♡52♡
Razezz Night Club menjadi tumpuan masyarakat Korea Selatan khususnya warga warga berdarah muda termasuklah seorang wanita bernama Han Hazel Erisha.
Wine berwarna kuning itu diteguk rakus. Langsung tidak mengendahkan mata mata lelaki yang tajam meniliti lekuk tubuh seksinya. Mana taknya kalau dia dah pakai dress yang hampir memperlihatkan segala aset kewanitaannya ?
Hazel berdecit kasar tatkala merasakan seakan akan ada tangan kasar yang meraba bahagian perutnya. "Not now please !" Dahinya dipicit dengan keluhan lesu. Lelaki yang merabanya sebentar tadi mula melabuhkan duduk di sebelah gadis itu.
"Babe why ? Serabut sangat I tengok U" Hazel mengeluh. Wine kuning yang masih berbekas di dalam gelasnya diteguk lagi.
"Nothing. I cuma stress ! Apa kurangnya I sampai dia tak pandang I langsung ?! I tak cukup cantik ke? Tak cukup seksi ?"
Lelaki di sebelahnya tergelak kecil. "U dah cukup cantik babe. Dah cukup seksi dah bagi I sayang" Tangan kasarnya makin liar bergerak ke bahagian atas tubuh gadis itu. Hazel merengek kecil.
"Enough Joshua ! I memang takde mood nak buat benda ni !" Joshua mendengus kasar. Matanya tajam mengerling Hazel di sebelahnya yang kelihatan kusut.
"Look Hazel ! Apa kurangnya I dengan dia ? I have everything that you want ! I ada duit ! I ada business ! Malah nama I pun sama naik dengan dia. Apa yang U tak nampak dekat I tapi ada dekat dia ? Hah?"
Hazel berdecit perlahan. Ni lah yang dia tak suka dekat Joshua ! Sering sangat memaksa dirinya untuk menyukai dia kembali tapi Hazel tak nak ! Hazel tetap sukakan Leon ! Hanya lelaki itu yang dapat meraih hatinya ! Meraih perhatiannya !
"U takde hati I. Tapi dia ada. He got my attention for sure" Matanya mula berpinar pinar. Joshua yang berada di sebelahnya tidak dihiraukan. Dengan segala kudrat yang dia ada,Hazel mula bangkit dari duduknya. Biarpun masih terhuyung hayang dia tetap degil ingin pulang.
Hampir sahaja dia ingin terjatuh Joshua sempat menangkap tubuhnya. "Looks like you've fallen to my trap babe" bibirnya menyungging senyuman sinis. Tak dia sangka ubat yang dia telah letakkan di dalam minuman gadis itu berkesan. Dengan langkah selamba Joshua keluar dari kelab malam terkemuka itu dengan Hazel di dalam dukungannya.
Pintu kereta bahagian belakang di buka oleh anak buahnya. "Thanks Garry" Garry merangkap orang kanannya hanya menganggukkan kepala. Pintu bahagian pemandu dibuka dan pedal minyak terus ditekan. Menuju ke mansion peribadi miliknya.
Cermin pandang belakang yang memantulkan wajah Hazel sedang lena tidur itu dipandang sekilas oleh Joshua. Sengihan sinis terukir lagi di bibir seksinya. Stereng kereta miliknya digenggam erat.
"Tak lama je lagi kau akan jadi milik aku sayang...dan bukan milik si bangsat tu !"
"Alexander Leon heh ? We will see sape yang menang nanti"
Joshua ketawa sinis. Ketawa yang amat menyakitkan telinga. Yang hanya dia sahaja yang tahu makna di sebalik tawaan sinisnya itu.
Otaknya mula merangka berbagai rancangan. Rancangan untuk menjatuhkan King Alexander Leon. Tanpa dia sedari,dia telah selangkah ke hadapan bertemu ajal.
♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________________
"Haneul ! Yah Haneul !"
Haneul yang sedang leka menulis sesuatu di atas kertas tersentak. Wajahnya dipalingkan ke kanan ingin melihat gerangan manusia yang terpekik terlolong memanggil namanya.
"Kau pahal? Gila?" Matanya dikecilkan tatkala ternampak kepingan kertas seakan akan -
"Ticket?"
Wajah Gyuri rakan baiknya dipandang dengan riak wajah tak percaya. Gyuri mengangguk laju. Dua tiket flight dilayangkan di hadapan mata Haneul.
