Bab 38~{Two Ultimate Zodiacs}


"Hai, Gray. Dah lama kita tak berjumpa, kan?" kata lelaki itu dengan riak muka yang serius.

Gray mula merasai ketakutan di dalam dirinya. Dia memandang ke arah tempat di mana Zach terbaring, tetapi susuk si remaja langsung tidak kelihatan terbaring di situ.

"Apa yang kau cari, Gray?" Suara seorang perempuan kedengaran dari udara.

Gray segera mendongak dan terlihat susuk Zach dipeluk erat oleh seorang perempuan.

"Nampaknya kali ni kau dah melampaui batas, Gray." Si lelaki berkata.

Pedang Gray tiba-tiba pecah menjadi seperti serpihan kaca.

Gray segera menoleh dan mahu memanggil tenteranya. Namun, tika dia menoleh, apa yang dilihatnya hanyalah  kekosong. Orang-orangnya langsung tiada di mana-mana. Apa yang ada pada pandangannya hanyalah bangunan yang dihujani dengan darah yang banyak dan darah itu juga ada pada semua kawasan.

Bangunan yang penuh dengan darah itu pula merupakan tempat di mana Gray membunuh Irene sebentar tadi.

"Apa yang terjadi?" Dia tertanya sendiri di dalam hati.

Dari ekor mata, dia terlihat satu kelibat hitam meluncur laju membelah udara. Kelibat itu kemudiannya mendarat di atas runtuhan bangunan yang berhampiran.

"Hoi! Hoi! Apa yang kau cari tu." Kelibat itu tersenyum sinis tika Gray memandang tepat ke arahnya.

"Kau..." Gray jatuh terduduk. Dia terkejut dengan kemunculan seseorang yang sangat dikenalinya.

"Direz, jangan usik dia. Habiskan je dia terus. Tangan aku ni dah gatal nak bunuh dia lepas apa yang dia dah buat dekat aku tadi." Irene bersuara.

Direz tertawa mendengar kata-kata gadis itu.

"Direz?"

"Yo! Kazu."

Kazu berkerut dahi memandang Direz.

Apa yang menghairankan Kazu adalah, yang berdiri di depan mereka kini adalah susuk seorang perempuan. Susuk perempuan itu pula mempunyai dua sisi di mana sisi sebelah kanan adalah perempuan, manakala di sebelah kiri pula adalah lelaki.

Di bahagan kiri badan, terdapat sayap di belakangnya dan matanya berwarna hitam dengan anak mata berwarna kuning keemasan. Di sebelah kanan pula hanyalah susuk Irene yang biasa.

"Hoi! Hoi! Kau nampak terkejut dengan kemunculan aku ni dah kenapa? Tak gembira ke dapat berjumpa dengan aku lepas ratusan tahun lamanya?"

Kazu menggeleng. 

"Bukan macam tu. Aku cuma terkejut dengan keadaan kau sekarang ni."

"Oh! Panjang ceritanya." Direz menggaru kepala.

"Nanti cerita. Kita ada urusan yang perlu diselesaikan sekarang ni."

Schwi mendarat di atas tanah. Wanita itu menghampiri mereka semua dalam keadaan masih memeluk erat tubuh Zach yang lemah.

Mereka semua kemudiannya memandang tepat pada Gray yang sudah terduduk di atas tanah.

Di wajah lelaki itu, terlakar jelas ketakutannya apabila melihat tiga susuk yang boleh membunuhnya dalam sekelip mata saja jika mereka mahu.

"Ibu? Ayah?" 

Mereka semua menoleh dan memandang ke arah Kyril yang berdiri tidak jauh dari mereka.

Schwi memberikan Zach kepada suaminya sebelum berlari mendapatkan Kyril. Tubuh anak lelakinya itu dipeluk dengan erat.

"Kamu dah besar sekarang." Schwi berkata sambil menahan air matanya.

Kazu menghampiri dan memeluk kedua-duanya dengan erat.

Kyril disapa rasa sebak, tetapi ditahan saja dirinya dari mengalirkan air mata.

"Jangan abaikan aku!"

Jeritan suara itu membuatkan mereka bertiga segera menoleh. Kini semua memandang tepat ke arah Gray yang menunduk saja kepalanya.

