♡19♡
•
•
•
" Don't easily fall in love with me "
•
•
•
"Not to being cliche but I
didn't need love in my damn life "
•
•
•
" Hidup aku dah tenang tanpa cinta di sisi jadi jangan semakkan hidup aku yang dah sedia tenang dengan natang jadah bernama cinta "
•
•
•
" I'm fucking hate the LOVE words so damn shit much "
Rumah mewah yang mempunyai 3 tingkat itu dipandang sepi. Laju kakinya bergerak ke semak-samun yang berada di sebelah pagar rumah mewah tersebut.
Dapat dilihat ada empat orang pengawal sedang berjaga sambil memegang senjata. Laju jarinya menekan sesuatu di telinga kanannya.
"Empat dekat area depan. Senjata semua ada dekat tangan memasing" selepas mendapat balasan dia kembali fokus pada pandangannya. Tembok tinggi itu dipandang seimbas lalu.
Kakinya pantas berlari tanpa bunyi ke arah belakang lalu batang pokok besar itu dijadikan tempatnya melompat.
Ttap!
Dia selamat sampai di atas tembok pagar tersebut. Laju matanya mengimbas seluruh kawasan rumah mewah tersebut. Dia melompat pantas ke bawah lalu menyusup masuk ke ruang tamu.
Suasana sunyi cukup menyakinkan dia bahawa tiada seorang pun pengawal di dalam rumah itu. Sengihan sinis terbit di wajahnya. 'Bodoh !' getus hatinya.
"Room one clear same goes to room 2. He at room 3. The black yellow door tengah layan nafsu"
Jejaka itu berdehem tanda faham. Kakinya bergerak pantas menaiki tangga ke tingkat tiga.
Kris yang berkawal di luar hanya tergelak sinis. Apa lemah sangat semua manusia ni? Baru acah sikit dah mati? Aduh tak fun lah !
Lama lama dia menguap bosan. Bosan dengan pemandangan hodoh di hadapannya ini. Mayat bergelimpangan di sana sini cukup membuatkan wajahnya berubah riak.
Sehun yang masih mencari pintu hitam kuning itu terhenti. Nampaknya sasaran berada di hadapan mata. Betul betul timing yang dia mahu.
Chai Xufei tercengang. Tidak disangka head hunter kumpulan DX itu berada di sini ! Apa yang paling mengejutkan dirinya adalah jejaka itu pertama kali turun padang !
Kalau tak..dia hanya akan berada di tempat tinggi dan memerhati.
Air liur diteguk kasar. Wajah jejaka yang beriak dingin itu dipandang mesra. Mesra yang dibuat buat.
"Erk..ehem Tuan Sehun. Ada apa datang ke rumah aku? Kalau Tuan nak bagi kerja kenapa tak call aku je?"
Sehun ketawa sinis. "Bagi kerja? Oh haah aku memang nak bagi kau kerja pun sekarang ni"
Wajahnya dari tersenyum sinis berubah ngeri. Anak matanya berubah kemerah merahan membuatkan Chai Xufei ketakutan. Dia tahu. Dia tahu hidupnya sudah tidak lama !
Baru sekarang dia memahami maksud menyesal yang sebenar benarnya ! Kakinya terus dilarikan ke dalam bilik tetapi Sehun dengan kejamnya menembak kaki kanan Chai Xufei membuatkan lelaki tu terhinjut hinjut ingin melarikan diri. Sehun ketawa besar.
Chai Xufei dihadapannya tidak ubah seperti seekor tikus yang kesakitan ! Dia suka !
Terlalu suka akan pemandangan indah ini. Tanpa sebarang kata kaki kiri Chai Xufei ditembak pula.
Terlentang jatuh lelaki itu dengan nafas tercungap. Darah membuak buak keluar dari kedua belah kakinya.
"Ma-maaf ! Ak-akku janji tak buat dah ! AKU JANJI ! ARGHHHH SAKIT SIAL !"
Sehun yang sedang mengorek telinga terhenti. "Apa ? Sial?" pijakan kakinya terhadap kaki kiri Chai Xufei diperkuatkan. Meraung raung lelaki itu jadinya. Sungguh ! Sakitnya tidak terperi !
Lay yang memerhati dari screen komputernya menggulingkan biji mata. "Sudah sudahlah tu. Tak sempat sampai mansion dah mampus kau buat sampah tu"
Sehun berdehem. Badan Chai Xufei ditarik seakan akan menarik bangkai haiwan yang telah mati. Kris diluar sudah bersedia dengan van hitam.
