Bab 35~{The Start of Fight}
Seminggu kemudian
Seperti kebiasaan, Kyril selesai berlatih dengan Direz dan kini dia sedang berehat di dalam perpuastakaan.
Seminggu berlalu dengan sangat pantas dan Kyril telah mempelajari banyak benda baru dari Direz. Cumanya, dia masih tidak tahu apakah kuasa utamanya. Direz juga tidak dapat membantu untuk mencari apakah kuasa tersebut.
Disebabkan penat dan kebuntuan, ia membawa Kyril dalam situasi sekarang. Bermalas-malasan di dalam perpustakaan dengan buku menutup mukanya.
"Kyril?" Diera memasuki ruang perpustakaan dan mencari kelibat anaknya itu.
Panggilan si ibu tidak disahut. Diera mencari Kyril di celah-celah rak buku yang ada di dalam ruang itu.
Setelah beberapa ketika mencari, Diera menjumpai Kyril dicelah-celah rak buku. Lelaki muda itu sedang berbaring dengan buku menutupi mukanya.
Diera menggeleng melihat gaya tidur anaknya itu. Dia menghampiri si lelaki dan duduk bersimpuh di sebelah kepalanya.
"Kyril, bangun." Diera mengalihkan buku yang menutupi mukanya.
"Mama." Perkataan itu terluncur dari mulut Kyril apabila Diera mengalihkan buku itu.
Diera serta-merta terkaku. Perkataan itu menampar dirinya dan membuatkan dia tersedar akan sesuatu.
Kenyataan itu membuatkan jantungnya berdegup laju dan hatinya berasa sangat sebak.
Diera menahan dirinya dari mengalirkan air mata. Dia mengukirkan senyuman yang manis di bibir dan cuba untuk mengejutkan Kyril sekali lagi.
Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya Kyril terjaga juga.
Si lelaki perlahan-lahan membuka matanya. Dia menoleh dan memandang tepat pada wajah Diera yang dihiasi dengan senyuman.
"Oh! Bonda." Kyril segera duduk dan menghadap Diera.
"Kamu nampak penat. Kamu tak apa-apa ke?" Diera bertanya dalam nada risau.
Kyril mengukirkan senyuman.
"Bonda jangan risau, Kyril tak apa-apa. Lagipun, kerja keras Ky ni tak sia-sia tau!" Kyril berkata dengan bangga.
"Ya? Apa yang kamu dapat dari kerja keras kamu selama seminggu ni?" Diera bertanya ingin tahu.
"Ky dapat tahu macam mana nak kawal kebolehan yang Ky ada. Ky jugak sekarang dah boleh terbang dengan baik." Kyril berkongsi dengan suara yang teruja.
Diera tersenyum melihat tingkah Kyril. Lelaki itu langsung tidak berubah. Tingkahnya masih seperti kanak-kanak tiap kali mereka berdua bersendirian.
Kyril terus menceritakan apa yang dilaluinya sepanjang seminggu yang lalu.
Mendengarkan setiap satu perkongsian dari Kyril itu, semakin Diera sedar kenyataan yang sebenarnya. Hakikat siapakah Kyril yang sebenar dan hakikat yang Kyril bukanlah anaknya dan tak mungkin akan bersamanya sepanjang hidup.
"Bonda?" Kyril memanggil Diera.
Wanita itu kelihatan sedang tenggelam di dalam dunianya sendiri. Termenung jauh dan langsung tidak mendengari cerita yang dikongsikannya itu.
"Bonda." Kyril mengambil keputusan untuk menyentuh bahu Diera.
Diera tersentak dan serta-merta memandang tepat pada wajah Kyril yang diselebungi dengan kekeliruan.
"Bonda termenungkan apa tu?" Kyril bertanya dengan kerutan di dahi.
Diera kembali mengukirkan senyuman manis di bibirya.
"Tak ada apa, sayang." Diera mengusap kepala Kyril dengan lembut.
Kyril tersenyum senang. Suka dirinya apabila dimanjai Diera.
