Bab 3~{Zach Kazuki}
Selepas merawat luka-luka kecil yang dialami oleh remaja lelaki yang bernama Zachc itu, Lina bertanyakan tentang keluarga dan tempat tinggalnya.
Mereka berdua bersembang sejenak sebelum Lina mengemas ubat-ubatan dan kapas yang digunakan dan dibawa semula ke dapur.
Kyril yang berada di dapur segera mendapatkan kakaknya itu.
"Apa yang akak sembangkan dengan dia tadi?" Kyril bertanya ingin tahu.
"Akak tanya nama, umur dengan tempat tinggal dia je."
"Siapa nama dia?"
"Zach Kazuki. Umur baru 13 tahun. Katanya dia baru pindah dekat kawasan perumahan ni dua minggu lalu. Jadi dia tak tahu jalan balik ke rumah."
"Jadi macam mana? Kita ada makan malam dengan bonda. Takkan kita nak tinggalkan je dia seorang diri dekat rumah ni?" Kyril disapa rasa risau. Dia tak mahu meninggalkan remaja itu sendirian dan dia juga tidak sanggup membiarkan remaja itu pergi walhal suasana sudah semakin gelap.
"Hmmm... .Nampaknya akak akan izinkan dia untuk tidur dekat sini untuk semalaman. Esok pagi baru cari rumah dia. Kyril jangan risau, rumah ni selamat dan dia boleh je tinggal seorang diri dalam rumah ni."
Lina tersenyum sendiri melihat kerisauan yang terlakar di wajah Kyril. Bukan senang nak melihat remaja lelaki itu risaukan orang lain selain dari keluarga sendiri.
Lina dan Kyril pergi ke ruang tamu bersama-sama.
"Zachi, memandang kamu tak ingat rumah, akak izinkan kamu untuk bermalam dekat sini. Lagi satu, kami kena keluar sekejap lagi, ada makan malam. Kamu bolehkan tinggal seorang dekat rumah ni?" Lina bertanya dengan nada yang lembut.
Zach sekadar mengangguk tanpa bersuara.
"Kau boleh gunakan bilik aku kalau kau nak. Bersihkan diri dan pakai je baju yang ada dalam almari tu," kata Kyril ambil berat.
Namun, Zach langsung tidak memandang ke arahnya. Remaja lelaki itu hanya memandang Lina dan lantai saja.
Ternyata lantai lebih menarik perhatian remaja lelaki itu dari memandang wajah Kyril.
Kyril berasa tidak puas hati melihat tingkah Zach yang dirasakan agak biadab.
Melihatkan tiada respon dari Zach, Lina mengulang kata-kata Kyril kepadanya.
Dan ternyata, remaja itu hanya mendengar kata-kata dari Lina saja.
Kyril berasa meluat dan dia terus mengatur langkah naik ke biliknya di tingkat dua. Daripada melayankan perasaan geramnya, ada baiknya dia naik dan bersiap untuk makan malam nanti.
Lina hanya memandang langkah Kyril.
"Ibu!" Pintu dibuka dan tiga orang kanak-kanak lelaki dan perempuan berlari memasuki rumah.
Zach mendongak dan memandang ke arah tiga orang itu.
"Pergi naik dan bersiap. Kita akan pergi makan malam dengan permaisuri," pesan Lina kepada anak-anaknya.
Mereka bertiga akur. Semua berlari naik ke bilik masing-masing
Zach memerhatikan langkah mereka bertiga.
"Mereka anak-anak akak. Yang pertama namanya Sara, dia muda tua dua tahun dari kamu. Kedua namanya Henry, 12 tahun dan yang terakhir sekali Remy, 10 tahun." Lina memberirahu tanpa dipinta.
"Mereka cantik dan tampan macam akak dan suami," kata Zach tiba-tiba.
Lina hanya tersenyum mendengarnya.
"Oh, ya! Akak pun nak naik bersiap. Kalau kamu nak makan, pergi je dapur dan ambil je makanan dekat atas meja tu. Semuanya dah siap dihidang."
Zach mengangguk akur.
Lina turut berlalu naik, meninggalkan Zach seorang diri di ruang tamu.
Remaja lelaki itu termenung sendirian di ruang tamu sehinggalah dirinya disapa oleh Kyril yang baru turun.
"Kau dah makan belum?"
Zach memandang wajah Kyril dan menggeleng perlahan.
Kyril mengeluh perlahan. Dia kembali naik ke tingkat atas dan muncul semula di ruang tamu beberapa minit kemudian.
"Gunakan ni." Sehelai tuala bersih dan sepasang baju serta seluar diberikan kepada remaja lelaki itu.
