♡74♡
Pintu bilik bedah terbuka dari dalam dan Feng keluar dengan muka yang berpeluh-peluh. Kau bayangkanlah dia duk berperang bedah orang dalam sana sampai makan masa 4 jam ?! Mahu tak lencun si Feng tu kat dalam sana dengan baju yang angin memang takkan masuk lepastu pakai mask lagi then sarung tangan lagi. Panasnya hanya Tuhan je yang tahu.
Suho terus bergegas ke arah Feng yang sedang mengelap peluh di dahi. "Macam mana ?! Dia ok tak ?! Dia selamat tak ?! JAWABLAH !" Tercengang Feng kat depan Suho. Terkebil-kebil mata dia sebab dijerkah Suho. Dah kenapa dia kena marah pulak ni ? "Bro,bawak sabar lah sikit ! Budak ni tengah penat kau boleh marah dia pulak. Chill boleh tak ?" Lay menepuk perlahan bahu Suho untuk menenangkan lelaki itu.
Suho memejamkan matanya. Kedua tangan dicekakkan ke pinggang. Wajah Feng yang terkedu dipandang dengan riak cemas. "Mian bro...Leon..dia macam mana ?" Feng mengangguk sekilas. Mask yang berada di pegangan disumbat masuk ke dalam poket kot doktornya.
Muka Suho yang kerisauan dipandang dengan bibir bawahnya yang digigit perlahan. "Peluru dekat dua belah bahu dia aku dah keluarkan tapi..."
"TAPI APA ?!" Lagi sekali bahu Feng terhincut. Tao yang dari tadi duduk terus bangkit dan berjalan pantas ke arah Suho serta menutup mulut lelaki itu. "UMPHHH UMPHH" Lay memegang kedua lengan Suho agar tidak bergerak-gerak dengan kuat. Memerah muka Suho dek bengang dengan Lay dan Tao.
"Sorry bro. Bangang ni memang tak faham bahasa so sila sambung cepat !" Tao makin menguatkan tekapan tapak tangan kanannya di mulut Suho. Suho pasrah. Dia redho jadi seakan-akan tahanan penjenayah kat situ.
Feng berdehem. "Peluru yang lagi satu tu pun aku dah keluarkan tapi sayangnya err peluru tu hampir nak kena bahagian jantung dia belah kiri so yeah dia masih dalam tahap kritikal sekarang ni lagi lagi dengan tikaman dia betul betul dekat bahagian tengah perut. Aku dah cuba apa yang aku boleh tadi bro. Maafkan aku sebab tak boleh nak - " Feng memejam matanya erat. Dia taknak menangis tapi tulah air mata dia degil nak keluar.
Lay yang dengar akan perkara itu mengemam bibirnya. Tao pula sudah diam membisu dan Suho yang masih ditekup mulutnya dan tangannya ditahan kuat itu hanya mampu meluahkan perasaan melalui mata. Kelihatan matanya berubah sayu kerana kelopak matanya tertutup separuh.
"Dia koma bro. Koma. Aku tak dapat jangka bila dia akan sedar tapi sekarang ni dia akan dimasukkan ke ICU dan -"
"Masukkan dia sekali dekat ward Kai"
"Ta-tapi wei -"
Tao memintas laju percakapan Feng. Jari telunjuk kirinya diangkat tepat di depan muka Feng membuatkan lelaki itu terkebil-kebil melihat jari telunjuk runcing jejaka bermata panda itu.
"We doesn't need your fucking damn excuses. Just placed him at the same ward as Kai dan bawak semua apa yang patut ada masuk sekali dalam ward tu"
Nak taknak Feng mengangguk. Karang kalau dia bantah aje pecah berderai kepala dia kena tembak. Mahu sia-sia je dia mati muda-muda ni .
Suho ditarik oleh Lay dan Tao ke arah lift. Button lift ditekan oleh Tao dan Lay masih statik memegang tangan Suho. Tangan kanan Tao juga masih statik menekup mulut Suho.
Ting !
