♡67♡




Splash !


Tercungap cungap Aira dibuatnya kerana wajahnya disiram dengan air sejuk. Terpejam pejam mata dia kerana pedih yang mula dirasakan apabila cairan air sejuk itu masuk ke dalam bebola matanya.


"Bangun pun kau perempuan. Ingat dah mampus tadi" Terangkat kepala Aira apabila satu suara garau itu menyapa halwa telinga. Dahinya berkerut apabila dia seakan akan kenal akan suara garau itu. Seakan akan dia pernah jumpa dengan pemilik suara itu. Tapi bila ? Di mana ? Dan siapa ?


"Nampak macam kau try hard nak ingat aku ?" Gerangan empunya suara itu melangkah setapak di hadapan Aira yang telah diikat di sebuah kerusi kayu.


Mereka sekarang berada di gudang terbiar yang agak tersorok. Apa yang dia mampu fikirkan adalah musuhnya pasti tidak dapat menjejaki dirinya tapi dia silap sama sekali. Sehun salah seorang headhunter di dalam kumpulan musuhnya telah statik berada di atas gudang tersebut. Tinggal tunggu masa untuk bertindak sahaja. Itupun empunya suara itu tidak perasan. Tidak tahu yang dia bakal kalah tidak lama lagi.


"Hho-hhojung-ngie ? A-awak ke tu ?" Mata Aira mengecil tatkala lelaki di hadapannya mula membuka topeng yang sedari tadi menutupi wajah sebenar lelaki itu.


"Yes. It's me babygirl. Seronok tak dapat jumpa aku ?" Hojung menyungging senyuman sinis. Mata kanannya yang ditutup dengan penutup mata akibat 'hadiah' yang dia dapat sebab salah dalam menjawab teka teki misteri itu tetap membuatkan Aira masih lagi mengenali jejaka itu.

Terketar ketar bibir Aira kerana tidak menyangka apa yang dia lihat sekarang ini. Jejaka yang dia ingat baik rupa rupanya -

Adalah insan yang bertopeng dua muka.


"Kke-kenapa awak buat ssa-saya macam ni ? Apa salah saya dekat awak ?!" Badannnya digerak gerakkan secara kasar untuk melepaskan ikatan tali yang terikat kemas di sekeliling badannya. Rasa pedih yang menjulur masuk ke dalam setiap anggota badan akibat rontaan yang dia lakukan diabaikan. Dia nak lari ! Dia taknak mati !


"Hiks abang tolong Ira abang... Hiks hiks" Hojung yang sedari tadi memerhati tergelak besar. Dia suka melihat mangsanya meronta ronta. Seakan akan ikan segar yang baru sahaja dikeluarkan dari laut dan dicampak ke atas tanah. Menggelitik menunggu mati !


"Abang ? Abang kau ? HAHAHAH PANGGIL LAH KUAT KUAT PEREMPUAN ! SEBAB APA ?! SEBAB ABANG KAU TAKKAN DATANG UNTUK SELAMATKAN KAU ! HAHAHAHA" tawanya makin bergema di dalam bilik yang serba gelap itu. Hanya ditemani dengan satu mentol kecil itupun malap.


Aira menangis. Dia meraung sehabis mungkin untuk meminta pertolongan. Suaranya bertukar serak namun itu tidak menghalang dia untuk menjerit sekuat hati.


Hojung melangkah mendekati Aira yang masih terikat dan menangis teresak esak. Rambut gadis itu ditarik kasar ke bawah. Terdongak Aira dibuatnya dan mata Aira yang memerah akibat menangis tidak henti merenung tepat ke matanya. Mata yang penuh dengan dendam kesumat.


"Hiks hiks ssa-ssakit ARGH a-apa yang awak nak hiks dda-dari saya ?!" Hojung mengukirkan senyuman senget. Senyuman yang hanya dia sendiri tahu maksudnya dan senyuman itu membuatkan Aira terpejam matanya. Tidak sanggup melihat senyuman kejam yang terukir di wajah lelaki itu.


"Apa aku nak sayang ? Kau tanya aku apa aku nak ? Oh sayang...innocent sangat soalan kau hurm" rambut Aira dilepas kasar. Jari telunjuk kanannya diletakkan ke dagu dan diketuk perlahan. Matanya melihat tubuh Aira atas dan bawah.


"Aku nak apa sayang ? aku nak...ABANG KAU TU MAMPUS LAH BODOH !"


Ppang !


Pipi kanan Aira dilempang sekuat hati. Pecah terus hujung bibir gadis itu. Aira menangis lagi dan lagi. Dia pasrah. Dia redha. Jika telah tertulis hari itu dia bakal mati dia terima.


