Chapter 62
Syaz terkedu melihat bangunan itu musnah. Izla masih memeluk Aisy kerana Aisy tidak berhenti menjerit memanggil Zedi. Hara dan Qari berpelukan sambil menangis. Mereka semua bersembunyi di semak seperti yang Danny arahkan.
Air mata Syaz turun, "Danny you liar. You said that you will save her, " Syaz terus melutut. Dia menggenggam kedua tangannya. Dia tak tahu nak buat apa sekarang ni. Mana Lions? Mana Alessio?
Mereka yang lain menangis dengan kuat sekali. Malam ni, mereka kehilangan seorang sahabat mereka yang berharga. ZIQHAS kehilangan seorang penyeri.
"Adik! "
Mereka berlima terdiam. Itu suara... Abang Naim!
******
Daeho jalan terhuyung- hayang. Dia melarikan diri daripada ilusi Leviez.
"Leviez tolong jangan kacau aku, " Daeho jatuh terduduk.
"Senangnya kau minta... Habistu, macam mana dengan rayuan aku dulu? Rayuan Aurora masa anak kau hancurkan keluarga kitorang? " Leviez menyoalnya kembali.
Daeho menangis, dia menyesal... Dia tak patut biarkan dendam dia menguasai dirinya. Sekarang ni, bukan keluarga Alessio dan Lions je dah musnah. Malah keluarganya sendiri dah musnah.
"Abang... "
Daeho terkedu mendengar suara itu. Dia mendongak memandang Aurora di depannya.
"Aurora! " Daeho merangkak ke Aurora.
"Aurora, maafkan abang! Abang tak sengaja! Abang tak sengaja bunuh anak Aurora, " Daeho menangis.
Aurora tersenyum tawar, "Abang, abang sendiri nampak, kan? Aurora sanggup pertaruhkan nyawa Aurora untuk lindung anak Aurora. Tapi... kenapa abang bunuh dia? "
Daeho terdiam.
Aurora menunduk, "Aurora tak sangka, abang sanggup buat macam tu dekat anak Aurora. Dulu, Aurora kena pukul dengan anak abang. Tapi sekarang, abang pula pukul anak Aurora? Bukan ke sepatutnya anak Aurora yang patut pukul abang? "
Daeho menggeleng.
Aurora ketawa sinis, "Kenapa tak? Kalau abang sendiri boleh berdendam, kenapa anak Aurora tak boleh? "
Daeho cuba memegang tangan Aurora, "Aurora, abang minta maaf. Abang langsung tak ada niat nak pukul anak Aurora-- "
Aurora menepis tangan Daeho, "Kau bukan je pukul anak aku. Kau tembak dia. Dan kau, punca kematian dia, "
Daeho terkedu. Dia menangis lagi. Dia menggeleng, menidakkan hal itu.
"Abang, Aurora boleh maafkan abang, " Aurora bersuara.
Daeho terkejut lalu dia memandang Aurora penuh harapan, "Betul ke ni Aurora? "
Aurora tersenyum, "Dengan syarat, Aurora nak abang bunuh diri abang sekarang, " Aurora bersuara penuh jahat.
Daeho terdiam. Bunuh diri? Aurora akan memaafkannya kalau dia bunuh diri?
Aurora tersenyum jahat melihat Daeho yang seakan percaya dengannya itu. Aurora terus mencapai tangan Daeho yang masih lagi memegang pistol itu. Tangan Daeho diangkat.
"Tunggu apa lagi abang? " Aurora menyoal.
Daeho seakan terpukau, dia terus menghalakan pistol itu ke arah kepalanya. Dalam masa yang sama, Miranda dan Eric berlari ke arah Daeho. Miranda dah bersedia dengan pedangnya.
"KIM DAEHO! " Miranda menjerit dengan lantang apabila dia melihat musuh ketatnya itu.
Aurora mendecit apabila kelibat Miranda dan orangnya mengahmpiri. Aurora terus berbisik kepada Daeho, "Do it now, "
Baru je mereka berdua sampai di depan Daeho,
Bang!
Miranda terkedu. Dia melihat sendiri Daeho menembak kepalanya sendiri. Dia bunuh diri? Eric pula menjerit, dia tidak percaya melihat kejadian yang berlaku di depan matanya itu.
