♡70♡
Pintu bilik ditutup rapat dengan perlahan lahan. Chen berdiri di hadapan katil King yang menempatkan Xiumin yang masih lagi terbaring tak sedarkan diri.
Terimbau kembali saat di mana bodyguard Tuan Kim membawa balik rakannya yang berada dalam keadaan parah. Bibirnya diketap apabila imbasan kejadian malam itu mula berlayar dalam mindanya.
[ FLASHBACK ]
Ting Tong !
Ting Tong !
"KEJAP ! KEJAP WOI !" Jerit satu suara dari dalam rumah itu. Bodyguard Tuan Kim yang bernama Evan itu hanya pasrah apabila badannya semakin menyenget ke kiri kerana tubuh badan Xiumin semakin melorot ke bawah.
Xiumin pulak sudah tidak sedarkan diri dan itu yang membuatkan dia bermandi peluh apabila dia terpaksa memapah jejaka itu hingga ke depan pintu rumah milik jejaka itu.
Klak !
"Ye ada ap- WOI MIN ! YA TUHAN MACAM MANA BOLEH JADI MACAM NI ?!" Chen dengan pantas mengambil tugas memapah tubuh kawannya daripada Evan. Evan pulak dah tergaru garu belakang kepalanya. Tak tahu nak explain macam mana dengan lelaki depan dia ni.
"Kau tunggu sini kejap ! Kau lari memang aku tembak !" Tegas Chen berkata. Dalam kepala otaknya tak henti henti menuduh lelaki yang memapah Xiumin tu punca kawan dia berdarah darah macam tu sekali.
Evan berdehem. Tangan kanannya naik mengurut-ngurut lehernya. Saja nak hilangkan rasa kekok sekarang ni.
"Apa dah jadi ? Macam mana member aku boleh jadi parah macam tu sekali ?! Hah ?!" Terhinjut bahu Evan apabila dijerkah sebegitu. Biarpun nada suara lelaki itu rendah tapi masih ada lagi aura tegangnya kat situ.
Evan menarik nafas. Matanya memandang tepat wajah lelaki di hadapannya itu. "Saya sendiri tak tahu apa yang dah jadi dekat Tuan Muda Xiumin tapi apa yang saya pasti Tuan Muda keluar je dari rumah keadaan dia memang dah parah macam tu. Saya sumpah yang saya tak ada kaitan atau kena mengena dengan benda ni dan bukan saya yang pukul Tuan Muda sampai macam tu sekali HAH !" Senafas Evan meluncurkan kata.
Chen dah pening. Bebola matanya bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan dan terus tangan kirinya diangkat dan ditampar ke sisi kepalanya. Berdegang terus bunyinya. Evan mengerutkan dahi. Dah kenapa dengan mamat depan dia ni ? Laju sangat ke dia cakap ?
"Kau rap ke apa ? By the way thanks lah tolong bawak anjing tu ke sini. Kau boleh blah" Datar suaranya waktu itu dan terus pintu ditutup tanpa belum sempat Evan nak bercakap sesuatu.
Setelah pintu ditutup Chen melangkah ke arah sofa yang menempatkan Xiumin. Tangan kanannya menyeluk poket seluar untuk mengambil phone. Laju jarinya mendail number seseorang dan ditekapkan ke telinganya.
"Hello? Bro kau boleh datang sini sekejap tak? Bawak apa yang perlu bila someone tu kena belasah macam nak mampus" Dia melangkah setapak lagi untuk mendekatkan dirinya dengan Xiumin yang dah terbaring tak sedarkan diri.
Wajah lelaki itu penuh dengan cairan likat berwarna merah dan berubah menjadi warna merah pekat kehitaman kerana sudah kering. Bahagian pipi kiri dan kanan lelaki itu lebam habis dan bibirnya pecah dengan teruk.
Chen mengeluh. "Ye bawak je apa yang patut sebab dia kena belasah ni aku rasa anyway cepat sikit lah aku takut mati terus dia ni kang"
Tap.
Talian dimatikan oleh Chen. Phonenya dicampak di sofa single berdekatan tempat pembaringan Xiumin. Tangannya dicekak ke pinggang dan bibir bawahnya digigit.
"Kau ni.....sekali tak susahkan aku tak boleh ke ?!" rahangnya diketap rapat dan dia bertindak mengangkat lengan kanan Xiumin dan dilingkarkan di batang lehernya. Tangan kirinya memeluk erat pinggang lelaki itu agar tidak menyenget ke sebelah kiri atau terjatuh.