Matanya dipejam sekali lagi tatkala pipi kirinya pula menjadi mangsa tamparan kejam lelaki berhati binatang di hadapannya itu.


Ppang !


Ppang !


Ppang !



"HAHAHAHAHA AKU SUKA ! AKU SUKA ! HAHAHAHAHA" Hojung seakan akan tidak waras. Pisau kecil yang terselit di pingangnya sedari tadi diambil. Wajah Aira yang merah kerana ditampar olehnya dipandang tajam.


Aira mengetap bibir. Matanya tidak henti henti memgeluarkan air mata. Hojung mendekatkan muncung pisau itu di pipi mulus Aira. Digerak gerakkan muncung pisau itu sebelum ditekan ke dalam. Aira meraung. Terasa sakit pipinya apabila muncung pisau itu ditusuk dalam hingga pipinya terlukis satu garisan agak panjang.


"ARK ! SSA-SSAKIT ! ARGHHHH" Hojung ketawa mengekek. Dia suka mendengar raungan kesakitan dari gadis itu. Pisaunya ditarik keluar dari belahan pipi gadis itu dan dicampak ke bawah. Dapat dia lihat darah mengalir keluar dari pipi kanan gadis itu membuatkan dia menjilat bibir bawahnya.


Aira semakin meraung apabila lidah Hojung menjilat darah yang keluar dari pipinya. Matanya dipejam erat apabila terasa jilatan jijik dari lelaki itu bergerak gerak di luka pipinya. Sungguh dia jijik !


"Hiks abang....hiks tto-tolong ira bang....hiks hiks" Jilatan Hojung terhenti. Matanya tajam mencerlung sisi wajah Aira. Lidahnya kembali dimasukkan ke dalam mulut.


Wajahnya berubah bengis. Rahang Aira dicengkam kasar. Memuncung gadis itu dibuatnya dan Aira sedaya upaya cuba untuk melepaskan cengkaman tangan lelaki itu di rahangnya.


Ppang !


Sekali lagi pipi Aira dilempang. Makin membuak buak air mata Aira jatuh menitis ke pipinya. Hojung menolak lidahnya ke tepi. Bebola matanya meliar melihat wajah Aira yang kian cacat kerana torehan yang dia lakukan tadi.



"Salah kau sayang sebab jadi adik dia...salah kau...sebab BERABANGKAN SETAN MACAM DIA ! SEMUA YANG TERLIBAT DENGAN JANTAN TU PATUT MATI ! MATI ! TERMASUK KAU !" Kepala Aira ditolak kasar ke belakang menggunakan telapak tangannya hingga Aira hampir hampir merasakan lehernya seakan akan ingin patah.


"Ark ! Apa salah abang dekat awak Hho-hojung ?! Sssa-ssampai awak berdendam macam ni sekali ?!" Jeritan nyaring Aira membuatkan tindakan Hojung terhenti. Dia terundur setapak ke belakang. Aira hanya memerhati dengan wajahnya yang lencun dengan air mata bercampur darah hasil torehan yang lelaki itu buat.


"Kau tanya apa salah dia ? haha serius lah kau tanya apa salah dia hurm ?" Hojung menunduk menekur lantai. Kedua tangannya dikepal erat hingga menimbulkan urat urat hijau di pergelangan tangannya.


"Salah dia...salah dia....SALAH DIA SEBAB BUNUH MAK AKU ! DIA BUNUH MAK AKU MACAM MANA DIA BUNUH BAPAK AKU ! ABANG KAU YANG SELAMA NI NAMPAK SUCI DEPAN MATA KAU TU SEBENARNYA BAPAK SEGALA SETAN ! AKU ! AKU SAKSI DIA BUNUH MAK AKU ! DEPAN MATA AKU SIAL !" Hojung menarik narik kasar rambutnya. Aira terkedu. Jantungnya seakan akan ingin berhenti berdegup. Bibirnya diketap rapat. Abang dia pembunuh? Abang dia bunuh orang ? Sukarnya dia mahu percaya orang yang dia sayang adalah pembunuh.


Perlahan lahan Aira tertunduk. Matanya dipejam kemudian dicelikkan semula. Dia memandang ke arah Hojung yang sedang menarik narik rambutnya persis seperti orang hilang akal. Seketika hatinya dipaut rasa kasihan terhadap lelaki itu.


"Sse-sekalipun dia bunuh mak awak dde-depan mata awak...tak boleh ke awak mma-mmaafkan dia Hojung-ngie?" Lembut suara Aira menerpa gegendang telinga Hojung. Tangannya yang sedari tadi menarik narik rambutnya terhenti secara tiba tiba.


Perlahan lahan Hojung menaikkan wajahnya memandang tepat ke anak mata milik Aira. Bibirnya menarik senyuman sinis.


