan dia sedang kecewa,sedih,marah dan sebak dalam satu masa yang sama.


Kedua tangannya mengenggam tangan kiri abangnya yang kaku. Wajah tenang Leon dipandang dengan mata yang berair. "Aku sayangkan kau bang..terlalu sayang sampaikan aku sanggup keluar dari tempat yang kau sorokkan aku hanya untuk berjumpa kau lagi....bangunlah bang..kau mesti terkejut nampak aku kan?haha" terletus ketawa kecil di hujung ayatnya.


Entah apa yang kelakar pun Freddy dan Adam tidak pasti. Tapi apa yang pasti adalah ketawa yang terletus dari ulas bibir merah lelaki itu jelas sangat adalah ketawa hambar. Ketawa yang cuba diluahkan dengan niat dapat menutup perasaan sebenar dia tika itu.



Freddy memandang lama wajah Leon yang penuh dengan wayar,kain balutan dan juga alat pernafasan. Cukup untuk membuatkan seseorang itu mengatakan bahawa manusia di atas katil itu hanya mempunyai peluang tipis untuk hidup.



Adam turut memandang lama wajah Leon. Jadi..benarlah lelaki di hadapan mereka ini adalah abang kepada kawan baik mereka ? Keluhan berat terlepas dari bibir Freddy dan Adam serentak.


"Ak-aku rindu nak main dengan kau sama-sama macam dulu bang...aku rindu bbi-bila kau selalu ada dengan aku untuk bba-balut luka aku bila aku kadang-kadang terjatuh atau tercedera. Aku rindu....nak rasa lollipop yang kau selalu bagi dekat aku...ka-kau selalu cakap kalau kita makan lolipop automatik kita ak-akan tak rasa sakit" Poket kiri diseluk oleh Dariel. Satu batang lolipop berperisa anggur diletakkan di atas almari kecil di sebelah kiri katil lelaki itu.


"Aku harap...bila kau sedar nanti...kau tak akan rasa sakit..bang...aku pergi dulu" Dahi Leon yang berbalut dicium lama. Freddy dan Adam berdehem perlahan. Mereka berdua menoleh ke arah lain dan mengebilkan mata. Dah bersumpah kan nanak nangis jadi kenapa air mata degil nak keluar ni ha ?!


"Dah jom blah" Mask hitam di bawah dagu ditarik beserta dengan hujung muncung topinya ditarik ke bawah sedikit. Adam dan Freddy buat perkara yang sama cuma bezanya Adam memakai hoodie jadi dia hanya perlu menarik penutup hoodie untuk menyembunyikan separuh dari wajahnya.



Pintu dibuka perlahan dan mereka bertiga keluar dari ward. Dariel berdehem. Lehernya diregangkan ke kiri dan ke kanan. Riak wajahnya berubah datar seperti biasa.


Adakah tadi hanya lakonan semata ? Sudah tentulah tidak. Dariel amat pakar dalam menukar riaksi muka jadi tidak mustahillah dalam masa sesaat dia mampu bertukar daripada sedih kepada kosong. Daripada marah kepada datar.



"Bro. Sini" Mereka berdua membelok ke kiri dan mengekor langkah Adam dari belakang. Adam tu baru je first time jejak kaki dekat Korea tapi dah tahu selok-belok hospital ni macam mana. Oh yeah ! Dia luangkan 5 jam straight hanya untuk memahami peta hospital itu tau ?! Sebab tu dia mahir bab-bab nak tahu bahagian mana yang dapat mereka cilok.



Pintu tertera 'KECEMASAN' dibuka perlahan dan susuk tubuh Revan yang sedang bersandar di kereta menjengah mata. Dariel bergerak ke pintu belakang penumpang yang telah dibuka oleh Revan.


Adam bergerak ke sebelah kiri dan Freddy turut bergerak ke pintu sebelah pemandu. "Where's to,Sir ?" Revan melihat cermin pandang belakang yang memaparkan pantulan mata tajam milik Dariel yang turut sama memandangnya. Tangannya statik di stereng kereta. Bersedia untuk diputarkan.



"My mansion"



Pedal minyak ditekan dan kereta mewah itu meluncur laju membelah keheningan malam. Adam bersiul kecil. Kaki disilang gaya bossy sambil matanya melihat panorama luar yang memaparkan lampu-lampu jalan dan beberapa buah kedai yang masih lagi dibuka.



"Kau taknak tahu ke kenapa abang kau sorokkan kau dekat bermuda triangle ?" Freddy menyoal dari bahagian depan. Matanya tunak memandang ke hadapan acah macam dia pulak yang bawak kereta.



Dariel menggigit hujung jari hantunya. "Don't know...since he's in the coma so i bet i won't know the truth untuk beberapa bulan atau tahun" mendatar dia bersuara. Freddy hanya mendiamkan diri. Tak mengangguk dan tak menggeleng. Adam pulak masih bersiul kecil. Leka sangat dia tengok suasana Korea pada waktu tengah malam.



