Bab 9~{Story of Past 2}
Kegelapan mula menyelimuti langit.
Coral yang berada di dalam biliknya, sudah lengkap dengan pakaian serba putih serta perhiasan yang turut sama serba putih.
Bayi kecilnya juga berpakaian putih.
Bayi kecil itu sudah dimandikan dengan air susu. Kepalanya juga sudah dicukur bersih sebentar tadi.
Kini, mereka hanya perlu menunggu upacaranya dijalankan saja.
"Coral." Eddie memanggil dari muka pintu.
"Jom turun, ayahanda dah menunggu dekat sana."
Coral mengangguk. Dia berdiri lalu mendukung anak kecilnya.
Eddie menghampiri. Dia memeluk Coral dari belakang.
"Jangan risau, semuanya akan baik-baik saja."
Coral tersenyum nipis.
"Terima kasih, Eddie."
Eddie tersenyum.
"Jom."
Mereka beriringan turun ke ruang utama.
Di ruang utama, sekumpulan lelaki dan perempuan sedang menunggu mereka berdua.
Setelah itu, mereka berarak keluar dari istana dengan berjalan kaki, menuju ke tempat upacara.
Sepanjang jalan ke tempat upacara, di sisi kiri dan kanan jalan dihiasi dengan obor api. Seluruh bandar seolah-olah bergelap demi menghormati upacara yang dilakukan oleh keluarga diraja itu. Hanya untuk malam itu, mereka perlu menyalakan obor untuk menerangi suasana.
Sepanjang perjalanan itu, Coral menggenggam erat tangan Eddie.
Dia berasa sangat risau meskipun dia sudah bersedia menerima kenyataan yang akan berlaku nanti.
*****
Coral dan Eddie serta kumpulan berarak tiba di tempat upacara.
Tempat itu terletak di hujung bandar dan agak tersorok dari orang ramai. Tempat upacara yang bakal dijalankan pula terletak di dalam sebuah gua yang gelap dan sunyi.
Mereka semua memasuki gua itu. Cahaya api menerangi perjalanan mereka yang serba gelap.
Setelah beberapa minit berjalan, mereka tiba di satu kawasan lapang yang mana di tengah-tengah kawasan itu terdapat sebatang pokok yang besar dan hidup dengan sihat.
Mereka menuju ke arah pokok itu. Dihadap pokok itu, beberapa orang penting seperti Raja Alfred, pengawal peribadi keluarga serta seorang wanita tua yang bertanggungjawab dalam mengendalikan upacara yang akan dilangsungkan nanti sedang menantikan kedatangan si kecil Schwi.
"Ayahanda." Coral menunduk hormat di hadapan ayahandanya.
"Berikan dia."
Coral akur. Dia menghulurkan Schwi yang sedang lena kepada ayahandanya.
Raja Alfred tersenyum senang melihat ketenangan yang terlakar di wajah cucunya itu.
Si kecil Schwi kemudiannya diletakkan di dalam bakul bayi yang terletak di bawah akar pokok yang menjalar. Setelah itu, semua berundur, menjauh sedikit dari kawasan upacara dan yang ada di kawasan bawah pokok iu hanyalah si kecil Schwi serta wanita tua itu.
Upacara dimulakan dengan bacaan mantera.
Beberapa ketika kemudian, suasana berubah gelap. Dedaun pokok bergoncang dan ia mengeluarkan cahaya hijau yang menerangi kegelapan itu. Bumbung gua yang sedia gelap diterangi oleh kilauan seperti bintang yang sangat banyak.
Akar pokok menghidup dan keluar dari tanah. Ia kemudiannya melilit tubuh si kecil Schwi dengan lembut. Ia melitupi seluruh tubuh kecil itu.
Beberapa detik kemudian, terpancar satu cahaya putih dari bahagian atas hujung pokok. Cahaya putih itu melayang naik ke bumbung gua dan bersatu bersama-sama kilauan bintang yang terdapat di situ.
Upacara berakhir begitu saja. Keadaan kembali normal.
Raja Alfred yang teruja dan gembira segera berjalan menghampiri pokok itu.
Namun, langkahnya tiba-tiba dihentikan oleh si wanita tua.
"Kenapa kamu halang beta?" Raja Alfred kelihatan marah dengan tindakan wanita tua itu.
"Maafkan saya, tuanku. Tapi, situasi sekarang membuatkan saya terpaksa menghalang tuanku dari datang dekat dengan puteri kecil."
Raja Alfred tidak mempedulikan kata-kata wanita tua itu. Dia melepasi wanita itu lalu segera mendapatkan cucunya.
Langkah Raja Alfred terhenti di depan bakul bayi. Dia terkaku. Perasaan bercampur-baur bermain di dalam hati dan fikiran.
"Coral! Apa makna semua ni?"
Coral ketakutan. Dia segera berlari mendapatkn anaknya lalu dipeluk erat bayi kecil itu.
"Jawab soalan aku, Coral!" Raja Alfred menengking puterinya.
Raja Alfred memandang Coral dan anaknya silih berganti.
Dia tidak dapat menerima kenyataan setelah melihat perbezaan dari segi warna sayap anaknya Coral.
Puak Zodiak dikenali dengan sayap hitam yang berkilau seperti bintang dan langit. Manakala Puak Angel pula dikenali dengan sayap yang berwarna putih bersih.
Namun, anak yang berada di dalam pelukan Coral mempunyai warna putih dan hitam dihujung pelepah kecilnya.
