Bab 29~{Is This Love Confession?}
Kerajaan Roze
"Berpecah," arah Reina kepada ahli kumpulannya.
Mereka semua akur lalu berpecah, menuju ke tempat yang sudah ditetapkan. Mereka sudah mengatur rancangan untuk mengucar-kacirkan kerajaan yang menjadi dalang di balik cubaan membunuh Diera dan Irene.
Irene yang turut menyertai misi itu, berlalu ke posisinya dengan tenang.
Langkah diatur, memasuki sebuah kasino yang kelihatan meriah dan dipenuhi dengan ramai orang yang sedang bertaruh.
Gadis itu mengatur langkahnya dengan gaya selamba. Kedua-dua belah tangannya terletak elok di dalam poket.
Dia terus berjalan sehinggalah dia berhenti di hadapan sebuah meja poker.
Kehadirannya menjadi tarikan pemain yang berada di sekeliling meja itu.
"Kau siapa?" Seorang lelaki menegur. Riak wajahnya kelihatan sangat marah kerana menganggap kedatangan gadis itu mengganggu permainan mereka semua.
Irene mengeluarkan pisau belatinya lalu dicacakkan di atas meja permainan itu.
Semua terkejut dengan tindakan gadis itu.
"Anggap ini sebagai satu amaran dari aku dan juga keluarga aku." Irene berkata dengan suara yang tegas.
Irene menoleh dan mahu berlalu pergi.
Si lelaki memandang pengawal-pengawalnya dan mereka faham dengan cara pandangan lelaki itu.
Mereka semua menyerang Irene serentak.
Irene pula yang sentiasa peka, terus mengelak dan berlawan dengan mereka semua.
*****
Kyril pulang ke istana dan segera mengatur langkah ke kawasan bilik Irene.
Pintu bilik gadis itu diketuk beberapa kali.
"Irene, buka pintu ni." Nada suara Kyril sedikit tinggi dan kedengaran marah.
Berkali-kali lelaki itu mengetuk pintu, namun ia langsung tidak dibuka.
Kyril mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik gadis itu dan ternyata, pintunya tidak dikunci.
Pintu bilik ditolak.
Kyril menjengahkan kepalanya ke dalam bilik itu. Kelibat Irene langsung tidak kelihatan.
"Eh? Ke mana pulak dia pergi?"
Kyril mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik gadis itu.
Dia memandang sekeliling, mencari sesuatu yang mungkin mencurigakan atau sesuatu yang mampu menarik perhatiannya.
Lelaki itu kemudiannya masuk ke dalam bilik mandi.
Tika itu, dia terkejut apabila melihat longgokan kain pembalut putih yang berdarah di dalam singki.
Kyril menghampiri singki itu dan menyentuh kain tersebut. Dia kemudiannya menunduk dan terlihat beberapa titik darah dia atas lantai.
"Luka dia terbuka balik ke?" Riak risau terlakar di wajah lelaki itu.
*****
Jam0730
Kyril membuka matanya dan memandang sekeliling.
"Ah! Aku tertidur dalam bilik Irene." Kyril segera duduk dan mengusap wajahnya beberapa kali.
Pandangannya jatuh pada satu susuk yang terbaring elok di atas sofa panjang yang bertentangan dengan katil.
"Irene?"
Kyril segera turun daripada katil dan mendapatkan gadis itu.
Lelaki itu berdiri di sisi Irene dan memandang tepat ke arah si gadis yang sedang lena.
Dahinya berkerut apabila melihat si gadis yang tidur dengan berpakaian baju singlet serta seluar pendek. Namun, bukan itu yang menarik perhatiannya, tetapi balutan pada luka di bahu dan peha si gadis yang berdarah serta kesan calar di pipi kiri si gadis.
Kyril teragak-agak mahu mengejutkan Irene. Melihat bertapa lenanya si gadis tidur, ia membuatkan si lelaki segera membatalkan niatnya.
Irene tiba-tiba bergerak, mengiringkan dirinya dan dalam masa yang sama, meringis kesakitan.
