Chapter 48

(Zedi P.O.V)

Okay aku tak tahu apa yang jadi sekarang ni. Semua aku call, semua mail box. Diorang berlima ni memang pakat nak palau aku berjemaah ke?

Last diorang jawab pun masa aku bagi warning pasal Danny. Lepastu semua menyepi. Diorang ni marah aku ke? Entah- entah memasing suka Danny opp! Oh my god! Boleh viral ni--

Astaga! Tidak! Jangan! Nanti tercetus pula perang dunia ke-3. Aku tak tahu nak pihakkan siapa. Mungkin pihakkan diri aku walaupun aku tak terlibat. Tapi aku takkan benarkan benda karut tu berlaku. Langkah rumah aku dulu!

Atau... Diorang semua dah kena culi-- Eh tak tak! Tidak! Lagikan menidakkan sesuatu yang memang tidak! Husnudzon, bateri memasing kong.

Aku menapak ke luar rumah. Aku masih cuba untuk call memasing. Still kena palau. Okay takpe, dah biasa...

Eh tak sekarang ni, masalahnya tadi masa aku lepak dengan Syaz, bukan main abang aku call aku. Katanya ada tetamu nak datang, jumpa kitorang berdua.

Ni dah sejam aku sampai rumah, mana tetamunya? Sesat ke? GPS kan ada, sombong sangat tak nak guna.

Sedang aku asyik call sambil membebel macam mak mertua yang jahat, beberapa orang mendekatiku. Namun aku langsung tidak perasan akan kehadiran mereka.

"Pikir topup aku ni habis semata- mata untuk dipalau ke hah? " aku menjerit ke Samsungku. Samsung yang tidak bersalah tapi itu je benda yang boleh aku jeritkan. Takkan nak jerit dekat tiang rumah pula. Nanti orang ingat aku gila.

"Excuse me-- "

"Boleh tak jangan kacau, saya tengah sibuk. Kalau ada apa- apa masalah, jangan cari saya. Masuk je dalam rumah, cari orang lain, " aku menjawab dengan pantas.

Mataku masih melihat skrin handphoneku. Jari pula menekan dengan kejam. Nak retak pun ada skrin tu aku kerjakan. Ya, aku geram! Rasa terhina bila dipalau tanpa henti. Diorang berlima pikir aku ni tunggul ke apa.

"Urm, actually-- "

"SAYA SIBUKLAH, TAK NAMPAK KE? " aku terus menoleh ke arahnya apabila dia masih ingin menggangguku.

Aku terdiam melihatnya. Seorang wanita dan dua orang lelaki di kiri dan kanannya. Wanita itu memakai dress berwarna merah. Seorang lelaki itu memakai suit berwarna putih manakala seorang lagi berwarna hitam.

Siapa ni? Nak kutip hutang ke? Nampak fancy je diorang ni.

Tapi bila aku tengok muka akak merah ni, lawa pula. Dekat mana aku nampak muka ni eh. Bukan apa, familiar... Teramat familiar.

"Urm, first of all, I'm sorry for disturbing you. But I come here for-- "

"Are you my brother's lover? " aku menyoal wanita itu terus.

Wanita itu tercengang, "W-- what? "

Dua lelaki di belakangnya sudah ketawa tetapi perlahan.

Wanita itu menoleh ke arah mereka, "Shut the fuck up! " dan mereka berdua terus diam.

Aku nampak effort dia untuk bersuara perlahan tapi maaf kak, saya masih dengar. Baik juga akak ni, tak nak mencarut depan budak macam aku. Kononnya nanti pengaruh buruk. Tapi tahukah dia bahawa seketul Zedi sudah mencarut lebih daripada apa yang dijangkakan?