"Apa maksud semua ni, Eddie?! Coral! Adakah kau ada hubungan sulit dengan orang dari puak sana?"
Coral sudah menangis tersedu-sedan.
Dia mengangguk, mengiakan pertanyaan si ayah.
Raja Alfred terkedu. Dia sungguh kecewa dengan tindakan puterinya.
"Pengawal! Bawak perempuan ni ke penjara dengan anaknya sekali. Beta tak mahu tengok mereka berdua di dalam istana beta lagi!" Raja Alfred mengeluarkan arahan dengan tegas.
Coral terduduk di atas tanah. Hatinya hancur apabila melihat kesanggupan si ayah menyiksa dan membuang dirinya.
Dalam suasana tegang itu, tiba-tiba sekumpulan Puak Angel tiba di tempat itu.
"Alfred." Raja Hester menyapa.
"Apa kau buat dekat sini, Hester? Tempat ni bukan untuk puak kau." Raja Alfred kelihatan marah dengan kemunculan Raja Hester dari Pauk Angel.
"Aku nak ambil budak tu." Raja Hester menuding ke arah Schwi yang berada di dalam dukungan Coral.
"Budak tu? Sebab apa? Budak tu tak layak hidup! Dia adalah petanda buruk dan patut dihapuskan."
"Alfred, jangan bertindak ikut perasaan. Budak tu masih kecil. Dia tak bersalah dan dia tak tahu apa-apa. Jangan kau jadikan dia sebagai mangsa amarah kau." Raja Hester berkata dengan tenang.
Raja Alfred diam membisu. Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana hendak membuat keputusan. Amarah sudah menguasai pemikiran warasnya hinggakan dia buntu.
"Jadikanlah saya sebagai penggantinya, tuanku." Luke tiba-tiba menapak ke hadapan dan bersuara.
Raja Alfred memandang tajam ke arah Luke.
"Adakah kau ayah kepada budak ni?"
"Ya, tuanku. Dan saya sanggup dihukum atas kesalahan saya. Tolonglah lepaskan Coral dan Schwi," kata Luke dengan berani.
Raja Hester dan permaisuri Dana langsung tidak menghalang Luke. Mereka berdua sudah tahu dan sedia menerima semuanya.
"Heret budak lelaki tu ke penjara. Dengan si Coral tu sekali," arah Raja Alfred kepada para pengawal.
"Budak kecil tu kau ambillah. Tapi jangan sesekali kau bawa dia jejak ke sini. Aku tak nak tengok muka dia lagi."
Raja Hester dan permaisuri Dana akur dengan permintaan itu.
Permaisuri Dana menghampiri Coral.
Coral mencium bayi kecilnya beberapa kali. Air matanya bercucuran membasahi muka apabila mengenangkan itu adalah saat terakhir dia bersama dengan anaknya.
Setelah puas, Coral menyerahkan anaknya itu kepada Permaisuri Dana.
"Terima kasih, tuanku. Tolong jagakan dia dengan baik. Didik dan besarkan dia dengan sempurna," pinta Coral.
Permaisuri Dana mengangguk.
"Semestinya, Coral. Beta akan jaga dia seperti anak beta sendiri."
Coral menangis lagi. Dia terharu dengan sikap dan kesanggupan keluarga diraja dari puak itu.
"Terima kasih, tuanku."
Coral dan Luke dibawa pergi.
"Kami minta diri dulu." Raja Hester, Permaisuri Dana dan orang-orangnya turut berlalu pergi dari kawasan itu.
Raja Alfred masih berdiri dihadapan pokok itu.
Fikirannya bercelaru dan perasaannya bercampur-baur.
Sementara itu, Raja Hester dan permaisuri Dana tiba di istana mereka.
"Tengoklah dia ni, sayang. Elok je, langsung tak merengek atau menangis." Hati keibuan permaisuri Dana terusik apabila melihat ketenangan si kecil Schwi.
Dia berasa sedih apabila mengenangkan hukuman yang akan dikenakan buat ibu bapa Schwi.
"Saya nak tambah nama dia ni. Jadikan sebagai Schwi Cassia," kata Permaisuri Dana.
"Cassia? Kenapa Cassia? Bukan ke itu bunga lambang kerajaan ni?"
Permaisuri Dana mengangguk.
"Ya, dia lambang keluarga ni. Saya dah berjanji dengan Coral akan jaga Schwi dengan baik seperti anak saya sendiri. Sebab tu saya pilih Cassia. Lambang kebangga kerajaan ni."
Raja Hester tersenyum mendengarnya.
"Ikut awaklah. Asalkan awak tak buang nama asal dia." Raja Hester menerimanya saja.
Lagipula, mereka tidak mempunyai anak. Jadi, dia biarkan saja si isteri dengan caranya yang tersendiri. Asalkan ia tidak memudaratkan bayi kecil itu.
"Tapi, cantik gabungan nama tu. Schwi Cassia." Raja Hester menyebutnya lalu senyuman kecil terlakar di bibir.
*****
Seminggu kemudian, berita kematian Coral dan Luke sampai ke telinga pasangan diraja Puak Angel.
Mereka berdua bersedih setelah mengetahui berita itu.
Disebabkan kejadian itu, Raja Hester dan permaisuri Dana menyayangi Schwi lebih dari segalanya.
Mereka berdua tidak mahu anak itu berasa kurangnya kasih sayang walau sedikit pun, meskipun harus berbahagi kasih sayang dengan Nolan.
Lagipula, mereka sudah berjanji dengan Luke, akan menjaga satu-satunya anak lelaki itu dengan baik.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top