Chapter 46

(Izla P.O.V)

Aku mengemaskan pakaianku. Aku hanya memakai sweatshirt berwarna biru tua dan seluar slack. Kasut pula hanya sneakers.

Simple? Yeah yeah memang.

Mula- mula aku nak pakai blouse paras lutut dan kasut tumit rendah. Tapi hati aku mengatakan jangan, so aku tak pakailah.

Dia macam... Entahlah tapi aku rasa better pakai seluar berbanding kain.

Anyways, Danny dah janji nak keluar dengan aku. Heh, pergi mall je. Konon aku ajak teman nak beli present untuk ZIQHAS. Sambil tu, bolehlah aku try bagi hint. Masuk jarumlah haha!

Aku single, dia single. Aku suka dia, dia suka aku eh. Haha, confident je tapi aku rasa si Danny tu suka aku.

Mana taknya, kalau tak suka, nak ke dia teman aku? Buang masa je. So aku ambil keputusan sendiri bahawa dia pun suka aku juga.

Simple kan pemikiran aku? Yeah contohilah aku.

Aku hanya berdiri di luar mall, menunggu Danny. Agak lambat pula dia ni. Janji pukul 3, ni dah 3:20 tapi tak sampai- sampai pun.

Aku menoleh ke kanan apabila aku nampak kelibat berlari ke arahku. Aku tersenyum apabila aku melihat Danny. Akhirnya Danny sampai di depanku.

"Lambatnya kau, " itu ayat pertama yang keluar dari mulutku.

Danny ketawa janggal, "Sorry, I ada buat something tadi, "

Aku menjongketkan keningku, "Something? What is it? "

Danny tersenyum, "It's not important. Urm, let's go inside. It's hot here, " dia mengibaskan tangannya ke mukanya.

Padahal bukannya rasa angin pun kalau kibas tangan. But it's okay.

"Alright let's go, "

Kami berdua masuk bersama. Aku masuk dengan harapan bahawa hubungan kami akan menjadi lebih baik dari sebelum ni. Taknak lah ada harapan tinggi sangat.

Lebih- lebih lagi lepas apa yang Zedi cakap dengan aku tadi. Masa aku tengah siap- siap nak keluar, Zedi call aku.

Actually dia start call aku time aku tengah mandi. Aku mandi dah lah lama. So dalam 50 misscalled aku dapat dari seketul Zedi.

Aku masa nak jawab pun teguk liur dulu baru angkat call dia lepas tengok misscalled yang aku dapat dari dia sorang je. Pekak telinga aku bila dia menjerit.

Kononnya aku ni dah habiskan topup dia. Tapi nak buat macam mana? Takkan nak bawa phone masuk toilet. Pelik je, macam takde life pun ada.

So Zedi misscalled aku banyak kali semata- mata nak cakap yang aku kena jauhkan diri daripada Danny. Kalau dia tegur, palau je. Palau Danny sebagaimana aku selalu palau Zedi kalau dia pm aku.

Haha agak sentap sikit eh. Nak buat macam mana? Zedi selalu pm time aku tengah layan kdrama. Member tak pandai setting time lah kalau nak gossip. Tapi atleast aku baca, bluetick pun takpe. Nampaklah effort aku baca orang yang chat even aku busy tengok oppa aku.

Nak banding dengan Zedi? Time dia layan anime, kau jangan sesekali chat dia. Dia takkan baca, double tick je kau dapat. Baca pun tak, nak harapkan reply daripada dia? Hmm hampeh! Kalau kau chat dia, lepas 5 jam baru dia balas. Time tu kau jangan nak persoalkan siapa kau dalam diri dia.

Bak kata Zedi, "Kalau aku reply chat kau time aku tengah tengok anime, jangan sesekali persoalkan persahabatan kita, "

Eceh, ingat aku tak tahu ayat tu dia dapat dari tiktok? Dia cuma forward dekat kitorang je supaya kitorang inform pasal hal tu. Masalahnya, dia memang tak pernah balas.

So perlu ke kitorang berlima persoalkan persahabatan ZIQHAS dekat dia?

Tapi itu Zedi, sekarang aku busy dengan Danny. Please ignore Zedi for a while, give me spotlight.