Wanita itu menoleh ke arahku semula lantas tersenyum manis, "Actually akak bukannya kekasih abang. Tapi akak datang sini sebab nak jumpa abang-- "

"Oh masuklah, dia ada dekat ruang tamu. Tercongok tunggu tetamu yang ditunggu- tunggu tapi masih tak sampai. Entah bila nak sampai tetamunya, dah sejam menunggu. Paling tak pandai setting masa, " aku bersuara selamba lantas melihat semula Samsungku. Aku meneruskan perjuanganku walaupun hasilnya tetap sama. Ya, still dipalau.

Tidakkah seketul Zedi tahu bahawa tetamu yang dia mengumpat tu ada depan mata? Okay dia tak tahu.

"Akaklah tetamu tu, "

Aku terkebil- kebil lantas memandangnya. Dia hanya tersenyum manis.

"Erk! " aku menapak ke belakang lantas berdiri tegak.

"Urm, maafkan saya, kak. Mulut saya ni celupar sikit. Biasalah, budak nak membesar, " aku cuba mempertahankan diriku yang selamba je mengutuk tetamu.

Kakak itu ketawa, astaga cantiknya. Serious muka dia cantik.

"It's okay, I'll go first. Just continue what you're doing, " dia berjalan melepasiku, diikuti dua lelaki itu.

Aku menahan mereka dengan mendepakan tangan kananku di pintu utama. Mereka berhenti berjalan secara mengejut lalu menoleh ke arahku.

"Kenapa-- "

"Kak, akak pernah buat pembedahan plastik ke? " aku menyoal sambil memandangnya, musykil.

"Buat masa ni belum pernah tapi akak memang tak nak buat. Kenapa ye? " nampak kejujuran di situ.

Aku terdiam mendengar jawapan itu tetapi masih merenung mukanya. Hmm, suspicious bhai.

Tetapi aku terus mengangguk, "Saja tanya. Eh, masuklah, buat macam rumah saya tau. Jangan melompat sana sini, " aku menendang pintu rumah dengan kuat setelah gagal membukanya dengan sebelah tangan.

Mereka agak terkejut dengan tingkahku? Mesti diorang pikir yang aku ni type shy shy shy. Ayu 24 jam.

Tetapi percayalah, pintu rumahku sangat besar dan tebal. Nak buka pun selalu kena guna tenaga tau. Actually, aku tak pernah buka. Dekat dalam, disebalik pintu ni, ada dua bodyguard yang berjaga. Diorang yang akan bukakan untuk aku selalu.

Sepatutnya dekat luar pun ada tapi aku suruh diorang masuk dalam. Jadikan kawasan dalam empat penjaga pintu. Bukan apa, aku nak call dekat luar. Boleh je dekat taman bunga sebelah rumah tapi aku tetap nak dekat sini. Aku ni malas sikit nak berjalan. Sekarang jelah malas.

Tapi masalahnya, perlu ke buat pintu ni sebesar ini? Seberat ini? Kata grandpa waktu aku kecil dulu, kononnya pintu ni kalis peluru. Tapi betul kot memandangkan dia ni ketua mafia. Ah lantaklah situ.

Mereka pun masuk. Kejap, cakap pasal surgery tadi, baru aku tahu. Muka akak tu sama dengan aku! Tu yang aku tanya dia, pernah buat surgery tak. Mana tahu dia fans berat aku, mana tahu kan?

Patutlah muka lawa semacam. Aish, penatlah jadi lawa ni. Semua perfect pula tu.

Aku melempang mukaku perlahan lantas kembali berjuang. Dimanakah kelima- lima syaitan betinas ini?

Seseorang berdehem.

Aku menoleh ke belakang, "What? "

"Tetamu dah sampai, tak nak masuk? Ke nak abang bentangkan karpet merah? " abangku cuba menyinisku.

Aku mengerutkan dahi lantas menjenguk ke dalam rumah.

"Ni kenapa ni? " abangku menyoal kehairanan.

"Bang, bukan ke rumah kita ni memang ada karpet merah? Takkan nak bentang selapis lagi? " aku menyoal dengan sengaja.