Miranda mendecit. Tiba- tiba, dia mendapat panggilan daripada orang kanannya yang satu lagi, Derick.
"Hello, "
"We found them at the back of building, "
"I'm on my way, "
Miranda terus matikan panggilan tanpa menunggu balasan Derick. Miranda terus bergerak ke belakang bangunan, "Eric, call the team. Told them to bring his body safely to Lions, "
"But boss, should we just burn it now? I mean, it's more easy-- "
"No matter what, he still my uncle. He have a wife and kids. I have to bring him back to Lions whether he's alive or not, " Miranda membalas laju. Pedangnya disimpan kembali.
"Oh, okay boss. But where are you going? You are not gonna leave me alone, right? " Eric menjerit apabila Miranda semakin jauh.
"They found my sister and her friends! I need to go! " Miranda menjerit.
"OH TAKE CARE! MAKE SURE THEY ARE SAFE! " Eric menjerit dengan lantang lalu dia pun kembali memandang tubuh Daeho di tanah itu. Pergh kepala pecah bhai.
"Haih, this old geezer, " Eric membebel. Tangannya tak lekang menyentuh isi kepala Daeho yang bersepai itu. Eric menjedit kegelian. Eh mamat ni. Sendiri yang gedik nak sentuh, sendiri yang geli.
******
Dari jauh, Miranda dapat melihat kelima kawan adiknya itu menangis. Mungkin mereka masih ketakutan. Tapi mana adik perempuannya? Miranda terus berjalan laju ke arah mereka.
Sampai saja, Miranda terus melutut di sebelah Naim yang kini sedang terduduk di tanah, "Naim, what happen? Mana adik? "
Naim hanya menundukkan kepalanya, mendiamkan diri. Miranda hairan, pekak ke apa adiknya ni? Takkan dengar bunyi bom banyak banyak tadi terus pekak?
Ya, sebaik saja Alessio dan Lions sampai di bangunan itu tadi, diorang dah dengar bunyi bom yang sangat kuat. Diorang sendiri nampak bangunan itu hancur. Betapa luluhnya hati Miranda masa bangunan tu runtuh. Namun dia gembira bila dia nampak kawan- kawan adiknya selamat. Bermaksud, adik perempuannya juga selamat daripada letupan itu. Tapi... kenapa dia tak nampak batang hidung adiknya? Derick pun tak ada dekat sini.
"Naim, kakak tanya ni, " Miranda menggoncang bahu Naim. Sekali lagi, Naim menghiraukannya.
Malas nak menunggu lagi, Miranda terus menarik dagu adik lelakinya, memandangnya. Miranda terkedu apabila adik lelakinya menangis teresak- esak.
"Naim, what's wrong? Why are you crying? Where's adik? " Miranda terus memegang kedua bahu Naim, memaksa Naim bercakap. Naim hanya menggelengkan kepalanya.
Miranda memandang sekeliling. Bukan Naim sahaja malah kelima kawan adiknya itu menangis bagaikan tiada hari esok. Okay, dia tahu yang diorang trauma tapi takde sesiapa ke yang boleh terangkan dia apa yang jadi sekarang ni? Mana Derick--
"Boss, " Derick datang dari arah bangunan runtuh itu.
"Derick! " Miranda berlari ke arah orang kanannya. Sampai saja di depan Derick, Miranda terus mencengkam kedua bahu orangnya itu.
"Where is my sister?! Where is she?! " Miranda menyoal dengan lantang.
"Boss, please calm down-- "
"DON'T TELL ME TO FUCKING CALM DOWN! I WANT TO KNOW WHERE IS MY SISTER! " Semakin kuat Miranda mencengkam bahu Derick.
Derick menahan kesakitan. Dia dapat rasakan kuku Midanda mencucuk bahunya itu, "She's here, "
Miranda hairan, "Don't play with me, Derick. I don't see her. I ask you one more time, WHERE IS MY... "
Miranda terus terdiam apabila dia memahami apa yang Derick katakan. Miranda memandang Derick, ingin melihat sama ada orang kanannya itu bergurau dengannya ataupun tak. Derick hanya mendiamkan diri.
