♡59♡



"Aira kamu nak kemana? Dah lewat petang dah ni takkan nak keluar lagi?" Aira yang baru nak melangkah ke pintu rumah terhenti. Pipi kanannya digaru perlahan. Bibirnya menarik satu sengihan tak bersalah.

"Erk hehe mom...Ira nak keluar kejap ambik barang kat office" Mata Puan Lacy mengecil. Pemakaian anak perempuannya ditilik dari atas ke bawah. Tangan dicekak di pinggang.

"Betul ni? Kamu jangan nak tipu mom aira" Nada suaranya dibuat tegas. Dia berasa seakan akan anak gadisnya itu ada agenda lain sahaja. Mana taknya dah kalau gadis itu sebenarnya jenis yang jarang nak keluar lewat petang ?

Aira berdehem. Belakang lehernya diusap dengan tangan kiri. "Erm betullah mom..apa pulak ira nak tipu mom pulak kan lagipun ira tertinggal report pasal tender baru tu ha" Akhirnya Puan Lacy mengangguk. Kepercayaannya diletakkan tinggi pada anak gadisnya yang sorang itu.

"Ha yelah. Hati hati pergi sana. Ada apa apa tak kena terus direct call mom dengan papa atau abang kamu" berkerut dahi Aira dibuatnya. Abang dia dah balik ke? Kenapa dia tak tahu? Dan kenapa abang dia tak call?

"Abang dah balik ke mom?" Puan Lacy yang baru nak naik ke tangga terhenti. Badannya dipusingkan menghadap anak gadisnya. Kening kanannya dijongket ke atas tanda pelik. Dah anak dengan mak sama sama pelik sekarang ni. Mood kepelikan diaktifkan.

"Dah lama dah takkan kamu tak tahu? Abang kamu tak call kamu ke? Aik? Pelik pulak mom rasa. Selalunya dia yang beria call kamu dulu?"

Perlahan lahan Aira menarik senyum nipis. Tidak manis,tidak lebar dan tidak mesra. Cukup untuk melegakan hati sang ibu yang sedang dilanda perasaan tertanya.

"Eh ada mom haha ada abang ada call haritu tapi ira lupa haha ye ira lupa" sengaja dia buat buat ketawa. Taknak ibunya syak sesuatu yang bukan bukan. Sesuatu yang bakal membuatkan wanita paruh baya itu kecewa? Yelah sebab dia dan Leon terlalu rapat malah mereka berdua bahkan tidak boleh terpisah tapi entah kenapa sejak Leon berada di London dulu abangnya telah jarang menelefon dirinya.

Bukan jarang tapi tak call langsung. Kadang kadang dia sampai menangis memikirkan apa kesalahan yang telah dia lakukan sehinggakan abangnya tergamak menjauhkan diri darinya ?

Dia bukan nak menuduh jauh sekali berprasangka buruk terhadap abangnya tetapi dia merasakan semakin lama abangnya semakin jauh darinya. Lelaki itu seakan akan menjauhkan diri darinya. Kenapa? Dia sendiri tidak tahu. Tidak pasti dengan perubahan mendadak lelaki itu.

"Ha hati hati nak keluar tu. Termenung pulak kamu ni haih macam macam !" Puan Lacy terus menyambung langkahnya untuk ke atas. Ingin membersihkan diri dan berehat seketika sebelum menyediakan juadah makan malam buat mereka sekeluarga. Aira tersentak.

"Jauh pulak aku mengelamun !" Dahinya ditepuk perlahan dan dia terus melangkah keluar dari rumah. Sejak semenjak ni dia agak sibuk sikit maklumlah dah nak kahwin jadi dia kena siapkan semua kerjanya dan nanti bila dah kahwin takdelah dia menggelabah macam ayam nak kena sembelih sebab kerja banyak tak siap.