Lift dimasuki oleh mereka dan pintu lift kembali ditutup. Tao melepaskan tekapan tangannya begitu juga dengan Lay. "YAISH JIJIK AKU SIAL ! EWWW" mulutnya digosok berkali kali dengan lengan baju panjangnya yang berwarna biru gelap.
Muka Tao dan Lay dipandang tajam. "Terpaksa. Kau ingat aku hamak sangat nak tekup mulut kau ? Dalam mimpi lah" Suho menggulingkan bebola matanya. Badannya disandarkan ke dinding lift dan dia berpeluk tubuh.
Matanya dihalakan ke lantai lift. "Aku...tak sangka benda akan jadi teruk macam ni" rendah suara Lay memecah keheningan mereka bertiga di dalam lift itu. Kenapa hanya mereka bertiga dan takde orang lain ? Well Tao pilih lift bomba so hik hik.
"I think the situation will become more chill since Aira love Leon so much well Leon is her brother after all but yeah turn it out the situation become more worse than I expected" Tao bersuara tenang. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
Suho membisu dan hanya halkumnya sahaja bergerak gerak ke atas dan ke bawah. Cukup mengambarkan dia sedang menahan pelbagai perasaan waktu itu. Mana taknya kalau Leon satu satunya orang yang dia rapat kini sedang terlantar di wad sakit ?
Kawan baiknya sedang tenat dan dia tak mampu buat apa apa selain hanya boleh berdoa. Kawan baiknya sedang bertarung nyawa dan dia hanya mampu mendiamkan diri dan melihat ?
Buat pertama kali dalam hidup Suho merasakan dia tidak berguna. Tidak mampu nak selamatkan kawan baik sendiri cukup membuatkan Suho dilanda perasaan kecewa yang menggunung.
"Bro. It's not your fault" Sayu Tao melihat keadaan Suho yang agak tertekan di matanya. Lelaki itu kelihatan sangat rapuh masa ini. Lay hanya mampu mengerling. Biarlah Tao yang memujuk dan dia hanya mampu memasang telinga sahaja.
"Ak-aku rasa macam bodoh pulak sebab yelah haha dia kat dalam sana bertarung nyawa dan aku kat sini layan sendu haha" air matanya yang menitik dilap menggunakan ibu jari kanannya. Terkebil-kebil mata dia sebab nak hilangkan sisa air mata.
"Kita tak boleh nak buat apa-apa dah bro...apa yang kita boleh buat sekarang hanya boleh bagi semangat je dekat dia" Suho terangguk perlahan mendengar kata-kata Tao. Ye..mereka dah tak mampu nak membantu apa-apa dan hanya mampu untuk menyalurkan semangat kepada lelaki itu nanti.
"Doa" Lay menyampuk. Kali ini situasi berubah hening. Berubah sunyi. Masing-masing melayan perasaan sendiri hinggalah lamunan mereka terhenti oleh dentingan lift.
"Nah kunci" Kunci kereta dibaling oleh Suho ke arah Lay. Jejaka itu mengerutkan dahi sambil menyambut balingan kunci yang diberi Suho. "Pahal aku?"
Suho berdecit. Dia memaut bahu Tao dan mengerling ke arah Lay yang masih blur. "Kau pulak yang bawak memandangkan kau tak pujuk aku tadi. Chaw !"
Tao tergelak besar apabila muka Lay berubah masam. Dia dan Suho melangkah jauh ke hadapan meninggalkan Lay yang masih tak puas hati di tengah-tengah koridor hospital mewah itu.
"TAK GUNA KAU JUMNYEON ! MINTAK PENAM -"
"Encik mohon rendahkan suara sebab sini kawasan hospital"
Merah muka Lay menahan malu. Terus dia membongkok sedikit kepada nurse perempuan itu dan berjalan laju mengejar langkah Suho dan Tao.
"Kena marah ke bang ? Pfttt"
"Diamlah kau ! Semak je !"
