Chapter 43

(Aisy P.O.V)

Aku menarik nafas yang panjang lantas memasuki rumahku. Aku lega apabila tiada siapa yang menungguku di ruang tamu.

Aku menoleh ke kiri, kelihatan beberapa pembantu rumah dan bodyguard berdiri. Aku terus berjalan ke mereka.

"Kalau sesiapa tanya pasal saya, cakap saja tak tahu. Tak perlu bagitahu yang saya dah balik. Nanti saya akan turun juga, " aku bersuara mendatar.

Tanpa menunggu balasan mereka, aku terus berlalu pergi meninggalkan ruang tamu. Bilikku yang berada di tingkat 2 dituju.

Lain kan perangai aku di rumah berbanding bersama ZIQHAS? Yup, sangat lain.

Aku terus bergegas masuk ke bilikku lantas pintu dikunci rapat. Aku baring di atas katilku, langsung tidak mahu mandi, membersihkan diri.

6 p.m,

Aku terbangun dari tidurku. Aku terus melihat jam, hmm dah pukul 6? Aku belum solat asar lagi.

Aku bergegas bangun untuk mandi dan menunaikan solat.

Tak lama selepas itu, aku pun keluar dari bilik. Haih, aku memang tak nak keluar tapi itulah... nanti dicop sebagai anak derhakalah, tak kenang budilah.

Macam mana aku nak jadi anak yang diingini kalau masalah keluarga aku sendiri yang menyebabkan aku jadi begini.

Aku turun ke ruang tamu... Hmm, tak ada orang. Lantas aku pergi masuk ke ruang makan.

Aku dah agak, semuanya ada dekat sini.

"Aisy, " umi terkejut memandangku lantas dia pun bangun dan berjalan dengan laju ke arahku.

Umi memelukku dengan erat sekali tetapi aku langsung tidak membalas pelukannya.

"Kenapa kamu tak cakap yang kamu balik? Umi boleh jemput kamu dekat asrama, " umi terus meleraikan pelukan lantas dia pun mengelus rambutku. Dia tersenyum tawar apabila melihat riaksi aku.

Aku langsung tidak senyum, malah menayangkan muka yang datar. Inilah sebab utama aku tak nak balik rumah.

"Aisy, kamu cakap dengan abah yang kamu nak sleepover dekat rumah Syaz. Kenapa kamu boleh ada dekat sini? " abahku mula bersuara.

Ya, memang aku ada bagitahu abah yang aku nak sleepover dekat rumah Syaz tapi semua tu tipu saja. Aku cuma tak nak diorang jemput aku dekat asrama.

Aku tetap mendiamkan diri. Enggan menjawab pertanyaan abahku.

Keadaan menjadi hening seketika. Baik abah mahupun umi, masing- masing mendiamkan diri.

Kedua abangku berpandangan manakala adik perempuanku memandang aku dengan riak keliru.

"Kenapa kakak tak nak jawab soalan abah? Kakak pun tak nak peluk umi, " adikku menyoalku.

Aku geram lantas, "Ada masalah dengan kau ke? Tak ada kan! "

"AISY! Kenapa dengan kamu ni? Adik kamu tanya baik- baik, kan? " abah bangun dari duduknya.

Keadaan menjadi tegang. Abah memandangku penuh kecewa manakala aku hanya memandangnya dengan riak biasa, seolah tiada apa berlaku.

Adikku menangis teresak- esak. Dia dipujuk oleh along manakala angah hanya memandangku penuh kekesalan.

"Eh, abang. Jangan macam tu, jangan marah Aisy. Mungkin Aisy penat, kan? " umi berdiri di hadapanku, ingin membela diriku walaupun sudah jelas aku yang salah.

Aku yang biadap, aku yang tak pikirkan perasaan orang lain. Aku yang salah. Tapi aku tak nak minta maaf, aku tetap mengulangi perbuatan yang sama. Perbuatan yang membuatkan abah kecewa.

"Aisy, harini, walaupun Aisy kata Aisy nak sleepover dekat rumah Syaz, umi tetap masakkan semua makanan kegemaran Aisy. Umi dapat rasakan Aisy akan balik. Biasalah, naluri seorang ibu, " umi memalingkan mukanya menghadapku.

Dia tersenyum manis. Aku akui, senyuman dia memang nampak ikhlas, langsung tiada kepuraan.

"But you're not my real mom, " aku bersuara perlahan.

Ya, dia bukan ibu kandungku. Kedua abangku dan juga adikku juga bukan adik- beradik kandungku. Untuk senang paham, aku ni hanya adik- beradik tiri mereka. Lain ibu ayah.

Abah kahwin dengan umi semasa adik aku baru saja umur 8 tahun. Sekarang, dia dah berumur 15 tahun. Kedua abangku pula kembar dan sama umur denganku. Jadi, sudah 7 tahun kami hidup bersama sebagai keluarga.

Tetapi, aku tak pernah terima kehadiran mereka berempat dalam hidup aku sejak dulu lagi. Malah aku tak pernah beri mereka peluang sedikit pun untuk mendekati aku dan mengenali aku dengan lebih mendalam.