Enjin kereta dipanaskan dan dia terdiam seketika. Badannya disandarkan di kerusi kereta. "Abang memang tak sayang ira lagi ke?" Hatinya sakit dek perubahan yang dia rasakan amat mendadak terhadap abangnya itu. Sudahlah dia tidak ada sesiapa mahu diluahkan perasaanya.

Nak luah dengan PA dia minah tu dah lah banyak kerja nak kena buat. Nak luah dengan bakal suami pulak si Taehyung tu baru je lepas fly ke Jepun sebab nak bincangkan projek mega yang syarikat dia kena handle.

Nak luah dengan kawan kawan abang dia pulak si Jungkook tu dah gerak Busan dengan Namjoon. Hoseok dengan Yoongi sibuk dengan kerja masing masing yang takkan pernah habis. Jimin pulak hurm apa lagi kalau tak habis habis dengan dokumen syarikat dia ? Lelaki pendek tu still lagi tak puas hati dengan duit syarikat dia yang dah hilang hampir setengah ribu atau mungkin juta ?

Jin pulak sibuk dengan pembukaan cafe baru dia dekat afrika. Hebat kan? Dah sampai afrika dah cawangan cafe kawan abang dia yang sorang tu erm. Kita nak sampai afrika pun belum tentu sampai.

Setelah sedar dia telah mengelamun tangannya laju menaikkan handbreak dan pedal minyak ditekan. Dia harus pergi ke sesuatu tempat. Hatinya yang tidak sedap diabaikan. 'Mainan perasaan je tu' getus hatinya.


♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________________


Kakinya digerakkan ke arah pintu rumah agam yang tersergam indah di depan matanya. Seketika kedua belah tangannya dikepal erat. Matanya terpejam diselangi dengan helaan nafas yang berat.

"Kau boleh Xiumin ! Kau boleh !" Kakinya terus dibuka dan loceng di sebelah pintu ditekan.

Ktak !

Seorang wanita paruh baya yang tersenyum menyapa retina matanya. Senyuman manis diukirkan buat si pengarang hati.

"Mama..." Puan Kim tersenyum lebar. Berkaca kaca matanya tatkala susuk tubuh kekar anak lelakinya berada di ruangan mata. Terus tubuh sasa itu dipeluk erat. Tangisannya terhambur di dada bidang anaknya.

Xiumin membalas pelukan si ibu. Perlahan lahan tangannya menggosok belakang badan ibunya. "Shhh mama don't cry... My heart hurt because seeing you like this" Ubun ubun Puan Kim dicium lama. Melepaskan rindu yang telah lama terbuku di hati.

"Hiks kamu ni ! Kenapa dah lama tak jenguk mama? Tak ingat mama dah?" Dada anaknya ditampar perlahan. Muncung ditarik lalu wajahnya dipaling ke arah lain. Merajuk !

Xiumin tersengih. "Alooo mama tak comel dah bila mama merajuk. Nampak macam beruk tak dapat makanan je" Semakin galak Xiumin mengusik ibunya tatkala riak wajah wanita itu berubah masam. Masam semasam asam !

"Kamu ni ka-"

"Berani lagi kau jejak kaki kat sini ha budak tak guna?!"

Rahang Xiumin bergerak gerak. Puan Kim sudah terdiam. Bibirnya menggeletar tatkala wajah suaminya berubah tegang sewaktu melihat kelibat anak lelakinya.

"Ab-abang sa-"

"DIAM ! AWAK PERGI MASUK BILIK DAN BIARKAN SAYA URUSKAN BUDAK PEMBAWA MALANG NI !"

"Tt-tapi abang !"

"AKU KATA PERGI ! PERGI!"

Mencicit Puan Kim lari naik ke atas ingin ke biliknya. Sempat dia menoleh sekilas ke arah wajah anaknya yang sedang tegang.

'Ya tuhan...kau lembutkanlah hati suamiku itu sungguh aku inginkan keluarga ini bersama semula seperti sedia kala' doanya di dalam hati. Sungguh dia kecewa. Kecewa dengan suaminya yang tergamak membuang anak tunggalnya sendiri hanya kerana anaknya gagal mendapatkan tender baru yang dia ingini.