Balik kepada warning tadi, aku dah langgar sebab dah janji nak keluar. So anggaplah ni tak sengaja hehe. Memang boleh cancel tapi rezeki keluar dengan oppa. Member korea ni, takkan nak tolak.

So aku akan minta maaf dengan Zedi masa anniversary ZIQHAS ke-5 sebab ignore warning dia. So stay tuned for my sesi minta maaf dekat Zedi ye guys. Memang aku akan minta maaf dekat dia haritu. Percaya cakap aku.

"Izla, "

"Hmm? " aku menoleh ke arah Danny.

Danny tersenyum, "Actually I tertinggal my purse dekat kereta I, "

Aku terdiam lantas ketawa kecil, "So kau nak pinjam duit aku? Boleh apa salahnya-- "

"You teman I ambil purse I boleh? " Danny memintas kata- kataku.

Aku berhenti berjalan. Begitu juga dengan Danny.

"Why tho? Kau nak guna, tak payah bayar balik pun takpe-- "

"But I really need that purse, " sekali lagi dia memintas kata- kataku.

"You really need it? " aku menyoal, menginginkan kepastian.

Danny mengangguk sambil tersenyum.

"O-- oh, okay? So pergilah ambil, aku tunggu dekat sini, " aku tersenyum.

Aku dengar dia cakap yang dia nak aku teman dia ambil purse. Tapi aku tak sedap hati. So aku buat- buat tak dengar. Biar dia pikir yang aku tak nak teman dia. Aku tak bolehlah tolak depan- depan. Tolak kiasan bolehlah.

"But I nak you teman I, " Danny masih lagi tersenyum.

Aku terdiam. Damn, what should I do?

Tiba- tiba amaran Zedi melintas dekat pikiran aku. Aku pun teringat cara layanan Syaz terhadap Danny. Itu makin buat aku tak sedap hati.

Ada something yang diorang berdua sorokkan pasal Danny daripada aku ke? Perlu ke aku teman dia? Nothing will happen, right?

Aku melihat Danny. Dia masih tersenyum, menunggu jawapan aku.

"Urm, dekat mana kau parking kereta? " aku menyoal.

"D4, "

Jawapan Danny membuat aku terdiam. Damn, kenapa parking lot paling bawah siak.

Aku ketawa janggal, "Memang tak boleh bawah lagi ke? Tanam jelah kereta tu dalam tanah terus, " aku cuba untuk buat lawak.

Danny ketawa perlahan, "Kalau boleh, I buat je tapi apakan daya, I kena settlekan something first, "

Astaga! Apa yang belum settle tu huhu.

Disebabkan pressure yang dia bagi dekat aku, aku terus setuju tanpa berfikir lebih lama.

Mana taknya, dia boleh tenung aku sampai boleh tembas kepala otak tahu tak? Takde lah tembus otak tapi saja nak bagi imagination gempak sikit.

Dia punya tenung, bergetar lutut. Dengan iman aku sekali lemah--

Tak tak! Maksud aku, mental aku lemah. Astaga Izla! Ingat dosa, ingat mati, ingat sakit. Ingatlah saat kau--

Eh tu lagu... Asal? Pikir I tak layan indonesian ke? Kemonlah, this is Izla.

Lagu Atlantic pun aku layan tau. Yang titanic tu... Kan dekat laut so Atlantic lah juga. Apa tajuk lagunya? My lungs will go on?

Eh macam lain je. Tapi lantaklah! Sekarang ni nyawa aku dekat hujung dunia.

Kami berdua pun berjalan ke arah lift. Haih, asal berdua je dalam lift eh. Asal harini tak ramai pergi mall? Dan dan semua busy.

Serious dalam lift sepi je. Aku rasa macam dalam cerita horror pun ada. Wait, Danny ni tengah shooting ke? Diam je mamat ni. Nak kata shooting filem, takde pun camera man.

Dan aku pun buat- buat busy. Main phone walaupun takde yang aku buat. Tenung jelah wallpaper gambar jungkook oppa. Alhamdulillah, tenang sikit hati tengok senyuman oppa aku.

Ting!

Aku masih lagi tenung oppa sampaikan Danny tepuk bahuku perlahan. Terkejut aku sampai terkentut, kuat pula tu.

Krik krik, krik krik.

