BAB 12~{Strict}
Khaaled dan Layla terkejut dengan keberadaan Irene di dalam bilik wakil pelajar.
"Apa budak ni buat dekat sini?" Layla bertanya pada Kyril yang kelihatan tidak kisah tentang Irene.
"Kenalkan, ahli baru unit kita. Irene Clover."
"Ha?!" Khaaled dan Layla masing-masing terkejut dengan kenyataan itu.
"Ahli baru? Sejak bila pulak dia berdaftar sebagai pelajar dekat kampus ni?"
"Baru je hari ni," balas Kyril.
Khaaled dan Layla seperti tidak menerima kenyataan.
Irene menutup buku yang dibacanya.
"Irene ke kelas dulu."
Irene berlalu keluar dari bilik itu tanpa mengendahkan Khaaled dan Layla yang berdiri di muka pintu.
Setelah pemergian gadis itu, Khaaled dan Layla terus menyerang Kyril dan bertanyakan soalan.
"Kenapa tiba-tiba je?" Khaaled bertanya.
"Mana la aku tahu. Ni semua rancangan bonda aku dengan ibu dia. Aku tak boleh nak buat apa."
Layla hanya mampu menggeleng saja.
"Sejujurnya, budak tu memang lain macam sikit la. Kewujudan dia buatkan aku rasa tak selesa."
Semua diam mendengar kata-kata Layla.
"Eh! Kau jangan amik hati, Kyril. Aku cuma nak jujur je dengan kau."
Kyril mengangguk faham.
"Jangan risau, aku faham perasaan kau tu. Lagipun, aku pun rasa benda yang sama jugak. Cuma aku tak tunjuk sebab risau kalau dia terasa." Jujur Kyril yang turut sama merasakan kelainan yang tidak menyenangkan pada Irene sejak kali pertama mereka berjumpa.
Khaaled hanya mampu mendiamkan diri. Hanya dia seorang saja yang tahu rahsia gadis itu dan sebab mengapa kewujudan gadis itu tidak menyenangkan bagi mereka bertiga.
*****
"Hmm. Ni ke kelasnya?" Irene berdiri di harapan sebuah kelas. Sambil itu, dia memandang pada kertas yang berada di tangan dan papan tanda serentak.
"Mungkin la."
Irene mengetuk pintu beberapa kali.
Setelah mendapat sahutan dari dalam, pintu dibuka dan dia segera bertanya.
"Kelas Cik Seira?"
"Oh, ya! Kamu pelajar baru dalam kumpulan ni kan? Jemputlah masuk." Pensyarah itu menjemput Irene masuk dengan mesra.
Irene melangkah masuk. Pintu ditutup semula dan dia berdiri di hadapan kelas.
"Baiklah, semua. Saya nak kenalkan, pelajar baru dalam kumpulan kamu. Sila perkenalkan diri."
"Irene Clover. Selamat berkenalan." Irene memperkenalkan diri. Riak wajahnya langsung tidak memaparkan emosi.
Semua pelajar terdiam seketika.
Ada antara mereka terpegun melihat Irene yang tidak ubah seperti anak patung dan ada juga diantara mereka berbisik sesama sendiri.
"Terima kasih, Irene. Kamu boleh duduk."
Irene mengangguk. Dia segera mengambil tempat di tempat yang kosong.
Dalam pada masa yang sama, Luna dan Bella yang duduk beberapa baris dari belakang Irene, turut sama memerhatikan gadis itu.
"Weh, bukan ke tu perempuan yang presiden bawak semalam?" Bella berbisik pada Luna.
"Ye la kut. Aku pun tak ingat sangat muka perempuan semalam." Luna seolah-olah tidak ambil pusing tentang perkara itu.
Dia menongkat dagu dan terus memandang ke depan. Berpura-pura fokus agar sahabatnya tidak terus bercakap tentang Irene.
Namun, dalam pada itu, matanya turut menjeling pada Irene yang duduk di baris paling hadapan. Hatinya tertanya-tanya tentang hubungan Irene dan Kyril.
*****
Emilia berjalan mengelilingi istana, mencari kelibat Diera yang tidak kelihatan di mana-mana.
Seorang pengawal datang dari arah yang bertenangan. Emilia segera menahan pengawal itu.
"Mana Permaisuri Diera?" Emilia bertanya dengan nada serius.
"Tuanku permaisuri ada di taman bersama Raja Noir," beritahu pengawal itu.
"Raja Noir?"
Pengawal itu mengangguk.
"Bawa saya ke sana."