Kedengaran tidak masuk akal tetapi itulah yang terjadi. Dia sendiri menangis seperti orang gila apabila melihat anaknya dihalau keluar seperti kucing kurap. Seketika matanya terpejam dek terdengar suara jerkahan suaminya dari bawah.

"KAU BUAT APA KAT SINI ?! NAK BAWA MALANG DALAM KELUARGA AKU LAGI ?!"

Xiumin mengetap bibirnya. Liurnya ditelan berkali kali. Kedua belah tangannya dikepal kuat sehingga menimbulkan urat urat hijau di lengan dan tangannya.

"Min datang sini sebab nak jumpa mama. Itu je. Salah ke? Salah ke min datang sini nak jenguk ibu kandung min sendiri?" tuturnya lembut. Dia tidak mahu menunjukkan barannya di hadapan bapanya kerana lelaki itu masih lagi dia hormati.

"Tch. Sape mama kau? Hoi budak ! Kau tu pembawa malang dan bini aku takkan sesekali ada anak yang pembawa malang macam kau ni lah !"

Tuan Kim tersengih sinis tatkala riak wajah anaknya berubah. Hatinya puas ! Puas dapat menyakitkan lelaki muda itu !

"Dia tetap mama kandung min. Papa cakaplah apa papa nak cakap tapi dia tetap mama kandung min !" Tegas dia berkata kata. Matanya tajam merenung muka tidak bersalah Tuan Kim.

Kelihatan orang tua itu tergelak sinis. Gelak yang membuatkan amarahnya makin membara.

"Apa? Kau panggil aku papa? Sape je nak jadi bapak untuk pembawa malang macam kau ni hah? Kau tak layak nak panggil aku papa lah ! Langsung tak !"

"DAHTU KAU LAYAK SANGAT KE NAK JADI BAPAK AKU ?! KAU LAYAK SANGAT KE ORANG TUA ?! HA ?!"

Terhinjut bahu Tuan Kim dibuatnya. Rahangnya diketap. Wajah anaknya ditatap dengan penuh kebencian.

"Kau siapa nak tinggikan suara dengan aku? Ha budak?!" Tuan Kim melangkah setapak ke hadapan anak tunggalnya itu. Berombak kuat dadanya dek menahan amarahnya daripada terletus. Wajah anaknya yang sedang tegang itu dipandang sinis.

"Kau tu cuma budak yang suka bawak malapetaka dalam keluarga aku ! Aku tak ada anak yang suka bawak malang macam kau lah sial !" Bahu kiri anaknya ditolak kasar membuatkan tubuh anaknya sedikit tergerak ke belakang.

Xiumin menghela nafas. Dadanya berombak laju dek kerana sabarnya telah mencapai limit. Wajah Tuan Kim dipandang dengan riak kosong.

"Aku taknak cari gaduh dengan kau papa tapi tolonglah ! Aku nak jenguk mak aku ! Bukannya kau ! Apa susah sangat kau nak bagi aku tengok mak aku sendiri hah ?!" Keras dia menuturkan kata.

Tuan Kim tergelak besar. Tanpa dapat disangka satu tumbukan melayang terus ke pipi Xiumin. Jatuh tersembam Xiumin dibuatnya dek tumbukan maha hebat dari ayahnya. Seketika dia terasa bibirnya seakan akan mengalirkan darah. Dapat dia lihat ibu jari kanannya mempunyai sedikit cecair berwarna merah.

Tuan Kim tergelak sinis. Suka melihat lelaki muda itu terluka dek pinangan darinya. "Sedap? Sedap tak aku tumbuk tadi? Kalau nak aku boleh je tumbuk kau lagi apatah lagi bunuh kau terus ! KETURUNAN AKU TAKDE LANGSUNG PEMBAWA MALANG MACAM KAU NI LAH !" Kakinya laju menyepak tubuh kekar anaknya itu. Xiumin hanya berdiam diri. Dia terima tubuhnya dibelasah habis habisan oleh ayahnya itu. Ayah kandunya sendiri.

