₊˚ˑ༄ؘpjm- 30

" Habis tu , Aera macam mana? Kau pernah tak terfikir pasal dia . " sejenak kata-kata itu membuat Jimin menjadi terdiam seribu kata.

Taehyung tersengih sinis tatkala jari memegang sudu kecil lalu menggaul air minumannya perlahan-lahan. Jimin kembali menatap Taehyung lalu menghela nafas panjang.

" Pasal tu kau tak perlu masuk campur. Aku tahu ape yang aku akan buat seterusnya. " ujar Jimin seraya meneguk air minuman nya.

" Ikut kau lah. Jangan sampai perbuatan kau tu buat seseorang sengsara, Park Jimin. " sekali lagi kata-kata Taehyung buat dia terdiam. Jimin sendiri buntu apabila masuk bab Aera.

" Dahlah Taehyung. Aku gerak dulu. Thanks for the treat. " Jimin terus berdiri membawa bag dan kunci kereta di atas meja makan.

||

" Aku nak kau minta Jimin ceraikan kau. " sebaik sahaja kaki Aera melangkah ke dalam rumah. Puan Sohyun terlebih dahulu memulakan percakapan. Kedua belah tangan disilang didada.

" Give me some reasons. " balas Aera tatkala badan dipusingkan menghadap ibu mertuanya.

" Sebab kau perosak masa depan anak aku. Lagipun korang berdua bukan saling mencintai kan. Jimin tak sayang dan cinta kau. Jadi, apa motif kau untuk setia dengan dia. " ujar Puan Sohyun dengan penuh keyakinan.

Aera ketawa kecil mendengar balasan daripada Puan Sohyun itu. Baginya semua itu hanyalah alasan yang tak logik . Dia sebagai isteri dan orang yang duduk sebumbung dengan wanita tu dia tahulah niat sebenar ibu mertuanya.

" Eomma terus terang jelah dengan saya. "

" Aku nak dia kahwin dengan Luna. " tanpa rasa bersalah dan malu Puan Sohyun berterus terang mengatakan niat sebenarnya.

" Dah tu. Eomma cakap jelah dekat Jimin sendiri. " selesai mengatakan ayat tersebut. Aera terus mengorak langkah ke tangga.

Dahlah tengah penat lepas pergi meeting yang banyak hari nie. Balik pula dapat ibu mertua macam puaka. Apalah nasib dia lepas kahwin nie. Aera rindu zaman dia bujang dahulu. Takde sesiapa yang nak kacau dia. Dan dia pun hidup dengan aman.

" Kenapalah aku dapat menantu biadap macam tu. Ugh! Jimin kamu ceraikan jelah perempuan nie. " hati mula rasa pedih. Panas sangat bila berdebat dengan Choi Aera, menantunya.



















Kaca mana hitam dibuka tatkala kaki melangkah keluar daripada perut kereta. Jimin masuk ke dalam sebuah gudang besar dimana tempat orang bermain badminton dan sukan yang lain.

Niat dia datang kesini bukanlah sebab nak bersukan. Malah, ingin berjumpa dengan seseorang. Seorang lelaki bujang yang bergelar kawan semasa zaman university dulu.

" Hey, bro. Apa khabar? Sihat. " soal lelaki muda bernama Min Yoongi. Kain tuala kecil diletak pada leher. Air mineral diminum .

" Aku macam hari-hari biasa je. Ada apa kau nak jumpa aku nie. " Jimin melabuhkan punggung disebelah Yoongi.

" Aku nak bagitahu perkembangan Ji Eun lah. " dengar sahaja nama tu. Segar terus fikiran Jimin. Hatinya berdebar-debar ingin tahu tentang tunang lama nya.

" Aku dengar dari kawan aku yang dia sekarang dekat korea je. Cuma, dia menyembunyikan diri. Dia kerja di syarikat Lee Yu holdings sebagai PA dekat sana. " ujar Yoongi.

Jimin sudah tersenyum gembira. Dia tahu dekat mana syarikat tu berada. Berdekatan dengan kampung halaman sepupu nya, Ilsan. Bukanlah jauh sangat dari kediaman Seoul nie.

" Kau tahu tak dekat mana alamat rumah dia? " soal Jimin lagi. Dia nak pergi kesana secepat mungkin. Kerinduan dalam dirinya semakin meningkat.

" Yang tu aku tak tahu lagi. Tapi nanti aku suruh kawan aku dekat sana siasat sikit. "

" Thank you Yoongi. Aku akan belanja kau esok. Aku gerak dulu. "

Jimin terus beredar daripada tempat tersebut. Yoongi kembali berdiri sambung bermain semula.

" Macam nie rupanya kalau dah terlalu sayang. Haih, kesian betul isteri dia nanti. " bukan dia tak pernah nasihatkan Jimin tu. Selalu sangat. Cuma lelaki tu aje berdegil.

___☆☆☆

TBC
VOTE ME
💜

JIMIN

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top