Disebabkan rasa sakit itu, si gadis terus terjaga dari tidurnya.
Buka saja mata, dia terus ternampak riak wajah Kyril yang jelas memaparkan kerisauan si lelaki.
"Irene tak apa-apa ke?" Kyril bertanya dengan lembut.
Irene segera menutup matanya dengan lengan kanan.
"Keluar," katanya perlahan, tetapi cukup untuk didengari oleh Kyril.
"Tapi..."
Irene tiba-tiba berdiri bertentangan dengan Kyril.
Kyril menelan air liurnya sendiri apabila melihat pandangan mata Irene yang dipenuhi dengan amarah.
"Irene marahkan abang sebab abang ambil katil Irene ke? Maaflah." Kyril memberanikan diri untuk besuara meskipun dia berasa gerun dengan cara pandangan Irene.
"Jangan ganggu aku lagi." Irene bersuara lagi dan ia kedengaran serius dan tegas.
Kyril berkerut dahi mendengarnya.
"Apa maksud Irene? Abang tak faham."
Irene menggosok mukanya beberapa kali dan mengusutkan rambutnya.
"Tsk!"
Irene mahu mengatur langkah untuk meninggalkan Kyril, tetapi pergelangan tangannya segera ditarik dan tubuhnya dipeluk erat.
"Abang tak tahu kenapa Irene berubah. Tapi yang pastinya, abang tak suka dengan perubahan Irene ni."
Irene mambatukan dirinya di dalam pelukan Kyril. Dia terkejut dengan tindakan lelaki itu sehingga dia tidak tahu mahu memberi tindak balas macam mana.
Pelukan dileraikan.
Kyril menyentuh kesan calar pada pipi Irene dengan lembut.
Mereka berdua saling berbalas pandangan.
"Abang..." kata-kata Kyril terhenti.
Pandangan mata Kyril yang lembut membuatkan jantung Irene berdegup laju.
Perkara itu membuatkan si gadis keliru dengan dirinya.
"Maaf." Kyril mengundur beberapa tapak, menjauhkan diri dari Irene apabila menyedari jarak di antara mereka berdua.
"Jangan lupa turun sarapan. Kami akan tunggu Irene dekat bawah."
Irene memandang ke arah lain dan menganggukkan kepalanya.
Kyril segera menapak keluar dari bilik gadis itu.
Keluar saja dari bilik Irene, Kyril terus tersandar pada dinding. Dia menekup mulutnya. Wajahnya pula memerah apabila terfikirkan cara pemakaian Irene serta mengingati bibir Irene yang merah dan cantik.
"Apa yang aku fikirkan ni?!" bisik Kyril di dalam hati.
*****
Jam1420
"Bonda ada nampak Irene?" Kyril bertanya pada Diera yang kelihatan sibuk dengan kertas kerjanya.
"Tak ada pula. Tapi rasanya dia ada dekat taman. Dia memang suka berlatih sendirian dekat sana."
"Oh, yeke. Terima kasih bonda." Kyril tersenyum dan mahu mengorak langkah pergi mencari Irene, tetapi terhenti seketika apabila Diera menanyakan soalan kepadanya.
"Kenapa cari Irene? Ada apa-apa yang penting ke?"
Kyril menggaru kepalanya.
"Tak ada apa pun bonda."
Diera hanya mampu tersenyum saja.
"Pergilah cari dia sana. Dia tak ke mana pun tu."
Kyril mengangguk faham. Dia terus mengatur langkah keluar dari pejabat wanita itu dan berlalu ke kawasan taman.
Tiba saja di taman, kelibat Irene langsung tidak kelihatan. Tetapi, Kyril tetap juga mencari kelibat gadis itu dibalik rimbunan pokok bunga.
Setelah puas mencari, Kyril akhirnya terjumpa Irene sedang berbaring di bawah sebatang pokok yang redup.
Lelaki itu menghampiri si gadis dan duduk di sebelahnya.
Gadis itu kelihatan sangat tenang dengan mata yang dipejam rapat, kedua-dua belah tangan di atas perut, dan angin yang bertiup perlahan.
