₊˚ˑ༄ؘpjm- 01
Choi Aera pov
.
AKU duduk disebuah bangku kayu dengan angin-angin sempoi yang menyapa. Keadaan yang tenang sehinggalah seseorang datang ke arah aku.
"Aera."
Ujarnya tatkala tangan aku dicapainya.
"Apa ni, Jungkook."
Aku tepis tangannya.
"Aera, let me explain please baby." Rayunya. Aku menyilangkan tanganku di dada. Memandangnya lalu berdecit.
"Tsk! Kau boraklah sorang-sorang dekat sini." Gadis itu hanya berdecit lalu meninggalkan Jungkook keseorangan disitu.
Esok nak balik ke Korea. Makin lama aku dekat sini. Makin serabut aku dibuatnya.
°°°
Klik klik !
Lampu-lampu keluar daripada setiap kamera disekelilinya. Dia mengubah setiap postingnya.
"Okay, last one. Sedikit sexy lagi please." Ujar director tersebut. Lelaki itu hanya mengikut sahaja.
Setelah beberapa kali dia membuat posting. Telah tamat jugalah kerjanya.
"Good job Jimin. Pergi berehat dan boleh balik."
Kata director disitu. Dia angguk seraya duduk disebuah kerusi. Air botol mineral di minumnya.
Dia memandang setiap gambarnya di skrin. Satu senyuman sinis terpampar diwajahnya. Siapa saje tak rasa bangga kalau dapat wajah yang tampan macam ni. Kan?
Tiba-tiba pembantu peribadinya menyapa.
"Jimin, eomma encik call tadi. Katanya suruh balik segera." Dia sekadar angguk dan berdiri. Tanpa menunggu apa-apa kakinya mengorak keluar dari studio tersebut.
Usai sampai dihadapan pintu rumahnya , tampak banyak orang di dalam. Jimin menghela nafas panjang setelah tahu apa maksud disebalik nie.
"Jimin."
Dengan muka marah. Puan Park tarik tangan Jimin supaya ikut dia. Jimin hanya patuh sahaja.
"Malam nanti majlis perkahwinan kamu. Kami jumpa surat nie dalam bilik kamu. Kenapa rahsiakan!"
"Jimin, minta maaf."
Ujarnya seraya menundukkan kepalanya.
"Habis tu. Macam mana nie? Eomma tak kira. Kamu kena kahwin jugak malam nie. Jangan buat kami malu. Kalau soal calon, eomma tahu siapa. Kamu kahwin ajelah dengan- "
Dengan pantas Jimin memotong ayat ibunya.
"Chim akan usaha cari pengganti lain."
"Sabarlah sohyun. Biarkan dia berfikir dulu. Jangan strees kan dia."
Encik Park cuba menenangkan isterinya.
Jimin memandang ke arah surat yang berada di bawah. Surat tersebut di capainya. Tanpa berkata apa-apa Jimin keluar dari rumah tersebut.
"Jimin!"
Seokjin, yang bergelar abang sulungnya itu mengejar Jimin yang keluar dari rumah.
"Tunggu."
Tangan Jimin dicapainya. Dia pusingkan badannya menghadap Seokjin.
"Abang nak apa."
"Bagitahu abang, kenapa Ji Eun buat macam tu? Macam mana malam nie?"
Soal Jin.
Jimin menghela nafas panjang sebelum menjawab.
"Biarlah Jimin je yang tahu. Jimin pergi dulu. Dan tentang perkahwinan malam nie. Teruskan ajelah. Jimin tahu apa nak buat. Kita usaha selagi boleh."
Lelaki itu terus beredar dari situ.
°°°
Pesawat selamat mendarat dilandasannya. Aera turun dari situ. Barangnya semua telah diambil.
"Mana pulak teksi nie."
Lama kemudian sebuah kereta berhenti dihadapannya, teksi. Tanpa membuang masa pakcik driver keluar untuk membantu Aera letak bagnya di dalam .
"Terima kasih uncle ."
"Sama-sama."
Selang 20 minit. Aera selamat sampai di apartmentnya. Telefon bimbit dikeluarkan lalu dia menekan nombor telefon yang ditulis nama
'Mama'
"Hello, ma Aera dah sampai. Esok Aera balik rumah oke. Sekarang nie Aera ada dekat apartment."
"Wah, tak sabar nak tunggu anak mama sorang nie. Okay hati-hati. Bye."
Panggilan dimatikan.
"Laparlah."
Jaket berwarna grey di pakainya lalu keluar dari apartment.
°°°
Majlis perkahwinan Jimin diteruskan. Semua orang telah berkumpul disana. Puan Sohyun tak senang duduk. Dia asyik mundar mandir sahaja.
"Eomma, duduklah dulu."
Kata Jin.
"Macam mana eomma nak duduk diam Jin. Adik kamu tu, Jimin. Mana dia?"
"Nanti dia datanglah tu. Lagipun lagi 5 jam lagi."
Jimin yang sedang berlari ke sana sini memandang setiap orang. Kebanyakkan bukan menarik perhatiannya.
"Mana aku nak cari nie."
Soalnya sendiri. Rambut diraup kebelakang. Dia memandag seorang gadis yang sedang berjalan dilorong yang agak gelap.
"Cik! Tunggu sekejap."
"Um, cik dah berkahwin ke?"
Aera yang berdiri itu geleng perlahan-lahan.
"Jom kita kahwin." Soal Jimin. Nafasnya naik turun akibat kepenatan berlari.
Gadis dihadapannya itu terpana. Apa dia cuba sampaikan nie?
"M-maaf encik. Tapi, siapa yang encik ajak kahwin nie?" Soal Aera.
"Siapa lagi yang ada dekat sini selain kau."
"Lelaki gila!"
-☆☆☆
TBC
VOTE ME
💜
MACAM HAMBAR JE :)
JIMIN
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top