Sedang mereka berdua bersenang-senang meluangkan masa bersama dan berkongsi cerita, tiba-tiba mereka didatangi oleh seorang pengawal diraja.
Pengawal itu mendatangi mereka dalam keadaan tercungap-cungap.
Dua beranak itu memandang si pengawal dengan pandangan penuh tanda tanya.
"Ada apa ni?" Diera bertanya dalam nada tegas.
"Tuanku, ada sesuatu berlaku di luar sana. Puteri Irene suruh saya segera dapatkan tuanku berdua," kata si pengawal dalam keadaan tercungap-cungap mengambil nafas.
Kyril dan Diera berbalas pandangan sejenak.
"Bawa kami pada Puteri Irene," arah Diera dan si pengawal akur.
Mereka berlalu keluar dari perpustakaan.
Keluar saja dari tempat itu, mereka berdua perasan suasana sekeliling yang gelap. Tetapi mereka berdua tidak menghiraukannya, kerana fikir mereka mungkin hujan akan turun dan akan berlakunya ribut.
Mereka terus berjalan sehingga mereka tiba di tempat keberadaan Irene.
Mereka kini berada di bahagian teratas menara tinjau yang tidak berbumbung.
Di hujung bangunan itu, berdirinya Irene yang sedang memandang sesuatu dari kejauhan.
"Irene." Dua beranak itu memanggil serentak.
Irene menoleh dan ternyata, itu bukanlah Irene.
"Direz! Ada apa ni?" Kyril menghampiri lelaki itu dan berdiri di sisinya.
"Mereka datang."
"Mereka? Siapa tu?" Kyril bertanya dengan keliru.
Tiba-tiba Direz menjentik dahi Kyril.
"Aku tak tahu nak cakap kau ni apa? Takkan kau tak rasakan aura mereka semua?" Direz berkata sambil menuding jari ke arah sesuatu yang tidak kelihatan di mata.
Kyril cuba memfokuskan pandangannya.
Dia mencuba untuk memfokuskan pandangannya dan dalam beberapa saat tiba-tiba saja mata kanan Kyril yang berwarna hijau emerald menjadi terang dan anak matanya berubah tajam.
Tika itu, barulah Kyril dapat merasai ratusan aura yang bukannya milik manusia. Dipandangannya pula, dia ternampak ratusan susuk seperti sedang terbang di udara dan ia menuju ke arah mereka semua.
"Tak mungkin." Kyril serta-merta terundur kerana terkejut.
Diera yang tidak memahami apa-apa, segera mendapatkan Kyril.
"Ada apa, Ky? Sesuatu yang buruk ke?" Diera bertanya dengan cemas.
Kyril menoleh memandang Diera. Tangan kanan menutupi mata kanannya yang masih bercahaya terang.
"Bonda kena lari dari sini. Sini tak selamat untuk bonda." Kyril berkata dalam nada serius dan wajahnya kelihatan cemas.
"Kenapa, Kyril?" Diera memegang tangan kiri Kyril.
Tiba-tiba mereka didatangi oleh Khaaled dan Layla.
Diera terus terkejut melihat kemunculan mereka berdua. Dan lebih mengejutkan wanita itu adalah, rupa sebenar Khaaled dan Layla.
Mereka berdua bersayap dan mendarat di hadapan Kyril dan Direz.
"Kyril, mereka semua ada di sini. Kita perlu lakukan sesuatu. Kalau tak, pertumpahan darah yang dahsyat akan berlaku dekat sini." Khaaled bersuara.
"Pertumpahan darah? Apa maksud kamu ni? Yang lebih utama lagi, apa kamu berdua ni?!" Diera memandang Khaaled dan Layla silih beganti dengan riak gerun.
Melihat pada rupa mereka yang bersayap, membuatkan Diera teringatkan kejadian lepas yang telah meragut nyawa ayahandanya.
Khaaled dan Layla menunduk hormat di hadapan Diera.
"Kami adalah puak Angel yang itugaskan oleh ibu kami untuk menjaga dan melindungi Kyril selama ni." Layla bersuara.
"Puak Angel? Bukankah mereka dah dihapuskan 20 tahun lepas? Macam mana?"
