♡64♡



Klak !


Syarwani yang sedang leka bermain dengan Zazril di ruang tamu tersentak apabila bunyi pintu kedengaran dibuka dari luar.

Wajahnya dijegulkan keluar sedikit dari sofa yang menghalang penglihatannya tika itu. Maklumlah dah dia tengah duduk atas carpet yang dikelilingi dengan sofa berjenama.

Kelihatan susuk tubuh Leon melangkah masuk dengan rambutnya yang sedikit kusut. Muka tak payah cakap memang tegang habis ! Takut Syarwani melihatnya. Terus dia menumpukan perhatiannya kepada Zazril yang masih terkekeh kekeh ketawa dengan mulut kecilnya yang terbuka sedikit. Dahlah gigi belum tumbuh ! Apa comel sangat budak ni ei ?!

"Aku ingat kau kat atas. Mimpi apa turun bawah?" Kunci kerentanya dicampak begitu sahaja ke atas meja kaca di hadapan tv. "Saya bosan dekat atas tu yang turun bawah" Leon hanya berdiam diri. Jam tangan di pergelangan tangan dibuka dan diletakkan ke atas meja.

Wajah si kecil itu dikerling sekilas. Dapat dia lihat wajah suci kanak kanak itu seakan akan gembira apabila ternampak mukanya. Leon mencangkung di sebelah Syarwani. Jari telunjuknya mengusap ngusap perlahan pipi tembam Zazril.

"Kau comel budak...sayangnya kau terjebak dengan aku yang berperangai macam setan" dapat Syarwani dengar nada suara lelaki itu seakan akan bergetar. Leon mengetap bibir. Rahangnya bergerak gerak menahan pelbagai perasaan yang menikam dadanya.

"Maafkan aku budak sebab pisahkan kau dengan bapak kau. Sampai masa aku akan pulangkan balik apa yang aku dah ambik kepada tuan dia semula" Usai berkata Leon terus bangkit dan bergerak ke dapur. Syarwani terdiam. Bibirnya menggeletar tanpa sedar. Apa maksud kata kata lelaki itu ?

Adakah Leon ingin menyerahkan dia kembali kepada Aiden ? Dia taknak ! Dan dia tidak mahu ! Perlahan lahan tanpa sedar air matanya mengalir dek terlalu takut akan hakikat yang dia mungkin atau bakal diserahkan kepada Aiden semula.





♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________________





Ktak !

Ktak !

Ktak !

Berderap derap bunyi tulang yang sedang ditetak oleh Leon menggunakan pisau khas. Riak wajahnya kosong seakan akan tiada perasaan biarpun daging yang sedang dia potong dan hiris menjadi ketulan kecil itu adalah daging manusia.

"Kau masak apa ni? Fokus nau aku tengok menetak" Peti ais dibuka dan sebotol air mineral sejuk diteguk terus ke mulut. Leon hanya menghiraukan pertanyaan Aryan.

Tangannya laju memotong bahagian jari jemari untuk direndam ke dalam air yang telah disediakan di dalam mangkuk. Botol air mineral yang dah tinggal separuh diletakkan kembali di tempatnya. Pintu peti ais ditutup dan dia bergerak mendekati Leon.

Mukanya didekatkan ke arah kawannya itu dan matanya terbuntang besar. "Ni..ni bukan daging Fareez ke?" Leon hanya berdehem. Setelah selesai memotong bahagian jari jemari dia bertindak mengeluarkan bahagian lengan dan dipotong potong kepada empat bahagian. Berderap derap bunyi tulang dipatahkan membuatkan Aryan menggeliat geli.

"Ngilu bhai eii !" Terus dia bergerak ke ruang tamu. Tak sanggup tengok kawan dia potong daging ew nak muntah je Aryan rasa.

"U !" Syarwani yang leka bermain cak cak dengan Zazril ditegur. "Apa wak?" Aryan menyengih dan melabuhkan duduk di satu sofa sambil matanya tidak lepas memerhati Zazril yang bermain main dengan hujung tudung ibunya. Habis senget benget tudung yang mak dia pakai sebab asyik ditarik tarik.

