₊˚ˑ༄ؘpjm- 20
" Awak tidur jelah seorang diri . "
Aera merebahkan tubuh kecilnya di atas katil. Selepas Jimin berkata demikian. Dia terus beredar tanpa sebarang bantahan ataupun kata-kata lain. Gadis itu menatap siling lalu keluhan panjang dilepaskan.
" Kenapa awak macam nie Jimin. Awak buat saya terasa sangat hari nie. " Serta merta air mata gadis itu keluar . Dia kesat perlahan-lahan. Namun, makin banyak pula keluar.
Ye, Aera memang terkilan dengan sikap suaminya hari nie. Ditambahkan pula dengan ungkapan ibu mertuanya tadi. Apa mereka nie pasang sel otak yang sama ke ? Aera menutup mata cuba untuk tidur. Hilangkan segala peristiwa negetif saat ini.
||
Selepas Jimin letak tubuh Luna di atas katil. Dia mengambil tempat disebuah sofa kecil berdekatan dengan katil tersebut. Di renung gadis bernama Luna itu. Dia sebenarnya bukanlah tenung perempuan tu. Dia cuma pandang tapi fikiran pada Aera, isterinya.
" Kenapa aku berkasar dengan dia tadi. Ugh, i'm sorry Aera. " Jimin cepat berdiri lalu melangkah keluar dari bilik tersebut.
" Dia marah aku tak? Takutnya nak minta maaf. " Ujarnya sendirian. Pintu bilik Luna ditutup perlahan-lahan meninggalkan gadis itu bersendirian di dalam. Jimin berjalan ke arah biliknya.
Tanpa ragu-ragu Jimin terus membuka pintu bilik . Nasib , Aera tak kunci pintu . Kalau ye, terpaksalah dia tidur disofa malam nie . Jimin menutup pintu secara perlahan-lahan tanpa membuat sebarang bunyi . Taknak buat Aera terkejut .
" Sayang . " Jimin pergi mencangkung di sebelah katil . Dia menatap sang isteri dengan penuh rasa bersalah . Rambut yang menutupi dahi Aera di alih lalu tanpa segan silu , Jimin mengecup lembut dahi gadis itu .
" Maafkan saya . "
Jimin baring di sebelah Aera lalu tangannya dililitkan pada pinggang sang isteri. Jimin usap tangan Aera seraya memejamkan matanya cuba untuk tidur .
Sinaran matahari terpacar tepat pada wajah Jimin . Aera membuka langsir seluas alam . Sengaja dia buat begitu sebab nak kejutkan Jimin . Taknak bertegur dengan lelaki muda itu . Masih teringat tentang kejadian semalam . Membuatkan Aera geram sangat .
" Sayang . Awak dah bangun . " soal Jimin seraya mengesat matanya . Perlahan -lahan lelaki itu turun daripada katil menuju ke bilik mandi . Bersiap pergi kerja . Aera pula hari nie minta cuti . Masih penat lepas bantu majlis Seokjin .
" Hari nie awak tak masuk kerja ke ? " Soal Jimin selepas melihat pakaian Aera . Biasa sahaja . Biasanya dia akan berpakaian kemas , cantik sangat .
" Tak . " balas Aera ringkas . Jimin sudah faham dia masih marah tentang semalam . Dia dah minta maaf tapi , bukanlah berdepan . Namun, semasa gadis itu tidur . Siapa aje dengar kalau sedang dibuai mimpi .
" Aera , saya minta maaf- "
" Sudahlah baik awak bersiap . Dah lambat nak pergi shooting kan . " potong Aera . Dia tahu , mesti Jimin nak minta maaf tentang semalam . Hatinya masih panas dengan kata-kata Jimin waktu tu .
Tanpa membuang masa , Aera melangkah keluar dari bilik mereka . Kalau tak turun kemas rumah nanti bising pula ibu mertuanya tu . Jimin mengeluh kasar .
" Aku jahat sangat ke samalam ? Dia taknak cakap dengan aku pun . Dia , marah aku lagi ke . Aera , saya minta maaf . " ujar Jimin sendiri . Aera taknak dengar ayatnya tadi . Buatkan Jimin semakin susah hati .
||
" Lena betul Luna tidur semalam ye. " ujar Puan Sohyun .
Aera yang turun ke anak tangga terakhir itu terdengar . Dia mengeluh panjang melihat ibu mertuanya dan juga Luna sedang rancak berborak . Gadis itu agak terkilan juga . Kenapa dia tak dapat merasa berbual dengan ibu mertuanya seperti itu .
Mata Luna terbutang pada susuk badan Aera . Dia senyum sinis lalu memikirkan ayat untuk panaskan gadis itu . Aera membuka peti sejuk . Sebotol jus oren dikeluarkan lalu diletak dalam gelas .
" Luna lena sangat semalam auntie . Chim Oppa temankan Luna . Selesa sangat dapat peluk lengan dia . Hm " sengaja Luna menambah babak semalam.
Aera yang mahu meneguk air itu terhenti . Dia memandang Luna . Gadis senyum sinis lalu menghadap Puan Sohyun semula . Aera menahan amarah nya . Gelas di letakkan semula . Kaki mengorak langkah ke ruang tamu .
Niat terbantut apabila Puan Sohyun menghalang langkah Aera .
" Kau nak pergi mana ? Tak nampak pinggan belambak tu ? Tak pandai nak basuh ke . Baju dekat dalam mesin basuh tu pergi sidai okay . Aku tak minta tolong , aku menyuruh . " ujar Puan Sohyun .
Aera agak terkejut . Bukankah semalam dia sudah kemaskan semuanya . Kenapa pagi nie penuh . Dia hanya menahan sabar . Tanpa membuang masa , Aera pergi membuat kerja yang disuruh oleh ibu mertuanya .
" Lepastu kan . Kau tolong kutip baju aku dekat dalam bilik . Thank you . " ujar Luna .
___☆☆☆
TBC
VOTE ME
💜
JIMIN
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top