Dia terdiam, "Ah lantaklah situ. Yang penting, masuk sekarang. Tetamu dah ada. Cepat settle hal yang diorang nak, cepatlah diorang balik, " dia berjalan masuk.

"Aik, diorang baru je sampai. Simpanlah sikit perangai nak menghalau tetamu tu. Tadi bukan main tunggu sampai sejam macam orang takde wawasan hidup. Sampai 6 cawan ice chocolate diminum tak henti- henti, " aku membalas dengan selamba tetapi kaki melangkah masuk, mengikut abangku.

"Bukan apa, abang ni dah janji nak pergi blind date. Nak cari jodoh. Last- last kena cancel sebab grandpa told me ada orang nak jumpa kita berdua, "

Aku memandangnya tidak percaya, "Blind date? Ew gelilah. Muka cikai nak cari awek, "

"Excuse me young lady, at least I ni takde lah terjah bilik orang semata nak tanya pernah jatuh cinta ke tak~ " abangku membalas, memerliku.

Yelah, aku kan pernah terjah bilik dia pasal hal tu.

Kami berdua sampai di ruang tamu. Hanya ada mereka bertiga dengan dua orang maid yang menyediakan makanan serta minuman.

"Ah there you are, " wanita itu tersenyum melihat kami berdua.

Dua orang lelaki bersuit tu hanya berdiri di belakangnya. Bagi aku, boleh je diorang duduk. Sebab sofa tu dah dikira besar. And ada 4 sofa besar dan gebu. So kenapa nak berdiri ni. Siap tangan dekat belakang pula tu.

Ini bukan perjumpaan menteri sampai nak berformal. Menteri pun masing- masing kalau jumpa mencarut. Inikan kita sebagai rakyat biasa yang tak boleh melawan nafsu mulut untuk mencarut?

Kami berdua duduk bersebelahan, bertentangan dengan akak copy ori aku tu. Tapi akak tu pakai dress, merah pula tu. Nampaklah yang dia ni bergaya. Nak banding dengan aku yang pakai sweatshirt dengan seluar kotak- kotak?

So siapa yang copy ori ni?

"I'm sorry for late, I have to-- "

"Ngeh, cakap jelah melayu. Muka jawa cakap omputih pula, " aku menyampuk abangku.

"Excuse me? Muka handsome macam Leonardo Dicaprio ni dikata jawa-- "

"You mean the older version, right? " aku menoleh ke sebelah.

"Hah? Yang mudalah! I'm just turn into 19, you know?! " abangku geram.

Aku ketawa, seronok pula usik dia ni. Mesti aku ketawa macam bidadari kan? Bukan macam badak, kan? Kan?

Aku masih ketawa manakala abangku tak habis- habis membebel, mengatakan bahawa dia handsome seperti selebriti popular.

Kakak di depan kami ketawa perlahan, "I'm so happy to seeing you guys like this, "

Kami berdua berhenti mengusik lantas memandang ke arahnya. Dia tersenyum tawar.

"But if only I can join too, " dia memandang penuh harapan.

"Of course you can. Come here, marilah kita hina dia bersama, " aku berkata sambil menunjukkan abangku disebelah.

Abangku tercengang, "Wait a damn minute you little shit-- "

"GRANDPAAAAA! TENGOK ABANG NI GRANDPAAAA! DIA PANGGIL ADIK LITTLE UMPH UMPH! "

Abangku menekup mulutku dengan pantas.

Wanita itu ketawa dengan kuat, "You guys are so funny. By the way, maaf kalau akak ada kacau time korang-- "

"Ya, saya nak pergi blind date harini, " abangku melepaskan tekupannya di mulutku dan memandang akak itu dengan serious.

"Saya pula tengah lepak dengan kawan saya tadi, " aku duduk tegak.

Krik krik, krik krik.

Akak itu terkebil- kebil mendengar jawapan kami. Lelaki bersuit hitam menepuk bahu akak itu. Dia menoleh ke arah lelaki itu.