"Aku tahu kau tak nak naik ke bilik aku. Jadi, aku bagi ni dan kau gunakanlah bilik mandi yang dekat bawah ni." Barang-barang tadi diletakkan di sebelah Zach.
Kyril kemudiannya menghilangkan diri ke dapur pula.
10 minit kemudian, Kyril mendapatkan semula Zach.
Sedulang makanan dan minuman panas dihidangkan di hadapan remaja lelaki itu.
"Makanlah. Kau mesti lapar. Lagipun tak ada sesiapa nak layankan kau lepas ni."
Zach membuka mulutnya.
"Terima kasih," ucapnya dengan suara yang perlahan.
Kyril tersenyum senang mendengarnya.
"Sama-sama," balas Kyril dengan senang hati.
Lina akkhirnya turun bersama-sama dengan anak-anaknya.
"Zach, kami mintak diri dulu. Jangan buat yang bukan-bukan dekat rumah ni, ya," Lina berpesan dengan tegas.
Remaja lelaki itu mengangguk faham.
Mereka sekeluarga mengatur langkah keluar dan pintu dikunci dari luar.
Pemandu diraja yang baru tiba, terus membukakan pintu di bahagian penumpang.
Zach yang berada di dalam rumah bangkit dan berjalan perlahan menghampiri tingkap.
Dia memerhatikan pemergian keluarga itu sehinggalah kereta yang dinaiki oleh mereka hilang dari pandangannya.
Selepas pada itu, dia berjalan mengelilingi kawasan dalam rumah itu. Tingkahnya seperti sedang mencari sesuatu, tetapi ia bukanlah melibatkan sesuatu yang berharga. Yang dicarinya adalah petunjuk.
*****
Diera dan Lina bersembang panjang.
Lina menceritakan tentang Zach yang berada di rumahnya kini.
"Kamu tak risau ke? Mana tahu budak tu kut ada niat yang tak baik. Mana tahu dia tu pencuri ke?" Diera mengemukakan kerisauannya.
"Saya tahu tentang risiko tu. Tapi, ada sesuatu yang lebih menarik tentang budak tu. Saya tak kisah pun tentang barang-barang yang ada dekat dalam rumah tu."
"Sesuatu yang menarik? Benda apa tu?" Diera bertanya ingin tahu.
"Dia heterochromia sama macam Kyril. Bukan tu je, kali pertama saya pandang dia, saya seolah-olah nampak cerminan diri Kyril pada budak tu. Saya rasa ada sesuatu yang menarik tentang budak tu dan ia membuatkan saya ingin tahu dengan lebih lagi."
"Hmmm..." Diera memegang dagunya sambil memikirkan sesuatu.
"Akak rasa dia ada kena-mengena dengan akak Schwi dan abang Kazu ke?" Lina tiba-tiba menyebut dua nama itu setelah sekian lama tidak menyebutnya.
Diera tersentak mendengarnya.
"Mustahil la. Lagipun, kita yang menjadi saksi kematian mereka berdua."
Lina terdiam mendengar kata-kata Diera.
"Tapikan, mereka berdua tu bukannya manusia. Mustahil mereka akan mati macam tu je."
Kata-kata Diera itu ternyata telah menarik perhatian Lina.
Mereka berdua memandang pada Kyril yang berada agak jauh dan sedang leka melayan anak saudaranya.
"Pada akak, mereka berdua belum mati ke?" Lina bertanya separuh berbisik.
"Akak tak tahu. Tapi pada firasat akak, ia kuat menyatakan yang budak tu macam ada kena-mengena dengan Kyril."
Mereka berdua terdiam sejenak.
"Kamu letak album gambar keluarga dekat mana?" Diera tiba-tiba bertanyakan tentang album gambar keluarga yang ada pada Lina.
"Dekat ruang tamu. Dalam rak berkaca. Kenapa kak?"
Diera diam.
"Kalau betul dia ada kena-mengena dengan Kyril, Schwi dan Kazu, dia pasti akan cari sesuatu yang berkait rapat dengan keluarga tu. Dan yang ada hanyalah album gambar tu."
Lina mengangguk faham.
"Dan kalau betul tekaan akak, dia pasti akan bertanyakan tentang gambar-gambar tu nanti pada kamu."
Lina mengangguk lagi.
"Bila tiba masanya tu, akak nak kamu berpura-pura yang kamu tak tahu tentang ni. Layankan saja setiap persoalan yang ditanyakan tu. Faham."
"Baiklah, kak."
"Apa yang serius sangat tu?" Kyril tiba-tiba muncul dan mencelah.
