₊˚ˑ༄ؘpjm- 05

"Awak, saya ada something nak cakap."
Aera halang Jimin daripada keluar dari bilik mereka.

"About what?"

"About us, ingat tak janji awak hari tu sebelum kita berkahwin? Bila awak nak buat surat penceraian?"
Soal Aera.

Jimin terdiam sejenak. Entah mengapa dia taknak lepaskan gadis itu. Dia, rasa bersalah dan kesian.

"Kalau saya kata saya taknak lepaskan awak macam mana?"

Mereka sama-sama mendiamkan diri.

"Kenapa? Awak dah janji kan malam tu."
Aera berdiri menghadap Jimin.

Lelaki itu memandang bawah untuk melihat Aera yang hanya paras dada nya. Dia pegang bahu isteri nya.

"Sebab saya taknak?"

"Awak- "
Jimin letak jari telunjuknya di bibir Aera.

"Shh, saya janji saya akan sentiasa jaga awak. Please, jangan tinggalkan saya."
Jimin menatap mata Aera.

Mereka tenggelam dalam tatapan masing-masing.

"Tak boleh! Saya ada family, awak rasa apa saya nak cakap dengan diaorang tentang kita?"

"Saya ada idea."


























"What!!!"
Hampir pengsan Puan Hyeon

"Korang kahwin diam-diam? Kenapa nak kena rahsia?"
Soal Encik Choi, selaku bapak kepada Aera.

Jimin dan Aera kekal disitu dengan riak wajah yang beku. Lidah kelu nak bercakap apa-apa. Aera mengangkat kapalanya sedikit.

"S-sebab- "

Terus Jimin memotong.

"Sebab saya pengecut! Saya takut nak berhadapan dengan keluarga Aera. Sebab tu saya datang nak memohon maaf atas kesalahan saya ."
Jawab Jimin dengan laju.

Aera memandang suami nya, terkejut. Dia cakap tak pakai otak ke?

"Ha! Kakak dah kahwin?"
Seorang lelaki menjerit seraya memasuki rumah .

"Yeonjun-ah . Kenapa masuk tak ketuk dulu? And yes! I already married." Balas Aera tanpa gugup.

"Sekejap. Mama tak faham kenapa boleh tiba-tiba dah berkahwin ni. Aera?"

Gadis itu bermain dengan jari sendiri. Perasaan takut menceburi diri.

"Haihh. Benda dah jadi, kita tak dapat nak buat apa pun. Nak marah apatah lagi. Kami hanya menerima sahaja. Jadi, kamu Park Jimin jagalah Aera baik-baik. Dia satu-satu nya anak perempuan dalam keluarga nie."
Ujar bapa mertua nya. Jimin mengangguk.

"Baiklah."

"Mama nak Jimin jaga Aera. Jangan sakiti dia."
Pesan ibu mertua nya pula.

"Noona! Beomgyu dengar adik dapat abang ipar. Betul ke."

Masuk tanpa beri salam mahupun ketuk.

"Wahhh, handsomelah abang nie. Wait! Adik macam kenal aje dia nie. Tapi, siapa eh."
Dia berfikir sekejap.

Beomgyu berjalan mengelilingi sofa. Memandang Jimin seperti serba tidak kena.

"Ha! Dia model yang terkenal tu kan! Gyu tengok budak kelas Gyu sibuk dengan majalah dia. Wah! Handsome juga depan-depan."
Pujinya.

Dia memegang bahu abang iparnya tatkala di usap-usapnya.

"Beomgyu! Takde adab ke?"

||

"Luna. Lama kamu tak datang jenguk auntie. Rindu!"
Mereka saling bersalaman mesra.

Pipi mereka dilaga-lagakan.

"Luna. Buat apa datang sini?"
Soal Seokjin seraya menuruni tangga.

"Mestilah datang jenguk korang semua. Apalah oppa nie. Um, auntie, Jiminie oppa mana?"
Soalnya dengan teruja.

"Ouh, dia keluar."

.

.

.

Pasangan suami isteri itu berjalan kaki di tengah jalan. Daun-daun pada dahan berteraburan dijalan. Angin-angin sempoi pada waktu malam menyejukkan keadaan.

Orang ramai berjalan disitu bersama pasangan masing-masing. Tempat berjalan kaki katakan.

"Thank you bawak saya dekat sini."
Kata Aera memecahkan kesunyian mereka berdua.

Jimin tersenyum. Dia memandang isteri nya yang kesejukkan. Dia buka coat nya lalu diletakkan atas bahu Aera.

Aera mendongakkan kepalanya memandang Jimin.

"Jangan lama sangat. Nanti patah pula leher tu."
Kata Jimin tanpa memandang Aera.

Gadis itu pandang hadapan semula. Baju yang di beri Jimin tadi digenggamnya erat.

"Jom balik! Sejuk dekat luar waktu macam nie."
Aera sekadar angguk.

Tiba-tiba sebuah basikal kehilangan kawalan. Laju sahaja dia jalan. Jimin tarik pinggang Aera jauh daripada basikal tersebut.

Tanpa sengaja badan mereka terlalu rapat. Kapala Aera tersandar di dada Jimin. Mereka seperti sedang berpelukkan.

Perlahan-lahan Aera mendongak kepalanya manakala Jimin menunduk pandang isteri nya yang masih terkejut.

Dia cuit hidung Aera seraya senyum menampakkan eyesmilenya.

"Nasib basikal tu tak langgar awak."

Mereka masih bertatapan mata.


___☆☆☆

TBC
VOTE ME
💜

JIMIN

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top