"Looks like both of them are straight forward person. They don't even try to deny it, " lelaki itu bersuara tetapi dalam keadaan kuat.

Akak itu tersenyum, "That's okay. I like it, they're honest, "

"First time ada orang puji sikap mulut celupar kita, " aku menyiku abangku berkali- kali, menunjukkan bahawa aku suka.

"Ni nak throw party, meraikan peristiwa dipuji hanya kerana mulut celupar kita, " abangku mengambil Iphonenya lantas menekan skrin, nak cari tema party lah tu.

Astaga pelik, kan? Tapi itulah kami berdua. Abang adik yang paling terbaik di dunia. Kalah Itachi dengan Sasuke. Datanglah Lelouch sekali pun, abangku adalah abang terbaik di dunia. Tetapi kalah dengan Tanjiro ye. Mana taknya, perangai syaitan dia tak boleh dibendung. Nak lawan dengan Tanjiro yang baik bak bidadari syurga tu?

"Blind date? " soalan akak itu mematikan lamunanku.

Kami berdua memandangnya.

"Yes, setelah 19 tahun hidup single, saya sebagai satu- satunya harapan dalam family ingin mencari jodoh-- "

"Ew gelilah siak, blind date? " aku memandang jengkel terhadap abangku.

Abangku menoleh, "Eh hina sangat ke orang yang pergi blind date?! "

"Tak hina, langsung tak. Tapi benda auto jadi hina bila abang yang pergi, " aku membalas selamba.

Jujur, aku tak sanggup nak tengok abang aku ada awek setelah diriku mendapat memori pahit dalam percintaan. Nanti dia dikecewakan, frust menonggeng. Habislah aku kena layan.

Bukan tak nak. Jangan cakap aku tak bersyukur ye sebab dia pernah tolong aku. Aku boleh tolong tapi masalahnya dia ni jenis kalau kena, benda tu dia akan bawa sampai berbulan- bulan tau. Jenis yang susah nak move on.

Percaya cakap aku, dia sanggup call aku masa aku dekat sekolah semata- mata nak mengadu masalah hidup dia. Contohnya selipar dia hilang. I mean, beli jelah yang baru. Tak payah nak mengenangkan benda yang takkan kembali bang.

Abangku menepuk bahuku tanpa henti, "Budak tak bersyukur! Penat- penat abang besarkan adik sampai harini-- "

Dia tiba- tiba diam. Aku menoleh ke arahnya. Dia menunduk.

"Bang? " aku mendekatkan mukaku ke arahnya, nak tengok kenapa dia diam je tiba- tiba.

Buk!

Dahiku terhantuk dengan kepalanya. Aku mengaduh kesakitan. Abangku bangun lantas menoleh ke belakang.

"Aduh sakitlah. Kenapa ni? Period ke-- "

"Adik, " dia bersuara tanpa menoleh ke arah kami.

"Apa? " aku masih menggosok dahiku.

"Layan tetamu dulu. Abang ada hajat, " abangku berjalan ke tangga perlahan. Jalan perlahan, suaranya pun perlahan.

"Hah? " aku memandang pelik ke arahnya. Aku tak dengarlah dia cakap apa.

Dah sampai di tangga, abangku memusingkan badannya, memandang kami.

"ABANG SAKIT PERUT! NAK BERAK, NAK KENCING! " abangku menjerit tanpa perasaan malu. Dahlah ada tetamu. Apa siot.

Tapi apa- apapun, "TERKENTUT TAK NAK SEKALI KE? COMPLETE KAN SEKALILAH PAKEJNYA. 3 IN 1! " aku membalas.

"InsyaAllah kalau ada feeling lebih, abang kentut time si cekelat panjang tu keluar! " abangku terus berlari ke biliknya, nak buang hajat.

"Haih, itulah pasal. Yang pergi minum 6 cawan ice chocolate apahal, " aku menggumam perlahan.