Pengawal itu akur. Die berjalan mendahului Emilia sementara Emilia mengekori saja langkah pengawal itu dari belakang.
Mereka berdua tiba di taman yang dimaksudkan.
Dari situ saja, mereka boleh nampak keberadaan Diera dan Raja Noir yang sedang bersembang.
"Terima kasih. Kamu boleh pergi sekarang."
Pengawal itu menunduk sebelum mengundurkan diri.
Emilia masih berdiri tegak di situ sambil menyilang tangan di dada. Dia memerhatikan saja tingkah dan tindak-tanduk Diera dan Noir.
Riak wajah wanita itu serius. Dia tahu yang Diera tidak selesa dengan keberadaan raja itu.
Namun, Emilia perhatikan saja tanpa berbuat apa-apa. Dia mahu melihat dan meneliti situasi dahulu sebelum menyampuk.
Beberapa ketika kemudian, si raja mula bertindak. Dia memegang tangan Diera.
Emilia dapat melihat ketidak selesaan wanita itu.
Tidak menunggu lama lagi, Emilia segera mengorak langkah menghampiri mereka berdua.
Emilia memegang tangan Noir dan meleraikan pegangan lelaki itu dari tangan Diera.
Diera dan Noir terkejut. Mereka segera mendongak.
"Emilia?" Diera memanggil. Dalam hati, dia berasa lega dengan kemunculan Emilia.
"Maaf menganggu dan maaf atas kebiadapan saya."
"Siapa kamu?" Raja Noir bertanya sambil mengawal nada suaranya yang bergetar menahan marah.
Emilia melepaskan pegangannya dari tangan Noir.
"Maaf menganggu, Diera." Emilia mencapai tangan Diera lalu mengucup belakang tangan wanita itu.
Serta-merta wajah Diera disapa bahang.
"Tak apa, Thia."
Emilia menjeling Noir lalu tersenyum sinis.
Noir menahan dirinya.
"Raja Noir, maafkan saya. Saya terlupa nak perkenalkan diri. Saya Cynthia Eldos, dari Kerajaan Venery."
Riak wajah Raja Noir berubah serta-merta.
"Cynthia Eldos? Puteri Kerajaan Venery? Sepupu kepada Raja Sylvan Eldos?"
"Saya la tu. Selamat berkenalan."
Raja Noir mula tidak senang duduk setelah mengetahui identiti wanita yang berada di depan matanya itu.
"Boleh aku serta sekali perbualan kau ni, Diera?"
"Oh, boleh. Jemputlah duduk."
Emilia tersenyum lalu duduk. Dia menyandar sambil berpeluk tubuh.
"Jadi, apa yang diperbincangkan tadi? Nampak macam serius je? Dari jauh boleh nampak kerutan dekat wajah tuanku Raja Noir."
Emilia memandang wajah Raja Noir.
"Tak ada yang serius pun. Kami cuma bincangkan tentang masa depan dan hala tuju kerajaan kami saja."
"Oh! Serius betul perkara ni."
Raja Noir tersenyum janggal.
"Jadi, apa hubungan Puteri Cynthia dengan Permaisuri Diera?" Raja Noir bertanya ingin tahu.
"Hubungan kami? Kami keluarga. Diera dah macam adik saya dah."
"Oh! Macam tu."
Dalam tak sedar, Raja Noir sudah berpeluh satu badan.
"Oh ya, tadi kata bincang perkara seriuskan? Tentang masa depan kerajaan ni? Boleh saya tahu apa perancangannya tu?" Emilia memandang Diera dan Raja Noir silih berganti.
Raja Noir diam tidak bercakap.
Emilia menungu jawapan daripada lelaki di sebelahnya itu.
Manakala Diera pula menahan tawanya. Dia tahu, Emilia sangat dikenali ramai, juga diserata kerajaan. Tiada mana-mana pemerintah kerajaan pun yang berani mencari pasal denan Emilia apabila wanita itu sudah membuka mulut.
"Raja Noir?"
Emilia memanggil. Lelaki itu serta-merta memandang ke arah Emilia.
Emilia menjongket kening, masih menunggu jawapan dari lelaki itu.
"Sebenarnya, beta datang untuk melamar Permaisuri Diera."
"Melamar?"
Raja itu mengangguk perlahan.
Emilia memandang sekilas pada Diera dan kembali memandang ke arah si raja.
"Ini kali kelima, bukan?" Emilia bertanya ingin tahu.
Raja Noir mengangguk perlahan.
