Bab 28~{Small Talk and Irene Action}
Keesokan harinya, Emilia berjumpa dengan Diera di taman istana itu.
"Ada apa nak jumpa ni, kak?" Diera bertanya setelah dia duduk dengan selesa.
"Akak nak perkenalkan kau dengan unit khas yang akak cakapkan semalam tu."
Riak wajah Diera berubah. Wanita itu terkejut kerana tidak menyangka yang unit itu akan datang secepat itu.
"Yeke! Mana mereka?"
Emilia memandang ke arah belakang Diera.
Enam orang dengan tiga lelaki dan tiga perempuan, beratur di tepi meja.
Diera memandang seorang demi seorang ahli unit itu. Sehinggalah pandangannya terhenti pada seorang gadis.
"Irene?"
Irene meletakkan tangan kanannya di dada kiri dan menundukkan sedikit kepalanya.
"Diera, perkenalkan Unit Alpha. Semua, perkenalkan diri masing-masing."
"Josh Fredz."
"Jack Willy."
"Karl Harley."
"Reina Eldos."
"Raina Eldos."
"Irene Clover."
Keenam-enam mereka memperkenalkan diri.
"Kumpulan ni diketuai oleh Reina dan pembantunya Raina."
Dua kembar itu menunduk tanda hormat.
"Mereka berdua adalah ahli lama dalam unit ni dan mereka sangat mahir dalam menembak jarak jauh dan kombat."
Sementara Emilia memberitahu tentang kebolehan mereka berenam kepada Diera, Kyril pula berjalan mengelilingi istana, mengiringi Maria.
"Betul ke bonda awak nak berjumpa dengan saya?" Maria bertanya kerana dia berasa teragak-agak untuk bertemu dengan permaisuri.
"Iya. Takkanlah saya nak tipu awak pula. Lagipun, bonda memang tak pernah jumpa awak pun sebelum ni kan. Jadi, dia teringin nak jumpa dengan awak secara bersemuka."
Maria tersenyum kecil sambil bermain dengan jarinya.
"Jadi, di mana tuanku sekarang?" tanya Maria kehairanan kerana sejak mereka tiba di istana, Kyril hanya membawanya berjalan mengelilingi istana.
"Bonda ada dekat taman. Ada urusan sikit dengan ibu Emilia. Sekejap je tu."
"Oh." Maria mengangguk-angguk faham.
Setelah beberapa ketika berjalan mengelilingi istana, mereka berdua kini dalam perjalanan ke arah taman.
Semasa dalam perjalanan ke sana, mereka bertembung dengan enam orang yang tidak dikenali dan mereka berpakaian serba gelap.
Tiba-tiba seseorang berdiri di hadapan Kyril dan Maria.
"Irene?"
Kyril memandang Irene dari atas ke bawah. Dia menyedari bahawa pakaian Irene sama seperti orang-orang tadi.
"Tuanku permaisuri nak berjumpa. Dia ada dekat taman." Irene menyampaikan arahan yang diberikan oleh Diera.
"Baiklah. Terima kasih, Irene."
Tanpa berkata apa lagi, Irene segera mengatur langkah, meninggalkan mereka berdua.
Kyril menoleh, memandang pemergian Irene.
"Kyril?" Maria menyentuh bahu lelaki itu dan memanggil namanya.
Kyril tersentak. Dia memandang wajah Maria.
"Awak ke taman dulu. Saya nak jumpa seseorang sekejap."
"Oh. Okey."
"Maaf ya."
Kyril mengatur langkah, mengejar Irene yang semakin menjauh.
Maria hanya memerhati lelaki itu mengejar, mendapatkan Irene.
Lelaki itu kemudiannya bercakap dengan Irene meskipun mendapat layanan yang dingin dari gadis itu.
"Maria." Diera menyapa si wanita yang masih beriri di kaki lima.
Maria segera menoleh.
"Tuanku." Maria menunduk hormat pada wanita di depannya itu.
"Jom, kita ke taman," ajak Diera dengan senyuman terukir di bibir.
Maria mengangguk akur. Dia mengekori langkah Diera sehingga ke kawasan taman.
