♡1♡
GERAK kakinya melangkah laju ke dalam rumah mewah yang kelihatan riuh rendah dengan suara tetamu tetamu yang dijemput keluarganya.
Mata helangnya tidak sedikit pun menoleh ke arah mereka yang memandang dirinya bagaikan mahkluk asing yang baru turun ke bumi.
Rambut pendeknya berwarna purple gelap kelihatan sedikit kusut dek dirinya yang terlalu kelam kabut ingin pulang ke rumah kerana desakan ibu kesayangannya.
'Kalau bukan sebab mom aku takkan jejak kaki dekat rumah ni lah ! Aku tak hamak !' desis hati lelakinya.
Dari jauh bayang ibu kesayangannya mula menyapa retina matanya. Sedikit senyuman nipis terhias di bibirnya yang selama ini beku tanpa senyuman.
"Mom" panggilnya.
Ibunya yang sedang leka berbual menoleh memandang dirinya yang sedang gah berdiri di hadapan tempat ibunya berbual bersama rakannya.
Dapat dilihat kawan kawan atau lebih tepat ibu saudaranya melihat dirinya atas dan bawah namun apa yang dia kesah? Dia hanya kesah akan ibunya sahaja ! Tiada lain ! Hanya ibunya yang dia pentingkan saat ini.
"Leonnie ! Mom ingat kamu taknak datang ! Yelah,sejak dah sibuk dengan office muka mom pun kamu tak sempat nak pandang" ujar wanita manis separa abad itu kepada dirinya.
Leon hanya tersengih seraya menggaru lehernya yang tidak gatal. " sorry mom,company banyak accept meeting so i didn't have so much time to visit you. I'm sorry mom" pipi ibunya dicium sekilas seraya memaparkan memek muka kesian.
Puan Lacy hanya menggelengkan kepala seraya mengusap rambut anaknya yang sedikit kusut.
Biarlah orang nak mengata anaknya sombong dan berlagak janji dia sendiri yang lebih kenal peribadi anaknya berbanding orang luar.
"Dah dah kamu mesti penat kan? Pergi naik bilik then resting yourself at your room okay sayang mom? Mom nak berbual sekejap dengan mak sedara kamu nanti kalau kamu nak apa apa just call your private maid and she will come to serve your order" Leon hanya mengangguk seraya melangkah naik ke tangga.
Tanpa disedari seseorang sedang melihatnya bersama satu senyuman sinis di bibirnya.
_________________________________
BERSAMA tuala yang telah dililit dipinggang dirinya melangkah ke arah meja solek yang terletak megah di sudut kamar mewah miliknya.
Iphone xs max yang sedari tadi berdering minta diangkat mula diseret screennya lantas halwa telinganya di sapa suara garau milik sahabatnya.
Tangan kirinya ligat mengeringkan rambutnya dengan tuala kecil manakala tangan kanannya sibuk memegang phone miliknya.
Dapat di lihat di imbasan cermin solek tubuh kekarnya yang lengkap dengan six pack serta muscle di lengan yang mampu membuatkan beribu ribu wanita di luar sana pengsan selama sehari akan igauan tubuhnya.
"Apa?Kau tak habis habis nak call aku dari semalam sampai ke hari ni. Kau takde kerja dah ke bahalol?" setepek das tembakan dia berikan kepada sahabatnya itu.
Tidak habis habis menganggu waktu rehatnya. Dari semalam hingga ke harini phone miliknya penuh dengan notification miss called dari sang sahabat.
Leon melangkah ke wardrobe miliknya lalu baju pajama hitam lengkap dengan seluar bercorak line putih jenama adidas menjadi pilihan dia di malam hari.
Jangan disoal adakah adidas telah mengeluarkan baju tidur ? Kerana itu adalah rekaan miliknya sendiri.
Beribu duit dilayangkan hanya kerana menginginkan rekaan pajama dari hasil tangannya sendiri. Baju itu hanya satu dalam sejuta ! Malah kalau dilelong harganya bahkan mencecah ratusan juta.
Leon hanya melayan sahaja kerenah kawannya yang tidak habis bercerita itu dan ini sambil kakinya dibuka untuk ke beranda miliknya .
Langit malam yang dihiasi bintang menyapa pandangannya tatkala badannya dilabuhkan di atas kerusi rehat.
Mindanya jauh menerawang mengingatkan tentang insiden yang membuatkan hatinya disapa benci dan dendam kesumat kepada bapanya sendiri.
Malah dia sendiri berusaha sedaya upaya untuk tidak menjejakkan kaki di rumah ini tetapi kalau ibunya sudah memberi arahan manakan dia mahu menolak ?
Dia terlalu menyayangi wanita paruh abad itu sehinggakan kalau diberi pilihan ingin memilih hidup abadi ataupun hidup bersama ibunya.
Dia rela memilih hidup untuk bersama ibunya. Wanita itu nyawanya malah wanita itu juga semangatnya .
Tanpa wanita itu dia tidak akan berjaya menempa nama di persada dunia dan tanpa wanita itu dia tidak akan mampu merasai betapa indahnya kasih seorang ibu.
Usai memberi kata putus kepada sahabatnya ,phone ditekan button off dan kakinya dilunjurkan di atas meja kaca kecil berbentuk bulat.
Sungguh dia terlalu merindukan kehidupan bersama keluarganya seperti dahulu kala namun dia hanya manusia biasa.
Hanya mampu mengikut rentak takdir yang telah tertulis untuknya.
Helaan nafas berat terlepas dari celah bibirnya.
Matanya dipejam dan mindanya cuba dikosongkan.
Hidupnya kalau dilihat oleh mata kasar manusia kelihatan mewah dan sempurna tapi kalau dilihat dengan mata hati hidupnya tidak ubah seperti hutan belantara yang gelap dan suram.
Dia mengaku bahawa dia seorang jutawan muda yang berpengaruh malah terkenal dan ramai yang menganggap bahawa dia bertuah tetapi dirinya merasakan sebaliknya.
Dia hidup dalam dunia pembohongan serta dunia kegelapan kerana sekali dia melangkahkan kaki ke dalam dunia tersebut pintu keluar sudah sedia tertutup untuknya.
Tangannya yang sering dilihat menanda dokumen dan menaip sesuatu di komputer riba adalah tangan yang sama yang telah membunuh ratusan nyawa manusia.
Wajahnya yang kacak dan sering digelar seakan akan biadadara syurga itulah wajah yang sama yang sering mengukir senyuman sinis untuk mangsa yang bakal dibunuh oleh dirinya.
Kakinya yang panjang serta sering melangkah ke tempat mahal adalah kaki yang sama yang telah menendang dan menerajang ratusan manusia.
Dirinya dilihat sempurna oleh masyarakat sekeliling tetapi dia tidak ubah seperti iblis yang dahagakan maut manusia.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top