Dua wanita itu terkejut dengan kemumculan Kyril.
"Tak ada apa." Mereka berdua berkata serentak.
"Oh, ya! Akak dapat surat dari Emilia. Katanya dia akan datang melawat pada hujung minggu ni," kata Diera lalu mengeluarkan sepucuk surat yang disimpannya di dalam poket.
"Betul ke?" Lina teruja menerima khabar berita itu.
Surat yang dihantar Emilia diambil dari tangan Diera lalu dibaca isi kandungannya.
Kyril duduk dan memandang Diera.
"Siapa Emilia? Kenalan bonda dan akak ke?"
Dua wanita itu mengangguk serentak.
"Dialah perempuan yang sambut kelahiran kamu. Akak pernah ceritakan benda ni pada kamu sebelum ni. Ingat tak?"
Kyril tersentak lalu mengangguk tanda mengingati cerita yang pernah diceritakan oleh Lina.
"17 tahun tak jumpa. Tak sabar rasanya." Ternyata Lina sangat gembira dan teruja.
Diera sekadar tersenyum. Dia turut berasa tidak sabar hendak berjumpa dengan Emilia.
Lagi-lagi setelah banyak pertolongan yang diberikan oleh wanita itu.
*****
Seperti yang diteka oleh Diera, ternyata ia tepat.
Zach kini sedang duduk di atas lantai berhampiran dengan rak album gambar.
Di depannya kini, terdapat beberapa buah album gambar yang terbuka luas dan dia menatap setiap satu album itu.
Satu demi satu muka surat diselaknya. Setiap gambar diteliti penuh tekun.
Setiap wajah yang ada, diperhatikan dengan teliti.
Sehinggalah tingkahnya terhenti pada halaman yang terdapat gambar perkahwinan Schwi dan Kazu.
Gambar itu dikeluarkan dari dalam album dan ia ditatap lama.
Sedang dia leka menatap gambar itu, tiba-tiba dia disapa dengan kemunculan seseorang.
"Jadi, kamu dah jumpa dia?" Lelaki yang berdiri bertentangan dengan Zach bertanya.
Zach mengangguk perlahan.
"Bagus, jangan berlengah lagi. Raja tak suka menunggu."
"Baiklah."
Zach langsung tidak memandang lelaki yang bercakap dengannya itu. Matanya hanya tertumpu pada gambar yang berada di tangan.
Lelaki itu menghilang dari pandangan. Zach masih duduk di situ tidak bergerak.
Beberapa lama kemudian, barulah Zach mengemas semula semua album gambar yang diambilnya tadi.
Satu persatu disusun dengan kemas dan pintu kaca rak itu ditutup setelah semuanya selesai.
Zach berjalan menghampiri sofa. Tubuh dibaringkan di atas sofa. Matanya terus tertutup rapat setelah meletakkan kepala di atas sebuah kusyen.
*****
Jam 10 malam, mereka sekeluarga tiba di rumah.
"Gelap. Akak lupa nak bukak lampu dalam dengan lampu depan."
Lina cepat-cepat memasukkan kunci ke dalam perumah dan membuka pintu.
Kyril membuka lampu suluh dari telefon bimbitnya.
Lina cepat-cepat memasuki rumah dan membuka lampu-lampu.
Saat lampu ruang tamu terbuka, mereka ternampak susuk tubuh Zach yang sedang tertidur lena di atas sofa panjang.
"Alahai, dia tidur dekat sini je."
Lina mahu mengejutkan remaja lelaki itu, namun dihalang oleh Kyril.
"Biar je dia tidur."
Kyril naik ke biliknya dan kembali turun bersama sehelai selimut tebal.
Zach diselimutkan. Kedudukan bantal turut diperbetulkan.
Lina tersenyum sendiri melihat keprihatinan Kyril.
"Hmmm.... .Nampaknya dia langsung tak sentuh makanan yang kamu sediakan. Mandi pun tidak."
"Mungkin dia penat sangat kut. Tak apalah kak."
Lina mengangkat dulang makanan dan membawanya ke dapur.
"Akak naik ke bilik dulu, ya. Pastikan kamu mandi dulu sebelum tidur nanti," pesan Lina.
"Baik, kak."
Lina menghilang manakala Kyril pula duduk di sofa seolah-olah sedang menjaga Zach.
"Aku tak tahu kenapa aku terlalu risaukan kau padahal kau hanyalah orang luar." Bisik hati Kyril saat dia memandang remaja yang sedang tidur bertentangan dengannya.
Lama Kyril duduk memerhatikan Zach sehinggalah dirinya sendiri yang terlelap di sofa tanpa sempat dia membersihkan diri.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top