Sementara itu, Kyril yang mengekori Irene, bertanyakan beberapa soalan kepada gadis itu.
"Siapa mereka semua tu, Irene? Tak pernah nampak pun sebelum ni." Kyril bertanya dengan niat mahu memulakan perbualan.
"Kawan Irene," balas Irene tanpa reaksi di wajah.
"Kawan? Dari Venery?"
Irene mengangguk.
Kyril memandang ke depan, tepat ke arah lima orang rakan Irene yang berjalan beberapa meter di hadapan.
"Kenapa mereka berpakaian serba gelap macam tu?"
Kyril menunduk, memandang pada Irene dan melihat cara pemakaiannya yang ternyata sama dengan mereka yang lain.
"Irene pun pakai baju yang sama macam mereka."
Langkah Irene tba-tiba terhenti. Kyril turut memberhentikan langkahnya dan memandang tepat ke arah si gadis.
Irene mendongak dan memandang tepat ke dalam mata Kyril.
"Abang tanya terlalu banyak soalan dan satu je jawapan untuk semua soalan tu."
Kyril menjongket keningnya.
"Ini bukan urusan abang dan ada baiknya abang jangan dekati Irene lagi."
Kyril tersentak mendengar jawapan dari si gadis.
"Apa maksud Irene? Kenapa Irene cakap macam ni? Abang ada buat apa-apa salah ke dekat Irene?"
Irene tidak menjawab. Dia masih memandang tepat ke dalam mata Kyril dengan pandangan yang serius.
"Irene!"
Salah seorang dari ahli kumpulan itu memanggil.
"Irene mintak diri dulu." Irene menunduk dan segera melangkah, meninggalkan Kyril yang terkaku di tempatnya.
"Apa yang terjadi sebenarnya ni?" Kyril tertanya-tanya di dalam kepalanya.
.
.
.
.
.
Kawasan taman
Maria kelihatan kekok apabila duduk semeja dengan permaisuri kerajaan itu.
Dia menunduk saja, memandang cawan di depannya. Sambil itu, dia sempat menjeling-jeling Diera yang duduk di hadapannya.
Di dalam hati, dia memuji kecantikan wanita itu. Meskipun usianya sudah 40-an, tetapi wanita itu itu masih kelihatan cantik, muda dan sangat bergaya. Walhal dia adalah manusia biasa yang akan berusia wajahnya apabila meningkat usia.
"Maria."
Maria segera mendongak dan memandang tepat ke arah Diera apabila namanya dipanggil lembut.
"Ya, tuanku." Maria menyahut.
"Apa hubungan kamu dengan putera beta, Kyril?" Diera bertanya dengan senyuman di wajahnya.
"Err... kami kawan je, tuanku. Tak ada apa-apa yang istimewa pun." Maria menjawab dengan teragak-agak.
"Maaflah kalau kamu rasa tak selesa dengan soalan tu. Beta cuma tertanya-tanya sebab Kyril selalu luangkan masa dengan kamu sejak akhir-akhir ni."
"Oh." Maria menunduk dan bermain dengan jarinya.
"Jangan risau, beta tak salahkan kamu pun kalau Kyril semakin jarang luangkan masa dengan beta. Beta cuma nak tahu je."
"Tak apa, tuanku."
Dua wanita itu terus bersembang tentang diri mereka sepanjang mereka duduk berdua di situ.
*****
Setelah beberapa ketika berbual, Maria meminta diri untuk pulang ke rumah.
Maria berlalu ke kereta Kyril dengan diiringi oleh seorang pengawal lelaki.
Semasa tiba di kawasan parkir kereta, dia terlihat kelibat Kyril sedang menunggu.
Senyuman terukir di wajah, namun terus menghilang apabila dia ternampak kelibat Irene sedang bermain telefon sambil menyandarkan belakang badannya pada pintu kereta.
Wanita itu menghampiri dua susuk itu.
"Hai, Kyril." Maria menyapa Kyril dan lelaki itu tersenyum.
Maria memandang ke arah Irene pula.
"Tuanku." Maria menyapa sambil menunduk hormat.
Irene mendongak, memandang Maria sekilas sebelum berlalu masuk ke dalam kereta dan duduk di bahagian penumpang belakang.
