♡42♡



“ Patutke aku ikut gerak hati ? ”



“ Betulke kalau hati tak sedap akan ada sesuatu yang buruk akan terjadi ? ”




Taehyung meraup wajahnya. Bala apa lagi kalini yang datang terus menerus dalam hidupnya ?! Baru dia nak bukak pintu officenya kelibat Hyejung yang berpakaian mencolok mata menyapa pandangan mata sucinya.

Hampir hampir dia nak terbaling beg laptop yang berada di bahu kirinya. Hyejung tersenyum manja ke arah Taehyung. Frame gambar seorang perempuan yang dia tahu bertahta di hati bekas kekasihnya itu dipegang dan digoyang goyangkan dengan dua jarinya iaitu ibu jari dan jari telunjuknya.

Senyuman senget ditayangkan apabila riak wajah Taehyung berubah bila ternampak frame yang berada di pegangannya.

"Is this your so called future wife?"

Dengan sengaja frame tersebut dijatuhkan namun dengan pantas Taehyung menangkapnya dan disumbatkan terus di dalam beg laptopnya. Naya je kang kalau betina tu ambik balik ! Mahu meraung dia kalau frame tu pecah berderai. Dahlah gambar Aira !

Hyejung mengetap bibir. Dapat dia lihat Taehyung terlalu sayang akan perempuan bernama Aira itu. Apa kurangnya dia ?! Dia bahkan lebih cantik dari perempuan tersebut. Bahkan lebih bergaya dari perempuan tersebut tetapi apa yang Taehyung lihat di dalam diri perempuan bernama Aira itu sehinggakan dirinya dipulaukan lelaki itu ?!

"Siapa kau nak sentuh frame gambar isteri aku ?!" Ujar Taehyung dengan suara di celah gigi. Tangannya dikepal erat sehinggakan urat uratnya tersembul. Hyejung yang mula berasa takut lantas memberanikan diri bergerak ke arah Taehyung. Dada bidang lelaki itu diusap lembut. Konon nak meredakan kemarahan lelaki itu.

"KAU BLAHLAH PEREMPUAN ! JIJIK AKU TENGOK !" Dadanya yang masih berbalut kemeja dan kot kerja digosok kasar. Jijik ! Terlalu jijik dia rasa sekarang ni ! Macam baru kena raba dengan Jimin je perasaan dia tika ini !

"APA ISTIMEWANYA  DIA BERBANDING I HAH TAEHYUNG ?! APA ?!"

Taehyung tergelak sinis. Beg laptopnya diletak kasar di atas meja kerjanya. "Apa istimewanya dia ? Kau tanya aku apa istimewanya dia berbanding kau ? Serius lah kau tanya aku ?"

Hyejung mengetap bibir. Tangannya dikepal tanda geram yang amat terhadap Taehyung. Lelaki itu sudah cukup berani melawannya berbanding dulu ! Kalau dulu Taehyung bahkan tidak berani memarahinya apatah lagi menaikkan suara terhadapnya tetapi lihatlah sekarang ! Lelaki itu bahkan berani menengkingnya !

Tidakkah dia tahu bahawa itu semua dulu? Itu semua sudah berlalu sejak terbongkarnya kecurangan dia terhadap Taehyung. Sungguh perempuan ini tidak sedar diri !

"Bezanya dia TAK MURAH MACAM KAU SIAL ! SEKURANG KURANGNYA DIA TAK MENYUNDAL DENGAN JANTAN LAIN BELAKANG AKU !"

Rambut Hyejung direntap kasar sehinggakan perempuan itu terdongak. Sungguh ! Taehyung sudah tidak terkawal ! Dia penat ! Dia rimas dengan gangguan perempuan itu kepadanya ! Bukan sehari ! Tetapi berhari hari dan jejak berminggu minggu membuatkan dia hampir menjadi gila.

Mujur kawan kawannya banyak membantu menenangkan dirinya. "Ark ! Ark sss-ssakit Tae !" Taehyung tergelak sinis. "Sakit ? Baru sekarang kau tahu sakit ? eh SELAMA KAU KACAU AKU TAK HABIS HABIS TU KAU INGAT AKU TAK SAKIT ?! AKU SAKIT MENTAL SIAL DENGAN PERANGAI JILAKE KAU NI SIAL ! ELOK MAMPUS JE BETINA !" Baru kepala Hyejung hendak dihentakkan di lantai seseorang menarik kasar lengannya ke belakang.

"sape pulak kacau aku sial !" Kepalanya ditoleh ingin melihat gerangan yang menghalang kerjanya sebentar tadi. Berkerut dahinya melihat jejaka itu sedang elok berpeluk tubuh sambil menghadiahkan senyuman sinis ke arahnya.

"Bb-bbaek hyung ? Ap-apa hyung buat dekat sini ? Ss-ssince when ?"

