🪽11
Jungkook lepaskan pinggang Larissa lalu badannya dijarakkan sedikit. Jadi ada ruang di antara mereka berdua. Larissa menghembus nafas lega selepas dirinya terasa bebas seketika.
" Awak buat apa dekat sini? " soal Jungkook tanpa ragu-ragu. Terdengar sahaja ayat itu. Pantas Larissa tersenyum lebar.
" Saya datang nak jumpa buah hati sayalah. " balas Larissa tatkala.
" Baru balik sekolah terus datang sini semata-mata nak berjumpa dengan saya? Baliklah jangan buat macam nie. " ujar Jungkook yang masih tidak faham karenah aneh budak perempuan nie.
" Saya rindulah. " selamba Larissa menjawab begitu. Pipi Jungkook sudah kemerahan sedikit. Pandai juga gadis itu buat dia blushing.
" Tak sekarang nie apa yang awak nak dari saya nie? "
" Dokter lah. " Larissa mengalih pandangan ke tempat lain tatkala bibir terukir senyuman malu. Salting dengan ayat sendiri pula.
" Okay, you want me? What if I dah ada wife or girlfriend ? Awak dah salah tau mengorat dan goda orang punya. " ujar Jungkook. Larissa terdiam seketika. Tapi itu bukan sebab dia akan berhenti.
" Saya tahu awak single . "
" Macam mana awak tau? " soal Jungkook lagi. Yelah, gadis belasan tahun itu tiba-tiba aje jatuh cinta dengan dia. Dahlah tak kenal lepastu suka hati aje menggoda dirinya.
" Firasat saya cakap macam tu? Hihi sebab dokter jodoh saya lah. " sekali lagi Larissa tidak menghiraukan jawapannya. Dia main lepas aje tanpa rasa segan silu sedikit pun.
Jeon Jungkook menggelengkan kepalanya sedikit lalu menghembus nafas panjang. Gadis itu menatapnya tanpa rasa bersalah. Tak tahulah ilmu apa yang Larissa nie guna sampai boleh kental jiwa nie.
" Dokter, i love you. "
" Manalah minah tak guna nie. Dahlah panas. " bebel Young Eun sendiri.
Dia tak berhenti duduk lalu berdiri semula berkali-kali. Nak pula ibu Larissa tu asyik telefon dan tanya diaorang dekat mana. Sebab hari nie ada event untuk keluarga mereka.
Sekali lagi telefon bimbit Young Eun berdering. Dia angkat selepas melihat nama panggilan tersebut. Nafas diambil dalam-dalam tatkala berfikir alasan apa yang dia nak guna untuk cover Larissa nie.
" Ye aunty. "
" Larissa dengan kamu tak balik sekolah lagi ke? Dah jam 3 petang nie. "
" Kitaorang ada gotong royong dekat sekolah, aunty. Dalam pukul 4 kitaorang siap! Janji siapkan cepat-cepat. " ujar YoungEun dengan sedikit gagap.
" Okaylah kalau macam tu. Jangan lama sangat sebab family aunty dah nak sampai tu. Bye! "
" Baiklah. " panggilan dimatikan. Young Eun menghembus nafas lega.
" bodoh betul perempuan nama Larissa nie. Dia buat apa lama-lama sangat tu? Entah-entah dia kena marah tak. Huh! Macam mana nie. "
" Baliklah saya ada kerja banyak lagi nak buat. " Ujar Jungkook.
Kemeja dicapai daripada penyangkut lalu disarung pada badan sado itu. Larissa memusingkan badannya sedikit taknak tengok. Jeon Jungkook senyum sinis tatkala dia merapatkan badannya dengan gadis itu dari belakang.
" Kenapa hm? Takut. Tadi awak dah tengok dengan penuh kenikmatan. Sekarang malu pula. " bisik Jungkook ditelinga Larissa.
" Saya balik dulu! Bye, sayang. " sempat lagi dia mengungkap ayat tersebut.
Bag galas yang terjatuh dilantai itu dicapai. Pantas dia lari keluar daripada bilik Jungkook. Lelaki itu geleng kepala sedikit melihat perangai aneh budak perempuan dihadapannya itu. Tak tahulah dia nak buat apa.
Comel pun ada.
♡•♡
TBC
VOTE ME
💜
JUNGKOOK
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top