Chapter 60

"Kenapa abang serang diorang! " Merida menjerit dengan lantang. Anak- anak yang memerhati diabaikan.

Daeho hanya mendiamkan diri.

Merida marah lantas dia mengambil kayu besbol lalu badan suaminya dipukul dengan kuat tanpa henti. Dia marah, dia kesal, dia menyesal. Kalau lah dia dengar cakap kakak, semua ni takkan jadi.

Daeho pula hanya membiarkan dirinya dipukul. Biarlah isterinya lepaskan dendam dekat dirinya. Janji isterinya takkan cederakan anak- anak mereka.

Irene pula hanya memerhati dari tepi. Dia tidak boleh masuk campur. Mamanya sangat marah. Adik- adiknya dipeluk erat. Risau jika mama hilang akal dan cuba menyakiti adik- adiknya, dia boleh lindung mereka.

Itulah arahan papa semasa mereka pulang ke Korea. Papa tak mahu Danny dan Bunny menjadi mangsa mama.

Bunny dan Danny menangis melihat papa dipukul. Mama pula semakin gila.

"Kenapa?! Abang tak pikir ke perasaan anak- anak diorang?! Macam mana dengan Aurora dan Marcello?! Abang sendiri cakap dengan saya yang abang sayang Aurora! Aurora tu satu- satunya adik yang abang ada! Tapi kenapa abang bunuh dia! Baru 2 tahun lepas abang jumpa dia dekat Itali! Abang peluk dia, usap kepala dia, cium kepala dia, abang dengar dia mengadu! Abang dengar semua cerita dia walaupun abang tak suka ambil tahu pasal hidup orang lain! Abang tahu dia suka mengumpat jadi abang layankan je karenah dia! Mana perasaan sayang abang dekat dia! " Merida menjerit sambil menangis.

Irene tidak betah melihat papa dipukul, "Mama! Irene yang bunuh Auntie Aurora, "

Memang dia dan Aurora tak pernah bersua. Tapi dia selalu dengar pasal Aurora dari Daeho, papanya. Daeho sangat menyayangi Aurora. Mamanya, Merida juga akan bercerita tentang Aurora jika Irene minta. Dalam cerita, mama dan papanya selalu memanggil Aurora sebagai auntie. Jadi automatik dia panggil Aurora itu 'Auntie Aurora'.

Merida terus memandang Irene, "You kill her? "

Irene meneguk liur. Mama nampak tak terurus. This is not my mom...

Merida terus menghayun kayu itu ke Irene. Danny dan Bunny menjerit ketakutan. Irene terus melindungi mereka berdua.

Bak!

Irene memandang ke depan apabila dia tak rasa apa- apa. Irene terkedu memandang papanya yang berada di depan mereka bertiga. Papa melindungi dia tiga beradik daripada mama.

"Merida, my wife... Rin tak bersalah. Abang yang kawal dia. Abang arahkan dia bunuh semua orang dekat sana. Abang tak sangka yang Aurora masih di sana, abang pikir dia akan larikan dengan anak dia. Rin cuma ikut arahan abang. Abang yang tembak Aurora, " Daeho bersuara lembut walaupun mulutnya sudah kelusr darah.

Merida menangis, "Why? Abang tak terpikir ke semua ni sebelum serang diorang? Apa yang abang benci sangat dengan Alessio? Sebab diorang tak terima abang ke? "

Daeho tersenyum tawar, "I'm sorry, my queen. I know you hate me. But please, don't hate our children. They are innocent. Even Irene, "

Daeho tak boleh bagitahu sebab sebenar. Kalau lah isterinya tahu yang dia pernah cintakan Meliya, mesti isterinya akan sedih. Tapi itu dulu, sekarang dia dah cintakan isterinya. Dia cintakan Merida, bukan Meliya.

Merida meletakkan kayu besbol itu. Dia terus pergi ke biliknya, meninggalkan suami dan anak- anaknya.

Daeho terus jatuh terduduk.

"Papa! " Bunny dan Danny terus berlari ke arahnya dan memeluknya.