Miranda terkedu lalu dia pun berlari ke arah Naim semula. Miranda terus menarik Naim berdiri dengan paksaan, "WE HAVE TO FIND HER! RIGHT NOW! "
Naim menggeleng lemah. Dia tak mampu. Dia masih tak boleh terima bahawa adiknya meninggalkannya.
Miranda terdiam melihat riaksi adik lelakinya. Dia terus melepaskan Naim lalu Naim pun jatuh. Miranda terus berlari ke arah bangunan runtuh itu. Dia terus ketepikan semua batu- batu yang besar itu. Derick terkejut memandang perbuatan bosnya. ZIQHAS pula masih menangis tetapi mereka memandang Miranda. Naim pula langsung tidak memandang.
"Boss what are you doing? " Derick menarik Miranda tetapi gagal. Miranda menepisnya dengan kasar.
Sekali lagi, Derick mendekati Miranda. Tangan bosnya dipegang, "Boss please, it's useless-- "
Buk!
Derick jatuh terduduk. Dia ditumbuk kuat oleh Miranda.
"IT'S NOT USELESS! I WILL FIND MY SISTER AND TAKE HER HOME WITH ME TONIGHT! I WON'T GO BACK UNTIL I FOUND MY SISTER! " Miranda menjerit dengan lantang. Air matanya sudah jatuh berjujuran.
Mereka yang lain terkedu mendengar apa yang Miranda katakan. Miranda terus berpusing ke belakang. Miranda kembali menarik batu- batu yang besar itu, berharap bahawa dia akan jumpa adik perempuannya.
Miranda menggumam perlahan, "She's probably crying right now. She's probably scared and wait for us to save her. I have to-- "
"I kill her, "
Miranda terdiam mendengar kata- kata itu. Begitu juga dengan Derick dan Naim. ZIQHAS pula terkejut mendengar. Hara berdiri menghadap Miranda. Dia masih lagi menangis seperti tadi.
Syaz bergerak ke Hara, "Hizlara Fassierna, apa kau merepek ni! " Syaz memegang lengan Hara.
Hara merentap kembali lengannya lalu dia kembali memandang Miranda yang terkedu memandangnya, "SAYA YANG SEPATUTNYA KENA TEMBAK DENGAN KIM! SAYA YANG SEPATUTNYA CEDERA! SAYA YANG SEPATUTNYA TERKORBAN! SAYA YANG SEPATUTNYA MATI! "
"Tapi dia... dia lindugi saya... Dia yang kena tembak... Dia yang terkorban, " Hara menunduk, menangis kembali.
Syaz terus memeluk Hara, memberikan kawannya itu kekuatan. Hara terus membalas pelukan Syaz lalu dia pun menjerit, menyalahkan dirinya.
"AKU YANG SEPATUTNYA MATI, SYAZ! AKU YANG SEPATUTNYA TERPERANGKAP DALAM TU! BUKAN ZEDI! " Hara menjerit lantang.
Syaz pula menenangkannya. Miranda jatuh terduduk, adik dia... Dah mati? Miranda mencengkam rambutnya. Kenapa? Kenapa dia sangat lemah? Kenapa dia boleh jadi ketua Alessio kalau adik sendiri pun dia tak boleh selamatkan?
"Did you said Zedi's dead? "
Mereka semua memandang ke arah seseorang. ZIQHAS terkejut melihat orang itu. Miranda dan Derick terkedu, mereka kenal orang itu. Walaupun tidak pernah bertemu, orang itu adalah musuh mereka yang paling bahaya. Naim pula hanya memandang. Dia dah penat. Dia dah tak kesah apa yang jadi sekarang ni. Kalau orang tu nak bunuh diorang sekalipun, bunuhlah.
"Derick, take them to Lions if anything happen to me, " Miranda berjalan ke arah orang itu. Dia menarik kembali pedangnya keluar. Dia berdiri di hadapan mereka semua, melindungi mereka.
Pedangnya diacukan kepada orang itu, "How dare you come here after everything you've done to my family! "
Miranda terus menyerang orang itu. Pedangnya dihalakan ke arah leher orang itu. Miranda terkejut apabila pedangnya patah apabila terkena leher orang itu. Okay, dia dah paham sekarang. Dia paham kenapa Auntie Aurora boleh kalah dengan orang di depannya ni. Orang ni bukan sebarang orang.
