₊˚ˑ༄ؘpjm- 27

Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam . Tepat Aera melangkah keluar daripada bangunan syarikat nya . Dia melirik jam ditangan seraya melabuhkan punggungnya di atas bangku kayu disitu .

Sementara menunggu kedatangan sang suami . Aera memasang earphone supaya tidak kesunyian sangat . Mata dipejamkan menikmati angin sejuk diwaktu malam . Gadis itu membuka matanya apabila terasa lampu daripada sebuah kereta .

Buka sahaja bukanlah orang yang ditunggunya . Malah , pekerja lelaki nya .

" Puan tak balik lagi ke ? Dah lewat tak elok seorang diri diluar . " soalnya dengan memberi sedikit nasihat . Aera senyum tipis lalu mematikan lagu .

" Takpe . Saya tengah tunggu suami saya datang . Awak boleh baliklah . "

Dia angguk lalu memandu jauh daripada pandangan Aera . Gadis itu setia menunggu suami nya untuk datang .

••

Yujin , selaku bakal isteri kepada Seokjin menyalam bakal ibu mertuanya . Tadi dia datang melawat ibu Seokjin . Dah lama tak datang sejak majlis pertunangan itu . Seokjin pula sudah bersedia membuka pintu kereta untuk Yujin .

" Saya balik dululah Eomma . "

" take care , dear . Jin ! Bawa balik menantu Eomma dengan selamat . " pesannya tegas . Yujin ketawa kecil lalu menapak ke dalam perut kereta .

Selepas kelibat kereta Seokjin menghilang . Puan Sohyun kembali ke dalam semula . Telefon bimbit dibuka lalu dia terus mencari nama ' Luna ' . Tanpa membuang waktu terus dia tekan menunggu panggilan di angkat .

" Hello darling . "

••

Telefon bimbit milik Luna mula berdering . Gadis itu mengeluh panjang seraya mata diguling ke atas . Tanpa melengahkan masa dia terus angkat . Kalau tak angkat nanti tak dapatlah dia jadi menantu kesayangan .

" Hello auntie . "

Lana sudah berhenti di destinasi . Dimana tempat Jimin bekerja minggu nie . Banyak syarikat inginkan Jimin jadi model kepada keluaran produk mereka . Sudah tentulah lelaki muda itu kerap beralih tempat .

" Luna nak keluar dengan Jimin Oppa nie . i call you back okay ! "

Panggilan dimatikan .

" Okay bye ! "

" Tak cakap terima kasih langsung . Padanlah Jimin taknak dekat dia . Bila nak berubah tak tahu . Dah ada Mark pun ... Ergh ! Malas aku ambil tahu . "

Lana terus pergi dari situ .

Luna , berjalan menuju ke arah bangunan dihadapannya . Pakaian serta rambut dikemaskan sedikit . Telefon dia yang tidak dihidupkan itu menjadi cermin kepada mukanya . Pastikan tiada yang cacat cela dan takde kesan apa-apa .

" Cantiknya aku . "

Tampak sahaja kelibat Jimin yang sudah keluar daripada pintu utama . Terus Luna menyapa dengan meraup lengannya pada lengan Jimin .

Pantas lelaki muda itu melepaskan tangannya daripada Luna . Taknaklah jadi bualan orang ramai . Dia kan dah berkahwin . Tiba-tiba pula bermesra rapat bersama Luna . Nanti jadi kes lain pula . Jimin cuba untuk elak semua itu .

" Oppa . Jom teman Luna keluar . Kita dah lama tak dating sama-sama . Hm, jomlah . " pujuk Luna .

" Dating ? Sejak bila kita couple . "

Luna ketawa dengan nada gedik dan mengada .

" Oppa nie . Takde apalah . Jom teman Luna pergi jalan-jalan . Sekejap je janji ! "

" Tak boleh ! Jimin dah janji dengan my wife . Luna pergilah sendiri . Bye ." Sebelum Jimin melangkah kehadapan . Luna terlebih dahulu menghalang dengan memeluk lelaki itu dari belakang .

" Jomlah oppa ! Luna janji sekejap aje . Tak lama pun . Please . "

Selepas mendengar Luna merayu berkali-kali . Jimin menghela nafas panjang . Dia melirik jam ditangannya . Sudah lambat 30 minit untuk jemput Aera . Tapi , dia berfikir lagi .

" Okay jom ! Sekejap je . "

Luna senyum gembira . Dia terus menarik lengan Jimin untuk berjalan ke kereta lelaki itu .
















Sampai disebuah bangunan dinamakan mall , Luna pergi ke kedai demi kedai . Bag plastik ditangan Jimin hampir penuh . Gadis itu berbelanja tak ingat dunia . Inilah tempat kegemaran dia . Pusat membeli belah .

" Oppa . Jom beli ais krim . " Luna terus menarik Jimin pergi kesana .

" Kad . "

Dia menghulur telapak tangannya . Tanpa sebarang perasaan . Jimin hanya memberikan gadis itu blackcard nya . Luna berbelanja nie semua guna duit Jimin . Kalau keluar berdua mana pernah dia keluarkan duit . Hanya Jimin .

••

Jam menunjukkan pukul 9:30 . Hampir tertidur Aera dibuatnya . Dia setia menunggu suaminya untuk datang . Aera rasa nak menangis . Terasa dipermainkan oleh suami sendiri . Air mata dikesat seraya kaki melangkah ke keretanya .

" Lelaki penipu ! Penat aku tunggu . Taknak percaya dia dah lepas nie. " Aera mengesat air matanya yang menitis . Sedih sangat , terasa dengan perbuatan Jimin itu .

Aera menekan minyak kereta . Laju sahaja keretanya berjalan ke arah rumah .











Tepat kereta diparking di halaman rumah . Kereta Jimin pula masuk ke dalam pagar . Aera agak keliru . Kenapa dia balik tapi tak jemput dia tadi . Dah janjikan .

Jimin yang ternampak Aera di sebelahnya mula teringat sesuatu . Dia dah berjanji dengan isterinya hari nie nak keluar bersama . Namun , dia tersekat oleh Luna dari tadi .

Aera menapak ke arah Jimin . Sebelum dia ingin memulakan percakapan . Pintu kereta belah penumpang terbuka . Tampak kelibat badan Luna dan wajahnya yang terpampar dihadapan Aera . Gadis itu senyum sinis memandang isteri Jimin .

Aera ketawa sinis lalu pandang Jimin .

" Awak tak ambil saya sebab keluar dengan perempuan nie ? Jangan permainkan saya Park Jimin ! "

Jimin mati kata-kata . Sungguh dia tak ingat tentang hal itu . Dia terlalu enjoy bersama Luna tadi .

" Sayang- "

"Kalau tak mampu nak tunaikan janji, tak perlu nak berjanji." Aera terus menapak masuk ke dalam dengan tempo agak laju .

"Yah! Aera. Saya minta maaflah. Dengarlah dulu . Sayang ! "

___☆☆☆

TBC
VOTE ME
💜

Part nie panjang sangatlah
Hahahaa

JIMIN

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top