♡14♡



" If I need to wait for 20 000 years for you "



" Then I will because you're my life,love and sunshine "



" Without you mom, I will not be able to see the world "



" Without you my younger sister, I will not be able to know what is siblings love "



" Both of you is my energy "


Wajah sedih Puan Lacy dan Aira dipandang sayu. Hatinya pulak terasa berat hendak melepaskan dua permata hatinya di rumah. Seakan akan ada magnet yang menahan kakinya dari melangkah pergi. Dia berdehem.


"Mom,Leon pergi sekejap je ye? Habis semua kerja Leon fly balik ok? Terus fly ke hati mom achia" Senyuman terukir apabila melihat Puan Lacy tersenyum kembali. Air mata ibunya dikesat menggunakan jari runcingnya.

Aira dipandang. "Ira hati hati. Jaga mom dengan that one tu ok? Abang pergi sekejap. Tak lama pun babydoll. Habis kerja abang fly balik lagipun Abang Kai ada dengan abang jadi Ira tak payah risau. Mom pun arrasso? Apa apa masalah call abang Baek dengan Chanyeol. Ira ada kan number dorang?" Aira mengangguk lalu memeluk erat badan sasa abangnya.

Dia pasti akan rindukan haruman badan abangnya dan gurauan kasar lelaki itu nanti. "Abang hati hati kat sana...Ira - I - Ira sayangkan abanggggg" Leon mengusap rambut adiknya dan tergelak kecil. Budak kecik ni cengeng betul.

"Ye sayang. Abang pun akan rindukan si ketot metot abang niiii" Pipi adiknya dicubit manja membuatkan si gadis merenget sakit.

"Leonnie. Hati hati dekat negara orang. Tak cukup duit or need something call mom dengan papa ok? Kalau sakit terus direct ke hospital. Makan,jangan tak makan !" Wajah Puan Lacy dikucup sayang.

Tabik hormat diangkat. "BAIK MA'DAM ! Saya King Alexander Leon Hanz menurut perintah permaisuri"

Tangan dilambai lalu luggagenya dimasukkan ke seat belakang. Laju kereta mewahnya berderum memecahkan kesunyian petang itu.

Aira dan Puan Lacy memeluk antara satu sama lain. Sunyilah rumahnya ini tanpa suara garau anaknya nanti.

Tuan Alex yang berada di pejabat miliknya hanya mampu mendoakan keselamatan anaknya dari jauh. Isterinya yang memaklumkan kepadanya bahawa anaknya bakal terbang ke negara lain.

Hatinya terusik apabila Aira mengatakan bahawa Leon menyuruhnya untuk menjaga dirinya dan isterinya. Seego ego anak lelakinya dia tahu jauh di sudut hati jejaka itu.

Namanya sebagai bapa kandungnya masih tersemat kukuh. Senyuman nipis terukir.


"Tuhan,tolonglah lembutkan hati anak lelakiku itu agar dia dapat menerima aku kembali" Ucapnya di dalam hati.




♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________________




Kai meraup kasar rambutnya. Lama dia menunggu rasa macam nak terbako pun ada. Apahal lambat sangat jantan tu nak sampai? Jauh sangat ke airport yang dia nak tuju ni?

Kai rasa dirinya sempat lagi menari tarian viral kat tiktok tu ha. Apa? Amysong? Anysong? Whatever lah.

"Woi! Jauh menung. Ingat sape? Mak ke?"

Dijeling tubuh tinggi setinggi tiang itu dengan jelingan menyampah.

"Kau dahlah lambat lepastu nak buat lawak sampah. Kau fikir aku apa anjing? Hot dog yang kau boleh goreng atas jalan tar ke sial? TERBAKAR AKU TUNGGU KAU KAT SINI ! DAHLAH PANAS TAMBAH LAGI DENGAN BARA API NERAKA YANG KAU BAWA DARI JAUH SANA HALAH"

Wajah mantol Kai dipandang dua tiga kali. Riak terkejut ditayang. Kai memandang Leon atas bawah.

"APA?!"

Leon tersengih. "First time kau koyak bro. Awek lari ke? Gaya marah macam kena senggugut aku tengok" Terkekeh kekeh Leon ketawa bersama luggagenya yang ditarik ke balai pelepasan.

Kai mengetap bibir. Tak padan dengan datang lambat lepastu buat lawak hambar sehambar lagu baru Alif Syukri then bagi sindiran ingat pedas sangat ke sepedas sindiran Azwan Ali tak sedar diri tu? Eh pleaselah ! Memang mintak jamban jantan ni !

Kaki jinjangnya dibuka mengikuti langkah Leon. Bahu mamat tersebut ditepuk kasar seraya mengucapkan sesuatu. Riak wajah serius dua jejaka itu membuatkan ramai wanita yang lalu lalang tidak berani mendekat.

Muka hensem,badan tough,tinggi macam model,rambut on point,baju ikut fesyen terkini tapi sayang...dingin nak mampus dengan ekpresi muka macam nak sembelih orang.

Dari nak ngorat terus patah balik pergi mekdi. Ngorat ayam lagi bagus nanti kenyang. Huhu.




♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________________



"Ha ok settle. Kau jangan risau adik kau akan selamat dengan aku. Ye bro ye aku faham"

Talian dimatikan. Mata helangnya tajam menikam satu susuk tubuh perempuan bersama seorang lelaki yang seronok membeli barangan pertunangan mereka.

Ye,pejam celik pejam celik rupanya Aira dan Taehyung sudah merancang untuk bertunang. Abangnya sendiri pun dapat tahu 2 hari selepas parents mereka tahu.

Dasar adik taguna haha. Baekhyun menutup wajahnya menggunakan menu restoran cafe itu. Dapat dia lihat pasangan tersebut mengambil tempat duduk selang dua meja dari meja dia berada.

Hembusan nafas lelah dikeluarkan. Dia dahlah penat. Walaupun kerja dia senang just perhati orang tapi leceh ! Nak nak lagi orang tu adik kepada leader dia aduh. Masak ! Masak !



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top