"WE WILL GO BACK TO KOREA ARGHHH !" Haneul menekup mulutnya tanda tidak percaya. Matanya membulat memandang Gyuri yang masih terkinja kinja. "Serius lah Yuri ! Kau jangan memain ?!"
Gyuri mengangguk laju. Kedua dua bahu Haneul dipegang kejap dan digoyangkan ke depan dan ke belakang. Haneul pening. Terasa seakan akan dunia berputar untuk waktu 0.03 saat sahaja.
"YE HANEUL YE ! KITA AKAN BALIK KOREA WEI ! ARGHHH AKU TASHABAR BEB !"
"Y-yyuri WOI ! BERHENTI ! STOP ! HAJIMA ! AKU PENING WOI !"
"Erk hehe sowy beb ! Aku excited hurm"
"Excited pun takyah sampai nak goncang aku macam nak bunuh aku ! Taguna !"
Gyuri membuat peace yang kononnya dapat meredakan kemarahan Haneul. "Peace no war beb ! Hehe anyway your lover dah call kau ke?"
Haneul mengeluh. Soalan yang paling dia tak suka adalah ini. Soalan berkaitan kekasih. Berkaitan pasangan !
"Tak. Entah dah mati aku rasa sampai tak reti nak call aku" Keluhan dilepaskan. Mukanya diraup kasar. Buku buku latihan dan nota ditolak ke tepi kerana bengang dengan seseorang.
"Alah neul kau rilek je lah ! Mana tahu dia busy ? Baekhyun tu kan CEO mestilah banyak kerja dia nak kena buat. Tak gitu ?" Seloroh Gyuri. Tak cukup dengan itu bahu kirinya digeselkan dengan bahu kanan Haneul. Haneul pulak redho. Redho badan dia jadi bahan geselan oleh kawannya.
"Hurmm...bila flight?" Bukunya dikemas. Segala jenis pensel dan pemadam serta pen senang kata alat tulis dimasukkan ke dalam pensil box miliknya. Buku dimasukkan ke dalam beg ala kadar begitu juga dengan pensil boxnya. Takde mood nak letak kemas kemas macam selalu !
"Dua hari lagi. Kau ok tak ?" Haneul mengangguk. Lagi dua hari. Nampaknya dia ada banyak masa nak selesaikan assignmentnya yang tertangguh. Nanti balik Korea boleh tidur dan berehat sepuasnya !
"Em aku ok. Boleh kita siapkan kerja kerja yang tertangguh tu ha" Gyuri mengangguk. Mengiyakan kata kata si kawan baik. "Eiii aku tak sabar nak balik ! Nak jumpa my baby boo !"
Haneul menggulingkan bebola matanya. Gedik ! Macam dia sorang je ada baby boo ! Haneul pun adalah ! Daddy boo lagi hah !
"Dahlah kau ! Dari haritu tak habis habis dengan baby boo kau tu ! Berhari hari call takkan tak habis lagi rindu kau ? Jung Hoseok kau tu tak lari lah dey !" Gyuri memuncung.
Wajah Haneul dijeling dari tepi. "Tahulah Byun Baekhyun kau tu tak manja manja dengan kau ! Huh" Wajahnya dipaling ke arah lain tanda merajuk. Haneul menyengih sinis. Gyuri di sebelah dibuat buat tak nampak.
Beg sandangnya berwarna peach disangkut ke bahu kirinya. Buku diambil dan dirapatkan ke dada. Kerusi ditolak perlahan ke belakang. Gyuri yang masih merajuk diabaikan. "Takpelah kalau dah ada orang tu merajuk. Kita pergi shopping sesorang lah nampaknya"
Bulat mata Gyuri tatkala telinganya mendengar perkataan shopping. Tubuh Haneul yang makin menjauh dirapati dan lengan kanan Haneul dipeluk manja. "Alahhhh beb ! Sowy ah ! Eh eh ? Kau kata apa tadi shopping eh? Jom wei Jom !"
Haneul pasrah apabila lengannya ditarik ke hadapan. Mengerbang ngerbang rambutnya tatkala langkah kakinya makin laju mengikuti langkah kaki Gyuri yang seakan akan Ussain Bolt itu !
"Haih kopak lah aku harini"
Hai ! Suprise tak suprise tak? Tak sangka abe seok kita dah taken hurm ●︿●
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top