Suasana hening, awkward. Astaga malu siot. Muka aku kemerah- merahan. Stop! Aku tak lapar dan tak nak cendol.

Aku nak je lari and naik balik ke tingkat atas. Tapi kalau aku lari, Danny kejar tak? Wey kalau dia kejar, boleh terkencing aku. Dahlah tadi baru je terkentut, takkan lepas ni nak terkencing pula.

Tapi nak try? Mana tahu dapat pakej terberak sekali.

Lamunan karutku terhenti apabila terdengar Danny ketawa.

Aku terus melihatnya, "Astaga, Ya tuhan. Indahnya ciptaan kau, "

Semakin kuat Danny ketawa apabila mendengar ayat spontanku.

Pap!

Aku terus melempang pipiku dengan kuat. Cukup kuat untuk hentikan tawa Danny. Dia melihatku.

"Izla, you're so funny without even trying, " Danny bersuara.

"Haha, thankyou for the compliment, " aku membalas janggal.

"Let's go? " Danny keluar dari lift. Aku terus jalan, ikut je dia.

Bila dah keluar dari lift, aku terkejut, "Allahuakhbar! "

Danny pantas menoleh kebelakang, "Why Izla? What's wrong? "

"No-- no. It's just, terlalu sunyi, gelap and aku tak nampak kereta langsung. Where do you park your car? " aku bersuara agak takut.

Aku menyesal, sekarang ni, aku perlukan service doraemon. Nak mesin masa please, putar masa ke belakang, dua jam lepas. Cancel this date-- i mean this outing.

Aku berhenti berjalan, begitu juga dengan Danny. Actually kitorang masih depan lift. Pintu lift pun tak tutup langsung so cerahnya masih ada lagi. Kalau tak, memang malaplah. Guna flashlight phone jelah kalau nak sikit light.

Pintu lift tak tutup pun sebab tangan aku ni asyik tekan button dia tak henti- henti. Maybe ada yang menunggu dekat atas tapi maafkan saya. Saya dalam keadaan yang amat terdesak lagikan bahaya.

Tadi lift kosong, ada kitorang berdua je tak nak guna. Kali ni nak guna pula, mengada! Sekarang, pandai- pandailah cari lift lain. Ataupun guna jelah tangga, exercise! Confirm kurus, thank me later.

Jujur aku cakap, aku ni sebenarnya dalam diam penakut orangnya. Kalau korang tak percaya, aku boleh tunjuk bukti. Nak aku kencing? Nampak real sikit reasonnya.

Wait, kalau aku terkencing, maybe Danny akan disgust dengan aku so dia suruh aku naik, balik je terus. Great idea, right? But how should I face raksasa- raksasa dekat atas yang tengah bazirkan duit tak ingat dunia tu?

Haih payah betul ni. Lagi payah dari soalan PT3. SPM tak jawab lagi so aku tak boleh guna SPM sebagai contoh. SPM yang dinantikan sangat dari seketul Zedi tu. Tak sabar nak fail lah tu.

ASTAGA TAK BAIKNYA KAU IZLA! PLEASELAH BERTAUBAT, NYAWA HUJUNG DUNIA NI.

Okay this is my 2nd reason untuk minta maaf dengan Zedi sabtu ni. Memang aku cium tapak tangan dia, tapak kaki, lutut, dahi, pinggang, bontot, dada-- astaga saya bergurau saja.

Tapak tangan dah dikira memadai. Kalau tapak kaki, dia mati baru aku cium HAHAHA!

Marilah kembali ke dunia nyata yang seram ini ya semua.

"I park kereta I dekat hujung sekali sana, dengar ni, " Danny mengeluarkan kunci keretanya.

Tweet tweet!

Okay bunyi comel tapi yang dijadikan tak comelnya, kenapa bunyinya slow sangat? Bunyi yang slow tu dah boleh menunjukkan yang kereta dia jauh sangat!

Tiba- tiba mataku terbuntang apabila teringat kata- kata Danny sebentar tadi lantas aku memandangnya dan menjerit, "KAU PARK KERETA KAU DEKAT HUJUNG SEKALI? KAU PAHAL DANNY? DAHLAH PARKING LOT PALING BAWAH, PARK PALING TEPI, "

Serius aku cakap, aku macam nak nangis dah ni. Danny ketawa kecil. This bitch have audacity to laugh right now?