"U jangan ke dapur. Nak apa apa suruh je si Ray ambikkan. I tengok Ray pun tak banyak buat kerja sangat"

Syarwani mencebik. Bebola matanya digulingkan. Tak banyak kerja apanya? Dia tengok butler Ray setiap hari setiap masa setiap waktu buat kerja ! Tak pernah sekalipun dia tengok lelaki itu berehat. Itu ke yang dikatakan tak banyak kerja ? Auta je lebih si Aryan ni.

"Yelah tapi kenapa ? Ada apa apa ke kat dapur tu?" Aryan mengemam bibirnya. Matanya dilarikan ke siling atas. Apa dia nak jawab eh ? Kang kalau dia jawab Leon tengah potong daging manusia aje lari keluar terus minah tu. Takpun kang fobia huish lagi menyusahkan hidup dia je nanti.

"Alah si mamat baran tu tengah buat kerja dia. U takyah lah eh ke dapur ? Lainlah kalau U nak kena sembur dengan dia an? An?" Laju Syarwani menggeleng. Taknak dia kena sembur ! Kes kena tengking suruh masuk dalam kereta haritu pun dia masih lagi trauma. Inikan lagi nak menempah tengkingan baru. Mohon dijauhkan !

"Tahu pun taknak" mau tergelak je Aryan di situ melihat gelengan laju wanita itu. Takut sangat gamaknya kena tengking dengan Leon.






♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________________




Kesemua daging bahagian anggota badan manusia bernama Fareez itu telah siap dipotong kecil kepada beberapa bahagian. Pisau yang bersalut darah itu dibasuh rapi dan diasingkan daripada pisau yang lain. Buatnya kang si Syarwani tu guna pisau yang dia tengah guna sekarang ni aje loya mereka semua nak makan kang.

Satu botol kaca yang berisikan asam jawa diambil. Dia cuit sedikit dan dimasukkan ke dalam mangkuk yang telah diisi air dan daging daging yang telah dia potong.

Tangannya digerakkan untuk menggaul kesemua daging itu agar perasa asam jawa itu melekat pada daging daging yang dia dah masukkan. Baru sedap sikit !

Periuk yang telah mendidih dengan sos tomato itu dihampiri. Satu persatu ketulan daging dia masukkan ke dalam periuk. Tangannya dibasuh begitu juga dengan mangkuk.

Lebihan biji biji asam jawa dimasukkan ke dalam tong sampah di sebelah singki. Senduk yang baru diambil dari dalam peti laci almari.

Daging tersebut digaul. Habis satu dapur berbau aroma daging manusia bersama sos tomato. Agak sedap sikit baunya sebenarnya. Daging manusia ni sedap tau sampai ada pembunuh bersiri tu dia buat burger dengan daging manusia cumanya dia campurkan daging manusia tu dengan daging babi dan daging lembu supaya makin sedap. Eh kau tau tak kedai burger dia laku beb ! Laku keras ! Siap pelanggan dia kata yang burger dia sedap boh ! Akhirnya dia dah kena tangkap dah pun so donut worry gais ~

Mangkuk plastik berwarna putih diambil. Cairan sos dan daging yang telah siap dimasak dituang ke dalam mangkuk. Penuh satu mangkuk dengan lauk yang dia baru tuang. Seketika dia tersengih sinis.

"Tak sangka hebat juga skill masakan aku tch tch" bibir bawahnya dijilat lalu periuk bersama senduk dibasuh bersih bersih. Takut kalau kuman dalam anggota badan yang dia dah potong tadi melekat kat periuk dengan senduk tu kang ! Naya hidup huhu.

Kaki dibawa keluar dari ruang dapur dengan mangkuk putih ditangan yang telah ditutup dengan surat khabar. Dia melangkah ke arah tangga dan sempat ekor matanya menangkap Syarwani yang sedang terjegul jegul kepalanya ingin melihat apa yang dia bawa. Aryan dah awal awal tutup hidung. Taknak terpedaya dengan bauan enak itu ! Dahlah dia kaki makan kang habis dengan lauk yang kawan dia pegang tu dia sapu.