Tiba-tiba satu pentagram yang sangat besar muncul dari bawah Gray. Ia sangatlah besar dan dianggarkan besarnya itu hampir separuh besar dari Bandar Utama Kerajaan Nova.

Mereka yang lain terbang ke udara. Kazu memeluk erat tubuh Zach sebelum turut terbang ke udara.

Mereka semua terus memerhatikan tingkah Gray dengan tanda tanya.

Tiba-tiba, dari dalam pentagram itu, muncul satu demi satu cahaya yang terang dan ia menghilang beberapa saat kemudian. Dan ternyata, dari balik cahaya itu, muncul satu demi satu susuk yang serupa dengan Gray.

Direz berkerut dahi.

"Kalau seorang Gray je dah cukup buat sakit hati, ini kan pula ramai macam ni." 

Mereka yang lain mengangguk setuju dengan kata-kata Direz.

Ternyata, susuk berupa Gray yang muncul agak ramai jumlahnya dan ia hampir melitupi seluruh kawasan pentagram yang dihasilkan oleh lelaki itu.

"Woah!"

Pentagram menghilang.

"Nampaknya kita kena bunuh setiap seorang dari mereka dan cari Gray yang sebenar. Aku yakin, mereka semua tak mempunyai Core dan Gray yang sebenar je yang memilikinya." Schwi berkata dengan serius.

Mereka semua mengangguk setuju.

"Tapi kita kena pastikan tiada seorang pun yang terlepas. Tapi, dengan jumlah mereka yang ramai dan jumlah kita ni, ia agak mustahil untuk pastikan tak ada seorang pun yang terlepas," kata Kazu.

Tiga dewasa itu mengeluh sesama sendiri.

Sementara mereka membincangkan sesuatu, Kyril pula tergelam dalam dunianya sendiri. Dia memandang sekeliling bandar itu dengan perasaan sedih dan marah. Pandangannya kemudian beralih pada Zach yang masih tidak sedarkan diri di dalam pelukan ayahnya.

Senyuman kecil terukir di bibir tika melihat situasi itu. Kemudiannya, pandangan ditundukkan, memandang tepat ke arah Gray dan klonnya yang berada di bawah sana.

Lelaki muda itu memikirkan sesuatu yang mungkin boleh dilakukannya untuk menghentikan serangan dan cubaan melarikan diri yang cuba dilakukan oleh Gray. Jika tak mampu menghentikan serangan Gray sekalipun, dia berharap agar dapat mengurangkan kemusnahan ke atas Kerajaan Nova.

Sedang Kyril leka berfikir, tiba-tiba dia perasan akan sesuatu. Si lelaki muda itu memandang sekeliling. Di wajahnya terpampang jelas tanda tanya akan apa yang berlaku.

Semua yang ada di sekelilinganya terhenti. Masa seolah-olah dihentikan dan situasi itu sama seperti semasa pertama kali Kyril bertemu dengan seorang lelaki yang menjemputnya ke Kerajaan Zodiak.

"Apa yang terjadi?" Kyril bertanya sendiri.

Tiba-tiba sekelilingnya berubah menjadi gelap buat beberapa saat dan satu cahaya muncul, menyuluh tepat ke arah Kyril.

Kyril terus memandang sekeliling dengan rasa keliru menguasi dirinya.

Bahu kiri Kyril tiba-tiba bercahaya dan lelaki itu segera menoleh, memandang ke arah bahunya. Pandangan Kyril tergganggu lagi apabila satu lagi cahaya muncul di dalam kegelapan itu. 

Di depannya kini, terdapat Core milikya terapung di depan mata. Lambang Aries yang terdapat di dalam Core itu bercahaya. Kemudiannya, kedua-dua lambang miliknya yang ada di dahu serta di dalam Core itu muncul di depan mata dan ia membesar sehinggalah menghasilkan dua susuk yang berlainan.

Cahaya menghilang. Dua susuk itu memandang tepat ke arah Kyril.

Seorang adalah perempuan dan lambang Aries terpampang jelas di pipi sebelah kanannya. Wajah perempuan itu sangat bersih dan cantik. Senyuman pula terukir cantik di bibirnya yang memerah.