Kini, hanya aku dan tetamu sahaja berada di ruang tamu. Buat kali pertama, seketul Zedi tak tahu nak berbual mesra. Bukan apa, akak tu punyalah tenung dia. Macam nak tembus sampai rumah jiran sebelah.

Ceh, jiran pun takde. Rumah dia ni dekat hutan, keliling semua pokok je. Sebab tulah Syaz satu- satunya harapan untuk Zedi hidup normal macam budak lain. Sampailah dia naik form 1, baru dia jumpa empat ketul yang lain. Sebelum ni, Syaz jelah yang jadi kawan dia.

Aku kena hentikan akak ni. Aku pula nak terkencing macam abang aku kalau dia tak henti- henti tenung aku. Siapa nak layan tetamu kalau dua- dua nak kencing?

"Kak, saya rasa akak mungkin tahu tapi saya tetap nak cakap, " aku memecahkan keheningan.

Akak itu tersedar, "Apa dia? "

Aku menarik nafas, "Saya masih straight, " aku terus menghembuskan nafas setelah berlaku jujur.

Bukan apa, aku takut kalau salah cakap. Lepastu akak ni moody, kang didebiknya aku dengan dua lelaki tu.

"Oh baguslah, akak pun sama tapi kenapa tiba- tiba cakap pasal hal ni? " dia memandangku hairan.

"Tolong jangan pandang saya macam akak ni nak try saya, " aku terus bersuara, jujur itu penting guys.

Akak itu ketawa terbahak- bahak. Terkejut aku. Aku memandang kiri dan kanan. Okay, ramai bodyguard tengah berdiri. So aku masih selamat kalau akak tu nak buat apa- apa dekat aku.

Agak lama jugalah dia ketawa. Aku sempat habiskan secawan orange juice. Akak tu akhirnya berhenti mengilai. Aku terus meletakkan cawanku apabila dia memandangku.

"I'm sorry for laughing. You're so funny. Actually akak dah lama tak ketawa macam ni, " dia kelihatan sedih.

Akak janganlah macam ni. Saya dahlah buntu lepas kena palau, takmo lah feeling sedih sedih ni.

"Urm, saya rasa bangga? " biar betik dia dah lama tak ketawa.

Tetapi ada sesuatu yang berlegar di mindaku bila aku nampak dia dari tadi. Aku terus memandangnya dengan serious.

"Can I ask you something? " aku bersuara.

Akak itu terdiam melihat riakku, "What is it? "

"Kenapa akak nak jumpa kitorang berdua? Dan paling penting, kenapa muka kita sama? "

Jangan pelik kalau aku speaking then tiba- tiba cakap malay pula. Jujur aku cakap, aku ni takde lah pandai noh berspeaking. Menyesal pula tidur time Teacher Irene mengajar dalam kelas english dulu.

Yup, Teacher Irene yang ajar kitorang english. Nama pun omputih.

"Because we are family, " dia tersenyum.

Hah? Aku hanya memandangnya dengan muka yang teramat confuse. Halah baru nak nampak cool, serious je. Ni tiba- tiba dia bergurau dengan aku, hilang macho aku.

Dia tersengih melihat riakku, "I want to meet both of you because we are family. We also have a same face because we are family, "

"Dominic Toretto-- "

"No I'm Miranda Azriend Alessio, " dia memintasku.

Aku terangguk- angguk, "Ooo, I see, "

Aku memandangnya sambil menyengetkan kepalaku sedikit, "Mom? "

Terbuntang mata dia mendengar soalanku, "No I'm still 22, "

Aku mengangguk- anggukkan kepalaku, memaham apa yang dikatanya. Aku bersandar di sofa, tangan kananku bermain dengan rambutku yang pendek separas bahu. Kakiku pula disilangkan.

Muda rupanya mak-- wait what? Aku terus memandangnya, "You're 22?! So you give birth to me when you're... "

Aku mengira dengan sepuluh jariku. Astaga kenapa harini aku lembap ni. Takkan tak boleh congak guna otak. Aku mengira lalu terkejut.

