Bab 4~{Maria Natalie}
Tidur Kyril terganggu apabila. Dia merasakan ada sesuatu yang menutup wajahnya.
Apabila dia membuka mata, hanya kegelapan yang dilihatnya.
Kyril mengalihkan sesuatu yang menutupi mukanya. Ternyata ia adalah jaket seseorang.
"Oh, dah bangun! Selamat pagi, Kyril!"
Kyril berpaling ke arah sofa satu.
"Abang Zes." Kyril segera bangun dari pembaringannya.
Kyril memandang ke luar. Suasana masih gelap, tetapi sedikit cerah.
"Maaf ganggu tidur kau." Zes berkata lalu menyandarkan tubuhnya.
"Awal abang balik. Tak sedar saya."
"Saja balik awal macam ni. Nak buat kejutan untuk kak Lina kau."
Zes menjeling ke arah susuk seorang remaja lelaki yang tidur pada sofa yang bertentangan dengan Kyril.
Semasa masuk ke dalam rumah, fikirnya itu adalah anak lelakinya. Namun apabila dijenguk, ternyata remaja itu adalah orang lain.
"Siapa budak tu?" Zes bertanya sambil memandang ke arah remaja lelaki yang masih lena diulit mimpi.
"Oh! Budak ni semalam saya jumpa dekat taman. Luka-luka badan dia dan akak yang pelawa dia tidur dekat sini. Katanya pagi ni baru nak pergi cari rumah dia ni ha." Kyril memberirahu.
"Oooo." Zes mengangguk faham.
"Keluarga dia baru pindah dekat sini ke?"
"Mungkin."
Bunyi derap kaki pada tangga menarik perhatian dua lelaki itu.
"Kyril, bercakap dengan siapa tu?" Lina turun ke ruang tamu apabila terdengar Kyril berbual dengan seseorang saat dia mahu ke bilik anak-anaknya untuk dikejut bangun.
"Hai, sayang." Zes mengangkat tangan dan tersenyum manis.
"Zes!"
Zes berdiri dan segera mendapatkan isterinya.
Suami isteri itu berpelukkan.
"Kenapa tak beritahu saya yang awak balik hari ni? Kalau saya tahu, dah lama saya masakkan sesuatu yang istimewa hari ni."
Zes mencuit hidung Lina.
"Tak perlu. Lagipun saya nak buat kejutan untuk sayang."
Lina mengembungkan pipinya. Menunjukkan lagak merajuknya.
"Eh, sudah! Jangan nak menggedik-gedik dekat tangga ni. Saya nak naik ke atas ni. Nak mandi." Kyril mencelah, memecahkan suasana romantis pasangan itu.
"Cemburu la tu." Zes mengusik dan berganjak ke tepi.
"Tak ada masa aku nak cemburu." Kyril segera naik ke atas.
"Kyril, tolong kejutkan budak-budak tu sekali ya. Akak nak buat sarapan ni."
"Baik!"
"Memandangkan awak dah ada ni, awak nak makan apa? Saya masakkan."
"Hmmm. Jom ke dapur tengok apa yang ada."
Zes terus mendukung Lina.
Lina terjerit kerana terkejut dengan tindakan Zes.
"Shhh... budak tu nak tidur," kata Zes kepada Lina.
Lina menutup mulutnya lalu mengangguk akur.
Mereka berdua berlalu ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.
*****
Jam 0700
"Selamat pagi," ucap Zes kepada tiga anaknya yang baru masuk ke ruangan dapur.
"Papa!"
Mereka anak-beranak saling berpelukkan.
Lina tersenyum melihat suami dan anak-anaknya.
"Dah, duduk sarapan. Nanti lambat nak ke sekolah pulak."
Mereka bertiga mengambil tempat.
Kyril memasuki ruang makan. Dia mencapai sekeping roti dan segera mahu beredar.
"Kyril, duduk sarapan dulu." Lina mempelawa.
"Tak boleh kak. Saya kena pergi awal. Budak-budak ni pun saya tak dapat nak hantarkan hari ni."
"Tak apa, biar saya yang hantarkan anak-anak. Kau pergi jelah Kyril."
"Terima kasih bang."
Zes mengangguk. Kyril segera pergi.
Beberapa minit kemudian, Zach muncul di depan laluan masuk ruang makan.