"Awak" Aryan menoleh ke arah Syarwani. Kening kanannya diangkat. "Pe?" Syarwani tersengih. Pipi kirinya digaru perlahan.

"Emm apa dia bawak tu ? Sedap je bau" Tersedak air liur Aryan dibuatnya. Matilanakkk dia nak jawab apa lagi ni? Habis dah air kencing dia dek dari tadi lagi mengencing wanita itu. Dasar kaki kencing !

"Arh em dia bawak makanan untuk binatang peliharaan dia.. U - U tau taulah kan orang kaya ni bela binatang tah pape kan tulah makanan semua sedap sedap"

Terangguk angguk Syarwani termakan dengan hasil kencingan Aryan. Helaan nafas lega dilepaskan. Tak sangka wanita tu termakan juga dengan tipu helah dia.

Phone ditangan kembali dikerling. Ipad yang berada di atas meja sedari tadi dia capai dan belek. Banyak kerja dia kat Malaysia yang nak kena settle. Alih alih ada kat Korea ni dia buatlah sikit sikit. Ingat dah habis sekolah boleh enjoy rupanya dah habis sekolah lagi takleh enjoy. Kalau dulu cikgu bagi homework tapi sekarang dia pulak yang kena settlekan comwork syarikat dia. Comwork? Jadah apa tu? Com tu potongan dari company dan work tu diambil dari perkataan homework. Jadilah comwork yang bermaksud kerja syarikat. Bijak kan Aryan ? Bagi tepukan gemuruh sikit nanti Aryan bagi duit raya. Puasa penuh kan adik adik semua? Nanti abang bagi duit raya keh?

"Bodoh apa meeting aku semua dia anjak? Tak guna punya PA ! Aku bayar kau untuk buat kerja betul betul lah tetan ! Eh U"

Syarwani mendongak memandang Aryan. Dia baru berura ura nak angkat anak dia naik ke atas. Lena dah si kecik tu. Penat agaknya bermain dari tadi.

"U boleh tolong masakkan nasi goreng kampung tak ? I teringin pulak nak merasa air tangan U" Syarwani hanya mengangguk. Tangannya laju mendukung Zazril dan ditepuk tepuk perlahan sisi kanan badan si kecik untuk mengelakkan dia dari terjaga.

"Awak nak makan sekejap lagi eh?" Aryan berdehem. Mata masih lagi menghadap Ipad di tangan dan kadang kadang dia akan melihat phonenya pula. Dapat Syarwani lihat muka jejaka kacukan itu tegang semacam.

Laju kakinya dibawa naik ke atas kang tak memasal dia pulak yang jadi bahan tengkingan. Aryan tu nampak je lembut dengan baik tapi sekali dia baran memang habis sekali dengan manusia dia baling keluar rumah. Mengamuk katakan.


"HAISH BODOLAH HANAT NI ! APA SUSUN JADUAL PUN NAK KENA AJAR KE SETAN ?! KAU DULU SEKOLAH DEKAT MANA SYALL ?! YA ALLAH ! BOLEH MATI KUTU AKU GINI NI !"


Tergeleng kepala Syarwani dibuatnya. Kan dah cakap. Bergema terus satu rumah agam ni dibuatnya. Butler Ray yang sedang menyusun kayu api di bahagian luar rumah turut terkejut.

Habis tercampak semua kayu yang dia pegang dek kuatnya suara jeritan Aryan. Dada bidangnya diusap lembut. "Huu Tuan Muda Aryan memang tak boleh kahwin. Aje pekak bini dia nanti" sambil mengomel sambil tulah dia mengutip semula kayu kayu yang dah bersepah.

Aryan lah ni ! Nak jerit tu cover lah lemek ! Menyusahkan orang je nak kena kemas balik !





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top