"5 years old-- "

"NO I'M NOT YOUR MOTHER! I'M STILL VIRGIN! " dia terus menjerit, memotong percakapanku.

Aku terdiam, ye tak ye juga eh. Tak logik 5 tahun bersalin. Kalau dia lahirkan aku, takkan dia lahirkan abang juga. Astaga lembapnya aku ni. Lepas kena palau terus jadi bodoh.

"You said we are family? And you also said that your are not my mother? So... auntie? " aku meneka.

Akak itu mengeluh manakala lelaki bersuit hitam menggelengkan kepalanya. Lelaki bersuit putih itu pula menepuk dahinya lantas berkata, "Boss, is she stu-- "

"You dare to finish that word, Eric? " akak itu terus memintas dengan pantas. Dahlah takde nada suaranya.

I is sheram.

Tapi kenapa aku rasa yang Eric tu macam nak kutuk aku eh? Haa aku tahu nama dia pun sebab akak copy ori a.k.a family aku ni mention nama dia.

Dia tak kutuk aku kan? Eh kenapalah aku bodoh ni. Dahlah memasing omputih. Kang kalau diorang tahu english aku ke laut, ada kang diorang kutuk aku dalam english.

Aku ni dahlah sensorang, abang takde nak backup. Boleh nak berak pula. Kalau one by one bolehlah ada harapan nak menang. Itupun fight guna malay lah. I kan budak sastera. Bahasa ibunda dihati.

Ceh cakap jelah english teruk. Gula pasir dengan gula- gula pun tak boleh bezakan. Tak ingat, check chapter Zedi bagi Medina gula- gula Hacks. Time tu baru nak bajet cool tapi musuh boleh betulkan grammar pula. Alhamdulillah sekarang dah jadi member dah, no musuh musuh. I bukan budak tadika nak bermusuh bagai ni.

Mari kembali ke realiti, Eric pantas menekup mulutnya.

"Let's straight to the point since you're an honest person, " dia mengambil secawan hot chocolate.

Uish banyak betul jenis air. Tetamunya pun 3 ketul je. Betul- betul special tetamu ni. Kalau ZIQHAS datang, aku suruh jamu air mineral dengan roti tawar je.

Okay itu tipu.

Akak itu menghirup air itu dengan perlahan. Yelah, panas. Sepanas- panas hot chocolate yang dia minum, panas lagi hati aku yang menunggu jawapan dia.

Dia boleh minum air tu slow-motion, aku ni tengah tunggu jawapan dia. Setelah habis secawan dia minum, dia meletakkan cawan itu ke meja kembali lalu memandangku.

Ya, aku hampir nak terbalikkan meja depan aku. Meja yang penuh dengan juadah. Macam juadah berbuka pun ada. Nasib baik takde nasi- nasi dekat sini. Tapi aku masih waras so aku takkan terbalikkan meja tu.

Plus dua orang dekat belakang tu agak menakutkan so aku batalkan niat aku. Tak tak! Aku bukan takut cuma yelah. Haa tulah tu.

Tak sekarang ni, apesal lama noh abang aku berak? Dia berbual degan taik dia ke apa?

"I'm not your mother or auntie. I'm your sister, " dia bersuara dengan tenang.

Okay dia tenang tapi aku yang tak tenang bila dengar apa yang dia baru cakap.

What? Sister? Tak tak! Aku tahu english aku teruk tapi aku still tahu maksud sister, mother, auntie, family, Dominic-- eh tak tak!

Sister... Your sister... Dia cakap dengan aku... Maksudnya dia kakak aku?

Aku mengangguk, puas dengan pemikiranku. Pandai juga aku translate. Macam google translate pun ada.

Rupanya aku ada kakak... Oooo paham paham. Eh kejap... Apa? Kakak?

Aku terus memandangnya. Dia hanya tersenyum manis. Dua orang lelaki itu juga memandangku. Mereka bertiga sepertinya menunggu respon dariku.

What did she say?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top