₊˚ˑ༄ؘpjm- 51

          AERA menghembus nafas geram. Sakit hati sangat dengan kata-kata suaminya. Lelaki itu bercakap seolah-olah tidak pakai otak dan akal.

Tanpa membuang masa, gadis itu terus menanggalkan segala pakaiannya dan bersedia untuk mandi. Terasa air yang mengalir daripada kepala lalu membasahi seluruh badannya.

Mata dipejam rapat tatkala fikiran masih lagi memikirkan dengan hubungannya bersama suaminya. Kalau terus begini dia takkan bahagia sampai bila-bila.

Jimin yang berada diluar bilik mandi itu masih 'meroyan' dengan sikap isterinya.

" Apa masalah dia nak kaitkan hal ni dengan Jieun pula. Dia tunang aku kan! Bukan orang lain. Ish!" Lelaki itu membebel sendiri. Badan dibaring atas katil seraya menatap syiling yang polos itu.

Usai sahaja Aera selesai kegiatannya dia terus menuju ke arah meja kecilnya. Bukan untuk bersolek, tapi untuk pakai skincare .

" Aera."

" Diamlah Jimin. " Terus Aera melangkah kearah katil dan baring.

Jungkook dan 'bakal isteri' nya sedang berjalan ke arah kereta masing masing. Walaupun dipaksa untuk pergi dating, lelaki itu tidak pernah datang ke rumah Hyerim jemput dia. Baginya buang masa sahaja.

" Jungkook sekejap. " Hyerim menghalang lelaki itu memasuki keretanya.

Jungkook hanya memandang gadis itu dengan tatapan kosong seperti acuh tak acuh.

" Tadi kita sibuk sangat bercakap dengan ibu saya. So sekarang kita kena bincang pasal kita pula." Ujarnya.

Lelaki itu menghembus nafas panjang tatkala kaki melangkah kearah bangku berdekatan dengannya.

" Nak bincang pasal apa? Perasaan I ke? Bukankah I dah jelaskan dekat you yang I takkan ada perasaan apa-apa pun dengan you, okay. Nak bincang apa lagi?" balas Jungkook.

" Bukanlah. I nak cakap kita kena buat satu plan untuk batalkan niat maklong you tu. I pun taknaklah kahwin dengan you ni. Entah bila I nak bahagia kalau hidup dengan you ni." Balas Hyerim dengan sinis.

Jungkook memberi sebuah senyuman sinisnya. Adakah gadis itu sedang merendahkan diri dia ?

" You nak buat apa? Kalau bukan sebab you yang cakap setuju masa maklong I tanya hari tu benda ni takkan berlangsunglah. Ingat semuanya salah you!"

" Okay fine ! Salah I." Hyerim menjeling.

Jungkook sengih sinis. Tangan disilangkan didada.

" I buat macam tu sebab kesian dekat maklong you yang baik dengan I okay! So sekarang I dah ubah fikiran dan I menyesal kenal dengan you. Pertama kali masa jumpa dengan you lagi I dah sakit hati. " Jelas Hyerim.

"Lepas tu apa plan yang you nak buat sangat tu? Yakin ke berjaya."

"I sebenarnya dah ada kekasih kalau you nak tahu. Jadi I nak guna boyfriend I untuk batalkan perkahwinan kita ni. I nak kahwin dengan boyfriend I je bukan lelaki yang—" sebelum Hyerim menghabiskan ayatnya sempat lagi anak matanya memandang Jungkook atas bawah.

"Excuse me? hello? I pun dah ada buah hatilah. " Jungkook membalas jelingan gadis itu.

"Okay boleh. You bawa kekasih you tu jumpa dengan maklong dan keluarga you sekali. I akan cuba bagitahu dekat maklong pasal ni. " Ujar Jungkook.

Tanpa menunggu balasan daripada Hyerim. Lelaki itu terus memasuki perut kereta meninggalkan gadis itu terpinga-pinga. Terus kereta milik Jungkook berlalu hilang daripada pandangannya.

" Eh dia ni tak tunggu aku cakap apa-apa pun. Blah macam tu je . Ish geramnya aku dengan dia ni . Memang lelaki yang annoying lah. Kenapa— " Hyerim mengetap bibir menahan dirinya daripada mengeluarkan satu jeritan kuat.

"Kenapa jumpa dia dalam hidup aku. Eh tak tahulah."

Aera mencelik matanya sejurus terdengar satu deringan dari telefon bimbit Jimin. Niat nak bantu matikan deringan tersebut . Namun, Jimin terlebih dahulu mencelik mata. Laju sahaja Aera kembali menutup matanya rapat apabila nampak sang suami bergerak.

Jimin memandang Aera sekilas sebelum mengangkat panggilan itu. Satu senyuman terpapar dibibirnya.

"Ye sayang."

Dengar sahaja ayat itu. Aera sudah dapat agak panggilan itu daripada siapa. Gadis itu menghela nafas panjang tatkala menahan sebak dan sakit hati.

"Saya cuba buka hati untuk awak Jimin. Macam ni rupanya balasan awak pada saya." Bisiknya. Satu keluhan halus keluar dari bibirnya.

Jimin masih asyik berborak bersama Jieun melalui panggilan itu. Semua ayat-ayat manis keluar. Suara lembut itu hanya diberi pada gadis bernama Jieun sahaja.

"Jimin kalau awak nak berborak dengan 'kekasih' awak tu keluar boleh tak ? Saya nak berehat saya nak tidur." Ujar Aera. Sengaja dia menekan ayat kekasih itu. Gadis itu tidak tahan dengan perbualan mereka berdua.

Sang suami yang sedang asyik berborak itu agak terkejut. Isteri dia dah terjaga?

Tanpa berkata apa-apa. Jimin mengambil langkah keluar ke balcony .

Aera kembali menutup matanya.

___♡♡♡

TBC
VOTE ME
💜

JIMIN

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top