Irene terdiam. Ya, dia lah orang tu. Dia lah pembunuh bersiri Alessio dan dia jugalah guru muzik ZIQHAS di Gold Highschool dulu.
Syaz berlari ke Irene. Dia mendepakan tangannya, melindungi Irene daripada Miranda, "Please don't... "
Miranda memandang Syaz, seakan tidak percaya, "Kau lupa ke... Apa yang diorang buat dekat adik aku?! "
Syaz menunduk lalu dia menggeleng, "Saya tak lupa... Saya langsung tak boleh lupa... Tapi bukan teacher yang bunuh Zedi. Kim yang bunuh, Kim yang patut tanggung semua kesalahan dia. Bukan teacher... "
Miranda mendengus, "Perempuan tu anak Kim! Dia patut bertanggungjawab atas apa yang bapak dia buat dekat keluarga aku! Adik aku! Perempuan tu juga yang bunuh keluarga aku 10 tahun-- "
"Itu bukan kehendak teacher. Teacher terpaksa buat sebab dia kena kawal. Dan teacher tak perlu tanggung apa yang ayah dia sendiri buat, " Syaz membalas.
Syaz menangis tanpa dia sedar, "Dan kalau kita bunuh teacher sebabkan kesalahan ayah dia, bukan ke kita ni sama je dengan Kim? Kim hancurkan hidup orang yang tak bersalah sebabkan dendam dia. Jadi, apa bezanya kita dengan Kim kalau kita bunuh teacher? "
Miranda terkedu. Ya, dia hampir diselubungi dendam bodohnya. Dia tak patut lepaskan amarahnya terhadap sedara sendiri.
Syaz sudah terumbang- ambing. Kakinya dah tak kuat. Dalam sekelip mata, Syaz pengsan. Namun Irene sempat menangkapnya.
"SYAZ! " Izla, Hara, Qari dan Aisy menerpa ke arah Syaz. Mereka menangis, takut. Takkan lah Syaz pun akan tinggalkan mereka. Cukuplah Zedi dah tinggalkan mereka.
"Dia pengsan, dia banyak sangat guna tenaga, " Irene menyerahkan Syaz kepada anak muridnya yang lain itu.
Irene memandang sayu kepada anak muridnya itu. Mereka semua nampak tak terurus. Mereka tak patut lalui semua ni. Mereka masih muda.
Irene berjalan ke arah Miranda. Derick terus berdiri di hadapan bosnya. Miranda menarik Naim ke belakangnya dengan pantas.
Irene tersenyum kelat, "I'm sorry. I should come sooner to save her. But... I was fighting with them, "
"Who? " Miranda menyoal.
"Kim's allies. Diorang kepung bangunan ini. Jadi, saya kena lawan sebelum Zedi sampai. Mereka terlalu ramai. Dan saya tak sangka yang papa sanggup buat sampai macam ni, " Irene perlahan.
Miranda hanya mendiamkan diri. Patutlah badan dia penuh dengan darah. Rupanya dia berlawan dengan kumpulannya sendiri. Mesti diorang semua terkejut dan rasa terkhianat bila anak ketua mereka sendiri yang menyerang mereka.
Miranda juga tahu bahawa sukar untuk kalahkan kumpulan Kim. Kim adalah kumpulan mafia yang paling kaya di dunia. Mereka ada pelbagai teknologi canggih. Tengok jelah, kewujudan Irene ni bukti bahawa kumpulan Kim ni paling maju. Jadi, bukan senang untuk kalahkan kumpulan yang ada banyak teknologi canggih. Miranda sendiri tak boleh menang lawan Kim tanpa bantuan Lions. Apatah lagi Irene yang lawan kumpulan itu seorang diri.
Irene terus melutut di hadapan Miranda dan Naim, "You can kill me. I know that you want to avenge your family. So please, kill me. You don't need to fight me. Just push the button behind my neck. It'll stop my whole system, "
Irene dapat memandang gerak kaki Miranda. Irene memejam matanya apabila tangan Miranda mendekatikanya. Nampaknya, dia akan mati-- eh?
Irene terkedu apabila Miranda memaut lengannya. Miranda menariknya untuk berdiri. Miranda tersenyum tawar terhadapnya.
"Why? " Irene menyoal perlahan.
"They won't be happy, " Miranda bersuara perlahan.