Berhati hati dia melangkah ke arah lift di sebelah tangga. Button bernombor 3 ditekan. Sekali sekala Chen bersiul siul di dalam lift dan kadang kadang dia akan meniup niup tepi kepala Xiumin tanda nak menyedarkan lelaki itu tapi sayangnya Xiumin masih lagi pengsan. Nafas lelaki itu pula kelihatan lemah.
Ting !
"Yaish ! Apa berat sangat kau ni ?! Makan batu ke apa ?!" Merah padam mukanya nak papah Xiumin ke bilik lelaki itu.
Prak !
Hanya dengan sekali tendangan sahaja pintu bilik Xiumin terbuka. Rosak ? Ye. Pemegang pintu bilik lelaki itu tertanggal mungkin sebab hentakan kuat yang dia buat.
Katil dituju dan dengan perlahan lahan dia membaringkan tubuh badan Xiumin di atas katil itu. Kaki lelaki itu yang terjulur ke bawah diangkat dan dinaikkan ke atas. Jaket kulit hitam yang dipakai Xiumin dibuka dengan sekali rentapan.
Sungguh seketul Kim Jongdae ni suka sangat rosakkan benda eh ? Tadi pintu ni baju jaket pulak adoi. Jaket kulit hitam itu dibaling hingga tersangkut di atas meja solek. Habis berterabur segala alat solek dan minyak wangi milik Xiumin.
Chen ? Dia sedang mengoyakkan baju Tshirt putih milik Xiumin dan dicampak ke atas lantai. Tangannya terhenti pula di bahagian zip seluar jeans biru gelap milik Xiumin.
Kepalanya didongakkan memandang langsir bilik di sebelah kanan katil itu. "Motif aku nak bukak seluar dia?" Bibirnya dilengkungkan ke bawah dan bahunya diangkat sedikit.
Terus dia berdiri tegak dan selimut tebal berlogo KK itu ditolak kasar ke tepi. Takut member dia yang terbaring lemah ni panas pulak.
Bbam !
"Manoi ?" Feng melangkah masuk ke dalam bilik Xiumin. Dia baru je nak pulas tombol pintu tu sekali dah rosak terus dia tolak pintu macam tu je.
"Kau tak boleh anat lagi ke perangai ? Pintu tu lain kali tolak terus biar retak dinding bilik ni lagi bagus" Feng tersengih. Beg perubatannya diletakkan di atas katil di sebelah ruangan kosong yang ada di sebelah Xiumin.
"Kau ni...koyak lah" Chen berdecit. Kakinya dibuka ingin ke pintu bilik Xiumin. "Koyak tak koyak suka hati aku lah ! Dah kau rawat je dia sana. Memekak je lebih dasar anjir"
Bbam ! Pintu dihempas kasar dari luar membuatkan Feng melatah. "OH AKU HENSEM ! TAK GUNA KAU UNTA ! HEMPAS TU ELOK ELOK LAH LEMEK!"
Chen di tangga hanya bersiul. Dia kesah apa kalau si Feng tu nak maki dia tujuh keturunan sekalipun asalkan dia puas hati dapat lepaskan kemarahan dia kat pintu tu.
[ END OF FLASHBACK ]
Tersentak Chen dibuatnya apabila terdengar erangan sakit dari seseorang. Matanya dijamukan dengan susuk tubuh Xiumin yang berbalut sana sini dan kelihatan kepala jejaka itu bergerak perlahan ke kanan dan ke kiri.
"Ark...ssa-ssakit...ssst Ark !" Perlahan lahan Xiumin membuka matanya. Dikebil kebilkan kedua matanya agar penglihatannya jelas dan terang.
"Dah sedar ke?" Xiumin mengangkat sedikit kepalanya yang masih terasa sengal sengal. Matanya dikecilkan untuk melihat gerangan siapa yang menegur dia sebentar tadi.
"Kka-kau sape? Ark ssa-sakit sst ark" Matanya terpejam kembali apabila kepalanya terasa seperti dicucuk cucuk. Nak bercakap pun dia terpaksa cakap slow slow sebab dua dua pipi dia rasa kebas dengan bibir dia masih terasa pedih. Chen mengeluh.