Sementara seorang lagi adalah susuk seorang lelaki. Lambang Scorpio terukir di belakang tangan kirinya. Wajah lelaki itu serius dan tiada secebis senyuman pun terukir di bibirnya.

"Woah! Scorpio! Tak sangka aku akan berjumpa dengan kau dekat sini." Si perempuan berkata dengan teruja.

"Tch! Kau ni terlalu bisinglah." Si lelaki membalas dengan riak jengkel di wajah.

Si perempuan tertawa. Dia kelihatan seronok dapat mengusik si lelaki.

Kyril memandang kedua-dua mereka dengan tanda tanya.

"Errr. Maaf menyampuk. Tapi, siapa korang berdua ni?" Kyril mencelah dan kedua-dua mereka terus menumpukan perhantian mereka pada lelaki muda itu.

"Oh! Ni kali pertama kita berjumpa. Memang patutlah kau tak kenal kami. Maaf sebab tak perkenalkan diri dulu. Aku adalah Aries dan dia adalah Scorpio." Si perempuan berkata dengan nada cerianya.

"Korang berdua ni apa?"

"Kami adalah zodiak milik kau. Dalam erti kata lain, kami berdua juga adalah Ultimate milik kau."

"Ultimate?"

"Kata mudahnya adalah, kami adalah kuasa akhir kau. Macam apa yang kau pernah nampak sebelum ni." Scorpio bersuara serius.

"Aku pernah nampak sebelum ni?" Kyril bertanya keliru. Sejujurnya, dia langsung tidak sedar bahawa dirinya pernah melihat kuasa seperti itu sebelum ini.

"Macam apa yang terjadi pada Maria. Rantai yang keluar dari tubuhnya dan letupan yang dihasilkan oleh diri dia. Itu adalah Ultimate miliknya," kata Aries.

"Dan juga apa yang dilakukan oleh Gray. Klon miliknya itu adalah Ultimate dia." Scorpio menyambung.

Kyril mengangguk faham setelah diberi situasi begitu.

"Jadi, kenapa kau berdua tiba-tiba muncul?"

"Eh?! Aku ingat kau yang panggil kami?" Kekelirun terukir di wajah Aries.

Saat itu, barulah Kyril tersedar. Sebentar tadi fikirannya melayang memikirkan rancangan dan dalam tidak sedar dia telah menyeru kedua-dua Ultimate zodiak miliknya.

"Err. Sejujurnya, aku sendiri pun tak tahu apa Ultimate milik aku. Aku tak pernah lalui dan gunakannya sebelum ni." Kyril berkata jujur.

Scorpio dan Aries berbalas pandangan sebelum memandang pada Kyril semula.

"Ni sebabnya kenapa aku tak suka berurusan dengan budak mentah." Scorpio menekup mukanya.

"Bukan salah aku kalau aku tak tahu apa-apa. Lagipun aku yakin, kau sendiri pun tahu yang aku ni dibesarkan oleh manusia biasa dan aku ni tak didedahkan dengan benda semua ni." Kyril kelihatan marah apabila Scorpio seolah-oleh menyalahkan dirinya atas sesuatu yang tidak diketahuinya.

"Tch! Nampak gayanya kita terpaksa duduk dalam tempat ni dan jelaskan semuanya pada budak ni. Menyusahkan."

"Tsk!" Kyril berasa geram dengan tingkah Scorpio yang menyakitkan hati.

"Bertenang, Scorpio. Tak perlu terburu-buru. Aku tahu banyak benda yang perlu kita jelaskan pada Kyril. Tapi buat masa ni, kita akan beritahu apa yang penting je dulu dan bagi Kyril untuk memutuskan tindakannya selepas ni." Aries berkata sambil menepuk-nepuk bahu Scorpio dengan mesra.

"Tch!" Scorpio menoleh ke sisi.

Aries tersenyum senang. Dia kembali memandang Kyril.

"Baiklah, mari kita mulakan perkara ni." Aries kelihatan teruja manakala dua lelaki itu pula sudah berpeluk tubuh dan memalingkan wajah, tak mahu memandang antara satu sama lain.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top