Daeho memandang Irene yang hanya berdiri lalu dia pun tersenyum, "Rin come here, "

Irene jatuh terduduk di sebelahnya lalu menangis, "Rin minta maaf papa. Rin patut sedar masa Rin cederakan Auntie Aurora, "

Daeho tersenyum tawar lalu kepala anak sulungnya, Irene diusap, "Bukan salah kamu, sayang. Papa yang sepatutnya hentikan kamu. Kamu langsung tak salah, okay? "

Irene menangis semakin kuat. Daeho menarik Irene ke dalam pelukannya.

"Papa, mama takkan tinggalkan kita semua, kan? " Irene menyoal perlahan.

Daeho tersenyum, "Papa takkan benarkan mama tinggalkan kita. Kita semua akan hidup bersama sampai bila- bila, "

******

Dah setahun berlalu namun Merida masih tidak menerima Daeho. Dia masih kekal di sini hanya disebabkan anak- anaknya.

Merida menutup pintu anaknya, Danny. Kini dah malam, anak- anaknya semua dah tidur.

"Sayang... "

Merida hanya mengendahkan panggilan itu. Dia terus berjalan, menuju ke dapur. Daeho pula mengikutinya dari belakang.

"Merida! " Daeho menarik pergelangan Merida.

Merida berhenti berjalan, "Tolong berhenti, Daeho, "

"Cukuplah. Sampai bila awak nak hiraukan saya. Tidur asing, makan tempat lain. Sampai bila? Awak tak tahu ke apa yang anak pikir pasal kita-- "

"Habistu, macam mana dengan anak Aurora dengan Marcello? Anak kakak dengan Abang Leviez pula macam mana? " Merida memandang Daeho.

Daeho terkedu.

Merida tersenyum sinis, "Senangnya awak cakap, kan Daeho? Awak ni pentingkan diri. Awak cuma pikir pasal anak- anak awak. Habistu macam mana dengan anak- anak diorang? Macam mana anak- anak diorang nak membesar lepas ni? Ada awak pikir? " Merida menyoal.

"Saya langsung tak pikir kalau untuk anak- anak Meliya dan Leviez. Tapi kalau anak Aurora dan Marcello, saya akan cuba cari dia. I will find him and we will raise him together. And that's why, I want our children to be strong so that we can take Lucas from them. Kalau kita lemah, diorang takkan serahkan Lucas dekat kita, " Daeho bersuara perlahan.

Merida hairan, "Apa awak cakap ni-- "

Daeho terus memeluk Merida dengan erat. Merida meronta- ronta. Dalam sekelip mata, Merida berhenti meronta. Lalu dia pun pengsan. Daeho terus mendukung tubuh isterinya. Picagari yang kosong itu dicampak ketepi. Dia baru saja menyuntik isterinya dengan ubat tidur.

"Chief! " Salah seorang pembantunya menunduk hormat.

"Take Bunny to that room. Don't try to hurt her or else, you'll be dead! " Daeho bersuara keras.

"Yes chief! " Pembantunya terus membuat kerja.

Daeho memandang isterinya di dalam dukungannya. Nampaknya dia terpaksa mengurung isterinya dan anak bongsunya. Dia terpaksa ugut kedua anaknya yang lain untuk mendengar kata. Dia terpaksa tipu kedua anaknya untuk cederakan ibu mereka dan jual adik mereka jika mereka melawan kata. Dia terpaksa tipu...

Daeho mencium dahi Merida, "I'm sorry, my queen. Please bear it for a few years. After this, we will live happily together. And I will make sure that Lucas will stay with us. And I'm sorry if you feel betray but this is for our sake. I'm sorry that I have to be strict with our children after this, "

Daeho bergerak membawa Merida ke bilik bawah tanah yang dia sediakan untuk isterinya dan anak bongsunya. Dia dah rancang semua ni 6 bulan lepas.

******

(Zedi P.O.V)

Aku terkedu mendengar cerita itu. Jadi, semua ni berlaku hanya kerana Mr. Kim cinta kan mummy-- maksud aku, auntie aku, Meliya. Dan Mr. Kim cemburu apabila auntie Meliya berkahwin dengan uncle Leviez.

