(ʍαℓ૯ ૨૯αđ૯૨)➡ρ૨ѳℓѳg

DING DONG DING DONGG

"Perhatian kepada semua pelajar,sila pergi ke dewan sekarang.Diulangi..." Kedengaran suatu pengumuman yang disampaikan mengarah murid-murid sekolah privasi LIX, Seoul, Korea untuk ke dewan sekolah mereka. Barangkali pengetua ingin menganjurkan aktiviti lagi. Tahu-tahu sajalah, pengetua Lycee International Xavier ini cerewetnya mengalahkan anak dara di luar sana.

"Yes, tak belajar!!!" Jerit seorang lelaki bersurai jingga dan beiris hijau muda dengan tak tahu malunya. Rakannya disebelah hanya menguap.

"Buat apa pergi dewan..?"Soal rakannya itu malas.

"Itu tak penting! Asalkan tak belajar!!!" Jawab lelaki rambut berwarna jingga itu gembira.

"Hmm..kau ni memang suka tak belajar..Kan, Rizumu?" Ujar kawannya.

"Kau pun sama je, (Y/N).Taulah kau selalu dapat straight A, tapi tak semestinya kau boleh je duduk tido..."Balas Rizumu, mencebik. (Y/N) tersenyum kecil, tanda ia malas nak layan kawan karibnya itu.

"Mari ke dewan." Ajak (Y/N).

"Jom!!" Jerit Rizumu lagi.

(Y/N)'s pov...

Nama aku (Y/N) (L/N). 17 tahun, masih bujang. Aku bersekolah di sekolah privasi ini kerana arahan mutlak oleh kedua-dua ibubapa aku sendiri. Nasib ada Rizumu dan Aaron yang mendaftar sekolah ni sama-sama. Asahina Rizumu dan Aaron Suzuki, kedua-dua rakan sejawatan aku ni sorang perangai macam budak-budak 5 tahun, sorang lagi macam babun, suka nak bunuh diri tapi masih hidup sampai kini.

(Y/N)'s pov end...

Semasa dalam perjalanan ke dewan, tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki yang mempunyai rambut biru gelap dengan atapan kantuknya menyapa (Y/N) dan Rizumu.

"Hai (Y/N), Rizu.."

"Hai juga, Kaneki," Balas (Y/N) dengan senyum kecil. "Hai Kaneki! Selamat pagi!" Seru Rizumu pula, tetapi selepas itu pinggangnya disiku (Y/N).

"Adui! (Y/N), sakitlah!" Katanya protes.

"Padan muka, lain kali jangan perli Kaneki depan-depan. Sifat dia yang suka tidur kan memang macam tu," Balas (Y/N). Rizumu mencebik,

"Tapi dia tak perasan kan? Saja je aku nak ucap selamat pagi," Wah, nampaknya Rizumu tidak suka mengalah. "Apa-apa sajalah, Rizumu. Malas aku nak debat dengan kau.." Gumam (Y/N) pasrah.

Mereka berdua terus berjalan beriringan sehinggalah tiba di hadapan pintu masuk dewan.

Kenapa tak masuk? Well, memang mereka berdua datang tiba-tiba pintu masuk dewan lelaki dikurumuni ramai pelajar lelaki. Apa yang menghalang pun tak tahulah dua sekawan itu.

Lima minit. Lima minit guys, laluan masih tak berganjak.

"Okey, aku kene tengok siapa yang jadi penghalang pintu ni. Rasa nak sepak je," Kata Rizumu yang dah hilang kesabaran. "Hmm..jom. Aku nak tengok jugak siapa yang berjaya buat roadblock ni.."

(Y/N) dan Rizumu keluar dari barisan panjang mereka dan meluru ke hadapan sehingga ke tempat yang dikurumuni pelajar lelaki.

"A-Aaron?!"

"Ahh~ Sahabat sejawatan aku, (Y/N) dan Rizu~" Seorang lelaki berstatus senior, namanya Aaron Suzuki. Ia sekarang sedang berbaring di atas karpet tepat dihadapan pintu masuk pelajar lelaki.

"...Maaf, tapi aku tak kenal kau," Kata Rizumu dengan tidak bersalahnya.

"Aku pun rasa macam tu. Mungkin kau tersilap orang. Mari, Rizumu. Kita berbaris semula.." Ajak + sokong (Y/N).

"Eh?!!"

"Aaron Suzuki, beralih sekarang sebelum saya tolak merit kamu untuk kali yang kesepuluh!"

Aaron, jejaka tinggi lampai itu berdecih kecil sebelum bangun dari pembaringannya. Nasib dia sempat beralih daripada pintu yang laju diserbu para pelajar lelaki itu, kalau tidak dah lama kena pijak.

(Y/N) dan Rizumu memasuki dewan sekolah. Menyedari tiada tempat kosong dibelakang, terpaksalah duduk di hadapan.

"Para pelajar diminta untuk menjaga tatasusila masing-masing sebelum aktiviti bersama pendatang luar diadakan. Sila berikan kerjasama yang baik," (Y/N) hanya mampu menghela nafas. Macam tak tahu budak-budak sekolah ni macam mana perangainya.

"Dah lama pengetua tak bawa pendatang luar..kan, (Y/N)?"

(Y/N) yang sedang melamun tersentak mendengar soalan Rizumu. "Ya, kali terakhir pun tahun lepas.." Balas (Y/N) kepada jejaka bersurai jingga itu.