Baekhyun berdehem. Rambutnya diraup ke belakang. "Baru je anyway that girl" Jari telunjuknya dihalakan ke arah Hyejung yang masih menangis teresak esak di atas lantai. Dengan rambutnya yang serabut dan kusut masai tidak ubah macam orang gila.

"Bagi aku settle jelah eh ? Takut kalau bagi kau esok lusa dah mati dah perempuan ni aku rasa"

Taehyung menarik ikatan tali lehernya dengan kasar lalu dia melabuhkan duduk di sofa pejabatnya. Matanya hanya dilirikkan melihat Baekhyun yang membantu membangunkan Hyejung dengan cara errr menarik hujung kain dress perempuan itu yang kebetulan mempunyai belahan di bahagian bahu.

"Jijik sangat ke sampai kau pegang macam tu sekali?"

Baekhyun menjungkitkan keningnya. Wajah Taehyung dilihat dengan ekor mata. "Hmm ? Tak lah cuma takut dosa dia terpalit dekat aku. Aku dahlah banyak dosa tambah lagi dengan dosa dia makin berdosa aku dibuatnya kang" Taehyung hanya menggeleng sebaik sahaja mendengar kata kata dari Baekhyun. Tahu pulak diri tu banyak dosa dahtu taknak bertaubat ?

Hyejung pulak mengetap bibirnya tanda terasa dan malu. Malu apabila keadaannya yang tidak terurus itu ditatap oleh dua orang jejaka kacak.

Rasa macam maruahnya jatuh ! Eh bukan maruah dia dah lama jatuh ke ? Pakej hilang sekali ?

"Woi taetan !"

"Apa?"

"Panggil lah security kau bodoh ! Kau expect aku ni kuli bapak kau ke nak heret dia keluar ?!"

"Hehe rilek lah hyung ! Koyak dah kenapa ?!"

"KOYAK TAK KOYAK KAU PANGGIL JELAH BABI SECURITY KAU TU ! JENUH AKU NAK PEGANG BETINA NI !"

"YELAH YELAH ! KECOH LAH KAU NI HYUNG ! TUMBUK KANG !"

"HA BERANI AH NAK TUMBUK AKU ?! KEPALA KAU AKU BAGI HEADSHOT KANG !"

Taehyung menggulingkan bebola matanya. Tangannya ligat menelefon pengawalnya dan mengarahkannya untuk naik ke pejabat miliknya.

Langsung tak takut dengan ugutan bacon hangus itu manakala Baekhyun sudah berasap. Apa lembab sangat pengawal syarikat dia ni ?! Makan rasuah ke sial ?! Eh apa kaitan tho?

Hyejung pulak diam menikus. Takut
nak bersuara. Takut dirinya pulak yang menjadi mangsa tengkingan. Baekhyun menjeling Hyejung dengan ekor mata. Maklumlah Hyejung pendek sikit darinya. Paras bahu dia gittuw.

"Pahal diam perempuan ?! Tadi bising sangat ?! Menyalak sana sini serupa pengemis jalanan? Bisu dah ?" Ujarnya dengan tegas. Langsung dia tidak peduli dengan perempuan itu yang terkejut dek disembur oleh mulut puakanya itu.

Baekhyun tersenyum sinis melihat perempuan itu diheret oleh pengawal syarikat Taehyung. 'Soon girl ! Nikmati hidup kau puas puas sebab lepas ni kau akan tahu apa rasa ada dalam neraka buatan manusia !' dongkol hatinya geram. Geram akan kawannya yang masih tidak mengarahkan dia untuk menangkap perempuan itu bagi diseksa.

Asyik asyik suruh dia perhati si Aira. Budak tu dah besar lah ! Nak ditengok apa lagi ?! Nak bantah karang dia pulak yang mati hurmm.

"Kau ada apa datang jumpa aku hyung?"

"Oh ye aku lupa niat aku datang office cikai kau ni"

Taehyung berdecit. Baekhyun dengan mulut puakanya tidak dapat dipisahkan. Sebijik macam Yoongi hyung !

Satu fail hitam dihulurkan kepada Taehyung. Bukan dengan cara lembut tapi kasar iaitu dibaling tepat hingga terkena batang hidung anak Kim itu. Mencarut Taehyung disitu dengan perangai setan milik Baekhyun.

Jejaka itu dilihat senang mengukirkan senyuman sinisnya. "Bila nak langsung?" Matanya tajam menikam wajah Taehyung yang sedang tekun membaca isi dalaman fail yang dihulur tadi.

"3 weeks from now"

Baekhyun mengangguk. Nampaknya dia kena bagitahu Leon akan perkara ini. Selebihnya biarlah kawan dia tu buat apa yang dia nak buat kerana dia tahu rakannya itu telah merancang 1001 rancangan yang masih tidak diketahui mereka yang lain lagi.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top