♡75♡
SUASANA ruang tamu rumah agam milik Suho berubah hening. Mereka semua bercadang untuk duduk sementara di rumah agam Suho memandangkan rumah agam Leon telah didiami dengan kawannya yang lain.
"Seronok dapat buat abang kau terbaring kaku kat hospital? Seronok ke?" Suara sinis Baekhyun memecahkan keheningan di dalam ruang tamu itu. Aira mengemam bibirnya. Kedua tangannya yang dah dilepaskan dari rantaian gari tadi mengenggam hujung baju blouse dark green yang dia pakai. Matanya tunak menekur meja kaca di hadapannya itu.
"Laki yang kau cakap penipu tu tadi lah yang upah aku dengan Chanyeol untuk lindungi kau. Kau tau ? Aku dengan Chanyeol lagi banyak kerja nak diuruskan tapi sebab dia mintak kitaorang untuk pantau kau kitaorang terus on. Sebab apa ? Sebab kami fikir dia kawan. Kami fikir dia nakkan keselamatan adik kesayangan dia ni terjamin" Ucapan Baekhyun buatkan Aira dihimpit rasa sebak dan serba-salah. Mereka yang lain hanya diam dan mendengar.
Sekejap lagi adalah yang menyampuk cuma sekarang mereka bagi laluan dekat Bacon tu untuk berceramah. "Tt-tapi perlu ke sampai menipu Ira?" Lirih nada suara Aira dan wajahnya berubah sugul. Sehingga sekarang dia masih tidak dapat menerima hakikat bahawa dia adalah anak angkat. Perit untuk diterima dan sakit untuk dihadam.
Luhan berdehem. Matanya dilirik ke wajah kawan-kawannya sebelum melihat wajah Aira yang masih tertunduk menekur meja kaca. "Aira-shi...pernah dengar tak orang selalu cakap yang tak semua orang menipu tanpa sebab yang kukuh ? Leon menipu ada sebab Aira. Tuan Alex dengan Puan Lacy pun menipu ada sebabnya. Aira tak boleh nak letakkan 100% kesalahan dekat bahu Leon. Dia dah banyak berkorban untuk Aira...Aira tahu tak ? Yeah,memang dia bersalah juga sebab menipu tapi dia terpaksa" Kris menggaru bawah hidungnya. Kenapa ayat last tu macam something ek ?
Luhan berdehem sedikit keras apabila wajah kawan-kawannya berubah lain macam. "Dia tersepit Aira...tersepit antara dua pihak. Kalau ikut pihak Leon dia sendiri pun taknak terbabit dalam penipuan ni tapi Tuan Alex dengan Puan Lacy paksa dia. Dia kalau boleh nak terangkan semua benda dekat Aira tapi dia terpaksa tahan dan pendam sebab arahan mak ayah dia sendiri. Aira nampak je Leon macam jenis berani lawan cakap mak bapak dia tapi Aira kena tahu yang dia pun ada rasa hormat dekat orang tua"
Air mata Aira menitik jatuh. Bibir bawahnya makin kuat digigit dan kedua tangannya makin kuat mengenggam hujung blouse yang dia pakai. "Tak semua yang kau nampak dekat dia tu jahat. Tak semua yang kau dengar pasal dia tu tipu dan tak semua yang kau rasa tentang dia tu betul. Aku tak nafikan kalau dia jahat tapi bila dia dengan kau...dia jadi lain. Dia jadi Leon yang kami sendiri tak pernah kenal. Dengan kitaorang dia boleh pasang muka ketat 14 jenis tapi dengan kau dia boleh pasang 1001 jenis muka lembut. Kitaorang yang jadi kawan dia pun jarang nak dengar dia ketawa tapi kau? Kau cakap je apa-apa even tak lawak sekalipun dia dengan sendirinya tergelak. Dia tahu Aira kau tu cuma anak angkat tapi dia tetap sayangkan kau sama macam dia sayangkan Dariel" Walaupun Sehun berkata dengan nada datar tapi Aira yakin lelaki itu sehabis baik cuba berlembut dengannya.
Perlahan Aira mengangkat muka memandang ke arah jejaka-jejaka kacak di depan dia. "Dar-dariel tu sape?" Suho menggaru belakang tengkuknya. Kris pulak berpura-pura sedang melihat telephone. Dyo sudah acah-acah batuk dan Baekhyun dengan Chanyeol berpura-pura pekak. Luhan sudah acah mengacau rambut pacak Tao manakala Tao acah macam pengsan dan Lay memejamkan matanya rapat-rapat.
Sehun mengeluh apabila kesemua kawannya berubah bodoh dalam masa sesaat. Muka Aira yang keliru dipandang dengan riak kosong. Dia berpeluk tubuh dan kakinya disilang lagak gaya bossy.
"Dariel tu adik kandung dia. Lebih tepat lagi kembar kepada abang kau tu sendiri"
Ddang !
Aira rasa dunianya seakan berhenti berputar untuk seketika. Bebola matanya terbuntang luas. Jadi..jadi gambar yang dia nampak tempoh hari secara tak sengaja dekat dalam bilik mom dengan papanya tu...adalah gambar abang dia dan kembarnya?