Kerusi di meja solek diambil dan diletakkan di sebelah kiri katil berdekatan tempat Xiumin baring. "Aku Chen. Dah nak mampus ke apa sampai tak ingat kawan sendiri?" Seloroh Chen kasar. Dapat dilihat betapa seksanya Xiumin nak membuka mulut.
Chen bersandar. Matanya dilirikkan ke arah Xiumin yang masih memejamkan mata. Tahan sakit mungkin. "Siapa buat kau macam ni?" Jeda. Suasana kembali hening.
Xiumin mencelikkan matanya dan memandang terus ke siling biliknya sendiri. Soalan Chen sedaya upaya dia taknak jawab sebab tu dia mendiamkan diri lagipun bibir dia masih terasa pedih.
"Bapak kau heh?" Chen berdecit apabila Xiumin masih memilih untuk berdiam diri. Nampaknya dia kena psiko sikit jantan depan dia ni.
"It's okay bro kalau kau taknak cakap tapi jangan marah kalau aku balik kejap lagi aku bawak kepala bapak kau ke sini. Aku nak keluar ni" Cepat cepat Xiumin menoleh perlahan ke arah Chen yang sedang menegakkan badan dan memandang tepat ke arahnya.
"Tta-k kkau jangan nak bbe-rani sangat !" Terketar ketar bibir dia menahan amarah yang menggunung. Kalau bukan sebab dia sakit dah lama kepala Chen dia tendang sampai berdarah.
"Pahal ni ? Apa lagi yang orang tua tu tak puas hati dengan kau ? Kalau sebab tender yang tah apa apa tu takkan sampai macam ni sekali dia buat anak dia sendiri ?! Bapak jenis apa macam tu ?!" Keras suara Chen tika itu membuatkan Xiumin menelan liur.
Matanya dipejam kembali dan dia kembali celik kemudiannya. "Ddia still bapak aku Dae...mma-mmasih ayah kandung aku" lirih suara Xiumin membuatkan hati Chen luluh. Dia sebak. Sebak melihat keadaan kawan baiknya sendiri yang parah dibelasah oleh ayah kandung lelaki itu.
Ayah kandung BUKAN ayah tiri pulak tu ! Dan dia...tidak mampu nak berbuat apa apa untuk melindungi kawannya. Chen meraup kasar wajahnya.
"Kenapa..kenapa kau tak bagitahu aku kau nak jumpa dia ? Kenapa mesti senyap senyap ?!" Xiumin mengeluh. Tangan kanannya mengenggam erat cadar selimut yang membaluti tubuhnya.
"Akk-akku taknak kau risau...tu je" Chen mengecilkan matanya. Wajah Xiumin dipandang dengan riak tak percaya.
"Pardon ? Taknak aku risau? Dahtu dengan keadaan kau macam ni makin bertambah risau aku kau tahu tak ?! KALAU KAU MATI DEKAT SITU SAPE NAK TANGGUNG ?! BAPAK KAU ?! EH BOLEH PERGI MATI LAH ORANG TUA TU !" Terpejam mata Xiumin apabila dijerkah oleh Chen.
Bibirnya diketap kuat walaupun pedih. Entahlah dia tiba tiba nak nangis pulak sekarang ni. Chen dahlah jarang marah orang lepastu dia pulak kena marah malam ni em.
"Sso-ssorry bro..aku stress. Aku rasa bodoh pula bila aku tak dapat buat apa apa untuk protect kau" Kendur suara Chen menyapa telinga Xiumin. Senyuman nipis diukirkan di wajahnya tetapi matanya masih lagi dipejam.
"Takpelah bro...aku faham. Emm aku laparlah wei" Xiumin membuka matanya dan tersengih memandang ke arah Chen.Chen pulak tersenyum nipis.
"Yelah yelah. Nak makan apa babysayang ?" Xiumin menggulingkan bebola matanya. Geli dengar perkataan babysayang tu senanya.
"Geli bodoh ! Aku nak buburlah. Tak mampu nak kunyah" Chen mengangguk. Dia bangkit dari duduk dan membetulkan bajunya. "Orang dah nak mati memang tak mampu nak kunyah pun" terus dia berdesup lari keluar dari bilik.
Nampak muka Xiumin dah merah terus dia pecut berambus ke bawah. Xiumin yang tadinya tegang berubah lembut. Bibirnya mengukirkan senyuman nipis. Tak lebar dan tak semanis dahulu. Seketika riak wajahnya berubah keruh.
"I miss you...."
"Mom...."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top