♡60♡
"Bau apa sedap sangat ni ? Setahu aku...aku tak upah maid? Si Ray tu pun masak ke laut. Hantu mana yang pandai masak ni ?" Leon menggaru belakang batang lehernya. Kadang kadang dia akan mengurut ngurut bahu kiri dan kanan secara bergilir gilir.
Penat mungkin dek kerja yang menimbun. Lepastu dia bukan tidur kat atas katil sebab dah tertidur dekat mini office sendiri jadi dia malas nak gerak tu yang badan mula sakit sakit.
Satu persatu anak tangga dituruni dengan cermat. Ruang dapur dijengah. Batang lehernya yang terasa lenguh sejak dia terbangun dari tidur di dalam bilik mini officenya diurut lembut.
"BRO !" Terhincut bahu Leon dek terkejut. Dadanya diusap perlahan. Muka tak bersalah Aryan Naufal dijeling tajam.
"Kalau aku mati tadi kau nak tanggung ke ? Ha setan ?!" Aryan memuncung. Kakinya dibuka untuk ke meja makan. "Kau ni ! Pagi pagi dah bebel. Pagi pagi dah carut ! Memang sahlah kau duduk neraka hurm" Punggung dilabuhkan ke atas kerusi. Jelingan tajam kawannya diabaikan. Apa yang penting adalah makanan !
Leon berdecit. Kerusi dihadapan Aryan ditarik lalu dia melabuhkan duduk. Satu persatu makanan di hadapan dia ditilik. Seketika dia mengerutkan dahi.
"Apa benda jadah warna merah ni?"
"Uhuk ! Uhuk ! Ark sakit dada aku !" tersedak sedak Aryan yang baru lepas meneguk air suam.
Syarwani yang baru keluar dari dapur bergerak ke meja makan lalu meletakkan satu mangkuk ayam masak kari. Makin berkerut Leon jadinya.
"Wait !" Terhenti langkah Syarwani yang baru hendak ke dapur semula. Keningnya diangkat. Dahinya berkerut. Dah kenapa mamat ni ?
Aryan pulak hanya memerhati. Tak mahu menganggu sweet momen adam dan hawa depan dia ni. Siap menongkat dagu lagi !
"Apa jadah warna merah ni? Ni warna oren ? Kau nak bagi aku racun ke apa?!" Keras dia berkata. Syarwani tercengang. Aryan sudah memerah mukanya menahan gelak.
Satu saat
Dua saat
"pftt HAHAHAHAHAHAHAHHAAHAHAHA APA KAU NI BRO ?! BUAT LAWAK KE SIAL HAHAHAHA" Berdekah dekah Aryan
gelak. Meja makan ditepuk tepuk dan bergegar semua lauk lauk yang ada dalam mangkuk tu.
Riak wajah Syarwani bertukar takut. Kang tumpah sapa nak lap?! Dia malas ni nak kemas dapur ni ! "Aku tanya ni jawab lah ! Apahal makanan semua ni berwarna ?! Merah ada oren segala jadah ni ? Apa ni?!" Makin pening Syarwani dibuatnya ! Tangan dicekak ke pinggang.
"Itu asam pedas lah awak ! Yang tu kari ayam ! Apa hal pulak saya nak racun awak pulak?!" Dahinya ditepuk. 'datang dah bangang lelaki ni !' Getus hatinya.
Leon menggaru batang lehernya. Wajah Syarwani dipandang. "Apa? Asham pedes ? Kayi ayem?" katanya dengan loghat melayu yang memang FAIL ! Lagi sekali Syarwani menepuk dahi.
Aryan yang masih tergelak dijeling tajam. "Aryan !" memetir terus suaranya membuatkan Leon terangkat sedikit bahunya dan Aryan terus terdiam. Tapi mukanya masih lagi merah dek gelak terlalu lama.
"Ye? Nak apa wahai permaisuri?" Aryan menarik sengih lebar. Kedua dua tangannya diletakkan di bawah dagu. Matanya dikebil kebil ke arah Syarwani yang sedang menahan geram.
"Apa permaisuri permaisuri?! Awak tak cakap dekat saya pun dia tak makan benda alah ni semua?!" Tuturnya keras.
Aryan menggaru belakang tengkuknya. Wajah Leon yang masih blur dan menilik nilik lauk pauk masakan melayu itu dikerling sekilas. Nampak sangat kawan dia tu jakon ! Tak pernah makan masakan melayu !
"Err dia makan semua ni wani cuma tulah tu.."
"Tulah tu apa ?!"
"Errr tulah tu dia makan tapi em tulah tu dia em tulah tu -"
"YA ALLAH ARYAN ! CUBA AWAK CAKAP BETUL BETUL ! SEJAK BILA JADI BENGAP NI ?!"
Leon mengorek kedua dua telinganya. Rasa macam dah nak pekak je tadi. Bahu Aryan terangkat sedikit. Liur diteguk kasar. Wajah Syarwani yang memerah kerana geram dipandang takut takut.
