Bab 25~{Murder Attempts}


Jam 2115

Kyril kini berada di dalam bilik Irene sambil melakukan kerja-kerjanya.

Lelaki itu sengaja menyiapkan kerjanya di dalam bilik si gadis agar dapat meluangkan masa bersama.

Setelah beberapa ketika, Kyril menutup laptopnya dan mengeliat malas.

"Irene tak siap lagi ke kerja tu?" Kyril bertanya pada Irene yang sedang menaip di atas katilnya.

"Sikit lagi," jawab Irene tanpa memandang lelaki itu.

Kyril berdiri dan berjalan menghampiri si gadis. Dia kemudiannya duduk di sisi Irene dan melihat kerja yang dilakukannya.

"Oh! Perdagangan. Tajuk ni senang je." Kyril berkata dengan nada teruja.

"Hmm." Irene membalas acuh tak acuh.

Kyril terdiam apabila dilayan sebegitu.

"Irene..."

"Siap!" Irene menutup laptopnya.

Dia kemudiannya memandang Kyril.

"Boleh tak abang keluar? Irene nak tidur."

"Tidur? Awal lagi. Apa kata kita bersembang dulu? Kita dah lama tak bersembang dan luangkan masa sekali."

Irene diam. Dia langsung tidak membalas permintaan lelaki itu, sebaliknya dia bangun dan meletakkan laptopnya di atas meja belajar.

Masih tidak menghiraukan Kyril, Irene mengambil gaun tidurnya dan berlalu masuk ke dalam bilik mandi.

Kyril mengeluh dan agak terasa dengan layanan dingin gadis itu terhadap dirinya.

"Irene." Diera berdiri di depan muka pintu yang sedikit terbuka.

"Eh! Kyril, apa yang kamu buat dekat dalam bilik ni?" Diera terkejut apabila melihat Kyril yang sedang duduk elok di atas katil Irene.

"Saja, temankan Irene buat kerja sikit." Kyril tersenyum saja.

Dia turun daripada katil dan segera mendapatkan barang-barangnya.

"Irene mana?"

"Ada dalam bilik mandi."

Diera melangkah masuk ke dalam bilik itu dan duduk di atas katil.

"Kyril keluar dulu, bonda. Selamat malam."

"Selamat malam, Kyril."

Lelaki itu keluar dan menutup rapat pintu bilik si gadis.

Beberapa ketika kemudian, Irene keluar dari bilik mandi dengan gaun tidur tersarung elok pada tubuh.

"Bonda? Apa bonda buat dalam bilik Irene?"

Diera sekadar tersenyum manis ke arah gadis itu.

Dia menepuk ruang kosong di atas katil itu.

Irene akur. Dia duduk menghampiri si permaisuri dan duduk di depan wanita itu.

Diera mengarahkan Irene untuk duduk membelakangkannya dan Irene ikutkan saja.

Wanita itu menyikat dan bermain dengan rambut Irene yang panjang mengurai.

"Cantik rambut kamu. Hitam pekat dan lembut je." Diera memuji.

"Terima kasih." Wajah Irene memerah sedikit kerana dipuji.

"Kamu memang suka dipuji, bukan." Diera tertawa kecil. Dia nampak hujung telinga Irene memerah setelah dirinya dipuji.

"Ya. Kalau ia ikhlas."

Diera hanya tersenyum.

"Boleh bonda tanya sesuatu?"

"Boleh bonda."

"Apa jadi dengan kamu dan Kyril? Kamu berdua nampak renggang dan tak mesra macam sebelum ni." Diera bertanya risau.

Wanita itu perasan, sejak Kyril kembali ke Nova, tingkah Irene kepada Kyril bertukar menjadi dingin.

Gadis itu semahunya cuba mengelak dari Kyril dan Diera menyaksikan semuanya.

"Tak ada apa pun, bonda. Kami okey je."