"Kenapa you takut? I kan ada? " dia memandangku sambil tersenyum manis.

Aku tak tahu kenapa tapi senyuman dia tu menyeramkan.

Aku menutup mata lantas membaca ayat kursi dengan kuat lantas aku menghembus dengan kuat.

Perlahan- lahan, aku membuka mata. Mana tahu tiba- tiba ada jumpscare ke kan? Daripada plan nak terkencing, terus terkencing betul- betul.

Oh, Danny still berdiri depan aku. Dengan pakej muka confuse dia. Wey, kalau dia buat muka macam tu dekat sekolah, maybe aku akan puji dia dalam hati, comellah, apalah.

Tapi dia buat dekat sini, makin takut aku wey. Dia tak tahu ayat kursi ke? Kenapa dia diam je? Dia tak nak tanya ke surah apa aku baca.

Anyways, aku kena tukar topik. Aku takut pula.

"Urm, asal kau parking dekat situ? Dekat stage A or B or C takde kosong ke? " aku menyoal dengan senyuman, cover.

Danny ketawa kecil, "I ni first time datang Malaysia. So I tak tahu selok- belok dekat sini. I thought D4 is the highest lot, "

Aku terdiam mendengar jawapan dia. Tak logik! Kau boleh je tengok sekeliling, kalau dia tak sama dengan apa yang kau pikir, kau boleh drive pergi stage A kalau stage D ni paling bawah. Wait, first time datang Malaysia?

Aku melihatnya, "This is your first time coming to Malaysia? "

Danny mengangguk.

Pergh, teringat aku time class english masa form 4. Buat email, soalannya, 'Your online friend visit Malaysia for the first time. Give them some advice '

So patut ke aku jadi tour guide untuk dia?

EH EH SEKARANG NI AKU DALAM BAHAYA! ASTAGA IZLA! PLEASE SEDAR!

"You speaking malay fluently? " aku menyoal lagi.

"My dad is a bussiness man, so I kena belajar banyak bahasa when I was 7 years old and malay is my first choice, " Danny tersenyum.

Haih banyak kali dah kau senyum harini. Dia punya senyum tak henti tu macam baru menang lottery.

Aku mengangguk tanda paham, nampak ada kejujuran disitu sebenarnya.

"Actually parking lot D4 ni sesuai untuk kes culik, you know? Gelap macam masa depan aku, " aku ketawa, cuba nak buat lawak.

And aku menyesal pilih lawak yang tu. Kenapalah aku ditakdirkan terlebih bodoh daripada selalu harini.

Danny tersenyum sinis, "Maybe it's only you, " dia bersuara perlahan

"Huh? " aku tak dengarlah apa dia cakap.

Danny ketawa perlahan, "Nothing, urm, jom ambil purse I, "

"Oh yeah, " aku terus mengeluarkan Iphone X aku menggunakan tangan yang tidak menekan button lift.

Ya anak- anak, seketul Izla masih menekan button lift sampai sekarang. Bak kata diri sendiri, 'survive no matter what!'

Flashlight dibuka lantas aku melepaskan button lift itu. Danny meletakkan kembali kunci keretanya di poket seluarnya. Tangannya diseluk keluar semula.

Baru je aku nak sampai di sebelahnya, sesuatu terkeluar tanpa sengaja dari poket Danny. Bunyi sesuatu terhempas di lantai. Tanpa membuang masa, aku terus suluh flashlight aku ke lantai. Mencari sesuatu yang terjatuh tadi. Ini namanya tindakan refleks ya.

Mataku terbuntang apabila aku melihat dompet. Itu yang keluar dari poket Danny! Maksudnya, itu dompet dia!

Aku terus menyuluh ke mukanya. Aku terkejut lagi apabila dia tersenyum.

"You-- you lied to me! " aku kebelakang sebanyak 2 kali.

"Izla, is it true that you love me? " Danny melangkah ke arahku. Kedua tangannya berada di dalam kocek seluarnya.

"JANGAN DEKAT! " aku menjerit sekuat hati.

Danny terhenti. Nafasku tidak teratur, aku tak boleh jawab soalan tu.