"Aku akan bunuh ketiga anak diorang! Termasuk kau! Kakak kau! Abang kau! " Mr. Kim menjedit lantang.

ZIQHAS di belakang masih terkejut mendengar kisah silam keluargaku. Kisah yang aku lalui semasa aku berumur 7 tahun. Dan paling buat kitorang terkejut adalah rancangan Mr. Kim dan cara layanan dia terhadap keluarga dia.

Jadi, automatik Mr. Kim dah bagitahu yang Teacher Irene tu cyborg lah kan? Tapi asal diorang tak terkejut? Ke... diorang dah tahu?

Eh tapi ada satu kisah yang Mr. Kim pun tak tahu. Only I can spill the tea hoho!

"What do you mean me? " aku menyoal perlahan.

"Kau tak paham bahasa ke? Kau tu anak Meliya dengan Leviez! Aku takkan benarkan keturunan korang hidup! Keturunan Alessio patut lenyap dalam dunia ni! Terutama sekali kau! Dia mati sebab kau! " Mr. Kim menjerkah.

Aku ketawa, "Alessio? Maksudnya anak Aurora dengan Marcello pun patut mati? "

Mr. Kim terkedu, "No. Anak Aurora dan Marcello tak boleh mati. Aku akan jaga dia! Aku akan jaga Lucas sampai bila- bila! Aku akan tebus kesilapan aku 10 tahun lepas-- "

"Tebus? Kalau macam tu kenapa kau nak bunuh aku? " Aku menyoal dengan tenang.

"Kau tak paham bahasa ke huh! Aku nak bunuh kau sebab kau penyebab Aurora mati! Aurora mati semata nak lindung kau! " Mr. Kim menjerit.

Aku ketawa mendengarnya.

Mr. Kim dah macam orang gila, "Kau yang patut kena tembak! Bukan dia! Bukan adik aku-- "

"JANGAN KAU BERANI PANGGIL MAK AKU TU ADIK KAU! " Aku menjerit dengan kuat sekali.

Bukan Mr. Kim saja, malah ZIQHAS pun terkejut mendengarnya. Apa maksud dia?

Aku ketawa, "Haa kau tak tahu kan? Kali ni, aku pula akan spill a tea, "

Aku mula cerita tentang asal usulku.

(End Zedi P.O.V)

******

Merida memandang grandpa di sebelah. Kini, hanya tinggal dia, grandpa dan Helmi di sini. Semua orang yang lain telah pergi. Helmi pula kena sentiasa di sisi grandpa.

"Daeho akan rampas Lucas, " Merida bersuara.

Grandpa memandang, "Apa maksud kamu? "

Helmi turut memandangnya.

Merida menggenggam tangannya, mengumpul kekuatan, "Daeho bersalah atas kematian Aurora dan Marcello. Jadi, dia akan rampas Lucas dari kita. Dia nak jaga Lucas, dia nak tebus kesalahan lepas, "

Grandpa dan Helmi terdiam. Kalau nak tebus, bukanlah Lucas yang patut dijaga...

"Kenapa Lucas? " grandpa menyoal.

Merida memandang grandpa, "Sebab Lucas anak diorang. Dia bersalah-- "

"Lucas bukan anak diorang, " grandpa membalas tenang.

Merida terkedu. Apa?

Grandpa mengeluh apabila melihat Merida yang hairan.

"Kamu kena tahu sesuatu yang terjadi 17 tahun lepas. Kejadian ni hanya diketahui beberapa orang. Mungkin Daeho pun dah tahu jika Zedi bagitahu dia, " grandpa bersuara. Merida memandang grandpa, ingin mendengar.

17 tahun lepas...

Dah 2 jam Aurora dalam bilik bersalin. Dia tidak bersalin di hospital malah di rumah sendiri. Ini semua untuk keselamatan Aurora dan juga bayinya.

Setelah sejam lebih bertarung nyawa, Aurora selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Marcello sangat gembira. Dia tak boleh gambarkan perasaan bahagianya menjadi seorang ayah. Carina memeluk bahu menantu lelakinya. Cucu perempuannya yang baru lahir ditatap penuh kasih sayang.