Tahun lepas, dimana kamu berusia 16 tahun, akademi selalu menganjurkan aktiviti tak kira fizikal atau mental, tetapi pastinya bersama pendatang luar. Tetapi sejak pengetua muda akademi ini berkahwin, perangainya lebih kepada indoor. Mungkin takut isteri.

"Selamat tengah hari, murid-murid akademi LIX, apa khabar kalian semua?"

Sebuah suara yang serak-basah itu menyedarkan (Y/N) dari lamunannya. Banyaknya aku melamun hari ni.. Desis (Y/N) di dalam hati. (Y/N) melihat rupa paras pendatang luar itu. Wajahnya terlihat awet muda, agak pucat. Rambut ungunya panjang diikat menjadi ponytail yang rendah. Dia juga mengenakan pakaian kot berwarna ungu. Serba ungu, mungkin ungu warna favourite dia.

Ada sebahagian para pelajar cergas bertenaga menjawab sapaan pendatang luar itu. Manakala sebahagian lagi ditemani dewan yang kosong. Pendatang luar itu tertawa kecil, tahulah dia mengapa pengetua membawanya ke sekolah ini dan menyuruh menganjurkan aktiviti yang lebih mencergaskan murid.

"Apa-apa pun, selamat berkenalan, saya Vincent George. Umur saya 23 tahun dan masih available," Ingin sahaja (Y/N) dan Rizumu muntah mendengar Vincent mempelawa dirinya sendiri yang masih...virgin. Mungkin.

Vincent meneruskan ucapannya dengan semangat hampir setengah jam, membuatkan ada beberapa pelajar yang telah terbuai mimpi kerana terlalu mengantuk. (Y/N) melihat jam tangannya. Lama betul pak cik ni membebel.. bila nak mulakan aktiviti praktikalnya? Batinnya sendirian. Bahunya juga sudah lenguh kerana Rizumu tidur bersandarkan bahunya. Nasib member baik. Sedang syok (Y/N) melamun sendirian, tiba-tiba--

"BANGUNAN TERBAKAR!! BANGUN!! BANGUN!!"

--Jeritan super kuat milik Vincent itu membuat (Y/N) terkejut beruk. Bahkan Rizumu disebelahnya terjatuh terjelepok dari kerusi dewan. Yang pelajar lainnya panik bagai rusa terlepas dari kandang.

Sepasang tangan terdengar ditepuk bagi menenangkan kekecohan murid-murid. Dan beberapa saat selepas sepasang tangan itu habis ditepuk, para pelajar telah mula menenangkan diri masing-masing. "Bagaimana yang terbuai mimpi tu? Mimpi sehingga ke syurga tak?" Nampaknya Vincent menganjing murid-murid yang tertidur, tampak sekali Rizumu menahan amarahnya. (Y/N) dengan baik hati menepuk-nepuk belakang rakannya itu dengan perlahan, menenangkannya.

"Baiklah! Maaf kerana menunggu, para pelajar sekalian!" Ucap Vincent dengan senyum sinisnya.

"Kita akan bermain satu game!"Mendengar itu, semua pelajar mula berasa excited dan curious. Vincent tersenyum lebar dan mengangkatkan kedua-dua tangannya. Satu cahaya muncul dari atasnya.

"Akh!!"

(Y/N) merasa tangannya seperti tercucuk sesuatu. Dengan pantasnya dia menggosok tapak tangannya kerana efek sakit tersebut. Namun dia ternampak sesuatu.

Nombor. Tatu bernombor 31.

"Tatu? Weh, korang pun dapat ke?"

"Apa mende ni? Ish kalau mak aku tahu ni mesti kena terajang,"

"Kejap, macam mana kau dapat and aku tak dapat?" Dewan itu kini dibanjiri dengan keriuhan murid-murid. Pengetua tampaknya tidak peduli. Dia kelihatan seperti tugu disana, langsung tidak bergerak.

"(Y/N), kau dapat nombor jugak ke?" Soal Rizumu kepada rakannya yang terlihat sedikit gelisah itu. (Y/N) memandang Rizumu dan menunjukkan nombor 31 yang tertera pada telapak tangan sebelah kanannya. Melihat dari riak wajah Rizumu,(Y/N) pasti rakannya itu terasa sedikit takut. Manakala dia pula gelisah. (Y/N) dan Rizumu dapat melihat Aaron datang kepada mereka dengan tergesa-gesa.

"Kau--"

"Korang dapat nombor kan? Dapat kan? Bagitau aku yang korang dapat nombor juga!" (Y/N) dan Rizumu berpandangan sesama sendiri sebelum menatap maniak bunuh diri itu dengan tatapan pelik.

"Ya, kami berdua dapat, kau kenapa?" Jawab (Y/N). Aaron terlihat lega. Sehinggakan dia memegang kedua-dua bahu rakannya itu erat. Rizumu ingin sekali menepis tangan besar milik Aaron. Namun melihat (Y/N) yang menghalang tangannya, perbuatannya pun terbantut. "Aaron, muka kau pucat. Kau kenapa?" Soal (Y/N). Aaron memandangnya. Boleh dikatakan wajah Aaron yang sangat risau itu jarang sekali dipamerkan.

"Vincent George, pendatang asing tu adalah.. pengganas negara luar yang menguasai sihir permainan,"

(Y/N) dan Rizumu yang mendengar itu menatap Aaron tidak percaya. Belum sempat (Y/N) ingin membuka mulut, suara Vincent telah terlebih dahulu menggema dalam dewan itu.

"Selamat datang ke 'MURD. ER. GAME. TERY'!! Apa nombor yang kalian dapat?"

To be continued..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top