Menyedari kehadiran seseorang di sisinya, Irene terus membuka matanya.
Pandangannya berbalas dengan pandangan redup Kyril.
Kyril melakarkan senyuman yang manis di bibirnya.
"Maaf kalau abang mengganggu waktu rehat Irene."
Irene mengalihkan pandangannya ke atas pokok.
"Maaf sebab Irene berkasar dengan abang sejak kebelakangan ni." Irene bersuara perlahan.
Kyril memandang tepat pada Irene dan menjongketkan keningnya.
"Haih. Abang sendiri pun keliru, hairan dan risau dengan perubahan sikap Irene yang tiba-tiba. Tapi, abang tetap akan maafkan Irene.
Irene memandang Kyril. Senyuman kecil terlakar di bibirnya.
"Terima kasih, Kyril."
Kyril membalas senyuman kecil itu.
Situasi kembali senyap dan tenang. Mereka berdua kini termenung dan tenggelam dalam fikiran masing-masing.
Kyril tiba-tiba mengubah kedudukan duduknya dan menghadap Irene.
Irene memandang ke arah Kyril.
"Irene."
"Ya?"
Kyril tiba-tiba menyentuh pipi Irene sekali lagi. Tingkahnya berubah seperti pagi tadi.
"Abang?" Irene kehairanan.
Kyril menunduk, merapatkan wajahnya dengan Irene.
Mata gadis itu membulat apabila bibir Kyril menyentuh lembut dahinya.
Apabila Kyril kembali menegakkan badannya, Irene segera duduk dan memandng tepat ke arah Kyril dengan muka yang memerah.
"Apa yang abang cuba nak sampaikan?" Irene bertanya sambil melarikan pandangannya.
Kyril melakarkan senyuman yang manis di bibirnya.
Dia sekali lagi menyentuh pipi Irene dan mengusap kesan calar yang ada pada pipi gadis itu.
"Abang nak Irene tahu, yang abang sayangkan Irene sangat-sangat. Bukan sebagai abang dan adik, tetapi sayang seorang lelaki kepada perempuan."
Mendengarkan kata-kata itu, wajah Irene semakin memerah.
Kyril merapatkan dahi mereka berdua.
"Dan ia hanya untuk Irene."
Irene hilang kata-kata.
"Ehem!"
Kyril dan Irene segera menoleh.
Khaaled kelihatan sedang berdiri, memandang tepat ke arah mereka sambil berpeluk tubuh.
Di sisi lelaki itu pula, berdirinya Layla yang menutup kedua-dua belah matanya dengan tangan. Tetapi, dia tetap juga mengintai dua orang itu dari celah-celah jari dengan senyuman terukir di bibirnya.
"Maaflah kalau mengganggu momen romantik korang berdua." Khaaled bersuara sambil cuba menyembunyikan senyuman mengusiknya.
Kyril menjarakkan dirinya dari Irene dan memandang tepat ke arah Khaaled dengan pandangan yang serius.
"Ada apa, Khaaled?"
Khaaled menggeleng saja.
"Tak ada apa. Aku cuma risau sebab kau tak datang ke kampus hari ni. Sebab tu aku datang ke sini. Tapi tak sangka pulak yang aku akan ternampak sesuatu yang menarik," kata Khaaled dengan senyuman sinis di bibir.
Kyril mengutip seketul batu kecil dan membalingnya tepat ke arah Khaaled dan ia terkena pada dahi si lelaki.
Khaaled menggosok dahinya yang terasa perit.
Layla menghampiri Irene dan memeluk si gadis dengan erat.
"Hehehe. Tak sangka Irene ni pandai jugak ya." Layla berkata dalam nada mengusik.
"Ha?" Irene keliru dengan apa yang cuba disampaikan oleh Layla.
Layla tidak berkata lebih dan hanya tersenyum saja.
Mereka berempat duduk bersama di bawah pokok itu dan meluangkan masa bersama. Mereka kelihatan gembira seperti sebelum huru-hara yang membawa kepada perubahan dalam hubungan persahabatan mereka.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top