Maria memandang Kyril dengan tanda tanya.
"Saya akan hantar awak balik dan Irene akan ikut sekali. Dia yang nak ikut," beritahu Kyril apabila memahami maksud pandangan wanita itu.
"Oh." Maria tidak mampu berkata apa lagi. Dia terpaksa akurkan saja.
Mereka berdua masuk ke dalam kereta dan kereta dipandu menuju ke kawasan perumahan yang menempatkan rumah wanita itu.
15 minit kemudian, mereka semua tiba di rumah wanita itu.
"Awak tak nak singgah dulu ke? Minum sekejap ke?" Maria bertanya pada Kyril.
Kyril memandang Irene melalui cermin. Dia mahu melihat reaksi gadis itu, tetapi dia langsung tidak mempamerkan sebarang reaksi dan dia tekun memandang skrin telefon.
"Boleh jugak."
Kyril menoleh.
"Irene, kita singgah sini sekejap, ya."
"Apa-apa je," jawab Irene tanpa nada.
Mereka bertiga keluar dari kereta dan berlalu masuk ke dalam rumah Maria.
"Duduklah dulu. Saya akan sediakan minuman dengan makanan ringan sikit."
"Jangan susahkan diri sangat, Natalie. Benda biasa-biasa sudah," kata Kyril, tidak mahu terlalu menyusahkan wanita itu, memandangkan kedatangannya tidak dirancang.
Maria mengangguk faham dan dia berlalu masuk ke ruang dapur.
Beberapa minit kemudian, sedang mereka berdua duduk di ruang tamu dan menunggu kedatangan Maria semula, kedua-dua mereka terdengar bunyi kaca pecah datang dari arah dapur.
Kyril dan Irene berpandangan sesama sendiri sebelum mengambil keputusan untuk segera mendapatkan Maria di dapur.
Ketika tiba di dapur, mereka terlihat Zach sedang memarahi Maria.
Di atas lantai pula, terdapat serpihan cawan dan teko pecah di antara mereka berdua.
"Kau buta ke apa?! Tengok, baju aku dah kotor!" Zach menengking Maria. Riak wajahnya jelas menunjukkan yang remaja itu marah.
"Maafkan ibu, Zach. Ibu tak sengaja." Maria menunduk di depan remaja lelaki itu.
"Menyusahkanlah kau ni!"
Zach mengangkat tangan untuk menampar wanita itu.
Namun tiba-tiba tubuhnya ditarik dari belakang dan badannya berpusing, menghadap orang yang menariknya itu.
Zach terkejut melihat gerangan yang berada di depannya kini.
PAP!
"Irene!"
Maria segera mendongak apabila terdengar bunyi tamparan itu dan suara tinggi Kyril. Apabila dia mendongak, dia terus menutup mulut kerana terkejut.
"Aku mungkin tak berapa suka dengan dia. Tapi aku paling tak suka dengan lelaki biadab macam kau." Irene bersuara dengan nada tegas.
Zach yang masih terteleng kepalanya, hanya mampu terkaku kerana terkejut dengan tindakan berani gadis di depannya itu.
"Zach!" Maria segera mendapatkan anaknya itu dan menilik pipi si remaja yang memerah dan sedikit berdarah.
"Tsk!" Irene meluat melihat tingkah Maria. Dia berlalu keluar dari ruang dapur itu.
"Maaf ya, Natalie, Zach." Kyril mengejar Irene.
"Irene!"
Belum sempat Irene membuka pintu kereta, tangannya terus ditarik dari belakang.
"Apa yang kamu buat?!" Kyril kelihatan marah. Nada suaranya juga keras dengan riak marah terlakar di wajah.
Irene menarik tangannya sehingga terlepas pegangan Kyril.
"Aku balik sendiri." Irene berjalan laju meninggalkan Kyril.
"Irene!"
Gadis itu langsung tidak menoleh dan langkahnya laju meninggalkan kawasan itu.
Kyril mengusap wajahnya dengan kasar dan menyelak rambutnya ke belakang. Dia kembali masuk ke dalam rumah Maria untuk menolong apa yang patut.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top