"Betul ke okey? Jadi, kenapa kamu macam nak menjauhkan diri dari Kyril? Kamu selalu bersikap dingin terhadap dia. Kamu berdua gaduh ke? Kyril sakitkan hati kamu ke?" Diera bertanya bertalu-talu.

Hatinya terlalu risau. Lagi-lagi apabila Emilia tiada di situ untuk melihat anak gadisnya.

Irene memusingkan tubuhnya, menghadap Diera.

Gadis itu memberikan senyuman yang manis kepada si wanita.

"Bonda jangan risau, ya."

Hati Diera bertambah risau apabila Irene berkata sebegitu. Dia tahu, ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis itu.Kalau tidak, mengapa sikapnya berubah tiba-tiba.

Irene menggenggam tangan Diera.

"Bonda mesti penat, kan. Apa kata kalau bonda berehat."

Diera tersenyum dan mengangguk.

"Betul tu. Kalau macam tu, bonda masuk bilik dulu."

Irene mengangguk.

Diera mencium dahi Irene.

"Selamat malam, Irene."

"Selamat malam," balas Irene dengan muka yang memerah.

Diera menarik tangannya dari genggaman Irene. Wanita itu berlalu keluar dengan hati yang berat.

Dia tahu, Irene sengaja berkata sebegitu dan dia ikutkan saja. Dia tidak mahu mendesak si gadis untuk memeberitahu segalanya.

*****

Jam 0245

Bayangan seorang lelaki yang berpakaian serba hitam kelihatan berkeliaran di laman istana. Pergerakannya sangat pantas dan dia bergerak mengelak daripada pandangan pengawal istana.

Bayangan itu melompat, bersembunyi dan menyelinap masuk ke laman istana.

Setelah beberapa ketika menyelinap di dalam kawasan istana, langkahnya terhenti di bawah balkoni seseorang.

Dia mengeluarkan tali yang bercangkung dihujungnya. Tali itu dihayung dan dicampakkan ke atas. Ia melilit palang balkoni dan terkait elok.

Susuk itu memanjat naik ke balkoni dengan berhati-hati. Setelah itu, dia membuka pula pintu balkoni dengan menggunakan peralatannya.

Setelah berjaya membukanya, perlahan-lahan dia mengatur langkah masuk ke dalam bilik itu.

Susuk seorang perempuan kelihatan sedang lena diulit mimpi.

Lelaki itu menghampiri si perempuan. Sebuah bantal dicapai dan tanpa berlengah lagi, dia menekup muka si perempuan, melemaskannya.

Si perempuan terjaga dan terkejut. Dia menggelupur mahu melepaskan diri. Tetapi usahanya itu hanya sia-sia saja.

Sementara itu, di bilik yang lain pula, Irene terjaga secara mengejut. Dia memegang dadanya yang sakit kerana jantungnya berdegup dengan sangat pantas.

"Sesuatu terjadi." Tanpa berlengah, Irene segera berlari keluar dari biliknya tanpa menukar pakaiannya.

Gadis itu berlari mengikut gerak hati dan langkah kakinya. Lariannya kemudian terhenti di depan bilik Diera.

Irene menendang pintu itu sehingga terbuka luas.

Matanya menangkap susuk seorang lelaki serba hitam di atas katil dan sedang menekup muka Diera.

Tanpa berfikir panjang, Irene berlari ke arah susuk  itu dan merempuhnya sehingga kedua-duanya bergolek di atas lantai.

Lelaki itu segera berdiri dan mahu melarikan diri.

Irene pantas menarik kaki kirinya sehingga dia terjatuh. Irene kemudiannya menarik susuk itu. 

Buku limanya sudah dikepal kemas, bersedia untuk menghayunkan tumbukannya. Namun, saat Irene mahu melepskan tumbukannya, susuk serba hitam itu pantas bergolek, mengelak daripada serangan itu.

Lelaki itu mencapai lampu meja Diera dan dia cuba menghentak Irene dengan menggunakannya.