Sehun bersiul siul. Mulutnya laju menyanyi lagu Mimpi sambil mencampakkan tubuh Chai Xufei ke dalam van dengan kasar.
Sehun membuka pintu hadapan. Kris yang memandangnya dipandang
dengan kening terangkat.
"Lagu apa kau nyanyi ?"
"Mimpi"
"Sedap ke?"
"Bolehlah"
Chai Xufei di belakang mengetap bibirnya. Dia pun nak tahu juga lagu apa tu !
♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________________
Perlahan-lahan mata gadis itu terbuka. Ruang kamar berwarna merah darah dan putih dipandang pelik.
Agak elegant dan mewah. Kepalanya yang sakit dipegang. "Berbalut?" dahinya berkerut apabila tangannya dirasakan seperti memegang kain kasar yang berbalut di kepalanya.
Kakinya diturunkan dari katil lalu pintu bilik berwarna biru gelap itu dituju dan dibuka.
Tercengang dia apabila melihat betapa cantiknya pemandangan di hadapannya.
Lebih cantik dari istana yang didudukinya ! Kakinya perlahan digerakkan ke arah tangga dan turun ke ruang tamu.
Kedengaran dua suara lelaki sedang berbual bual membuatkan matanya cuba dikecilkan ke arah sofa mewah yang berada di tengah tengah ruang tamu serba luas itu.
Kai yang sedang bercakap sesuatu dengan Leon yang leka bermain phonenya terhenti. Lengannya disiku siku ke arah lengan Leon membuatkan lelaki itu berangin.
"APA?!"
Kai mengangkat jari telunjuknya lalu diarahkan ke satu arah. Mata Leon beralih ke arah tersebut sebelum mengatakan sesuatu.
"Dia perempuan yang aku bawak balik tadi. Entah macam mana elok landing sebelah tempat aku rehat"
Kai berdehem. Figura gadis itu dipandang lama. 'Cantik!' getus hatinya.
"Hei kau! Come here" Kai memanggil lembut. Teragak-agak Haizert ingin pergi ke arah jejaka kacak berkulit sedikit gelap dari rakan disebelahnya.
"Have a sit. Kami tak makan orang" kenyitan mata diberikan kepada gadis kecil itu. Haizert hanya tersenyum nipis.
'Gatal sangat ke mamat ni?! Fikir aku hamak?' dongkol hatinya geram. Dia tak minat lelaki yang suka bercheesy ni. Geli !
Matanya dikalihkan ke arah seorang jejaka tinggi lampai berambut hitam kemerahan. Jejaka itu terlalu ralit dengan phone miliknya tanpa menghiraukan kedatangannya.
'Dia ke yang angkat aku ke sini?' hatinya tertanya tanya.
Kai smirk. "Girl, are you done checking out my friend?" Tersentak gadis itu dibuatnya sebelum mukanya ditunduk malu.
Segan disergah sebegitu. Kai hanya ketawa kecil. Lawak pun ada dia tengok haha.
"So,what's your name kiddo?"
Haizert memandang wajah Kai yang sedang melihatnya dengan wajah tenang. "Em...Lady Haizert Angelica Airis" hanya dengan sepotong nama itu membuatkan Kai tercengang.
"K-Kau? Bukan kau puteri Lord - OH GOD ! Kau tak takut kena tangkap ke keluar ke sini?!"
Terbeliak matanya melihat gadis itu atas dan bawah. Tak ke gadis itu sepatutnya takut kalau dirinya bakal diburu?!
Bukan bakal ! Tapi SEDANG DIBURU?! Haizert hanya tersengih kekok.
"Er..sa-ssaya memang rancang nak lari dari istana erm" Lengannya digosok janggal. Kai menepuk dahinya. "Kau memang tempah bala kiddo. Memang tempah bala"
Lengan Leon disiku lagi. "Kita nak buat apa dengan dia ni?" Leon hanya memandang kosong gadis kecil di hadapannya.
Memandangkan dia malas nak simpan orang lain dalam rumah jadi dia -
"bunuh"
Terbuntang biji mata Kai dan Haizert.
"Ap-apa? Bb-bunuh?!"
Kai menggeleng pantas. "No,dia tak maksudkan pun. Maafkan kawan aku dia memang macam ni. Otak senget sikit haha" kepala Leon ditunjal selamba.
Mendengus Leon jadinya. Kai disebelah dijeling tajam manakala BangKai itu pula menggerakkan mulutnya tanda "KI.TA.HAN.TAR.DI.A BA.LIK !" Leon mengangkat kening.
