Bab 37~{I Will Kill Everyone}
Perlawanan di antara Kyril dan Zach sangatlah sengit, hinggakan mereka yang bertarung di bawah, dapat melihat dengan jelas pancaran cahaya kuasa yang dihasilkan oleh mereka berdua.
Tidak cukup dengan perlawanan di udara, mereka berdua keluar dari balik awan gelap dalam keadaan menjunam.
Kyril berada di hadapan, sementara Zach mengejarnya dari belakang. Dalam masa yang sama, si remaja turut melepaskan beberapa serangan berbentuk bebola kuasa.
Tetapi, Kyril dapat mengelak setiap serangan yang dilakukan. Bebola kuasa yang dihasilkan itu pula akan tersasar, terkena pada bangunan dan ia menghasilkan letupan yang kuat.
Kejadian kejar-mengejar itu terus berlaku sehinggalah tiba-tiba Kyril berhenti dari terbang dan muncul di hadapan Zach secara tiba-tiba.
Zach tekejut dengan tindakan mengejut itu. Dia cuba menghentikan dirinya daripada merempuh Kyril. Tetapi, tiba-tiba saja tubuhnya kaku dan tidak mampu digerakkan.
Kyril menghampiri si remaja lelaki.
Zach yang tidak mampu bergerak hanya mampu mendengus marah.
Cahaya kilat kembali menerangi langit dan ia menyambar ke tanah. Keadaan sama berlaku seperti sebelum perlawanan di antara dua beradik itu bermula.
Sambaran kilat itu membuatkan Kyril berundur sedikit dari Zach. Ini kerana, kilat itu seolah-olah cuba menyambar tubuhnya dan menjauhkan dirinya dari terus mendekati Zach.
"Tch!" Kyril berdecit marah.
Tanpa berfikir panjang, Kyril segera menerpa ke arah Zach. Cahaya kilat yang muncul di depannya dirempuh dengan selamba dan kuasa kilat itu diserap ke dalam tubuhnya.
Leher Zach dicengkam kemas.
"Aku akan bebaskan kau, Zach."
Lingkaran hitam yang mengelilingi leher Zach mengeluarkan cahaya hitam dan ia kemudiannya berubah warna menjadi biru dan terbakar. Lingkaran itu serta-merta menghilang.
Kyril melepaskan cengkamannya dari leher Zach.
Si remaja lelaki itu pula hanya tertunduk dalam keadaannya tubuhnya mengeluarkan asap hitam.
"Zach." Kyril memanggil perlahan.
Zach mendongak. Warna matanya kembali kepada asal dan ia membuatkan Kyril lega melihat rancangannya berjaya.
Tika si lelaki mahu menghampiri si adik, tiba-tiba ribuan pedang terhasil dari belakang si adik. Semua pedang itu menghala ke arah Kyril.
"Perlawanan kita belum berakhir lagi, Kyril." Mata kanan Zach yang berwarna hazel bercahaya dengan terang.
Kyril mengukirkan senyuma sinis.
"Ya, perlawanan kita belum tamat lagi."
*****
Khaaled, Layla dan Irene sudah tidak bertenaga lagi. Mereka bertiga sudah tidak mampu untuk berlawan lagi. Musuh mereka terlalu ramai jika dicampurkan dengan kedua-dua tentera Roze dan juga tentera Zodiak.
Masing-masing sudah tercungap-cungap dan tak mampu berdiri lagi. Masing-masing juga sudah cedera sana sini dan darah membasahi pakaian masing-masing.
Gray yang melihat keadaan mereka bertiga, mengambil kesempatan itu untuk datang menghampiri tiga susuk itu. Dia mendarat di atas bangunan tempat di mana Khaaled, Layla dan Irene berada.
Mereka bertiga hanya mampu memandang tingkah si lelaki. Mereka sudah tidak mampu dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa.
Gray menghampiri Irene yang duduk melutut di atas lantai dengan sokongan pedangnnya.
Gadis itu kelihatan tercungap-cungap kepenatan.
Si lelaki melutut di hadapan si gadis dan pipinya kemudian dicengkam erat sehinggakan kuku si lelaki menembusi kulit pipi si gadis.
Irene meringis kesakitan. Tetapi pandangannya masih tajam dan tepat menikam wajah Gray dengan penuh kebencian.
"Seingat aku, kau adalah budak perempuan yang berani tikam aku beberapa kali sebelum ni, bukan? Tapi, siapa kau yang sebenarnya?" Gray bertanya dengan pandangan mata menikam tajam ke dalam anak mata Irene.
Irene tidak menjawab persoalan si lelaki.
"Tsk!" Gray kembali berdiri dan tanpa teragak-agak, dia melepaskan satu sepakan kuat pada muka Irene.