"Maaf ? Senangnya kau nak suruh aku maafkan dia...yang dah terang terang bunuh mak aku hurm ? Dan kau yang terlalu bodoh ni nak ke maafkan abang kau or should I say your damn parents too ?"


"Kke-kenapa saya nak kena maafkan dorang ? Ddo-dorang takde buat apa apa yang buatkan saya kena maafkan dorang !"


Hojung mengangkat kening kirinya. Wajahnya dibuat innocent persis wajah suci kanak kanak. Kepalanya disengetkan ke kiri. Bebola matanya bulat memandang wajah keliru Aira.


"Really ? Kau tak tahu ke yang kau tu..."

"cuma anak angkat keluarga Alexander ?"

"Kau tak sedar ke...yang selama ni kau tu hanya sekadar tempat dorang melepaskan rindu sebab dorang hilang anak kembar dorang yang satu lagi hurm ?"

"Hmmm wahai anak angkat? Haha tch"

"Aa-apa maksud awak ? Ssa-ssaya anak kandung dorang lah ! BERHENTI MENIPU !"

"Tch...kau lebih kesian dari aku Aira...kau....lebih hina dari aku. Setidak tidaknya aku hilang mak dan bapak aku tapi bukan menumpang kasih dan rumah orang yang bukan keluarga kandung aku. Kau tu...cuma orang luar bagi dorang Aira. Terimalah hakikat kau tu cuma anak angkat keluarga Alexander haha"

"CUKUP ! BERHENTI ! KAU MENIPU ! PENIPU ! Hiks"

Hojung menjilat bibir bawahnya. Dia mencangkung di atas lantai. Berhadapan dengan Aira. Wajahnya bertukar sinis. Bebola matanya bergerak ke kanan dan ke kiri melihat Aira yang seakan akan hampir hilang akal. Apabila mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat.

"Pity you girl...kau kena tipu hidup hidup dengan family baru kau...kau kena tipu sejak kau kecik sampailah dah besar panjang macam ni hurm. Kau lagi kesian dari aku Aira haha" Peha Aira yang berbalut seluar jeans diusap. Aira tidak bergerak. Dia hanya kaku. Wajahnya kosong sekosong warna air suam.

"Kau tu hanya alat Aira. Hanya alat ! Alat dorang untuk melepaskan rindu sebab kehilangan seorang anak. Kau bodoh Aira. Lebih bodoh dari aku tau ? Kau sayangkan orang...yang dah tipu kau selama ni. How stupid you're babygirl ? Tch"





♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________________

[ Di tingkat atas ]



Sehun menghela nafas berat. Nampaknya segala galanya telah terbongkar. Alat pendengar di telinganya ditekan.

"The secret already being leak by him...Aira seems like cannot accept it well"

"Her face expression looks like nothing happen. Zero reaction"


Sehun masih statik memerhatikan dua manusia di bawah sana. Hojung seboleh bolehnya mahu memecahkan semua rahsia yang dia tahu. Aira pula kelihatan seperti tiada apa yang terjadi.


Gadis itu kembali diam membisu. Tidak menjerit atau menangis dan yang paling dia takutkan ialah wajah gadis itu tidak terpapar sebarang reaksi terkejut,marah,geram dan sebagainya.

Ianya kosong. Sekosong hati gadis itu sekarang kerana dapat mengetahui satu rahsia yang telah tersimpan lama oleh keluarga Alexander.




♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________________




Semua alatan di atas meja panjang itu ditolak kasar oleh Leon. Sungguh dia berang akan apa yang baru sahaja diberitahu oleh Sehun sebentar tadi. Rahsia yang selama ini dia simpan rapi dengan kedua ibu dan bapanya terbongkar begitu sahaja.



"ARGHHH TAK GUNA PUNYA BUDAK ! BODOH ! BODOH ! HANCUR SEMUA HANCUR ! SIAL LAH !" Tanpa disangka sangka oleh semua yang ada di situ Leon mula menarik pistol yang diselit di belakang seluarnya lalu picu ditarik dan satu tembakan dilepaskan.Suho yang tidak terduga akan perangai berani mati kawannya itu lantas menolak laju tangan Leon ketepi dan akibatnya peluru yang ditembak Leon tersasar betul betul di sebelah kepala Chanyeol.


Chanyeol pulak sudah menelan liur. Bunyi peluru yang lalu betul betul di sebelah telinganya seakan akan kedengaran lagi di halwa telinga. Wajahnya juga berubah pucat. Tidak dapat dia bayangkan kalau Suho tak tolak tangan Leon ketepi mungkin dia dah arwah dah malam tu. Who's know ?