Wajah Haizert dipandang semula. "I send you back to the castle so that Lord Gyuhan doesn't need to send his
people to find you"
Laju Haizert menggeleng. Dia mengangkat kedua tangannya lalu digenggam.
Wajah dibuat kesian. "Tolong ! Saya taknak balik istana balik ! Tolonglah saya betul betul taknak kesana !"
Kai pelik. Apa bodoh sangat budak ni? Hidup kau sikit punya kaya pastu taknak duduk dalam istana besar bakhang tu? Tak reti bersyukur !
"Kitaorang tak boleh simpan kau kat sini kiddo. Lagipun kau ingat kau boleh hidup dekat luar sana hmm?" Lembut nada suara Kai kalini tetapi mukanya dipaparkan kosong.
Haizert tertunduk. "Duduk jelah istana kau tu. Tak payah menggedik nak keluar bagai. Kau sepatutnya bersyukur hidup dalam istana tak perlu fikir semua benda. Kau ingat kalau kau jejak kaki dekat dunia luar selain istana kau tu kau boleh hidup? Dalam mimpi lah budak!" tegas nada suara Leon bercakap.
Haizert tertunduk lemah. Dia memang tak mahu duduk dalam istana itu... Dia mahu bebas.
"Kiddo,listen. Ramai budak kat luar sana nak hidup macam kau tau? Hidup senang. Nak apa semua dapat tapi sayangnya kau manusia terpilih untuk dilahirkan duduk dalam istana mewah tu tau? Jadi,baliklah. Go back to your family" Kai mengambil barang-barangnya yang bersepah di atas meja.
"Kau hantar dia bro. Aku ada benda nak kena settle"
Leon mengangguk. Kunci kereta Lambonya diambil. "Come,I send you home" Haizert akur. Kakinya dibuka mengikut langkah si jejaka yang tidak diketahui namanya. Laju kereta Leon membelah keheningan tengah hari itu.
Di dalam kereta,hanya suara dari corong radio yang menemani perjalanan mereka. Haizert menoleh. Ingin sekali dia bertanya tentang nama lelaki tersebut tetapi segan.
Apabila melihat dan berdiri di sebelah jejaka itu. Dirinya automatik kaku dan terdiam sepi. Tidak mampu untuk berkata kata. Betapa kuatnya aura dingin lelaki itu pada dirinya.
"Done checking me out?"
Haizert pantas menoleh ke arah cermin kereta dan mengawal mukanya agar tidak merah. Leon masih beriak kosong.
Langsung tidak berasa lucu atau terhibur apatah lagi merasakan perempuan di sebelahnya itu comel. Tidak sama sekali.
Pagar perkarangan istana dibuka. Leon melangkah keluar di ikuti si gadis. Lord Gyuhan yang menanti di hadapan istana tersenyum gembira melihat anak gadisnya lalu dipeluk anaknya dengan erat. Kepala yang berbalut itu diusap dengan rasa gusar.
"Are u hurt my daughter ? Nak ayahanda panggilkan doktor?" Haizert menggeleng. Lord Gyuhan memandang Leon yang masih beriak kosong. Senyuman diukirkan.
Tangannya diangkat untuk berjabat tangan dengan lelaki muda itu. Leon mengukir senyuman nipis yang mampu membuatkan Haizert terkaku.
'D-dia senyum?!' Hatinya berasa teruja kerana dapat melihat senyuman lelaki itu biarpun nipis.
"Thanks Leon sebab hantar anak beta ke sini. Beta terhutang budi dengan kamu" Leon hanya berdehem.
"It's not a big deal your majesty. Lagipun saya terjumpa dia jatuh sebelah saya masa tengah berehat tu yang saya bawa dia ke rumah saya dan rawat and here you are. Puteri Lord selamat sampai ke sini" Leon membongkok dan meminta diri untuk pulang.
Lord Gyuhan hanya memandang dan melambai tangan biarpun tidak dibalas. Haizert mengeluh. Badan bapanya dipeluk.
Berkali kali kata maaf diberikan kepada bapanya tetapi bapanya malah tersenyum.
"It's okay..ayahanda maafkan. Lagipun Haizert puteri kesayangan ayahanda"
Haizert tersenyum dan melangkah masuk ke arah istana dengan bapanya.
Dia ingin mengenali lelaki misteri tadi yang bernama Leon dengan lebih rapat. Dia....merasakan bahawa dia telah jatuh cinta.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top