"Zach, selamat pagi. Mari duduk sarapan."
Lina berdiri dan mendapatkan remaja itu.
Remaja itu dipelawa untuk duduk di meja bersama mereka sekeluarga.
"Makan sikit ya. Semalaman kamu tak makan. Akak risau kalau apa-apa terjadi pada kamu nanti." Lina mencedokkan pasta ke dalam pinggan lalu diberikan pada Zach.
"Terima kasih."
Zach menjamu selera tanpa berkata apa.
Lina kembali duduk. Dia tersenyum melihat Zach.
Zes memandang ke arah Zach. Entah kenapa, dia dapat merasakan persamaan di antara Kyril dan Zach.
Zach yang merasakan dirinya seolah-olah diperhatikan, terus mendongak dan mencari sepasang mata yang memandangnya.
Matanya bertemu dengan pandangan Zes. Namun diendahkan dan dia terus menjamu selera.
Sementara Zes pula terkejut melihat rupa paras Zach.
"Err... anak-anak dah habis makan ke? Jom, papa hantar semua ke sekolah." Zes bersuara setelah dia merasakan sesuatu di dalam dirinya.
Tiga beradik itu segera bersiap. Bersalaman dengan Lina sebelum berlalu pergi.
Kini, tinggallah Lina dan Zach berdua saja.
"Oh, ya. Lepas ni kamu pergilah mandi, ya. Akak akan bawak kamu balik ke rumah."
Zach mengangguk akur.
Lina pula mengemas meja makan dan membersihkan dapur.
Setelah selesai makan, Zach segera membasuh pinggannya dan berlalu ke ruang tamu. Dia mengambil pakaian dan tuala yang disediakan oleh Kyril malam tadi.
"Dekat mana bilik Kyril?" Zach bertanya pada Lina yang masih di dapur.
"Oh, bilik dia dekat hujung. Depan pintu ada tergantung nama dia."
Zach mengangguk faham. Dia berlalu naik ke bilik Kyril untuk membersihkan diri.
Setelah menghantar ketiga-tiga anaknya, Zes terus memandu pulang. Dalam masa yang sama, kepalanya dipenuhi dengan tanda tanya.
Setelah sampai di rumah, Zes segera mancari Lina.
"Sayang?"
"Ya?" Lina menjengahkan kepalanya dari pintu belakang.
Zes segera mendapatkan Lina. Dia menarik Lina menjauh dari pintu.
Sebelum bersuara, dia menjengah dulu. Memastikan Zach tiada di mana-mana.
"Sayang, saya nak tanya, siapa budak tu sebenarnya?"
"Oh, nama dia Zach Kazuki. Kyril yang terjumpa dia semalam."
"Ya, yang tu Kyril ada beritahu. Tapi, bukan itu yang saya nak tahu."
Lina segera meletakkan jarinya pada bibir. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Zes.
"Saya tahu awak pun pelik dan curiga dengan budak tu. Saya ada beritahu perkara ni pada kak Diera. Katanya kita tengok dulu macam mana. Sebab akak pun yakin yang budak tu macam ada kena-mengena dengan abang Kazu dan kak Schwi.
Buat masa ni, kita buat-buat tak tahu dulu. Lagipun, saya nak pergi hantar dia lepas ni. Lepas tu nak berkenalan dengan keluarga dia. Nak tengok macam mana."
Zes mengangguk faham.
"Nak saya temankan tak?"
Lina menggeleng.
"Tak apa, awak naik la berehat ya. Awak mesti penat, kan?"
"Tak la penat sangat bila dah nampak isteri tercinta ni." Zes memicit manja hidung Lina.
"Sakitlah." Lina menepuk tangan Zes.
Zes tertawa suka.
"Saya naik atas dulu, ya. Nak mandi dan berehat."
Lina mengangguk.
Zes meninggalkan Lina.
Sementara itu, mereka langsung tidak menyedari bahawa tingkah mereka telah diperhatikan oleh Zach yang bersembunyi di balik langsir bilik Kyril. Meskipun begitu, dia langsung tidak tahu apakah yang dibualkan oleh pasangan itu.
*****
Jam 0930
Setelah bertanya pada pengawal keselamatan yang menjaga kawasan perumahan elit itu, Lina terus memandu sambil merujuk pada alamat rumah yang ada di tangannya.