Romanov dan Leviez berpandangan lalu mereka memberi isyarat. Leviez mengucapkan tahniah kepada Marcello lalu dia pun bergerak keluar, dia ingin mencari isterinya.

Leviez masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia tersenyum manis apabila isterinya dan anak lelakinya yang berusia sebulan di depan mata.

Meliya membetulkan posisi duduknya. Anaknya, Lucas diberikan kepada suaminya. Leviez terus mendukung anaknya yang baru lahir itu dengan penuh hati- hati. Dia terus mencium anaknya dengan penuh kasih sayang.

"So how? " Meliya menyoal perlahan.

Leviez memandangnya lalu dia oun tersenyum, "Both Aurora and baby are safe, "

Meliya tersenyum gembira lalu dia pun berdoa, bersyukur ke atas Ilahi. Meliya teringat sesuatu yang penting, "The baby... is a boy, right? "

Leviez terdiam lalu dia pun meletakkan anaknya di atas pangkuan isterinya. Dia terus duduk di sebelah isterinya.

"Abang... " Meliya memandang suaminya.

Leviez mencuit pipi anaknya lalu dia pun mencium pipi isterinya, "We should say goodbye to Lucas, "

Meliya terkedu, jadi maksudnya, "It's a girl? "

Leviez mengangguk sambil menangis. Meliya terus mengangkat anak lelakinya. Dia mencium pipi anaknya sambil menangis.

"Are you sure you want to do this? You can-- "

"Abang, saya dah buat keputusan muktamad. Lagipun, ini demi Aurora. Dulu, Aurora selalu ada dengan saya sampailah harini. Jadi, saya nak balas budi dia, " Meliya tersenyum.

Leviez terus memeluk kedua isteri dan anaknya itu, "I'm sorry, my wife, "

Meliya ketawa kecil, "Abang, this is not your fault. Beside, kita akan nampak Lucas membesar depan mata kita sendiri, kan? "

Leviez mengangguk. Anaknya ditatap, I'm sorry.

******

Aurora terkedu. Dah genap seminggu dia lahirkan anak perempuannya. Anaknya dipegang kemas di pangkuannya.

"Apa yang kakak cakap ni? " Aurora memandang Meliya di depannya. Meliya hanya tersenyum bersama anak lelakinya di pangkuan.

Aurora terus memandang semua ahli keluarganya. Baik suaminya, ibu bapanya dan abangnya. Semuanya tersenyum memandangnya.

"Leviez, look at your wife. Can't you hear what she just said? She's insane! " Aurora kalut.

Leviez datang ke Aurora lalu kepala adiknya diusap penuh kasih sayang, "This is for the best. You said you want a son, right? "

Aurora terkedu, "But this is not the way-- "

"This is the best way, " Meliya membalas dengan penuh lembut.

Aurora terus memandang kedua ibu bapanya, "Mother, father. Look at them. You have to say something. Stop them! "

Carina menunduk. Romanov memandang anak perempuannya sambil mengusap bahu isterinya.

"My sweet little daughter. We have to do this no matter what. You don't want your daughter went thru her life just like you, right? " Romanov bersuara lembut.

Aurora terkedu. Dia perlu tukar anak perempuannya dengan anak lelaki abangnya? Demi keselamatan?

Aurora menangis, "But I can't. What if I neglect him? What if I can't hide my true feeling towards my daughter? "

Marcello terus memeluk sang isteri, memberi dia kekuatan.

"Aurora, don't worry about it. We don't mind at all. Evenso you neglect Lucas, Leviez and I are here. We'll love him, " Meliya tersenyum.

Aurora masih menangis. Anaknya dipangkuan dicium lembut. Dia tak mahu berpisah dengan anaknya tapi dia juga tak mahu anaknya lalui hidup yang perit sepertinya.

"Aurora boleh manjakan anak Aurora. Jangan risaukan pasal Lucas. Abang dengan kakak Meliya ada. Kami akan sentiasa perhatikan anak kami, " Leviez mengusap bahu adiknya.

"Can I named her? " Aurora menyoal lemah.

Mereka semua disitu mengangguk. Kalau Aurora tak tanya sekalipun, memang dia yang pilih. Aurora memang berhak pilih nama anak dia sendiri.