Leon jenis lelaki yang tidak kesah untuk melepaskan tembakan ke arah sesiapa pun tak kiralah keluarga lelaki itu sendiri. Semua sekali dia tibai. Bak kata lelaki itu,mak tak mak,bapak tak bapak semua aku langgar.


"KAU GILA KE ?! BUAT PECAH KEPALA CHANYEOL KAU NAK GANTI KE SIAL ?! SEDARLAH LEON SEDAR ! DIA KAWAN KAU BODOH BUKANNYA MUSUH KAU !" Dengan sekali gerakan Leon meletakkan muncung pistol itu tepat tepat di dahi Suho. Suho terkedu. Begitu juga dengan yang lain.


Baekhyun sudah memejamkan matanya. Dia tahu sangat perangai Leon yang satu itu. Sekali barannya datang sisi dia yang tersembunyi selama ni bakal muncul. Kali ini dia dah muncul. Membuat onar dengan ingin membunuh mereka semua.


"Kau nak tembak aku ? Tembaklah ! Aku tak takut lah bro  !" Bergerak gerak rahang Leon waktu itu. Matanya tajam merenung wajah Suho. Suho pulak beriak selamba. Langsung tidak gentar akan pandangan maut Leon padanya.


Mereka berdua berlawa mata. Leon masih statik menghalakan muncung pistolnya ke dahi Suho. Kris di sudut bilik hanya mampu melihat. Nak menegah pun dia tak mampu sebab kalau dia masuk campur mungkin kepala dia sendiri bakal bersepai ?

"Leon...bawak lah bertenang sekejap bro. Kita nak selamatkan dia kan ? Lepastu kau explain lah benda betul dekat dia. Cuba kawal baran kau sikit bro" Perlahan lahan tangan Luhan menurunkan pegangan pistol Leon di dahi Suho. Dapat Suho lihat mata Leon seakan akan bergetar. Bibir lelaki itu turut diketap rapat. Lelaki itu seakan sedang menahan perasaanya.


"Sekalipun aku dah selamatkan dia...nak ke dia tengok muka aku lagi ?!" Ujarnya dengan suara dicelah gigi. Rahangnya turut bergerak gerak menahan 1001 rasa yang mula mencucuk cucuk dadanya.

Matanya terpejam tatkala mindanya mula memaparkan tayangan negatif. Tayangan di mana -

Aira membencinya.


Aira tidak mahu melihat wajahnya.


Aira tidak mengaku dia sebagai abangnya lagi.


Luhan mengeluh. Pistol yang masih berada di dalam genggaman Leon diambil dan dicampak ke atas meja. Bahu Leon ditepuk dan dicengkam lembut. Yang lain hanya memerhati.


Sejujurnya mereka juga ingin memberikan Leon semangat namun melihat kepada sifat lelaki itu yang tidak terkawal mereka diamkan diri. Biarlah lelaki itu tenang dahulu. Dalam ramai ramai hanya Luhan sahaja yang berani mati untuk menenangkan lelaki itu.


"Aku yakin dia akan faham bro. Aira tu lembut. Percayalah cakap aku kalau kau terangkan dengan cara baik dan lembut dan tak kasar mesti dia akan cair juga. Aira tu perempuan bro. Perempuan ni hati dia tak keras macam kita yang lelaki" Ditepuk tepuk perlahan bahu Leon.

Cuba memberikan satu semangat dan dalam pada masa yang sama ingin menenangkan perasaan lelaki itu yang mula berkecamuk.


"Guys"


Kesemua 9 pasang mata yang berada di dalam bilik itu memandang tepat ke arah Dyo. Di telinga kanan jejaka itu pula terletak elok phone yang dipegang dengan tangan kanannya.


Riak wajah serius lelaki itu membuatkan kesemua jejaka yang berada di dalam bilik itu memasang telinga.


"Sehun told me for us to be there"

"Asap"


Dengan cekap dan pantas masing masing mula mengambil senjata dan posisi masing masing. Riak wajah tegang yang terhias di muka mereka cukup mampu untuk membuatkan seseorang itu terkencing di dalam seluar.


Dalam kalangan mereka semua hanya seorang sahaja yang mempunyai perasaan yang bercanggah dengan mereka.

Perasaan takut.

Risau dan paranoid.


Leon terhenti seketika di sebelah pintu pemandu keretanya. Matanya dipejam rapat dan dicelikkan semula seiring dengan keluhan lemah.


"Tuhan...kau mudahkanlah urusan aku malam ini Tuhan" Terus dia menyusup masuk ke dalam kereta dan pedal minyak ditekan kuat.


Laju keretanya berdesup membelah jalan raya diikuti dengan beberapa buah kereta lagi yakni milik kawan kawannya yang mengekor dari belakang.



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top