"Jad-jadi tu.." Sehun mengangguk mengiyakan. "Dia hilang dah lama. Bukan berminggu dan berbulan tapi bertahun-tahun lamanya. Leon jadi tak tentu arah dan Puan Lacy dengan bapak kau pun jadi macam you know....hilang arah? Jadi dorang decide nak ambik kau sebagai anak angkat dan yeah here you go..being a part of Alexander family and well welcome ?" hujung ayatnya sengaja dibuat-buat seakan gembira padahal mukanya masih lagi kosong dan ketat.
Hati Aira semakin sakit. Semakin pedih. Dia sendiri bertambah terkejut. Bertambah terkedu. Tidak sangka hari ini,malam ini dan masa ini segala rahsia tentang abangnya dan status sebenarnya terbongkar. "Ma-maccam mana dia boleh jadi pembunuh?"
"Aduh ! Sakit pulak hati aku dengar perkataan pembunuh tu" Kris menjeling Chanyeol yang acah berdrama nak pegang dada bagai. Baekhyun kat sebelah Chanyeol acah-acah menangis.
Kedua belah matanya dilap dengan tapak tangan perlahan padahal takde air mata pun yang mengalir ! Aira sudah berkerut dahi. Tadi marah sekarang dah tak betul dah ?
"Dia bukan pembunuh" senada Suho menyampuk. Menyedarkan Aira dari lamunan yang panjang. Kris di sebelah Suho mengangguk perlahan. Cincinnya yang dicabut dari jari hantunya dimainkan.
"Dia hanya bunuh orang yang cari pasal dengan dia. Bukan suka-suka mahupun hanya dengan niat nak bermain. Semua yang dia bunuh tu tulah yang cuba nak cederakan mak bapak kau...cuba nak buat benda kotor dekat kau dan cuba nak lingkupkan bisnes dia sendiri. Masih lagi kau nak panggil dia pembunuh?"
Kting !
Tepat balingan cincin yang dibuat oleh Kris masuk ke dalam cawan kaca berisi air suam yang sedari tadi terhidang di depan mata dia. Aira terdiam bisu. Tidak tahu mahu respon apa. Dia cukup terkejut akan semua benda yang dia dapat tahu harini.
"Dia jadi macam tu pun sebab satu benda je sis. Easy. Girl and the fuckta is clearly not you. It's the another girl" Lay menyampuk. Dari tadi dia berdiam diri dan mendengar sengala tohmahan yang kawan dia cakap. "Ssi-siapa?" Kening Aira bertaut. Abang dia ada kekasih ke? Atau bekas kekasih? Kenapa dia tak tau?
"Bukan hal kau pahal nak kecah?" Terdiam terus Aira dibuatnya apabila disembur dengan pedas oleh Sehun. Sehun ni tak padan dengan muda tapi mulut tu nauzubillah. Deep sangat ! "Oh ye Suho hyung. Macam mana condition dia?"
Suho menarik nafas sekejap. Belakang cuping telinga kanannya digaru perlahan. "Worse...dia kena masuk ICU tapi Tao suruh Feng letakkan dia dalam ward yang sama dengan Kai supaya senang sikit kalau apa-apa jadi Kai ada nak tolong" Masing-masing berubah sugul apabila mendengar kata-kata Suho.
Aira sudah tertunduk lemah. Dia tahu dia bersalah dalam hal ni dan dia semakin dihurung dengan perasaan serba-salah yang kian memuncak.
♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________
Kai menoleh ke arah pintu wardnya dengan tertanya-tanya. 'Bukan waktu melawat dah habis ke?' detik hatinya. Feng melangkah masuk diikuti oleh lima orang nurse di belakangnya. 2 lelaki dan 3 perempuan. Kai mengerutkan dahinya apabila dua orang nurse lelaki menolak masuk satu katil yang didiami oleh seorang lelaki.
Wajahnya tak berapa jelas kerana tertutup dengan alat pernafasan dan beberapa wayar lagi yang dia sendiri pun tak tahu. "Letak dia kat sini and you may go. Awak bertiga tunggu sini" 2 nurse lelaki itu membongkok tanda hormat pada Feng dan 3 nurse perempuan itu masih statik menunggu arahan seterusnya dari doktor lelaki di depan mereka. "Bro...apa semua ni? Bukan sepatutnya aku sorang ke kat sini?"
Feng tersenyum hambar kepada Kai yang membuatkan Kai mula berasa tidak enak. Terasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan senyuman lelaki bergelar doktor itu. "Tao suruh aku letak Leon sekali dekat sini sebab nan - "
"Chop ! Chop ! Leon what ?!" Ternaik sedikit nada suara Kai membuatkan ketiga-tiga nurse perempuan di sebelah katil Leon itu memandang ke arah satu sama lain. Feng menarik nafas perlahan kemudian dihembuskan. Muka Kai yang keliru dipandang dengan bibir yang dikemam.