Miranda kembali menangis, "They won't come back to life eventho we stop your whole system "
Irene memandang Miranda dengan wajah tidak percaya, "I kill your family-- "
"Did you kill them on your own will? " Miranda bersuara.
Irene terkedu. Ya, dia terpaksa bunuh diorang.
Miranda mengeluh perlahan, "Let's go back to our grandpa's house. Auntie Merida and Bunny are waiting for you. And grandpa too, "
Irene mengangguk. Ya, dia ada keluarga yang masih menunggu kepulangannya. Irene memandang bangunan runtuh itu, "How about Zedi? "
Naim terus berjalan, dia tak boleh dengar nama adik dia. Dia akan terus menangis jika dia dengar lagi nama adik dia. Harini, dia kehilangan seorang lagi ahli keluarganya. Kenapa? Kenapa dia boleh selemah ni. Adik dia yang sorang tu pun dia tak boleh jaga...
Miranda melihat pemergian Naim. Irene hanya menunduk, rasa bersalah. Kalaulah dia lagi kuat, mungkin dia dapat kalahkan kumpulan papanya dengan mudah dan pantas. Dan mungkin dia dapat selamatkan Zedi.
Naim terus pergi ke kawan- kawan adiknya. Dia terus mendukung Syaz, "Jom kita pergi. Dekat sini tak selamat, "
Mereka berempat yang lain hanya menangguk. Tangisan masih lagi tak berhenti. Mereka perlahan- lahan bangun dan ikut Naim berjalan.
"Derick, watch them for me, " Miranda masih memandang Naim.
Derick mengangguk, "Yes boss! " dia terus pergi melangkah mengikuti adik bosnya.
"Irene, you are strong right? " Miranda menyoal.
Irene mengangguk, "Yes, "
"Can you help me lift all this rock? I want to find my sister's dead body, " Miranda berkata lemah.
Irene terkedu. Tanpa banyak cakap, Irene terus bergerak ke arah bangunan runtuh itu. Dia terus menggunakan kekuatan luar biasanya untuk ketepikan semua batu yang menghempap Zedi dan Danny. Miranda juga menolongnya. Mereka berdua bersusah payah menolak semua batu.
Setelah hampir sejam bersusah payah, mereka berjaya. Mereka berjaya temui mayat adik mereka.
Irene terkejut apabila dia melihat sekujur tubuh yang kehilangan kepala. Dia... kenal tubuh badan tu.
Miranda lemah, dia hampir jatuh ke tanah namun Irene sempat menyambutnya. Miranda terus menangis bagaikan tiada hari esok apabila melihat mayat adiknya yang hanya tinggal separuh badan saja. Kedua kaki adiknya sudah hancur dihempap.
Irene menangis melihat keadaan Zedi dan Danny. Kepala Danny sudah hancur berkecai namun badannya masih kekal.
"He protect her until her last breath, " Irene bersuara lemah melihat tangan Danny yang masih memeluk badan Zedi.
Miranda terus menerpa ke adiknya. Begitu juga dengan Irene. Mereka menarik adik mereka ke dalam pelukan.
"Adik, kakak minta maaf, sayang. Kakak minta maaf, " Miranda mencium dahi Zedi tanpa henti. Dia masih menangis.
Irene hanya mampu melihat. Dia menangis dalam diam bersama mayat Danny dalam pelukannya. Walaupun kepala adiknya sudah tiada, dia kenal adik dia. Dan dia tahu itu adik dia.
"Let's bring them back, " Irene bersuara lembut.
Miranda mengangguk. Dia masih teresak- esak. Dengan perlahan, Miranda mengangkat mayat Zedi. Hatinya tak kuat melihat mayat adiknya.
Irene mengikut Miranda dari belakang. Mereka berdua keluar dari kawasan itu bersama mayat adik mereka.
Irene sempat memandang bangunan yang dah runtuh itu sebelum pergi. Papa... papa puas hati ke? Papa bunuh budak- budak yang tak bersalah...
******
Grandpa hampir terjatuh namun Helmi sempat menangkap tuannya.
"Tuan! "
Grandpa menangis. Dia tak boleh terima semua ni. Cucu dia dah takde? Cucu dia dah tinggalkan dia?
"Helmi, dia masih lagi muda. Tergamaknya Daeho buat macam tu dekat dia, " Grandpa bersuara lemah.