Maklumlah dia mana pernah tengok kedai dan sebagainya. Mereka berempat bertahun-tahun hidup dekat Segitiga Bermuda yang mana tiada satu pun bangunan kecuali markas mereka. Tiada kedai. Tiada supermarket. Tiada kereta. Tiada kapal terbang. Tiada pusat karaoke. Tiada kelab malam dan apa yang ada hanyalah gunung-ganang. Air laut sudah semestinya dan keadaan awan yang sentiasa kelam. "Takde sesiapa ke yang tahu rahsia abang kau selain dia sendiri? Takkan dia simpan sendiri ?"



Dariel mengeluh. Matanya dipejam dan kepalanya disandarkan di tempat duduk. "Aku kenal abang aku...once he keep something as a secret than it will be his secret that only he know what the truth behind the secret that he keep" Dariel terlalu kenal akan sikap abangnya.


Dari kecil Leon memang sudah jadi budak yang perahsia. Bayangkan kalau si Leon tu pernah kena tumbuk dengan budak sekolah lain tapi dia tak pernah tahu pun akan hal tu ? Bila ditanya abangnya akan mengelak dengan memberikan jawapan yang agak logik hingga membuatkan dia terpedaya.



Abangnya terlalu bijak dalam menyimpan rahsia. Terlalu pandai mengemukakan beberapa alasan yang agak bernas hanya untuk menutup rahsia yang dia tahu. Yang dia pegang. Yang dia pendam dan yang dia hadam.



Kadang-kadang dia tertanya-tanya yang...abangnya tidak penat ke untuk memendam segala perasaanya seorang diri?



Dariel hanya pasrah. Dia akan menunggu masa yang tepat dan sesuai untuk bersemuka semula dengan abangnya dan membetulkan apa yang salah di antara mereka.


'I hope you will be awake soon brother....I miss you so damn much like hell'





♥♥♥ ♥♥♥
__________________________________





Kai cepat-cepat bangkit dari baring dengan perlahan-lahan. Bantal dinaikkan sedikit dan didekatkan ke dinding. Belakang badannya disandarkan perlahan pada bantalnya. Kedudukannya dibetulkan agar lebih selesa.



Phone yang dia dah tarik keluar tadi dibelek dengan pelbagai persoalan. Bibir bawahnya digigit. Pertama kali dia mendengar suara lelaki yang bergelar adik kandung kepada kawannya itu dan jujur dia berdebar. Button play ditekan. Volume dinaikkan sedikit.



"Bro. He's still asleep"


Suasana senyap seketika sebelum satu lagi suara menyampuk.


"He's condition so bad bro. Aku tak rasa abang kau boleh survive"


Kedengaran suara yang sama bercakap semula.


"Abang kau kena tembak dekat jantung ke bro? Bapak tepat siak sape yang shoot tu fuh"


Kali ini suara garau lelaki yang bercakap untuk kali pertama tadi menyampuk.


"Dariel. Hey bro ? Cakap lah something dekat abang kau..orang yang koma ni dia dengar tau apa yang kita cakap"


Kedengaran bunyi kerusi ditarik perlahan.
Kali ini suara yang Kai pasti adalah adik kandung Leon mula memainkan peranan.


"Bang...aku datang ni"

"Aku mintak maaf bang...ak-aku mintak maaf sebab langgar arahan kau...ak-aku terlalu rindukan kau bang...sangat-sangat"

"Aku sayangkan kau bang..terlalu sayang sampaikan aku sanggup keluar dari tempat yang kau sorokkan aku hanya untuk berjumpa kau lagi....bangunlah bang..kau mesti terkejut nampak aku kan?haha"

"Ak-aku rindu nak main dengan kau sama-sama macam dulu bang...aku rindu bbi-bila kau selalu ada dengan aku untuk bba-balut luka aku bila aku kadang-kadang terjatuh atau tercedera. Aku rindu....nak rasa lollipop yang kau selalu bagi dekat aku...ka-kau selalu cakap kalau kita makan lolipop automatik kita ak-akan tak rasa sakit"


"Aku harap...bila kau sedar nanti...kau tak akan rasa sakit..bang...aku pergi dulu"


Kedengaran dua suara garau berdehem perlahan. Suasana senyap sekejap dan dipecahkan dengan suara Dariel.

"Dah jom blah"

Kedengaran pintu dibuka perlahan dan kembali ditutup dengan perlahan.


Button stop ditekan oleh Kai. Phone ditangan kanannya digenggam perlahan. Bibirnya dikemam. Matanya terkebil-kebil memandang langsir yang menutupi satu kawasan katilnya.


"I need to tell Suho 'bout this. Asap"
















Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top