"Leon cedera. Parah. Tao suruh aku letak dia satu ward dengan kau sebab nanti senang. Ikutkan prosedur yang sebenarnya Leon kena dimasukkan dalam ICU tapi sebab korang ni errr suka susahkan aku so aku letak lah dia dalam sini" ayat 'menyusahkan aku' tu cukup buatkan seketul Kim Jongin yang terlantar atas katil hospital tu nak baling remote control yang dia pegang sedari tadi ke kepala Feng yang sedang tersengih.
Feng menggosok belakang lehernya. Bibirnya dimuncungkan sedikit tanda dia sedang gelabah. Tak memasal dia terlepas cakap kan dah mendapat tenungan maut Kai. "Errr doc sorry for disturbing your conversation but apa kami nak kena buat dengan pesakit ni?"
Feng menepuk dahinya. "Oh ye ye ! Nasib korang ingatkan kalau tak mati dah tadi pesakit ni" Mengecil mata Kai mendengar perkataan 'mati' yang meluncur keluar dari mulut Feng. "Kalau dia mati kepala kau aku tembak sampai berkecai"
Feng yang sedang menekan-nekan mesin hayat di sebelah kiri katil Leon tertelan air liur. Laju jari dia menekan apa yang patut. "Chi-chill lah kau ni ! Aku terlepas cakap je pun..." hujung ayatnya direndahkan suara membuatkan Kai menyengetkan bibirnya ke kiri.
Susuk tubuh Feng yang membelakangi dia dipandang kecik-besar kecik-besar. "Ok done. You guys can go now. Thanks ya and jangan lupa tolong pantau keadaan dia dan reportkan dekat saya as usual" ketiga-tiga nurse itu mengangguk faham dan berlalu keluar.
Rasa seram sejuk pulak duduk dalam ward tu dengan sorang pesakit tenung mereka buat kerja macam nak makan dan dengan doktor pula asyik gelabah tak tentu pasal. Nasib je si Feng tu tak tersalah cucuk IV drip dekat tangan Leon kalau tak entah mana lah nanti dia cucuk IV drip tu.
Kai turun dari katil perlahan-lahan. Terbongkok-bongkok dia berjalan ke arah Feng yang sedang menulis sesuatu di hadapan katil Leon. Dia berdiri di sebelah kanan katil Leon. Wajah kawannya yang tenang dilihat dengan perasaan sebak.
Menggigil-gigil tangan dia nak genggam tangan kanan Leon yang dicucuk dengan pelbagai jenis wayar. "Ma-macam mana bb-boleh jadi macam ni sekali bro?" Sayu Kai bersuara. Bibir bawahnya digigit kuat apabila dia merasakan empangan air matanya bakal pecah tak lama lagi. Feng menutup perlahan buku rekod pesakit yang dia isi tadi. Wajah Kai dipandang sekilas dan dia melarikan pandangan ke arah wajah Leon yang dipakaikan dengan alat pernafasan dan dahi lelaki itu turut berbalut rapi.
Esakan tangis seseorang mematikan lamunan Feng Hao yang jauh mengelamun. "Wei Kai jangan lah nangis wei" Berubah terus riak wajah Feng melihat Kai menangis teresak-esak. Tak tahu dia nak rasa gembira sebab first time tengok Kai nangis atau kesian kerana lelaki itu tidak cukup kuat untuk melihat sahabat karibnya terlantar sakit.
"Ma-macam mana hiks aku tak nn-nangis ?! Ka-kalau lepas ni aku tak-tak dapat hiks nak dengar suara dia lagi ?! Hiks ak- hiks aku tak kuat..." Feng bergerak ke sebelah Kai dan bahu jejaka itu dipeluk dan ditepuk perlahan.
"Shhh kalau kau nak tahu...orang koma ni boleh dengar apa yang kau cakap. Kau nak ke...Leon dengar kau menangis? Hmm?" Kai mengelap air matanya yang menitik jatuh dengan kekura tangan kirinya. Tersedu-sedan dia kat sebelah Feng.
"Aku bukan apa...selalunya...dia lah yang selalu buat aku berangin nanti lepas ni dah takde sape nak buat aku marah macam mana dia buat aku..lepasni dah takde sape nak jadi tempat aku berbual...lepasni dah takde sape dah nak layan lawak bodoh aku"
Feng mengebilkan matanya berkali-kali. Try hard dia taknak nangis masa-masa macam ni. Kai memandang lama wajah bersih milik Leon. Kelihatan banyak lebam dan luka kecil di wajah tampan lelaki itu. "Bro...tunggu aku dah sembuh nanti...aku akan balas dendam dekat orang yang buat kau macam ni. Pegang janji aku bro !"
Kai mengetap rahangnya. Bergerak-gerak halkumnya menahan amarah yang membuak-buak di dada. Feng mengusap belakang bahu Kai dengan perlahan.
Dia sendiri mati kata macam mana lagi nak pujuk si Kai ni ha. Dia sendiri kelu sebab dia mana pernah pandai bab-bab pujuk orang ni. Kalau bedah orang dia expert sikit tapi bab-bab pujuk ni dia memang slow namati.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top