Helmi hanya mendiamkan diri. Dia juga terkejut mendengar berita itu. Dia sangkakan, Miranda dan Naim sempat menyelamatkan adik mereka dan yang lain.
Merida juga menangis. Anak bongsunya dipeluk erat. Dia tak sangka, suaminya membunuh anak lelaki dan anak Aurora. Dan dia tak sangka bahawa suaminya akan bunuh diri.
Kini, mereka berada di dalam bilik mayat. Di depan mereka, ada mayat Zedi, Danny dan Daeho. Dan keadaan mereka sangatlah menyedihkan.
Di luar bilik mayat, Naim, Irene, Miranda dan dua orang kanannya setia menanti.
Naim hanya mendiamkan diri. Dari tadi, dia hanya termenung. Dia masih lagi tidak menerima kehilangan adiknya itu. Adiknya yang selalu berkepit dengannya dari kecil lagi. Adiknya yang selalu bermanja dengannya, lebih- lebih lagi selepas peristiwa pahit di Itali itu.
Irene hanya menunduk. Perasaan bersalah tak pernah hilang dari tadi. Dia tak henti menyalahkan dirinya dalam diam.
Miranda pula hanya mengelamun. Dia tak tahu nak buat apa sekarang ni. Nak lenyapkan kumpulan Kim? Irene dah buat awal tadi.
Sekarang ni, diorang hanya menunggu ahli keluarga diorang yang ada dalam bilik mayat itu.
******
Aisy mencelikkan matanya. Dia merasa sedikit pening. Aisy melihat sekeliling. Macam hospital je... Aisy terkedu, dia teringat semua kejadian semalam. Aisy terus bangun dari baringnya.
Aisy memandang orang yang baring di tepinya, "Umi? "
Puan Dahlia yang mendengar suara Aisy terus bangun lalu dia pun terkejut, "Aisy! Allahuakhbar! Aisy sayang! " Puan Dahlia memeluknya dengan erat.
Aisy tersenyum tawar lalu dengan perlahan, dia membalas pelukan Puan Dahlia. Puan Dahlia terkedu apabila dia merasa pelukan Aisy. Puan Dahlia pun menangis.
Encik Haikal tersenyum lega melihat anak perempuannya itu akhirnya menerima ibu tirinya. Setelah bertahun- tahun menunggu, akhirnya anak dia berbuka hati untuk menerima keluarga barunya itu.
"Umi, Aisy minta maaf. Aisy minta maaf sebab kurang ajar dengan umi selama ni, " Aisy bersuara perlahan.
Puan Dahlia tersenyum, "Tak, sayang. Umi tak pernah ambil hati. Umi dah lama maafkan kamu, sayang, "
Aisy yang dari tadi menahan tangisannya terus menangis dengan kuat. Mulutnya tak henti- henti meminta maaf. Puan Dahlia pula tak henti memujuknya.
"Ish... bisinglah si cengeng tu, " Hara menjeling Aisy. Dia masih duduk di katil hospitalnya.
"Kau diamlah. Dah lah kau semalam nak berdrama. 'I kill her', " Izla mengejeknya.
"Eh apa kau cakap! " Hara marah namun Puan Safiya menenangkan anaknya.
Puan Yana pula menyuruh anaknya, Izla berhenti menyakat. Namun Izla tetap degil, dia tak berhenti menyakat sehinggalah...
"Diam boleh tak? " Qari bersuara marah.
Semua memandangnya.
"Zedi dah takde, Syaz pula koma. Boleh tak korang diam! Ini bukan masa nak bergurau! Kita dah hilang Zedi, takkan kita nak hilang Syaz juga! " Qari terus meracau dengan kuat. Semua barangnya dihempas ke lantai.
Puan Suraya terus memeluk anaknya, cuba menenangkannya. Encik Zain pula terus memanggil doktor.
Izla, Hara dan Aisy hanya memandang. Ya, ini bukan masanya nak bergurau. Diorang baru je hilang Zedi. Syaz pula masih tak sedarkan diri, doktor sendiri sahkan yang Syaz koma.
Kini, hanya tinggal mereka berempat. Izla, Hara, Aisy dan Qari. Mereka berempat ditempatkan di bilik yang sama. Bilik yang mewah, dilengkapi semua benda. Ruang tamu, tandas, dapur. Semuanya ada dalam bilik hospital tu. Macam kondo pun ada.
