Bab 36~{War}
Beberapa ketika kemudian, bandar itu telah dikepung sepenuhnya oleh Puak Zodiak, di udara dan tentera Roze, di darat.
Gray dan tenteranya berhenti di udara. Mereka tidak mampu memasuki ruang udara bandar utama itu. Ia seolah-olah dihalang dan dilindungi oleh satu kuasa yang kuat.
Si lelaki menghampiri pelindung jernih itu. Dia menyentuh permukaan pelindung itu dan memikirkan jalan untuk memecahkannya.
"Macam mana pelindung macam ni boleh ada dekat kerajaan ni. Tak mungkin ia datang dari Kyril. Budak tu bukannya tahu apa-apa pun." Gray tertanya sendiri di dalam hatinya.
Tiba-tiba pandangannya terarah pada tiga susuk yang sedang terbang di bahagian dalam pelindung itu. Tiga susuk itu mendarat di atas sebuah bangunan yang tinggi dan tika itu, Gray terperasan akan satu susuk lain yang sedang berdiri, seolah-olah menunggu kedatangan tiga orang tadi.
Dari tempat lelaki itu berada, dia dapat melihat dengan jelas tingkah mereka berempat, meskipun dia tidak dapat mendengar perbincangan mereka.
Sedang Gray memerhatikan mereka semua, tiba-tiba matanya membulat luas. Dia terkejut dengan sebilah pedang yang dikeluarkan oleh si gadis yang menunggu tadi.
"Tak. Tak mungkin ini berlaku. Macam mana pedang tu boleh ada dekat dia?"
.
.
.
.
.
"Direz." Kyril, Khaaled dan Layla mendarat di atas bangunan dan menyapa Direz.
Susuk itu berpaling dan Kyril perasan bahawa Direz dan Irene sudah bertukar tempat.
"Irene. Mana Direz?" Kyril bertanya. Sejujurnya, dalam situasi sekarang, mereka sangat memerlukan bantuan Direz dan arahan dari lelaki itu.
"Dia hanya akan memantau dari dalam je. Dia tak mahu terlalu menonjolkan diri," beritahu Irene dengan tenang.
Kyril mengangguk faham.
Irene tiba-tiba mengeluarkan sebilah pedang dari belakangnya.
Pedang itu adalah pedang yang sama Irene gunakan semasa malam Kyril diserang.
Pedang hitam dengan lakaran merah di atas permukaannya.
"Boleh abang tahu, apa fungsi pedang tu, Irene. Kamu pernah gunakannya untk mengugut orang yang cuba bunuh abang malam tu. Dan mereka nampak sangat takut bila nampak pedang tu. Ada apa-apa ke dengan pedang tu?" Kyril bertanya ingin tahu. Ini kerana, dia dapat merasakan aura yang kuat pada pedang itu.
Bukan itu saja, lihat saja pada pedang itu saja, bulu romanya serta merta berdiri tegak. Rasa takut muncul tatkala melihatnya.
Irene melihat pedang itu dan mengusap permukannya.
"Ini adalah pedang yang digunakan oleh Direz untuk membunuh orang-orang Zodiak dan Angel yang sesat dekat dunia manusia. Lingkaran merah pada permukannya adalah bukti mengalirnya darah mereka pada pedang ini.
Mereka tidak akan sembuh jika tercedera disebabkan oleh pedang ini. Bukan tu saja, pedang ini juga boleh memusnahkan Core yang dimiliki oleh Puak Zodiak. Cuma tikam saja pada jantung mereka dan lepaskan kuasanya, Core yang tersimpan mahupun disembunyikan dengan kemas pun boleh musnah dalam sekelip mata saja," beritahu Irene dengan panjang lebar tentang kemampuan pedang itu.
Kyril terus terdiam. Patut saja dia berasa gerun tiap kali memandang pedang itu. Ia mempunyai aura yang sangat kuat dan menggerunkan.
"Aku akan turunkan pelindung tu. Aku nak kau semua bersedia." Direz berkata pada Irene dari dalam diri si gadis.
Irene mengangguk faham dan memberitahu mereka yang lain tentang amaran yang diberitahu oleh Direz.
Mereka semua mengangguk faham dan berdiri dengan gaya sedia.
Pelindung dihilangkan secara perlahan-lahan.
Gray tersenyum sinis. Dia sudah terlalu yakin bahawa kemenangan akan berpihak kepadanya, memandangkan lawannya hanyalah empat budak mentah, manakala tenteranya mempunyai jumlah yang berlipat kali ganda lebih kuat.
Hilang saja pelindung yang melindungi kerajaan itu, Gray terus mengarahkan tenteranya untuk melepaskan serangan terhadap mereka berempat.