"Shhh sini kawasan hospital lah dik HAHAHAHA"
"Babi babi kau memang babi"
Pecah tawa Suho dan Tao di kawasan parkir kereta hospital. Lay memang membuatkan mereka berdua terhiburlah dikala duka ni. "Masuk atau aku tinggal. Aku bawak ni kang jangan mantol pulak aku tinggalkan korang nanti"
Tao sudah menghembus nafas lelah sebab penat gelakkan Lay dan melabuhkan duduk di seat belakang manakala Suho di seat sebelah pemandu.
"Aduh aku terhibur teroks tho !"
"Tu lah ! Haha lawak yall"
"Diam jubake"
♥♥♥ ♥♥♥
_________________________________
Hazry bersiul kecil sambil memasukkan tangan kirinya ke dalam poket dan tangan kanannya menolak troli yang sarat dengan bahan basah serta makanan ringan. Syarwani hanya mengekor dari tepi sambil mengendong anaknya. Kalau dilihat dari belakang mereka berdua tidak ubah seperti satu keluarga bahagia.
"Kau nak beli apa-apa lagi tak?" Troli diberhentikan di hadapan satu rak yang menempatkan keropok pelbagai jenama membuatkan Syarwani turut menghentikan langkahnya. Kepalanya diangkat melihat keropok di depan seketika dan dia menolehkan kepalanya ke arah Hazry yang leka mencampak beberapa paket keropok itu ke dalam troli.
Membuntang besar mata dia dek troli yang mereka bawa hampir penuh dengan macam-macam jenis makanan. Bahan basah semua dah terhempap oleh makanan ringan yang dibeli oleh Hazry. Bekas ais krim je dah sampai belasan bekas dia rasa belum masuk lagi air botol coca-cola yang berbotol-botol dalam troli tu ha. Syarwani tergeleng kepala di sebelah Hazry yang leka memilik keropok yang ingin dimakan.
'MasyaAllah...nafsu makan dia tahap gajah ke buaya ni?' hatinya tertanya-tanya. Terangkat kening Hazry memandang ke sebelah kirinya. Kelihatan Syarwani sedang membatu dengan Zazril di dalam kendongan. Wanita itu tidak mencapai apa-apa makanan ringan dan hanya berdiri di sebelahnya seperti patung.
Bibirnya disengetkan sedikit dan bahunya diangkat. Nahh dia kesah apa kalau taknak sudah kalau nak ambik je semua benda nanti dia bayarkan but since Syarwani taknak ambik apa-apa well biar dia je yang tolong ambikkan lagipun peti ais kat rumah Leon tu makin lama makin kosong sebab Aryan yang suka mengopes peti ais tu malam-malam buta.
"Err awak dah banyak sangat dah ni..." Hazry hanya mengendahkan. Tangannya cekap memasukkan beberapa paket keropok lagi ke dalam troli. Mata-mata yang memandang mereka berdua lain macam hanya dihiraukan. Troli dia suka hati dia lah nak buat apa.
"Dah jom" Kepala Syarwani ditarik dan dikepitkan di bawah ketiak dia. "HEY HEY HAZRY ! SAKIT LAH JATUH KANG ANAK SAYA AWAK NAK TANGGUNG KE ?!"Syarwani menggerakkan kepalanya ke belakang dan tudungnya yang hampir senget dibetulkan dengan sebelah tangan. Merah mukanya memandang muka Hazry yang beriak kosong. Zazril masih dalam dukungan dan badan anak kecilnya itu ditepuk perlahan agar tidak tersedar dari lena. Si kecik tu suka sangat tidur !
"Kecoh lah kau ni...aku baru kepit belum suruh bau lagi heh" Hazry memandang sinis ke arah Syarwani yang memuncung. Ha muncung panjang lagi biar nanti dia sangkut segala jenis mak pak hanger kat situ.
"Ish dahlah awak ni ! Perangai tak senonoh !" Terus Syarwani bergerak perlahan ke depan dan meninggalkan Hazry di belakang. Hazry pun apa lagi ? Dia pun tolaklah troli tu dan ikut Syarwani dari belakang lagipun dia malas nak acah-acah keluarga bahagia gituw.