"How about call me mother and Marcello father? " Aurora memandang abangnya dan kakak iparnya.

Leviez dan Meliya tersenyum, "Of course, honey. Anything you want, "

Aurora menangis teresak- esak. Kenapa? Kenapa kakak iparnya dan abangnya teramat baik? Mereka sanggup korbankan kebahagiaan mereka demi dia.

Marcello terus memeluk sang isteri. Ubun anaknya dicium lembut. Dia akan berpisah dengan anaknya. Walaupun mereka hidup sebumbung, situasi tetap lain kerana anak mereka akan membesar dengan mengenal mereka sebagai auntie dan uncle nya.

Sangat perit. Namun, apa yang dia boleh buat? Dia tak nak risikokan hidup anaknya. Cukuplah, dia dah nampak kehidupan isterinya yang perit. Dia tak nak anaknya lalui benda yang sama.

"Marcello, are you sure about this? " Aurora memandang suaminya.

Marcello tersenyum pahit, "This is the best, tesoro, "

Aurora terus menangis. Perlahan- lahan, Aurora setuju. Demi keselamatan dan kebahagiaan anaknya. Mereka yang lain bersyukur. Memang perit bertukar anak tapi mereka nak yang terbaik untuk generasi akan datang...

"Marine Afriena Alessio, " Aurora bersuara secara tiba- tiba setelah lama bilik itu senyap.

Semua memandangnya. Meliya tersenyum lalu dia pun menghulurkan anaknya, "Lucas Alessio, "

Aurora terdiam lalu dengan perlahan dia menyerahkan anaknya kepada abangnya. Leviez mengambil Marine dengan berhati- hati. Dan Meliya terus nenyerahkan Lucas dengan senyuman manisnya. Aurora dengan teragak- agak mengambil Lucas.

"Please take care of him well, " Meliya tersenyum sekali lagi.

"Same goes with me, " Aurora bersuara lemah.

Carina terus bergerak ke anak dan menantu perempuannya. Mereka berdua dipeluk. Dia sangat menyanyangi kedua mereka. Dia sangat menyanyangi keluarga besarnya.

******

Beberapa bulan kemudian, Ezra dan Alisa datang ke Itali. Seperti biasa, Meliya dan Leviez pergi berbulan madu. Ezra duduk di sofa ruang tamu itu. Dia hanya memandang isterinya, Alisa bermain dengan cucu perempuannya. Ezra langsung tidak menyentuh cucunya. Dia masih lagi menangkan egonya. Ditepi cucunya, ada anak Aurora dan Marcello, Lucas.

Ezra hairan. Demam ke apa budak Aurora ni? Kenapa nak bermain dengan cucu dia pula sedangkan anak Aurora tu dekat sebelah dia je. Marcello hanya mendiamkan diri saja, langsung tak tegur perbuatan isterinya. Marcellao hanya bermain dengan Lucas. Miranda pula mencuit-cuit pipi Lucas, membuatkan Lucas ketawa.

"Mr. Ezra, Mr. Romanov are waiting for you in his room, " salah seorang pembantu rumah menunduk hormat kepadanya.

Ezra memandang pembantu rumah itu lalu dia pun bangun tanpa berkata apa-apa. Isterinya, Alisa dipandang, "Alisa, aku nak jumpa Romanov kejap,"

Alisa mengangguk, "Hati-hati bang, "

Ezra tersenyum lalu dia pun pergi ke bilik kerja Romanov. Dia sempat memandang isterinya sekali lagi yang khusyuk bermain dengan cucunya itu.

Ezra terus masuk ke dalam bilik kerja Romanov. Masuk saja, dia terus menerpa ke arah besannya di meja kerja. Romanov menolak kertas kerjanya ke tepi.

"How are you doing? " Romanov menyoal.