"Wow! Nampaknya tuanku bukanlah seorang lelaki yang mudah mengalah. Bagus, saya suka dengan semangat dan keberanian tuanku." Emilia menyembunyikan senyuman sinisnya.
"Terima kasih."
"Tapikan, tuanku. Saya rasa dah tiba masanya untuk tuanku berhenti berharap dan kuburkan saja niat tuanku tu."
Raja Noir segera memandang tepat ke dalam mata Emilia dengan pandangan tajam.
"Apa maksud kamu?"
Emilia menongkat dagu. Dia membalas pandangan si raja tanpa rasa gentar.
"Katakan saja yang saya tahu niat sebenar tuanku mahu mengahwini adik saya ni."
"Apa maksud kamu?"
Riak wajah Emilia berubah serius.
"Saya tak suka nak berkasar dan saya hanya katakan ini sekali saja. Sila jauhkan diri dari adik saya dan berhenti buat dia berasa tak selesa. Satu lagi, jangan sesekali jejak lagi dekat kerajaan ni. Niat buruk tuanku tu terpapar jelas dekat dahi tu."
Raja Noir menghentak meja lalu berdiri. Kerusi duduknya terjatuh ke tanah.
"Beta tak tahan lagi! Ini adalah satu penghinaan!"
"Iya, iya."
Raja Noir memandang tajam ke arah Diera.
"Beta akan pastikan Permaisui Diera terima juga lamaran beta suatu hari nanti."
Emilia memandang Raja Noir.
"Langkah mayat aku dulu," kata wanita itu dengan nada suara yang serius. Mukanya juga dingin tidak bereaksi. Matanya pula memancarkan api kemarahan di dalam diri wanita itu.
Raja Noir terkaku beberapa saat sebelum mengambil keputusan untuk pergi.
Diera menghela nafas berat.
"Kenapa akak buat macam tu? Diera risaulah kalau dia bertindak nak serang kerajaan ni."
Emilia mengusap kepala Diera.
"Macam apa yang aku cakapkan tadi, kau adalah adik aku. Dan sebagai kakak, aku akan lindungi kau walau apa pun yang terjadi. Aku akan pastikan lelaki macam raja tu tak sentuh adik aku ni."
Diera menunduk malu.
"Terima kasih, Emilia."
Emilia tersenyum. Dia menarik Diera ke dalam pelukannya.
Tubuh permaisuri itu menggigil kecil.
Emilia mengusap belakang badan Diera.
"Tak apa, jangan takut lagi. Aku ada dekat sini." Emilia mengeratkan pelukannya.
Kehangatan pelukan itu membuatkan Diera tenang dan selesa.
*****
"Tak guna!" Raja Noir mencampak gelas wainnya di atas lantai kereta.
"Berani betul perempuan tu ugut aku! Dia ingat dia tu siapa?"
Raja Noir teringat semula pandangan Emilia. Bulu romanya menaik serta-merta apabila mengingati pandangan maut dari wnita itu.
Meskipun dia berasa takut, namun kemarahan di dalam diri tidak dapat ditahan.
BOOM!
Satu letupan kuat kedengaran.
Kereta yang dinaiki serta-merta berhenti dengan mengejut.
"Apa yang sedang terjadi ni?" Si raja bertanya pada si pemandu.
"Kereta di depan kita meletup tiba-tiba tuanku."
"Ha?!"
Dari asap letupan itu, muncul satu susuk seorang lelaki bersayap hitam.
Lelaki itu mengangkat tangan kanannya dan mengepal buku lima. Badan pemandu dan pengawal di dalam kereta tu tiba-tiba meletup. Darah terpercik ke serata tempat, tidak lupa juga muka si raja.
"Keluar." Lelaki itu bersuara.
Raja Noir akur. Menggigil-gigil dia mengatur langkah keluar dari dalam keretanya.
"Raja Noir?" Lelaki itu bertanya dengan nada dingi.
Raja Noir melutut di atas tanah.
"Tolong jangan apa-apakan aku. Aku sanggup lakukan apa saja untuk kau. Katakan saja apa yang kau mahukan."
Lelaki itu tersenyum sinis.
"Rajaku mahu berjumpa dengan tuanku. Saya akan bawa tuanku menghadapnya."
Raja Noir mengangguk akur. Dia sanggup lakukan apa saja asalkan nyawanya tidak melayang.
"Sebelum tu, boleh aku tahu siapakah kau?"
Lelaki itu tersenyum kecil.
"Saya dari salah satu kerajaan langit. Saya dari Puak Zodiak."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top