Irene menghalang serangan itu dengan mengangkat kedua-dua belah tangannya.

Irene menghayunkan sepakannya pula. Tetapi ia ditangkap oleh penyerangnya.

Tubuhnya dihayun dan dicampakkan ke dinding.

Belakang Irene terhentak dengan kuat. Disebabkan tubuhnya yang kecil dan ringan, impaknya sangat kuat.

Sekali lagi si penyerang cuba untuk melarikan diri. 

Irene bangkit semula dan melompat di belakang si lelaki.

Dia mengepit leher lelaki itu dengan kakinya dan meletakkan berat pada tubuhnya, agar si lelaki jatuh.

Tetatpi, disebabkan lawannya adalah lelaki, makanya dia langsung tidak terkesan dengan cubaan Irene itu. Sebaliknya, dia menyiku perut Irene beberapa kali.

Sedang mereka berdua bergelut, tiba-tiba Kyril tiba dan dia terkejut melihat keadaan bilik bondanya itu.

"Irene!"

Irene lansung tidak menoleh. Dia sibuk menyerang dan mengelak serangan si lelaki.

Kyril memandang ke arah katil dan ternampak tubuh Diera yang layu dan kaku. Dia segera mendapatkan wanita itu. Kyril mendukung tubuh bondanya itu

"Irene, bertahan dulu. Abang akan datang balik nanti," kata Kyril sebelum berlari keluar dari bilik itu.

Sedang mereka berdua berlawan, tiba-tiba Irene terdengar bunyi sesuatu membelah udara.

Sedar-sedar saja, sakit mencengkam seluruh tangan sebelah kirinya. Sebutir peluru menembusi bahunya dan darah mengallir dengan deras.

"Direz. Tangkap dia."

"Baiklah." Direz berlalu meninggalkan Irene untuk menangkap si penembak jarak jauh.

Si lelaki mengeluarkan sebilah pisau dari dalam poket seluarnya.

Mereka terus bergelut sehinggalah si lelaki mengunci pergerakan Irene di atas lantai.

Pisau yang ada di tangan kanan dibenamkan pada peha kanan Irene dan ia ditarik sehingga lutut.

"ARGH!" 

Tidak cukup dengan itu, si lelaki turut menekan luka di bahu Irene dengan kuat.

Lopak darah terhasil di atas lantai.

Irene kehilangan banyak darah.

Dengan menggunakan tenaga yang masih ada, Irene mengangkat kaki kirinya dan menyepak tellinga si lelaki.

Lelaki itu terduduk di atas lantai sambil memegang telinganya yang berdarah.

Sekali lagi Irene melompat ke belakang lelaki itu dan mengepit lehernya. Kali ini, dia berjaya menjatuhkan si lelaki dan lehernya dikepit dengan kuat.

Si lelaki cuba untuk mencapai luka yang ada pada peha Irene, tetapi Irene pantas menangkap tangan itu dan memulasnya sampai patah. Kedua-dua belah tangan lelaki itu dipatahkan.

Beberapa ketika setelah bergelut, lelaki itu akhirnya tidak sedarkan diri.

Tanpa teragak-agak, Irene membunuh lelaki itu dengan memulas lehernya sehingga patah.

Irene berdiri. Tubuhnya dibasahi darah. Gaun tidurnya yang berwarna putih sudah bertukar menjadi warna darahnya.

Gadis itu menekap luka pada bahunya. Dia berjalan terhincut-hincut, keluar dari bilik itu. 

Sepanjang berjalan di kaki lima itu, Irene menyokong tubuhnya dengan meletakkan tangan kirinya yang cedera pada dinding dan ia meninggalkan kesan darah pada dinding istana itu.

Tiba-tiba si gadis terjatuh. Kakinya sudah tidak kuat. Kepalanya sakit dan pandangannya semakin kabur.

Irene bersandar pada dinding. Perlahan-lahan matanya terpejam rapat dan nafasnya menjadi semakin perlahan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top