"Panjang ceritanya, tuanku. Tapi buat masa ni, ia bukanlah masa yang sesuai untuk kami ceritakan perkara ini. Ada sesuatu yang lebih penting dari itu dan ia kini sedang menuju ke arah kita." Khaaled dan Layla turut memandang ke arah di mana pandangan Kyril dan Direz terarah sebentar tadi.
Tika Diera mahu membuka mulut untuk bertanya lebih lagi, ia terbantut apabila mereka semua didatangi oleh dua orang pengawal.
"Tuanku! Bandar ni dah dikepung, tuanku!" Salah seorang dari mereka berkata dengan nada cemas.
"Dikepung oleh siapa?!" Diera bertanya dengan tegas.
"Tentera dari Kerajaan Roze."
Mendengar saja nama kerajaan itu disebut, serta-merta ia membuatkan rasa marah Diera membuak-buak dan mendidih sakit hati.
"Aktifkan sistem pertahanan dan penggerra amaran. Gerakkan sekali tentera kita dan sediakan mereka untuk perlawanan," arah Diera dengan serius.
"Baiklah, tuanku!" Mereka berdua segera berlari meninggalkan mereka semua.
"Jadi, dengan siapa lagi kita berdepan sekaang ni?" Diera bertanya pada empat orang di depannya itu. Riak wajahnya sangat serius dan dipenuhi dengan amarah.
"Puak Zodiak," jawab Kyril singkat.
Diera terdiam sejenak. Dia tahu, apabila berdepan dengan puak yang memiliki kuasa, kerajaannya pasti akan menanggung risiko kemusnahan yang teruk dan dia perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan rakyat-rakyatnya yang tidak bersalah.
"Bonda turun dulu."
Diera ingin segera turun, tetapi Kyril serta-merta menahan si ibu dengan menggenggam erat lengannya.
"Bonda nak ke mana?" Kyril bertanya dengan kerutan di dahi.
"Bonda tak boleh duduk diam je, Ky. Ini adalah kerajaan bonda dan mereka yang berjuang adalah rakyat-rakyat bonda. Sebagai pemerintah kerajaan, bonda tak boleh hanya bersembunyi seperti seorang pengecut. Bonda kena tunjukkan pada mereka, siapa Permaisuri Diera yang sebenarnya!" Diera berkata dengan penuh semangat dan berkeyakinan.
"Tapi bonda..."
Diera tiba-tiba tersenyum sinis.
"Jangan pandang rendah pada bonda, Ky. Bonda mungkin seorang manusia biasa, tetapi bonda bukannya lemah."
Kata-kata itu membuatkan Kyril terdiam.
"Biar Ky bawa bonda balik ke istana." Kyril mengalah dan menghulurkan bantuan untuk membawa wanita itu sendiri pulang ke istana.
Diera tersnyum senang. Dia kemudiannya mengangguk setuju.
Kyril menghulurkan tangannya dan Diera menyambut dan menggenggamnya dengan erat.
Tiba-tiba Kyril mendukung Diera dan wanita itu ternyata terkejut dengan tindakan mengejut Kyril.
Kyril mengeluarkan sayapnya yang berwarna kelabu dan berkilat seperti dihiasi ribuan bintang.
Diera terpegun melihat sayap milik anaknya itu. Itu adalah kali pertama dia melihat sayap milik Kyril.
"Pegang kuat-kuat, bonda," beritahu Kyril dengan senyuman terukir di bibirnya.
Diera segera memeluk leher Kyril dengan erat dan mereka berdua terus terbang, menuju ke arah istana.
Direz mengalihkan tumpuannya pada Khaaled dan Layla.
"Aku akan buka pelindung untuk menghalang serangan mereka. Aku nak kau berdua bantu pindahkan rakyat semua ke tempat yang selamat dan jumpa aku di sini semula selepas semuanya selesai," arah Direz dengan serius.
Mereka berdua mengangguk akur dan segera terbang pergi.
Direz kembali memandang ke depan.
"Nampaknya kau memang dah merancang serangan serentak ni bukan, Gray."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top