♡36♡
•
•
•
" the days of life pass away like clouds so good while you are alive "
•
•
•
" don't make me believe that you love me when you can't even fight for me "
Kepala Jungkook tergerak ke kanan dan ke kiri dengan pantas. Berpeluh peluh dahinya tika ini. Entah apa yang dia mimpikan sehinggakan tubuh badannya menggeletar hebat.
Bayangan seorang gadis berlayar layar di dalam kepala otaknya. Menggigil jari jemari Jungkook dek kerana impak seorang gadis misteri yang sering menghantui mimpinya.
"Yi-yyira ! HAH HAH"
Dirinya terduduk. Jungkook meraup kasar wajahnya. Seringkali dia dihantui bayangan seorang gadis yang dia tidak kenali. Rantai di tangannya dikerling lama. "Qyira" sepotong nama indah yang tidak pernah dia jumpa sang pemiliknya.
Air matanya menitis setitik demi setitik di pipinya. Sungguh dia rindukan adiknya. Satu satunya adik kandung yang sentiasa ada menemani dirinya saat kecil. Hingga kini Jungkook tidak pulang ke rumah ibu dan bapanya dek konflik keluarga yang tercetus antara dua pihak.
Dia berang apabila ibu dan bapanya mengambil anak angkat perempuan untuk menggantikan tempat adiknya. Malah,perempuan tersebut atau lebih tepat adik angkatnya tidak sepadan langsung dengan adik kandungnya. Perangai macam nokharom !
Segala perilaku kotor dan jijik adik angkatnya berada bulat bulat di dalam genggaman tangannya. Tinggal nak campak dekat muka mak bapak dia je nanti. Biar celik mata sikit !
Bila dia bukak topik tentang adik kandungnya mesti ibunya memarahi dia dan ayahnya hanya berdiam diri. Adik angkatnya pula tidak habis habis mengatakan bahawa adik kandungnya sudah mati. Tetapi Jungkook tidak percaya ! Kerana dia yakin bahawa -
"Adik aku masih hidup ! Naluri seorang abang takkan pernah salah alamat !"
Tangannya dikepal rapat. Wajahnya memandang potret di dinding bersebelahan pintu bilik tidurnya. Potret seorang kanak kanak perempuan sedang memegang patung Barbie menjadi tatapannya. Matanya bertukar sayu.
Dia terlalu mahukan adik kandungnya di sisinya. Kembali menceriakan hidupnya yang kian suram. Badan dibaringkan semula di katil. Lengan kirinya diletak di atas dahi.
Matanya dipejam sebelum nama seseorang muncul di benaknya. Ye ! Memandangkan kawannya itu mempunyai identiti sebagai seorang mafia so why not kalau kita gunakan dia sebagai -
"Hello bro ? Sorry ganggu kau malam malam ni tapi boleh tak kalau aku nak cakap sikit dengan kau? Yeah sure ! Take your time bro ! Nanti missed call aku balik !"
Bibirnya tersenyum manis. "YES ! AKHIRNYA !" Dia tidak sabar. Tidak sabar untuk memberitahu hajatnya kepada sahabat baiknya itu.
Dia tidak sanggup lagi dibayangi malah dihantui dengan bayang adiknya. Dia mahu tubuh sebenar adiknya berada di hadapannya ! Bukan bayangan ! Tetapi realiti ! Realiti yang mampu memulihkan kembali keluarga mereka yang kian retak menanti belah.
♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________________
Aira menggosok bahunya yang terasa lenguh. Lenguh sebab angkat kotak 100 plus tu seorang diri ! Pekerja pekerja wanita yang ada dalam kedai tu semua buat bodoh. Langsung taknak tolong ! Sayang kuku gamaknya.
Troli yang penuh dengan jajanan ringan dituju dengan langkah yang sedikit tidak betul. "Ya tuhan ! Berat gila !" Sedikit lagi dia nak sampai ke troli miliknya seseorang sudah mengambil kotak 100 plus di pegangannya.
Terbuntang biji matanya. Terkejut mak ! "Would you mind if I help you mrs ?" Aira berdehem. Baju blousenya dibetulkan dek agak kusut kerana mengangkat kotak sebentar tadi.
Malu sebenarnya bila ada orang tolong angkatkan barang sksksks. Jejaka berambut coklat itu tergelak kecil melihat telatah Aira yang malu malu anjir eh kucing itu. Dengan mudah kotak 100 plus itu diletakkan di dalam troli si gadis.
"Emm terima kasih ye encik sebab tolong saya !" Badannya dibongkokkan sedikit tanda hormat. Jejaka itu menggeleng pantas. "Eh it's okay mrs ! Lagipun memang tugas seorang lelaki membantu kaum yang lemah. Tak gitu?" seloroh jejaka itu membuatkan Aira tergelak kecil.
"So,what's your name by the way ?" Aira tersenyum. Kad di dalam beg tangannya dihulurkan kepada jejaka itu. Tangan kasar itu menyambut lembut lalu nama Aira dibaca lembut.
"Queen Alexander Aira ? What a nice name you have ? Aira-sshi?" Aira hanya tergelak kecil. Kenapa jejaka di hadapannya itu kelihatan comel ? Dah macam klon Jihoon dah ! Cuma muka mature sikit lah.
"Saya Kim Hojung. Nice to know you,Queen" Huluran tangan dihulur dan disambut mesra oleh Aira. "Nice to meet you too,Mr,Hojung-sshi !" Lamunan perkenalan mereka dihentikan dengan deringan telefon pintar milik Aira.
"Excuse me ya" Troli dituju lalu kakinya digerak perlahan demi perlahan. "Ha ye mom? Bwo? Air botol twister ? How much ? One box ? Two ? Okay, I'll search it for you. Sure mom yeah bye mmuah" Phone ditutup lalu dia kembali melangkah pergi meninggalkan Hojung yang tersenyum sinis di belakangnya. Memerhati dirinya tanpa dia sedari.
"What a beautiful lil sister you have my enemy ? Tchh soon she will be mine"
"Soon haha"
Kakinya dibuka untuk ke rak oreo. Berkurun dia mengidam nakkan oreo tapi orang tua yang telah mendapat pangkat mendiang itu tidak pernah membelikan dia Oreo walau sekali.
Rasa macam nak meraung tapi tulah fikirkan dia bapak jadi perasaan nak tu ditahankan. Oreo berperisa original diambil sebanyak 5 bungkus. Troli yang diletakkan jauh sedikit dari kedudukannya dituju.
Oreo diletak lembut di dalam troli miliknya. Benda lain di boleh campak kasar tapi Oreo jangan. Pleselah ! Oreo tu nyawa dia ! Retak je biskut tu memang kepala anak buah dia salah sorang bakal pecah.
Sama pecah macam hati dia bila lihat Oreo kesayangan dia pecah dan nak hancur.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top