₊˚ˑ༄ؘpjm- 31

Blazer dipakai lalu kasut disarung pada kaki. Kunci kereta dan briefcase digapai . Matanya melirik pada jam tangan yang menunjuk pukul 9 pagi. Dah lambat sangat nak pergi meeting hari nie.

" Semua salah Mak Long. " bisiknya sendiri.

Yelah, kalau bukan ibu saudara nya yang sibuk bawa dia berjumpa dengan perempuan bernama Hyerim itu. Disebabkan perempuan tula jugalah dia terpaksa berjaga sampai pukul 2 pagi sebab duduk di club lama sangat.

Jeon Jungkook, lelaki muda yang mempunyai wajah tampan. Bukan itu sahaja, berkenaan wang juga dia lulus. Lelaki itu berjalan laju ke arah kereta Honda berwarna hitam itu. Punat hijau ditekan serta merta kunci terbuka.

Enjin kereta dihidupkan. Briefcase dan barang yang lain diletak pada seat penumpang sebelahnya. Jungkook menghela nafas panjang tatkala tangan menurunkan hand break dan kaki menekan minyak sedikit.

" Im late for this important meeting. " bibir Jungkook tidak berhenti membebel tentang kejadian sekarang .

••

Aera tergesa-gesa memakai dress blazer tatkala kaki berlari anak ke arah pintu utama. Terjaga agak lewat hari nie. Tak tahulah kenapa dia mula bangun lewat kebelakangan nie. Briefcase diletak ketepi terlebih dahulu untuk memudahkannya menyarung heels.

Sebelum dia sempat melangkah keluar. Puan Sohyun selaku ibu mertuanya terlebih dahulu menghalang hanya dengan satu jeritan. Aera menoleh kebelakang ke arah ruang tamu. Tampak Puan Sohyun sedang bercekak pinggang.

" Kau nak pergi mana pagi-pagi nie? Sini kemas dulu dekat dapur tu. Banyak lagi kerja yang kau tak settle kan lagi. Pinggan tu pergi basuh. Lepas tu sidai baju sekarang! " ujar Puan Sohyun tanpa sebarang tapisan.

Aera agak terkedu. Dia dahlah lambat sekarang nie. Ibu mertua pula sibuk membebel dekat dia.

" Eomma. Sorry Aera memang tak boleh buat sekarang. Saya dah lambat sangat sekarang nie. Aera pergi dulu. " sekali lagi langkahnya dihalang dengan satu kata-kata.

" Kau nie memang macam-macam kan alasan. Pemalas betul, cakap jelah yang kau tu malas nak buat kerja nie. Konon dah lambat. Lambat buat apa? Pergi dating dengan jantan lain kan! " Aera menghembus nafas geram. Dia cuba menahan amarah nya daripada keluar.

Aera terus berjalan ke arah dapur untuk membasuh pinggan. Tidak lupa juga kemas seluruh tempat tersebut. Gadis itu berjalan ke arah bilik laundry untuk menyidai pakaian. Mata Aera tidak berhenti melirik jam pada tangan nya.

Waktu sudah menunjukkan jam 9:45 a.m. Aera terlalu lambat nak masuk ofis. Disebabkan dia ada meeting penting hari nie. Biasanya kalau takde hari seperti nie dia takkan terkial-kial macam sekarang. Aera cepat-cepat menyidai pakaian tersebut dengan kemas.

" Jimin nie pun satu! Taknak kejut aku awal-awal. Haish! Geram betullah. Shibal ! " carutnya perlahan.

Selang beberapa minit. Aera selesai juga kerja rumah yang diberi oleh ibu mertuanya. Dengan pantas gadis muda itu berlari laju keluar daripada rumah tersebut. Namun, dia terlebih dahulu berhenti dihadapan Puan Sohyun.

" Untuk pengetahuan eomma. Saya bekerja! "

••

" Mana Cik Aera? "

" Dah lambat sangat nie. "

" Mana boleh buat kami macam nie. "

" Encik Jeon pun takda lagi. "

Macam-macam bisikan daripada semua orang atasan yang berada disitu. Mereka sudah menunggu hampir 1 jam disitu. Siapa aje yang tahan? Terlalu lama untuk mereka menunggu.

" Sorry im late. " suara yang separuh nafas itu keluar daripada mulut Aera. Gadis itu tercungap-cungap untuk mendapatkan nafas. Terus semua berdiri lalu memberi tundukkan hormat padanya.

" Takpe Puan. " balas mereka serentak.

Aera mengambil tempat disebuah kerusi. Air botol mineral diambil lalu diminum. Terlalu haus sekarang. Dia berlari dari tempat kereta dan kesini.

" Sorry semua saya terlalu lewat untuk hadir. Maafkan saya Cik Aera. " Suara yang amat dikenali oleh Choi Aera. Dia terus menoleh ke arah owner suara tersebut.

Mata mereka terpaut. Jeon Jungkook senyum tipis melihat gadis tercinta dihadapan matanya sekarang. Dia tahu yang di bakal berjumpa dengan Aera hari nie. Sebab itulah dia terlalu semangat hadir ke meeting ini.

Aera berdiri lalu berjalan sedikit kehadapan ke arah Jungkook. Senyuman lelaki itu semakin lebar. Mata gadis itu agak berkaca. Terasa ingin menangis melihat lelaki itu.

" Jungkook? "

" Yes love. "

___☆☆☆

TBC
VOTE ME
💜

JIMIN

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top