"Can you stop? "

Aku mengangkat kepalaku, "Stop what? "

Danny mengeluh lantas dia berpeluk tubuh, "Stop loving me, "

Aku terkedu. Kejap, perwatakan dia berubah. This is not Danny yang aku kenal.

Danny memejam mata seketika, "I already have someone that I love and I'm loyal, "

"I-- I never said that-- "

"Besides, I'm trying my best to save her so please don't ever fall in love with me again. She'll be very sad if this continue, " Danny menunduk lantas dia berpaling, membelakangiku.

Aku tak boleh balas percakapan dia, aku terkedu mendengar semuanya.

"I don't wanna give you hope and hurt your feeling because no matter what, I'll never fall in love with you. She's my everything, nobody can replace her in my life, " Danny melangkah pergi, meninggalkan aku sendirian.

What? So dia tahu selama sebulan setengah ni, aku menaruh harapan dekat dia. Tapi dia masih layan aku? Kenapa? Kenapa dia bagi aku harapan yang takkan jadi milik aku?

Dah terang- terang dia cakap yang dia setia dengan seseorang. Seseorang yang bertakhta di hati dia, bernilai dalam pandangan dia, berharga dalam hidup dia.

Aku tak boleh teruskan lagi. Bukan bermakna aku mudah putus asa dalam cinta tapi aku kena korbankan supaya aku takkan menjadi tembok halangan dalam percintaan dia dengan kekasih dia.

Tapi apa salah aku? Aku dipermainkan? Kalau dia tahu dari dulu aku suka dia, kenapa dia tak jauhkan diri daripada aku. Bagi aku hint untuk berhenti cintakan dia. Mungkin kalau dia perlahan- lahan hilang dalam hidup aku akan buat aku paham yang dia tak sudi terima cinta aku.

Ini tidak! Dia layan semua karenah aku. Dia sentiasa senyum dengan aku, bercakap lembut. Dia bagi aku harapan!

Patutlah Syaz bencikan dia. I should know about this. So Syaz selama ni cuba untuk lindungi aku cuma aku je yang terlalu naif dan buta pasal hal ni.

Tiba- tiba aku mendengar derapan kaki. Aku terdiam.

"Danny? " aku cuba memanggilnya. Mana tahu Danny datang balik sebab tak nak aku keseorangan.

Tetapi tiada sahutan. Aku cuak lantas menoleh ke belakang untuk lari ke lift.

Aku terkejut apabila di belakangku ada dua orang lelaki bertopeng.

"A-- apa yang korang nak? " aku menapak ke belakang.

Diorang hanya diam malah mendekatiku.

"JANGAN DEKAT! AKU CALL POLIS! " aku terus mendail tetapi phone aku dirampas dari belakang. Aku menoleh, daripada flashlight phone aku, aku nampak Danny.

Dia yang rampas phone aku.

"Dan-- Danny? Danny help me, I promise that I'll forget about my stupid love! Please just help me right now! I wanna go home, I-- "

"Lock her in that room, " Danny memberi arahan yang membuatkan aku terkejut.

"Kau-- kau cakap apa ni? " aku memandangnya tidak percaya.

Dengan sepantas kilat, kedua- dua lelaki itu berlari ke arahku lantas tanganku dipegang kiri dan kanan. Aku meronta- ronta, minta dilepaskan.

"DANNY! DANNY! PLEASE! WHAT ARE YOU DOING? " aku dah mula menangis.

Danny mendekatkan mukanya, flashlight handphone aku disuluh ke mukaku. Silau! Aku memejam mata sedikit. Danny menyeka air mataku perlahan.

"Izla, please just sacrifice yourself. This way, I'll get my happy life with my mother, sisters and my own girlfriend, " Danny berkata kejam.

Aku terkedu, aku tahu dia bagi aku fake hope tu dikira kejam. Tapi apa yang dia baru cakap, lagi kejam! Dia minta aku jadi korbanan untuk kebahagiaan dia? Aku bukan lembu--

Maksud aku, aku tak nak! Aku nak bahagia juga!

Tak adil! Tak adil! 3 lawan 1! Aku tak boleh lawan sebab aku masih terkejut lepas dapat tahu dia mainkan perasaan aku.

Aku tidak membalas kata- katanya malah aku meronta minta dilepaskan.