Hanya Syaz saja ditempatkan di bilik lain.
******
Di sebuah bilik yang sunyi, seorang wanita menangis. Dia mengusap lembut tangan anaknya yang terbaring itu. Dia berharap anaknya akan membuka mata.
"Miss Syeazmin Hairana terlalu tertekan. Otaknya tidak dapat berehat dan menyebabkan otaknya terkejut. Terlalu berpikir tidaklah baik untuk kesihatan. Keadaan dia dah stabil untuk masa kini tapi untuk dia sedarkan diri, kita kena tunggu, banyakkan bersabar. Banyakkan berbual dengannya, dia boleh dengar percakapan kita, "
Itulah yang diberitahu doktor tentang keadaan anaknya.
"Hairana, mummy minta maaf, sayang. Mummy minta maaf sebab tegas dengan Hairana. Mummy janji, lepas ni mummy takkan kawal hidup Hairana lagi. Mummy akan bagi Hairana buat apa yang Hairana nak. Jadi... bangun sayang... " Puan Fasya memandang anaknya, Syaz penuh harapan.
Dia baru je pulang ke Malaysia dari HongKong. Sebenarnya, kerjanya belum selesai tapi dia bergegas balik ke sini bila dapat berita anaknya kena culik. Betapa luluh hatinya melihat tubuh anaknya terbaring di katil ini. Keempat kawan anaknya dah sedar. Cuma anaknya je belum sedar. Ya paling mengejutkan dia adalah kematian Zedi.
Encik Arez mengusap rambut Syaz dengan lembut. Dia tersenyum tawar, "Hairana, mummy dengan daddy ada ni. Bangun sayang, "
Seperti biasa, langsung tiada tindak balas daripada Syaz. Puan Fasya terus menangis dengan kuat.
"Maafkan mummy dengan daddy sebab selama ni kami tegas dengan Hairana. Mummy dengan daddy tak nak Hairana lalui hidup macam mummy daddy. Mummy dengan daddy nak Hairana hidup bahagia. Mummy dengan daddy tak nak hidup Hairana kena tindas, macam mana yang mummy daddy kena dulu. Sebab tulah, mummy daddy paksa Hairana untuk jadi sempurna, " Tuan Arez bersuara perlahan.
"Tapi sekarang dah tak berguna. Untuk apa jadi sempurna kalau anak mummy daddy ni tak bahagia? Hairana bangun, lepastu Hairana buatlah apa yang Hairana nak. Mummy daddy takkan halang Hairana lagi, " Tuan Arez menyambung.
Mereka berharap bahawa anak mereka yang satu itu akan bangun. Doktor sendiri cakap yang anak mereka boleh dengar semua kata- kata mereka. Jadi, mereka nak anak mereka tahu yang mereka sangat sayangkan dia.
******
Berita kematian Zedi dan Danny dah tersebar di Diamond Highschool dan Gold Highschool. Begitu juga berita penculikan ZIQHAS. Semuanya terkejut, tak percaya dengan apa yang mereka dengar.
Medina terus meminta putus dengan Afiz, tidak sangka bahawa kekasihnya itu sangat kejam. Patutlah selama ni Afiz beria sangat nak dekat Zedi. Rupanya, dia dah rancang nak culik Zedi dan kawan- kawannya.
Kesemua ahli Princes ditangkap untuk masuk ke juvana. Perniagaan keluarga mereka pula lingkup serta merta. Dalam masa 1 jam, semuanya musnah. Apa yang mereka tahu, ada sebuah keluarga yang berpengaruh di Itali yang buat semua tu.
Bukan perniagaan lingkup saja. Malah kesemua ahli keluarga Princes dipaksa untuk menjadi pekerja di rumah agam Alessio dan Lions. Mereka dipaksa menjadi pekerja dengan syarat, mereka tak dihumban ke penjara. Rupanya, kesemua keluarga Princes mempunyai perniagaan yang maju hanya kerana dadah. Merekalah tokan dadah terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara.
Ingin melawan? Lawan mereka adalah Lions dan Alessio. Kumpulan mafia terhebat di Malaysia dan Itali. Mana mungkin mereka menang.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top