Orang-orang Gray terbang laju, menerpa ke arah empat orang muda itu.
*****
Sementara itu, di bahagian lain pula, Diera kini berdiri di atas tembok dengan megahnya.
Wanita itu sudah siap dengan baju perisainya yang berwarna perak dan terdapat lambang bunga emas di bahagian dadanya.
"Nampaknya kau telah melampaui batas, Raja Noir." Diera bersuara lantang.
"Ini adalah akibat kerana mempermainkan aku!" Raja Noir berteriak kuat.
Diera memejamkan matanya seketika sebelum kembali membukanya luas.
"Baiklah, kalau ini yang tuanku mahukan. Tapi tuanku jangan harapkan belas kasihan dari saya sebab semua ini adalah apa yang tuanku sendiri mahukan." Diera berkata dengan tenang, namun terselit ketegasan di dalam nada suaranya.
Raja Noir tersenyum penuh angkuh.
Si raja segera mengarahkan tenteranya untuk menyerang dan cuba memecah masuk bandar itu.
Diera dan tenteranya hanya memerhatikan saja cubaan mereka dari atas tembok.
"Tuanku, mereka akan masuk ke dalam bandar jika kita biarkan saja mereka." Salah seorang dari pengawal berkata dengan suara panik.
Masing-masing risau apabila melihat ketenangan yang dipaparkan oleh permaisuri mereka.
Gerbang masuk berjaya dipecahkan.
Pada tika itu juga, Diera menarik keluar pedangnya dari sarung. Dia mengusap pedang itu dengan jari telunjuk dan jari tengahnya.
Pedang itu kini melintang di depan matanya. Pegangannya diperkemaskan.
"Schwi, berikan aku kekuatan kau," kata Diera di dalam hati.
Pedang Diera tiba-tiba bercahaya kehijauan.
Tanpa teragak-agak, Diera mencampakkan pedangnya ke arah tentera Roze yang mula maju, memasuki kawasan bandar.
Pedang itu tertusuk di atas tanah. Rekahan tiba-tiba terhasil di sekeliling pedang itu dan sebatang pokok yang besar tiba-tiba keluar dari rekahan tersebut.
Semua terkedu melihat kejadian itu.
Akar pokok menjalar keluar dan melilit semua musuh yang berhampiran dengannya. Tubuh mereka kemudiannya dicampak ke arah rakan mereka sehingga ia menyebabkan mereka semua terjatuh.
Pedang yang dicampak kembali semula ke tangan Diera.
Orang-orang Diera terkedu dan terkelu lidah. Mereka semua terkejut dengan apa yang mereka saksikan. Masing-masing langsung tidak menyangka bahawa permaisuri mereka menyimpan satu kuasa yang hebat.
Diera memandang orang-orangnya.
"Tangkap mereka dan serang yang selebihnya. Jangan biarkan walau seorang pun terlepas!" kata Diera dengan tegas dan kuat.
Mereka semua akur dan berlari turun dengan senjata masing-masing.
Maka, berlakulah kejadian tembak menembak di antara tentera Nova dan tentera Roze.
Diera yang masih berdiri di tempatnya, terus mendongak memandang ke langit.
Di udara pula kini sedang berlakukanya pertarungan di antara empat orang pemuda dengan ratusan tentera dari Zodiak. Meskipun dengan jumlah yang sedikit, mereka kelihatan masih bersemangat dan kuat untuk melawan musuh mereka.
*****
Kyril dan Khaaled bertarung di udara. Dua lelaki itu terbang di udara dan dalam masa yang sama, menyerang dan mengelak setiap serangan yang dilakukan oleh pihak musuh.
Sementara itu, Layla dan Irene hanya mempertahankan diri dari atas bangunan tempat mereka berdiri.
Layla menembak seorang demi seorang pihak musuh, sementara Irene melindungi gadis itu dari menjadi sasaran pihak musuh.
Gray yang hanya melihat perlawanan itu dari jauh, mula berasa tidak senang apabila melihat orang-orangnya yang tumpas di tangan empat orang remaja mentah dengan begitu mudah sekali.
Apa yang membuatkannya lebih risau adalah, apabila melihat pedang yang digunakan oleh Irene untuk menikam dan menebas seorang demi seorang tenteranya.
Pedang itu semakin memerah warnanya setiap kali darah orangnya terkena pada permukaan pedang tersebut dan aura yang dihasilkan pedang itu semakin kuat dan menakutkan. Pedang itu juga semakin kuat apabila dilibas dan dikenakan darah pada permukaannya.
"Tch! Aku kena lakukannya sekarang juga." Gray terpaksa menggunakan rancangannya untuk melumpuhkan serangan mereka berempat.