Seketika kepala dia terteleng ke kiri dek kerana disepak oleh ayahnya. Sakit? Ye dia sakit tapi dia diamkan. Matanya terpejam kuat tatkala perutnya terasa senak yang amat. Tuan Kim seakan akan menggila. Dia membelasah anaknya seakan akan tiada henti.

Dia tidak kesah kalau budak muda itu mati asalkan dia puas ! Puas menyakiti anaknya dari segi mental dan fizikal ! Hanya kerana keinginan dia tidak terlaksana.

"Uhuk ! Ss-ssudah pa ! Min ss-ssakit !" Bebola mata Xiumin terasa panas. Air matanya telah bertakung di tubir mata tatkala kepalanya dihentak ke lantai oleh Tuan Kim.

Bibirnya digigit kuat sehinggakan darah mengalir keluar seakan akan air terjun. Tidak dia hirau akan bibirnya yang mula berdenyut denyut tapi dia mula hiraukan akan sakit di kepalanya yang semakin kuat menyerang tempurung kepalanya.

Matanya mula berpinar pinar. "Apa? Sudah? Aku tak akan pernah cukup nak seksa kau budak ! Dasar tak guna ! Anak tak guna !" Kepala anaknya ditendang kuat seperti dia ingin menendang bola dan senyuman puas dia ukirkan tatkala semburan berwarna merah pekat itu tersembur keluar dari mulut anaknya.

Dadanya berombak kuat dan peluh mula menitis di dahi tuanya. Dia puas ! Dan dia lega apabila amarahnya dapat dilangsaikan malam itu !

Badannya dipusing dan kakinya dibuka untuk naik ke tingkat atas. Ingin membersihkan diri dan menenangkan fikiran.

"Ap-apa salah min dekat papa? Se-selama ni min tahankan diri min dari ce-ccederakan papa. Mm-mmin terima kalau papa nak belasah min sampai mati ss-ssekalipun ! Mm-mmin mintak maaf kalau selama mm-mmin hidup min banyak su-ssusahkan papa dengan mama"
Dengan segala kudrat yang dia ada Xiumin menggagahkan diri ingin bangun dan berdiri.

Wajahnya penuh dengan darah dan lebam di sana sini. Bibirnya juga tidak henti henti mengalirkan darah. Kelihatan di sisi kanan tepi dahinya satu cecair likat berwarna merah mengalir deras hingga menitik nitik terkena baju dan lantai yang dia sedang pijak.

Tangan kanannya diletakkan di dinding ingin menampung badannya yang terasa seakan akan ingin rebah. Wajahnya tunak memandang belakang tubuh Tuan Kim yang terhenti di anak tangga.

Matanya yang ingin tertutup sedaya upaya dicelik bagi luas. Biarlah. Biarlah ini kali terakhir dia melihat ayahnya biarpun hanya belakang tubuh lelaki berusia itu yang menjadi santapan matanya.

"Mm-mmaafkan min pa se-sebab gagal dapatkan tender yang papa nak tt-ttapi mm-mmin nak papa tahu yy-yyang ark sst ahhh papa tetap papa kan-kandung min. Halalkan s-ssemua yang min dah buat dekat rr-rrumah ni. Kk-kkirimkan salam sayang min dd-ddekat mama ye pa?" Senyuman manis diukirkan di bibirnya biarpun sakit.

Dapat dilihat bibirnya menggeletar hebat tatkala rasa sakit mula mencengkam seluruh anggota tubuh badannya. Perlahan lahan Xiumin berpusing. Terhincut hincut dia berjalan dek kakinya yang sakit akibat dipijak dan disepak oleh ayahnya.

Tuan Kim di dalam rumah yang masih lagi statik di anak tangga terdiam. Wajahnya diraup kasar. Tanpa sebarang kata dia muka melangkah naik untuk ke biliknya .