Danny mengeluh, "Poor Zedi, "

Aku berhenti meronta apabila Danny tiba- tiba mention Zedi.

"What-- what are you doing to her-- "

"She's trying so hard to save you guys. She even warning about me. But, nobody cares. Aisy and you. Both of you ignore her warning. Poor her, she doesn't deserve this treatment after everything she done for yall, "

Kata- kata Danny membuatkan aku terdiam. Yes, betul. Aku sepatutnya dengar cakap Zedi. Kalau aku dengar, semua ni takkan jadi.

Syaz dan Zedi sedar semua ni dari awal. Diorang berdua cuba selamatkan kitorang berempat tapi takde siapa kesah. Semuanya buta, ditipu oleh Danny. Seseorang yang bertopengkan syaitan!

"You'll regret this Danny! " aku menunduk.

Kesal? Memang aku kesal dengan Danny. Tapi aku lagi kesal dengan diri aku sendiri, ditipu hidup- hidup oleh lelaki.

Disebabkan dia mamat korea, handsome, aku percaya dia bulat- bulat. Sedangkan dua sahabat aku sedang berperang sendirian untuk lindungi kami. Aku memang teruk! teruk!

Tiba- tiba aku teringat kata- kata Danny. Aisy?

Aku terus mendongak, memandangnya, "Aisy? What happen to Aisy? WHAT DID YOU DO TO HER? LET HER GO-- "

"Not only Aisy. I already got Qari and Syaz too. So total is 4. Only other 2 still fly freely outside, " Danny mendongak lantas ketawa.

"I can't wait! The moment ZIQHAS got kidnap, and finally, I can have a happy life with my beloved, " Danny tersenyum, terbayang akan keindahan hidup yang dia idamkan selama 3 tahun.

Ya, sudah 3 tahun dia bersama kekasihnya. Tiada siapa tahu, semuanya rahsia. Tetapi cinta mereka berdua masih utuh.

Selepas semua ahli ZIQHAS diculik, misinya akan selesai. Keluarganya akan dibebaskan termasuklah kakaknya, Teacher Irene. Dia juga dapat hidup bersama kekasihnya. Bina keluarga bersama.

Ya, itulah yang dia idamkan selama ini. Dia sudah tidak sabar. Kebahagiaan yang dia hauskan selama ini akhirnya akan tercapai jua. Dengan menjadikan gadis- gadis itu sebagai korban.

"URGHH! LET ME GO! DON'T YOU DARE DO ANYTHING TO HARA AND ZEDI, I'LL KILL YOU! " aku menjerit dengan lantang.

"Hah? Kill me? How? Look at yourself first before saying that stupid thing. You can't even save yourself, you want to kill me? Keep dreaming, babygirl, " Danny mengusap kepalaku dengan lembut.

Handphone aku dilepaskan jatuh ke lantai dengan sengaja. Lantas dipijak dengan penuh dendam.

"Pengsankan dia, kurung dalam bilik, " Danny berlalu pergi.

"Alright boss~ " salah seorang daripada mereka yang memegangku menjawab dengan nada yang mengejek. Dia berpakaian hitam putih, zebra.

Bukan mengejek Danny tetapi diriku. Pakai baju binatang, nak ejek budak sweatshirt. Heh!

"STOP YOU MOTHERFUCKER! KALAU BERANI ONE BY ONE-- "

Aku terus pengsan apabila lagi seorang yang memegangku itu menghentak leherku. Dia hanya memakai baju berwarna kelabu.

"She's dead? " Lelaki zebra itu menyoal.

"No you idiot! She just faint. Big boss will kill us if she's dead! " Lelaki kelabu itu membuka topengnya.

"Chillah Afiz~ " si zebra bersuara.

Afiz membuat muka, "Diamlah kau Din! "

"EXCUSE ME, IZZUDIN! " si zebra membetulkan kawannya.

Ya, mereka anggota Princes. Princes yang tak berguna, dasar si villain.

"Dah jom bawa perempuan ni, penat aku pegang dia dari tadi. Dahlah pengsan, " Afiz bersuara.

"Okay okay~ "

Aku diheret ke van yang tersorok dari pandangan semua orang.

4 dalam genggaman, 2 bebas berterbangan.

(End Izla P.O.V)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top