"Dia makan...cuma dia tak tahu nama makanan tu... Tu jelah" Dengan selamba pinggan kosong di sebelah mangkuk nasi diambil. Leon juga berbuat benda yang sama.
Syarwani yang masih tercegat di sebelah meja makan hanya diabaikan oleh mereka. "Lahh itu jeke sebabnya? Mati mati saya ingat dia tak makan"
Krik krik
Suasana sunyi membuatkan Syarwani mengetap bibir. Dengan rasa tak puas hati dia bergerak ke dapur semula. Aryan dan Leon enak menjamu selera tanpa menghiraukan sang wanita yang telah geram dek dipalau oleh mereka.
"Tak guna ! Penat je aku bazir air liur tapi dorang palau aku humph ! Dasar lelaki !" Membebel bebel Syarwani seorang diri di dapur. Satu piring yang mengandungi sambal belacan diambil.
Dengan muka masamnya dia bergerak ke meja makan dan piring tersebut diletak di atas meja dengan cara tak ikhlas. Marah nau wani ni hurm.
"WAHHH BAU SEDAP ! NAK MAKAN NAK MAKAN !" Hampir tersedak Aryan dan Leon dek jeritan nyaring Hazry.
"Mariw dawh satu balew" omel Aryan dengan mulut yang penuh. Hazry mengambil tempat di sebelah Syarwani. Pinggan diambil lalu nasi dikaut dan diletakkan di atas pingannya. Selesai baca doa makan terus dia laju mengambil lauk pauk yang tersedia dan disuap ke mulut. Terpejam pejam mata dia kerana makanan tersebut terlalu sedap.
Syarwani tercengang. Matanya masih melihat Hazry yang makan dengan berselera. "A-awak tak bb-basuh tangan ke?!" Nadanya ternaik sedikit kerana tidak percaya dengan apa yang dia lihat.
Leon hanya mengerling sekilas ke arah Syarwani dan menyambung makannya. Malas nak masuk campur hal remeh temeh. Kalau tak basuh tangan pun kenapa ? Yang sakit nanti orang lain bukannya kau tu pun nak kecoh. Perempuan kan? Leceh !
Hazry tersengih. Wajah Syarwani yang terkejut dipandang dengan riak wajah tak bersalah. "I dah lama basuh tangan U sejak dari dalam bilik lagi" terus dia menyambung makan semula. Makanan harus diutamakan !
Syarwani yang faham akhirnya mengangguk. Dia pun sama turut makan bersama mereka. "Wah lauk apa ni gais? Macam sedap" Fedrick menarik kerusi di sebelah kanan Leon. Matanya tajam melihat segala lauk pauk yang tersedia di atas meja.
"Asham pedes dengan kayi ayem" tersembur terus nasi yang dimakan oleh Hazry. Tulang ayam yang digigit oleh Aryan turut terjatuh semula ke dalam pinggan. Fedrick menghela nafas kasar. Wajahnya yang dipenuhi dengan butiran nasi yang disembur oleh Hazry dilap kasar dengan tisu.
Syarwani yang terlihat adengan itu menunduk. Takut dengan riak wajah tegang yang dipaparkan oleh Fedrick. Leon hanya beriak selamba. Suapan terakhir dia masukkan ke dalam mulut. Dia tak bersalah langsung jadi kenapa nak kisah ? Betul lah apa dia cakap tadi jadi kenapa perlu menyembur nyembur? Bahunya diangkat sedikit lalu air masak diteguk.
Hazry terbatuk batuk kecil. Dadanya ditepuk perlahan. "Ssorry bro ! Aku terkejut sebab nama lauk tu lain maciam bhai !" Fedrick mengeluh. "Kau ni bodoh lah. Tahu bodoh? Kau lah tu bodoh ! Bodoh !" Dia bangkit dari duduk lalu menuju ke dapur. Ingin membersihkan muka hensemnya yang telah tercemar dengan najis Hazry.
Aryan tergelak kecil. "Padan muka kau bro ! Tulah nak tersembur bagai ! Kan dah mendapat !" Tulang ayam kembali digigit. Syarwani hanya berdiam diri. Suapan kembali diteruskan ke dalam mulutnya.
Hazry berdecit. Wajah Leon yang selamba dipandang tajam. "Kau lah ni ! Sebut tu lain kali biar betul ! Ingat lawak ke setan ? Ha ingat lawak ?!" Leon menjungkit kening kanannya. Dahinya digaru perlahan.
"Apa yang lawak? Kau pikir aku ni bangsa kau ke? Nak cakap dialek betul? Otak letak mana ? Lutut? Dasar BTCU !" Terkebil kebil Aryan yang mendengarnya. Syarwani turut berasa pelik.
BTCU ? "Jadah apa BTCU?" Leon bangkit dari duduk. Bajunya dibetulkan. Nak mandi ! Nak keluar kejap lagi ! Wajah keliru Aryan,Hazry dan Syarwani dikerling sekilas.