Hatinya yang mula disapa rasa simpati dan serba salah diabaikan. Ego? Ye dia ego. Dia rela menyakiti anaknya asalkan kemahuan dia tercapai.

Hanya kerana satu tender dia tegar melakukan anaknya seperti binatang. Hanya kerana satu tender yang dia inginkan tetapi anaknya tidak dapat memuaskan apa yang dia inginkan dan dia tegar membelasah anaknya separuh mati. Anak yang datangnya dari benihnya sendiri !

Xiumin yang hampir hampir rebah di tengah laman rumah ibu bapanya itu sempat ditahan oleh bodyguard yang kebetulan sedang berkawal di area situ.

Terkejut dia jadinya apabila melihat anak kepada tuan rumah itu terhuyung hayang dan berdarah sana sini. Terbit rasa kasihan di dalam dirinya tatkala melihat jejaka muda itu menangis dan berdesis kesakitan.

"Tt-ttuan muda nak saya bawak ke hospital ? Tuan muda dah parah dah ni !" Perlahan Xiumin menggelengkan kepala. Dengan susah payah dia cuba nak berdiri tetapi bodyguard lelaki itu tetap statik untuk memapah dirinya.

"Bb-bbawak aku ke kereta ark bb-bbiar aku ba-bbalik sendiri sst ark!" Terbatuk batuk Xiumin di situ sesekali matanya terpejam apabila kepalanya berdenyut kuat.

Membulat mata bodyguard lelaki itu tatkala satu semburan cecair likat berwarna merah meluncur keluar dari mulut anak kepada tuan rumah itu ketika jejaka muda itu terbatuk tadi.

"Tt-ttakpe ! Ak-akku ok lah !" Keras nada Xiumin bertutur. Dia tak lemah ! Dia masih kuat lagi nak bergerak sendiri. Bodyguard lelaki itu masih dengan keputusannya.

Terus dia memapah jejaka muda itu hingga ke kereta. Pintu penumpang bahagian belakang dibuka dan dibaringkan tubuh jejaka muda itu dengan lembut. Bergegas dia ke seat pemandu dan seketika dahinya ditepuk.

Dia keluar semula dan bergerak laju ke arah kawannya yang sedang berkawal di bahagian kanan halaman rumah agam itu. "WOI !" Laungnya dari jauh. Kawannya yang tersentak terus menoleh ke arahnya. "Asal ?!" Bodyguard itu tersengih sebelum menggaru belakang kepala.

"Aku keluar kejap ! Hantar tuan muda !" Apabila melihat anggukan dari kawannya terus dia bergerak ke kereta jejaka muda itu dan memecut laju. Cermin pandang belakang dilihat sekilas ingin memastikan jejaka muda itu dalam keadaan baik.

"Hiks ap-apa sa-ssalah aku tuhan? Ak-akku sayangkan mama...ak-akku sayangkan papa.... Hiks ark sst ss-ssakit.."

"Mama....mm-mmin rindu... Hiks...mmin ssa-ssakit ma. Ssa-sakit sangat hiks"

Tuhan ! Luluh hati bodyguard lelaki itu mendengar rintihan dari tuan mudanya. Stereng kereta jejaka muda itu digenggam erat.

Bibirnya diketap saat dia merasakan tubir matanya bergenang dengan air mata. Sungguh hatinya jatuh sayu melihat jejaka muda itu dalam keadaan tenat.

Dia tidak pasti apa yang terjadi antara jejaka muda itu dengan ayahnya tapi melihat dari tubuh badan dan wajah lelaki muda itu yang kelihatan teruk akibat dibelasah orang tahulah dia mungkin ada masalah antara dia dan ayahnya.

Dia berdoa agar masalah itu dapat diselesaikan. Kalau betul bosnya iaitu tuan rumah yang membelasah jejaka muda itu dia amat berharap agar bosnya dilembutkan hati.

Sungguh dia kasihan melihat anak muda itu terseksa. Terseksa menanggung rindu dan sakit pada masa yang sama.




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top