Ezra ketawa, "Aku sihat je. Kau tu, sihat tak? Yang lain sihat? "

Romanov ketawa kecil lalu dia membuka cermin matanya. Haih sahabat merangkap besannya ni, ego memanjang. Cakap jelah dia rindu anaknya yang satu tu, "Aku pun baik. Semua dekat sini baik-baik belaka, "

Ezra menganggukkan kepalanya, tanda paham. Dia terus memandang besannya, "Jadi... kenapa kau nak jumpa aku dekat sini? "

Romanov berdehem, "Sebenarnya Ezra, aku ada sesuatu nak bagitahu kau. Ianya sangat penting. Dan ia hanya rahsia antara Alessio dan Lions. Hanya kita berdua, isteri aku, kedua anak aku dan kedua menantu aku je yang boleh tahu. Dan paling penting, Daeho tak boleh tahu tentang hal ni, "

Ezra menjongketkan keningnya, "Sounds like serious, "

Romanov membetulkan posisi duduknya, "Aku nak kau dengar cerita ni sampai habis. Jangan menyampuk dan jangan mengamuk. Tenangkan hati kau, "

Ezra hanya memandang sahabatnya itu. Romanov mengeluh lalu dia pun mula bercerita. Ezra begitu tekun mendengar. Malah dia langsung tak menyampuk, macam yang Romanov harapkan. Mengamuk apatah lagi. Langsung tak. Romanov terus menutup mulutnya, menunggu riaksi sahabatnya.

Ezra pula hanya mendiamkan diri. Patutlah dari tadi, Aurora main dengan cucu dia. Rupanya itu adalah anak kandung Aurora.

Ya, dia memang tak datang semasa anak dia melahirkan cucunya. Dia tahu kalau dia datang, boleh bentan budak tu nanti. Lagi-lagi kalau nampak muka dia. Jadi, jalan terbaik adalah bagi anaknya sihat dulu. Dan dah berapa bulan, baru datang jenguk. Biarlah emosi anaknya stabil lepas bersalin.

Romanov setia menunggu tindak balas sahabatnya itu.

Ezra terus memandangnya, "Kalau diorang setuju, aku tak boleh nak halang. Lagipun, mereka berdua yang nak tolong Aurora tanpa paksaan, "

Romanov terkedu mendengar. Oh my god! First time kawan dia ni tak keras kepala. Dia siap sediakan 10 helai kertas, penuh dengan alasan untuk dapatkan persetujuan sahabatnya. Yelah, itu bukan melibatkan cucunya saja. Malah melibatkan Lucas, cucu Ezra dan Alisa.

Romanov menyoal lagi, inginkan kepastian, "Kau okay? Kau tak marah, kan? Aku minta maaf sebab tipu kau berbulan-bulan. Aku bagitahu yang cucu kau perempuan sedangkan itu bukan cucu kau yang sebenar, "

Ezra ketawa, "Kenapa aku nak marah? Cucu kau, cucu aku juga. Aku dah anggap Aurora macam anak aku sendiri. Aku tahu apa yang Aurora lalui dalam hidup dia. Takkan lah aku tergamak nak biarkan anak Aurora lalui benda yang sama macam dia, "

Romanov tersenyum. Dia dan Ezra terus berbual seperti biasa. Dan yang pasti topik tadi. Mereka berdua berbual dengan rancak sehinggalah...

Tok tok!

Romanov dan Ezra berhenti berbual. Mereka lihat ke arah pintu yang baru saja diketuk. Pintu itu dibuka. Muncullah Aurora dengan raut muka yang sedih.

"Aurora, my daughter... What are you doing here?" Romanov menyoal lembut. Dia tahu yang jiwa anak dia tak tenang sekarang. Jadi, dia tak boleh berkasar dengan anaknya. Kang kalau tertengking, boleh jadi gila anaknya. Habis nanti isteri dia ceraikan dia talak 3 terus.

Aurora menutup pintu itu dengan perlahan lalu dia berjalan ke arah mereka. Dia terus berhenti apabila sampai di tepi meja ayahnya, Romanov, "I'm sorry for interrupt you both... But I have something important to say, "

Romanov dan Ezra berpandangan.

Romanov tersenyum ke anaknya, "What is it? "

Aurora mengambil nafas yang dalam lalu dia pun berdiri menghadap Ezra. Ezra hairan. Ezra memandang sekilas Romanov namun sahabatnya hanya mengangkat kedua bahunya, tanda tidak tahu.