"Betul ni kau taknak ambik apa-apa ? Aku bayar ni" ujarnya mendatar kepada Syarwani di sebelah. Zazril beberapa kali dia kerling. Lena sangat gamaknya.
Mata Syarwani meliar ke sekeliling mall terkenal itu. Liur ditelan berkali-kali apabila harga barang-barang di situ kelihatan mahal. "Err tak-takpelah..." meleret suara Syarwani dengan nada yang rendah membuatkan Hazry meletakkan kedua tangannya di pemegang troli dan badannya dibongkokkan sedikit.
Muka ditoleh ke arah depan melihat pelanggan demi pelanggan sudah melepasi cashier dengan barang mereka. "Kalau nak ambik taknak jangan menyesal. Aku bayar" Terbuntang luas mata Syarwani. Dia memandang ke arah Hazry dengan riak wajah tak percaya.
Serius lah laki ni bayarkan ?! Dahlah semua harga cekik daghah woi ! Hazry menegakkan badan dan menolak troli ke depan. Tangan kirinya mencapai lengan kanan Syarwani dan ditarik perlahan untuk ikut sama ke depan. Syarwani hanya pasrah dan ikut sahaja rentak lelaki itu.
"Cash or card,Sir?" Penjaga cashier itu tersenyum malu apabila Hazry menundukkan pandangan memandang wajahnya. Memerah muka dia kerana tak sangka orang hensem depan dia ni pandang dia sksksksk.
"Card" satu keping gold card diletak ala kadar di hadapan cashier perempuan yang sedang shy-shytan depan dia. Terketar-ketar tangan cashier tu nak leretkan gold card yang dia terima tadi. Card mahal kot ! Hanya beberapa orang sahaja yang ada card macam tu dan tak lain tak bukan salah seorang dari mereka sedang berdiri di hadapannya. "Sayang...pergi tunggu depan biar aku yang settlekan semua barang ni" Lengan kiri Syarwani ditarik perlahan dan digerakkan badan wanita itu ke hadapan.
Mata Syarwani membulat. 'Sayang ? What the ?' hatinya berbisik tidak percaya. Sempat Syarwani mengerling ke arah cashier perempuan itu yang dah berubah riak.
Zazril merengek kecil. Tidak suka agaknya kalau badan ibunya bergerak-gerak. Menganggu lenanya sahaja ! "Shhh shhh sorry sayang...mama tak sengaja dah dah tidur shhh" Sisi badan Zazril ditepuk perlahan. Matanya difokuskan pada wajah suci anaknya. Kadang-kadang dia akan tersenyum nipis kerana tidak tahan akan kecomelan yang dimiliki oleh si kecil.
"Woi jom" Terdongak kepala Syarwani memandang Hazry yang dah sedia dengan troli di sisi lelaki itu. Kedudukan Zazril di dalam kendongan dibetulkan dan dia bangkit untuk berdiri di sebelah Hazry.
"Gerak" Troli ditolak dengan cermat oleh Hazry dan Syarwani statik berjalan rapat dengannya. Mata tajamnya meliar ke sekeliling. RayBand hitam yang sedari tadi tersangkut di kolar bajunya dicapai. Di sebalik kaca mata hitam itu mata helangnya bergerak-gerak ke serata arah. 'Gotcha! Nak ngintip aku heh?' desis hatinya.
Hujung bibirnya ternaik sedikit dan Hazry bersiul kecil. Tangan kanannya dilingkarkan untuk memeluk bahu Syarwani. Nasib lah perempuan tu pendek sangat kenapa ? Syarwani pulak dah blur. Mamat ni dah kenapa nak peluk-peluk orang ? "A-awak -"
"Shut up and walk" Syarwani mengemam bibirnya. Emm tanya sikit marah..tanya sikit nak marah mana taknya cepat tua tapi eh lelaki tu muda je lagi.
Hazry masih beriak datar. Mood dia hilang lepas nampak barua musuh dia ada kat situ. Kalau boleh bawak bazooka dah lama dah dia aim keparat tu then shoot biar bersepai. Kerja nak menyusahkan orang je.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top