Kata si pengawal, alamat itu merupakan alamat satu keluarga yang baru berpindah di kawasan perumahan itu beberapa hari yang lepas.
Disebabkan itu, Lina mengambil keputusan untuk pergi ke alamat yang tertera untuk kepastian.
Mereka berdua tiba hadapan sebuah rumah.
"Ni rumah kamu ke?" Lina bertanya pada Zach.
Zach memandang kawasan rumah itu.
Dari tingkah remaja itu, Lina menganggap bahawa dia juga tidak mengingati rumahnya sendiri.
Lina mengambil keputusan untuk masuk ke kawasan rumah itu.
Kereta diparkir di tepi jalan.
"Jom, kita tengok."
Zach akur.
Mereka berdua keluar dari kereta. Langkah diatur menghampiri pagar kecil.
Pagar itu dibuka dengan mudah memandangkan ia tidak berkunci dengan mangga.
Mereka kini berdiri di depan pintu utama.
Lina segera menekan butang loceng.
Beberapa ketika kemudian, pintu dibuka dari dalam. Seorang wanita muda yang cantik rupa parasnya muncul.
"Zach." Wanita itu terus mendapatkan Zach setelah melihatnya.
Lina tersenyum kecil. Kini yakinlah dia bahawa rumah itu adalah rumah Zach.
"Terima kasih sebab hantarkan anak saya balik. Risau saya sebab seharian dia tak balik ke rumah." Wanita itu berkata dengan riak lega terukir di wajah.
Zach tidak berkata apa. Dia terus melangkah masuk dan menghilang ke tingkat atas.
Lina memandang saja sehinggalah kelibat remaja itu menghilang di mata.
"Maaf sebab saya buatkan awak risau. Dia tidur dekat rumah saya malam tadi. Lagipun semalam saya tak dapat nak hantar dia balik sebab ada makan malam penting. Maaflah ya."
"Tak apa. Terima kasih banyak-banyak sebab dah hantarkan dia balik. Tumpangkan dia tidur lagi."
Lina tersenyum senang sambil itu, dia memandang tepat pada mata kelabu milik wanita itu.
"Oh, mana adab saya. Saya Maria Natalie." Wanita itu menghulurkan tangan untuk berjabat tangan
Lina menyambutnya.
"Saya Linarie."
"Jemputlah masuk, saya akan sediakan minumas panas untuk awak." Maria mempelawa tetamunya itu.
"Eh, tak apa. Lagipun saya nak ke kedai saya ni. Ada tempahan penting yang perlu disiapkan hari ni."
"Oh, baiklah saya faham. Sekali lagi terima kasih sebab hantarkan anak saya."
"Sama-sama."
Lina mahu berlalu pergi dan barulah dia teringatkan sesuatu. Dia berpatah balik.
"Ni nombor dan alamat rumah saya. Kalau ada apa-apa, telefon je. Tak pun datang je rumah saya kalau awak tak keberatan." Lina menghulurkan sekeping kertas.
"Terima kasih sekali lagi." Maria menerimanya lalu menunduk sedikit sebagai tanda penghargaan.
Lina segera keluar dari kawasan rumah itu dan memandu pergi.
Setelah pemergian Lina, Maria segera mendapatkan Zach yang berkurung di dalam biliknya.
"Zach, ibu masuk ya."
Pintu dibuka.
Zach kelihatan terbaring di atas katilnya.
"Zach, jangan buat ibu risau macam ni lagi tau. Risau ibu memikirkan kamu satu malam. Tak boleh tidur dibuatnya."
Zach menjeling pada Maria.
"Aku tak suruh pun kau risaukan aku." Zach berkata dalam nada dingin.
Zach mengiring membelakangkan Maria.
"Kalau tak ada apa-apa lagi, keluarlah. Aku nak tidur ni."
"Ibu ada buat sarapan. Jom makan."
"Tak perlu. Aku dah makan dekat rumah keluarga tu."
Maria diam sejenak.
"Okey la kalau macam tu. Ibu turun dulu. Kamu berehatlah, ya."
Maria berundur diri. Memberi ruang kepada Zach untuk berehat.
Setelah terdengar bunyi pintu ditutup, Zach kembali menelentangkan tubuhnya.
Dia menjeling ke arah pintu dan mendengus marah.
"Semak je," katanya lalu memejamkan matanya semula.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top