"Irene!" Layla cuba untuk mendapatkan Irene.
Tetapi cubaannya itu gagal apabila tiba-tiba muncul rantai dari lantai dan ia mengikat kemas kedua-dua belah tangan dan kakinya. Khaaled juga turut sama dirantai kemas.
Irene yang terbaring di atas lantai cuba untuk bangkit semula, tetapi kepalanya dipijak oleh Gray.
"Macam mana pedang ni boleh ada pada kau?" Gray mencacakkan pedang merah yang digunakan oleh si gadis di depan mukanya.
Hampir saja permukaan pedang yang tajam itu menghiris hujung hidung Irene.
Khaaled dan Layla yang menyaksikan situasi itu tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu melihat saja dengan perasaan marah yang terpendam di dalam hati.
Sekali lagi, soalan Gray langsung tidak dijawab oleh Irene. Tingkah si gadis ternyata membuatkan si lelaki naik angin.
"Kalau kau nak diam sangat, apa kata aku bunuh je kau."
Gray mengangkat pedang dan menghalakannya pada leher Irene yang terdedah.
Irene yang diam membisu hanya mampu mengetap gigi, menahan perasaannya.
"Baiklah, kalau ini yang kau mahukan."
Gray mengangkat pedang itu beberapa inci dari leher Irene.
Tika itu, Irene melihat Kyril dan Zach menjunam jatuh ke tanah dalam keadaan Kyril memeluk erat tubuh Zach.
Irene tersenyum kecil melihat situasi itu. Dia gembira buat dua beradik itu kerana mereka akhirnya dapat kembali bersatu.
Pandangan Irene kabur. Dia dapat merasakan ketajaman pedang menikam lehernya. Ia dicucuk pada leher sebelah kiri dan tembus sehingga ke leher sebelah kanan. Tidak cukup dengan itu, Gray sengaja membenamkan pedang itu pada lantai bangunan, seolah-olah mahu memaku pergerakan Irene dari melepaskan diri.
Darah membuak-buak keluar dari kesan tikaman itu dan menghasilkan lopak darah yang banyak.
Irene dapat merasakan darahnya pada pipi. Pandangan dan pendengarannya semakin hilang fungsinya.
Apa yang dia dengar hanyalah jeritan Khaaed dan Layla yang kedengaran semakin menjauh sebelum menghilang sepenuhnya
Pendengaran, pandangan serta deria rasanya terus menghilang. Namun, dia masih dalam keadaan separuh sedar dan sangat lemah.
"Irene."
Satu suara berbisik perlahan.
Dari kegelapan itu, Irene dapat melihat dengan jelas, sepasang tangan dihulurkan padanya.
"Bukankah aku dah berjanji akan lindungi kau? Dan aku akan tetap tunaikannya walau dalam apa keadaan sekali pun."
"Direz." Irene menyambut huluran tangan itu dan semuanya hilang dalam kegelapan.
Melihatkan keadaan Irene yang tidak lagi bernafas, Gray tesenyum puas. Dia kemudiannya memandang ke arah Khaaled dan Layla dengan senyuman sinis terukir di bibir.
"Jangan risau, aku akan bawa kau berdua berjumpa dengan dia sekali," kata Gray lalu menghadap orang-orangnya yang masih ada.
"Bunuh mereka berdua. Mereka tak ada gunanya bagi aku," arah Gray pada mereka semua.
Mereka semua mengangguk faham.
Gray terbang pergi. Dia perlu mendapatkan si dua beradik dan melihat situasi mereka berdua.
*****
Kyril hanya terkaku kerana terkejut melihat perubahan pada Zach.
Tika itu, tiba-tiba dia terdengar derap kaki menghampiri dan Kyril segera menoleh untuk melihat gerangan siapakah itu.
Gray semakin menghampiri dan Kyril berdiri di depan Zach dengan tujuan menghalang si lelaki dari terus menghampiri adiknya.
Langkah Gray berhenti. Lelaki itu berdiri beberapa meter dari dua beradik itu. Senyuman sinis terukir di bibirnya.
"Kau fikir kau boleh halang aku, Kyril?"
Kyril mengetap gigi.
"Apa yang kau dah buat pada Zach?!" Kyril bertanya dalam nada marah dan suara yang lantang.
"Tak perlu kau tahu." Senyuman sinis masih terukir di wajah lelaki itu.
Gray membuka langkah menghampiri.
Kyril bersedia untuk sebarang kemungkinan.
Tiba-tiba Kyril merasakan satu tenaga menarik dirinya dari bawah.
Lelaki itu terus jatuh melutut dan tak mampu untuk berdiri semula.