Ezra terus memandang Aurora, "What do you want to say, Aurora?"

Aurora mengetap bibirnya lalu dia pun duduk di atas lantai dan melutut. Kedua Romanov dan Ezra terkejut. Ni kenapa ni?

Romanov bangun lantas dia melutut sebelah kaki di sebelah anaknya. Dia memegang bahu anaknya, "Aurora, what's wrong-- "

"I know that you are mad about the news. And I'm sorry for taking Lucas from your family. I'm sorry for giving birth to a girl. But please love her. Love her, adore her. Please give her love that she deserve. Please... I'm begging you. Please accept her as your granddaughter, " Aurora bersuara lemah.

Kedua Romanov dan Ezra terkedu mendengar.

"I know... it's hard for you to accept her but please... Please love her. Please... I'm begging you... Please papa Ezra, "Aurora mula menangis.

Ezra bangun lalu dia terus menarik Aurora untuk berdiri dengan perlahan. Aurora hanya mengikut tanpa membantah. Ezra terus menarik Aurora ke dalam pelukannya. Aurora terus menangis, dia tak kuat.

"Shh... It's okay... I promise, I will love her. I will adore her no matter what. I promise... " Ezra mengusap bahu Aurora dengan lembut.

"Thank... thank you. Thank you so much... " Aurora menggenggam kemeja Ezra dengan kuat.

Romanov tersenyum melihat. Dia bangga dengan anaknya, Aurora. Aurora berani berdepan dengan Ezra dan Aurora sanggup ketepikan maruah dia, melutut depan Ezra demi anak kandungnya.

Romanov menepuk bahu Aurora sambil tersenyum.

******

4 tahun berlalu...

Marine berlari terkedek- kedek melihat Ezra dan Alisa datang, "GRANDPA! GRANDMA! "

Ezra dan Alisa terkejut mendengar. Ezra terus berlari mendapatkan Marine lalu cucu bongsunya diangkat, "Rine... Kamu dah pandai sebut grandpa? "

Marine ketawa riang, "Grandpa! "

Ezra tersenyum ikhlas setelah sekian lama lalu Marine dipeluk erat. Marine membalas pelukan grandpanya.

Alisa berjalan ke arah Carina dan Romanov, "How long? "

"Almost 5 months. A month ago, Meliya try hard to teach her everyday. She knows that Rine is Ezra's favourite grandchild, " Carina menjawab mesra.

Alisa tersenyum mendengarnya. Halahai anak dengan bapak sama je. Dua-dua ego. Hati dah memaafkan tapi mulut tak nak mengaku. Bukannya dia tak tahu yang suaminya kerap menangis setiap malam, rindukan anak sulungnya dan cucu- cucunya. Suaminya juga tak henti salahkan diri sendiri atas apa yang jadi.

"How about you both go inside first? I'm pretty sure that Ezra want to play with Rine at garden as usual, " Romanov memandang isteri serta besannya, Alisa.

Alisa dan Carina tersenyum lantas mereka pun pergi ke dalam. Biarkan suami- suami mereka bermain dengan cucu mereka.

Romanov memandang ke arah besannya, Ezra. Amboi kemain rancak dia main dengan cucu bongsunya. Dia terus berjalan ke arah mereka, ingin menyertai mereka.

Merida terkedu. Jadi... Zedi yang dia ingat anak bongsu kakaknya itu sebenarnya anak kepada Aurora dan Marcello? Lucas lah anak kandung kakaknya...

Merida memandang grandpa, "Papa... "

"Our family are full of misunderstanding, " grandpa bersuara lemah.

Merida memandang kakinya dibawah, dia masih terkejut dengan apa yang dia dengar. Macam mana kalau Daeho bunuh Zedi sebelum Zedi sempat cerita hal sebenar?

Grandpa mengenggam tangan Merida, "Miranda and Naim will save them, "

Merida memandang grandpa. Dia menangis lalu tubuh grandpa dipeluk erat, "I'm scared... What if they don't make it? "

Grandpa mengusap belakang badan anak bongsunya, "I'm sure they will. Nobody want the history repeat again, "

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top