Tiba-tiba langit menjadi semakin gelap. Cahaya kilat kelihatan menerangi dan memancar di sebalik awan hitam yang memenuhi langit.
Tingkah semua yang sedang bertarung terhenti seketika. Mereka semua mendongak memandang langit.
Pancaran kilat yang banyak itu tiba-tiba memanah kawasan bandar. Ia memanah ke tanah dan ia memusnahkan bandar itu sedikit demi sedikit.
Setiap kali ia terkena pada mana-mana bangunan, bangunan itu pasti akan meletup dan hancur serta-merta.
Mereka yang berada di bawah turut terkena tempiasnya. Ada juga yang mati kerana terkena renjatan elektrik yang bervoltan tinggi itu.
Melihatkan kejadian itu, Layla segera menghasilkan pelindung dan melindungi dirinya dan Irene.
Kyril pula segera terbang mendapatkan Diera dan melindungi wanita itu daripada serangan tersebut.
Dia memeluk erat tubuh Diera.
"Apa yang terjadi, Ky?" Diera bertanya ketakutan. Cahaya kilat dan pancarannya yang terang membuatkan suasana itu menyeramkan dan menakutkan bagi Diera.
"Saya tak pasti, bonda," kata Kyril sambil mendongak memandang awan gelap. Tingkahnya seperti sedang mencari seseorang di udara.
Diera memandang wajah Kyril. Hati keibuannya tahu, ada sesuatu yang tidak kena. Jika tidak, masakan wajah Kyril akan bekerut dan kerisaun terlakar jelas di wajahnya.
"Kyril." Khaaled muncul di sebelah mereka dua beranak.
"Khaaled, jagakan bonda aku. Aku kena urusakan sesuatu sekejap." Kyril terpaksa memberikan tanggungjawab untuk melindungi Diera kepda Khaaled.
Khaaled mengangguk faham.
"Izinkan saya, tuanku." Khaaled menghulurkan tangannya.
Diera mendongak memandang wajah Kyril. Dia menekup pipi si anak dan memandang tepat ke dalam anak mata si anak.
"Hati-hati."
Kyril tersenyum kecil.
"Baiklah, bonda." Kyril menggenggam tangan kanan Diera dan menciumnya lembut.
Wanita itu kemudiannya melepaskan Kyril dan menyambut huluran tangan Khaaled.
Khaaled terus menarik si permaisuri ke dalam pelukannya.
"Maafkan saya, tuanku." Khaaled berkata kerana risau jika wanita itu tidak selesa dengan caranya.
Diera hanya menggeleng tanda tidak kisah. Dia tahu, lelaki muda itu lakukannya untuk melindungi dirinya.
Kyril memandang wajah Diera buat kali terakhir sebelum terbang ke udara. Lelaki itu terbang tinggi ke udara dan melepasi beberapa lapisan awan hitam yang melindungi langit.
Dia terus naik tinggi ke udara sehinggalah satu ketika, dia berhenti terbang. Lelaki itu kini berada di lapisan tengah awan itu
Kyril menoleh-noleh, mencari dan cuba mengesan kedudukan aura seseorang yang berada di balik awan gelap yang tebal itu.
Ketika dia sedang menoleh dan leka, tiba-tiba satu tusukan yang tajam terasa menembusi di bahagian sisi kiri badan.
Kyril menunduk dan terlihat sebilah pedang kilat menembusi sisi badannya. Dia segera menoleh dan menghadap si pelakunya.
"Zach." Kyril memanggil nama remaja lelaki itu.
Namun, si remaja langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi di wajah.
Kyril memandang keadaan si remaja. Dari pandangannya, dia melihat anak mata Zach yang bercahaya keemasan. Sayapnya juga berwarna kelabu dan kuning keemasan di hujung pelepahnya. Bukan itu saja, ada sesuatu yang lebih menarik perhatian Kyril, iaitu, satu lingkaran hitam yang mengelilingi leher Zach.
Sejujurnya, Kyril sendiri pun tidak tahu apakah lingkaran hitam tersebut. Tetapi apa yang dia pasti, ia tidak pernah ada di situ sebelum ini. Dan kemungkinan, lingkaran itu yang mengawal si remaja dan ia mungkin juga berkait dengan Gray.
Kyril mencabut pedang yang tertusuk pada badannya. Dia menggenggam erat pedang itu dan ia meresap masuk ke dalam tubuh Kyril. Luka pada lelaki itu turut sembuh serta-merta.
Lelaki itu kemudiannya menghulurkan tangan kanannya ke sisi dan sebilah pedang terhasil. Hulu pedang digenggam kemas dan hujungnya dihalakan ke arah Zach, bagi tujuan mencabar remaja lelaki itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top