Gray berdiri di hadapan Kyril.
Kyril mendongak dengan payah.
Satu sepakan singgah tepat pada muka Kyril.
Kyril terjatuh kesakitan dan dia tidak dapat bangun semula disebabkan tenaga graviti yang menarik tubuhnya.
"Jangan sibuk urusan aku," kata Gray tanpa emosi di wajah.
Setelah itu, Kyril ditendang dengan kuat sehingga tercampak lelaki itu.
Gray memandang ke arah tempat Kyril terhempas. Senyuman puas terukir di bibirnya apabila melihat penderitaan Kyril.
Tika dia menoleh untuk melihat Zach, tiba-tiba si lelaki dapat merasakan sesuatu menembusi tubuhnya.
Gray memandang tajam pada Zach.
"Apa yang kau cuba lakukan?" Gray bertanya dengan tenang.
Zach tidak menjawab. Dia memandang tepat ke arah Gray dengan riak marah terlakar jelas di wajahnya.
"Kau perdaya aku. Jadi, ini adalah rancangan Kyril dengan kau, ya."
*****
Flashback
Ketika Kyril dan Zach melayang jatuh dari udara, Kyril mengatakan sesuatu pada Zach.
"Aku akan letakkan lakaran yang sama dengan apa yang Gray letakkan pada kau."
"Ha?! Kenapa? Kau cuba nak kawal aku pulak ke apa?" Zach bertanya marah.
"Bukanlah! Aku nak kau buat sesuatu untuk aku. Aku nak kau pura-pura dikawal oleh dia, boleh?"
"Kenapa pulak? Aku dah bebas, kenapa aku kena ikut cakap dia lagi?" Zach kelihatan tidak berpuas hati dan tidak setuju dengan idea Kyril itu.
"Kau tak faham lagi ke?! Dengan cara tu je kita dapat serang hendap dia dengan serentak."
"Tch!"
Akhirnya Zach terpaksa akur dengan idea itu dan mereka akhirnya terhempas ke tanah.
End Flashback
*****
"Keturunan kau memang suka menyusahkan aku sejak dari dulu lagi."
Gray menggenggam erat lengan Zach yang menembusi tubuhnya.
Zach panik. Dia cuba untuk menarik keluar tangannya, namun cubaannya itu hanyalah sia-sia. Cengkaman Gray terlalu kemas dan kuat.
Gray menarik keluar tangan Zach dan terus mematahkan lengan remaja itu.
"Argh!" Zach menjerit kesakitan, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana tubuhnya tiba-tiba saja tidak dapat digerakkan.
Gray mendekatkan wajahnya pada leher Zach. Dia meneliti lakaran hitam yang mengelilingi leher si remaja lelaki.
"Hmmm. Ni bukan aku punya."
Lakaran itu menghilang.
"Aku sepatutnya tahu yang kau ni memang tak berguna."
Gray mencengkam leher Zach dan mengangkat remaja itu.
"Dan kau sepatutnya dimusnahkan saja sejak dari awal seperti yang lain."
Tubuh remaja itu dicampak ke udara. Gray muncul di depan Zach dan menumbuk perut Zach dengan kuat. Akibat dari serangan itu, Zach menjunam jatuh ke tanah dengan kuat sehinggakan terhasilnya kawah.
Gray berdiri di sebelah Zach yang kaku dan terbatuk darah.
"Aku akan bunuh kau dulu dan seterusnya ahli keluarga kau yang lain akan ikut jejak kau sekali."
Sebilah pedang yang besar terhasil di genggaman Gray.
Zach menggigil ketakutan.
Pedang itu kelihatan sangatlah tajam dan mungkin mampu membunuh pihak lawan dengan sekali libasan saja.
"Mungkin aku akan ambil kuasa kau, memandangkan kau langsung tak tahu cara untuk menggunakannya."
Pedang diangkat tinggi dan sasarannya adalah leher Zach.
Saat Gray mahu menebas leher Zach, tiba-tiba muncul satu angin yang sangat kuat sehingga ia menerbangkan debu dan pasir di kawasan itu.
Disebabkan kejadian itu, Gray membatalkan niatnya. Dia munutup mukanya dengan tangan sambil memandang sekeliling, cuba mencari punca angin itu.
KRAK!
Bunyi retakan yang kuat itu membuatkan Gray menoleh dan memandang ke arah pedangnya.
Matanya membulat apabila melihat permukaan pedangnya yang retak. Dia kemudiannya mendongak dan memandang tepat ke arah seorang lelaki yang berdiri beberapa meter darinya.
"Hai, Gray. Dah lama kita tak berjumpa, bukan?" kata lelaki itu dengan muka yang serius.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top