♡18♡
•
•
•
" Touch my mom and my babygirl - "
•
•
•
" I make you suffer for your entire fucking life "
Aira melihat wajah ibunya yang sedang leka melihat majalah dress pengantin. Dia yang nak bertunang mak dia pulak yang terlebih beria. Maklumlah ibu ibu ni kan lagi excited dari anak dia yang nak kahwin.
"Ira"
Aira memandang wajah ibunya dengan riak tertanya tanya. "Ye mom?" Puan Lacy tersenyum sambil memandang wajah manis anak gadisnya.
"Apa kata kalau...Aira terus kahwin je? Tak payah tunang ye?"
Aira terdiam. Cuba mencerna kata kata sang ibu. "Mom bukan apa...Aira tahu kan abang Aira tu macam mana? Aira sendiri cakap dengan mom kalau Aira kahwin nanti abang kena ada sekali. Aira tahu kan kerja abang Aira tu macam mana ? Sibuk memanjang? Buatnya kalau time Aira tunang..dia ada tapi time Aira kahwin dia takde? Aira nak? Kalau Aira nak..mom ok je"
Laju Aira menggeleng. Dia taknak abang dia takde masa dia kahwin. Dia terlalu mahukan kedatangan abangnya di majlis kahwinnya. Hanya dengan kehadiran Leon dia dapat berasa tenang dan damai.
Leon ada apa yang lelaki di luar sana tiada. Leon sendiri selalu menawarkan bahu dan telinga untuknya meluah dan mengeluarkan air mata.
Dia...terlalu mengharapkan abangnya melihat dia berkahwin dan menaiki altar bersama orang yang dicintainya.
"Kahwin terus lah mom. Aira taknak abang takde masa Aira kahwin nanti" Puan Lacy tersenyum.
Laju tangannya mendail nombor besannya itu untuk menyampaikan hajat terkini. Taehyung yang mendengar apa yang ibu dia katakan bersorak kegembiraan.
Lagipun kalau ikut hati dia memang nak kahwin terus takyah tunang ! Tapi entah kenapa gadis pujaannya membuat keputusan untuk terus berkahwin membuatkan dia mengucap syukur.
Puan Kim hanya menjeling anak terunanya yang bersorak tak habis habis. Nampak sangat sikap gelojoh ! Anak siapa ni?! Sila kutip sebab Puan Kim tak ngaku tu anak dia.
♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________________
Laju mata Leon memerhati deretan senjata senjata mewah dan berbahaya di atas meja hitam itu. Kai tersengih suka.
Ini yang dia mahu ! Ini yang dia idamkan ! Senjata senjata yang boleh mendatangkan maut inilah yang dia suka !
Leon menyentuh Ruger Super RedHawk.454 Casull kegemarannya.
Senjata itu tampak elegant dengan corak warna perak keemasan membuatkan dia tersenyum sinis. Smirk di wajah Kai muncul apabila jejaka itu memegang HK 416 dengan kedua dua belah tangannya.
Jejaka itu terlalu teruja hingga dia menyasarkan muncung senjata itu ke arah kepala sahabatnya. Berkira kira hendak menembak atau dibiarkan saja.
Leon yang menyedari akan telatah kawannya mencarut habis. "Fikir lawak ke babi? Lawak lah tu?" Kai tersengih.
Kepala digaru lantas senjata itu diletakkan di tempat asal. "Aku teruja bro ! Senjata kali ni tak cikai macam sebelum sebelum ni. Kau memang betul betul pilih pembekal rare lah syall !"
Leon berdehem. Tengok kaki lah der halamak. Apa kes nak pakai barang cikai. Perempuan pun kalau cari bra nak yang branded inikan pulak lelaki. Mestilah nak cari pistol yang berjenama dan mewah juga !
Leon bergerak ke arah satu beg hitam yang berjalur putih. Kai mengangkat keningnya. Kenapa dia tak perasan beg tu langsung?
Mana nak perasan kalau mata dah terstuck dekat semua senapang dan pistol atas meja hitam itu. Zip beg dibuka dan mata Kai terbeliak besar.
"BRO ! MANA KAU DAPAT BENDA BENDA NI?! B...bbukan kerajaan dah haramkan ke semua natang jadah ni?"
Terkejut dia melihat beg itu dipenuhi dengan barangan yang telah diharamkan oleh kerajaan.
Dapat dia lihat ada periuk api,peluru hollow point,agen saraf vx,sulfur mustard,laser dan banyak lagi membuatkan Kai menelan liur.
Nampaknya Leon memang benar benar mahu membunuh musuhnya tanpa sebarang kompromi ! Leon hanya mendiamkan diri.
Bubonic Plague sejenis bahan beracun yang elok tersimpan di dalam bekas khas dipegang dan dibelek.
"Ini Alexander Leon lah. Barang apa je aku tak boleh seludup masuk?"
Kai mengangguk. Tak dinafikan kawannya itu mampu mempunyai barang haram sebegitu kalau kabel nya terlalu banyak di luar sana.
Di serata negara dia mempunyai anak buahnya yang tidak terkira. Cakap saje nama Alexander Leon berderet anak buahnya akan beratur.
Itulah salah satu kehebatan Ketua Mafia DX dan disebabkan itulah ramai yang mahu menumpaskannya tetapi sentiasa menemui jalan buntu atau lebih tepat lagi
Jalan kematian.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top