"Budak tak cukup umur" terus dia melangkah pergi ke tangga. Ingin naik ke biliknya. Hazry menghentak cawan kaca yang dia pegang sedari tadi ke atas meja. Terkejut Syarwani dibuatnya. Dada diurut perlahan.
Aryan mengangkat kening. Wajah tegang Hazry dilihat. "Kau kenapa BTCU ? Sewel?" Aryan mengetap bibirnya dek tak tahan nak gelak. BTCU wei ! BTCU ! HAHAHA
"Diam lah tak guna ! Kau dengan dia pun sama ! Dua kali lima je ! Sama sama setan ! Setan pun lagi elok dari kau lah ! Haish ! Panas aku dekat sini lagi lagi ada ahli neraka" Dia bangkit dari duduk bersama dengan pinggan dan cawan untuk dibawa ke dapur.
Sempat dia berselisih dengan Fedrick dan lelaki itu sempat juga menjeling tajam ke arahnya. Sengihan tak bersalah sahaja yang dia mampu ukirkan memandangkan itu memang salahnya.
"DAHTU KAU TU APA ? AHLI SYURGA? MINTAK KAKI LAH WOI !" Kedengaran laungan Aryan dari ruang meja makan. Bibir diketap rapat dan kepalanya digeleng perlahan. "Abaikan je bisikan setan tu Hazry fuh ! Setan kan suka menghasut" Bisiknya sendirian. Ligat dia membasuh pinggan dan cawan miliknya. Malas dia nak susahkan Syarwani sebab dia tahu perempuan itu ada anak yang perlu dijaga.
♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________________
"Anak kau macam mana?" senada Fedrick menyoal Syarwani yang sedang berura ura ingin bangun dari duduknya. Dah siap makan katakan.
"Erm macam tulah. Dia ok tak banyak meragam" Fedrick mengangguk lalu menyambung makan. Disebabkan dia lambat sampai sebab tu tinggal dia sorang je dekat meja makan memandangkan Syarwani pun dah ke dapur.
Aryan dan Hazry dah lesap apatah lagi kawannya yang satu itu mungkin dah ghaib. Hidungnya bergerak gerak tatkala satu bau wangian yang amat familiar menyinggah masuk ke dalam rongga hidungnya.
"Kau nak kemana? Wangi wangi bagai? Jumpa makwe?" Leon berdecit. Jaket kulit hitamnya dibetulkan. "Nak pergi somewhere. Maybe aku lambat balik"
Fedrick berdehem. "Oh ye jangan lupa cooler box tu dekat sebelah peti ais. Penat aku potong kau tak ambik pulak. Bagi 'budak' tu makan kang mati pulak" Leon hanya berdehem. Kepala dianggukkan lalu langkah dibuka keluar rumah.
Ada sesuatu yang dia kena uruskan. Ada seseorang yang dia perlu jumpa. Syarwani yang mendengar perbualan dua jejaka itu diasak dengan perasaan tertanya tanya.
Sebenarnya dah banyak kali jugalah dia nampak cooler box berwarna biru itu di sebelah peti ais tapi setiap kali dia nak bukak pasti hatinya tidak sedap. Serasa seperti ada sesuatu yang tak elok tersimpan di dalam kotak penyejuk itu.
"Kau jangan berani berani nak bukak kotak tu. Aku dah bagi amaran. Kalau demam aku tak tahu" Terhinjut bahunya dek disapa dengan suara garau Fedrick. Keluhan dilepaskan. Nasib dia tak mati kejung kat situ tadi !
Susuk Fedrick yang sedang membasuh pinggan dilihat lama. Bibir digigit kerana masih tertanya tanya. Apa yang ada ye dalam kotak tu? Sampai bakal demam nanti kalau bukak ?
"Pergi lah naik tengok anak kau tu. Kau pun bukannya dara lagi better pergi naik jenguk budak tu. Kang mati tercekik susu aku tak tanggung" Mencicit Syarwani naik ke atas. Gerun sebenarnya selepas tengok wajah tegang milik jejaka itu.
Cooler box berwarna biru itu dilihat oleh Fedrick. Laju tangannya membuka penutup cooler box itu. Plastik hitam yang sudah menjadi sejuk ditarik sedikit ke kanan.
Daging manusia yang masih segar itu ditilik sebelum kepalanya dianggukkan perlahan. "Boleh dah nanti aku suruh si Leon masak. Kesian pulak 'budak' tu makan benda sejuk sejuk. Dah keras nampaknya daging kau ni bro tch. Belum sempat kahwin dan kena potong. Tak patut tak patut" cooler box itu kembali ditutup.
Kaki dibawa ke ruang tamu. Nak tengok drama baru hantu mak jemah. Kot kot lah boleh hiburkan dia di kala sunyi ni ha. Single katakan hik hok.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top