Aku hanya lari dan asingkan diri dari mereka berempat. Dan itu juga menyebabkan hubungan aku dan abah menjadi renggang.

"Eh? " senyuman umi berubah menjadi senyuman terpaksa. Berubah drastik sekali tetapi dia cuba untuk kelihatan biasa dan gembira.

"Abah tak dengar apa yang kamu cakapkan. Sayang, apa yang Aisy cakap? " abah cuba mendekati kami.

"Eh eh, tak adalah abang. Aisy cuma cakap yang dia gembira saja, " umi mula kalut.

Dia masih lagi nak pertahankan aku daripada abah walaupun dia dengar apa yang aku cakapkan. Aku yakin dia dengar sebab senyuman dia berubah drastik.

Abah terus duduk, "Okaylah kalau macam tu. Aisy, duduk makan sebelah umi. Harini, umi masak semua makanan kegemaran kamu, "

"Jom Aisy, " umi memegang lenganku lantas dia pun menarikku ke tempat dudukku dengan lembut. Dia tetap tersenyum manis.

Aku melihat makanan yang terhidang di atas meja. Ya, memang betullah. Semua makanan kegemaran aku ada. Tak ada tertingga sedikit pun.

Chicken grill, kambing grill, nasi tomato, spaghetti carbonara creamy cheese dan orange juice. Malah, tiramitsu terhidang bersebelahan dengan pingganku.

Umi menarik kerusiku kebelakang agar aku boleh duduk tetapi aku hanya berdiri.

Dia memandangku kehairanan, "Aisy? Aisy tak nak duduk-- "

"Aisy tak ada selera nak makan makanan berat. Aisy nak makan dekat luar je, " aku tetus berkata.

Semua terkejut memandangku.

"Aisy, umi kamu ni penat- penat masak. Dia langsung tak bagi pembantu rumah kita tolong sebab dia nak masakkan untuk kamu walaupun kamu kata tak balik. Tapi umi kamu kata dekat abah yang kamu akan balik. Dia dapat rasakan. Sekarang, kamu kata tak ada selera. Jangan nak mengada- ngada, duduk sekarang dan makan-- "

"Eh abang, jangan macam tu, " umi menghentikan abah daripada terus memarahiku.

Aku hanya memandang mereka berdua. Tapi aku dapat rasakan tiga adik beradik tiriku agak marah dengan tingkah lakuku.

Tapi aku langsung tak kesah. Paham?

"Aisy, " umi memandangku. Aku juga memandangnya. Aku nampak raut wajah dia agak kecewa. Mungkin sebab aku tak nak makan masakan yang dia masak?

"Aisy nak makan apa dekat luar? Dah malam ni, bahaya, " umi menyoal dengan lembut dan penuh kesabaran.

"Pizza, " aku menjawab sepatah.

Umi nampak gembira, "Kalau macam tu, umi masakkan pizza untuk Aisy ye? "

Aku terkedu, masakkan? Untuk aku?

"Sayang-- "

"Tak apa, abang. Saya boleh masakkan. Asalkan Aisy sudi nak makan dengan kita. Boleh ye, Aisy? Umi masakkan pizza untuk Aisy ye? Aisy tak perlu penatkan diri untuk keluar beli pizza, " umi tersenyum.

Aku hanya mengangguk. Umi nampak teramat gembira apabila aku setuju.

"Abang, abang makan dengan anak- anak ye? Saya nak masakkan pizza Aisy, boleh? " umi memandang abah dengan teruja.

Abah ragu- ragu untuk menghalang apabila umi nampak begitu teruja kerana ingin memasakkan pizza untukku.

"Tapi, sayang tak nak makan? Sayang tak lapar ke? "

Ibu tiriku menggeleng, "Saya tak lapar sangat. Saya lebih suka bila Aisy makan sekali. Jadi, saya masakkan pizza dia dulu. Aisy, sementara tu, Aisy jamah lah dulu tiramitsu yang umi buat, okay? "

Aku mengangguk lantas duduk berhadapan dengan angah. Tiramitsu diambil lalu aku pun menjamah dengan perlahan.

Hmm, sedap.

Umi tersenyum lantas dia pun bergerak ke dapur. Abah hanya memandangku penuh kecewa lantas bangun. Aku hanya fokus memakan tiramitsu ku manakala ketiga- tiga adik beradik tiriku memandang abah.

"Abah nak pergi mana? " along menyoal sambil membetulkan cermin matanya.

"Abah nak jenguk umi kamu. Makanlah dulu, "

Mereka mengangguk. Aku meletakkan tiramitsu lantas aku mengeluarkan Iphone X ku. Aku terus bermain telefonku.

Abah terus bergerak ke dapur, 'Haih, sejak peristiwa hitam 8 tahun lepas, dia dah lain, ' abah berdesis.

Sudah 2 jam berlalu, kini aku duduk di bilikku. Aku sudah makan pizza yang umi masak. Hmm, sedap. Tapi macam mana dia tahu pizza kegemaran aku?

Aku baring di atas katil dengan televisyen yang masih terbuka. Aku ingin tidur. Tiba- tiba baju di bahagian perutku terselak. Aku duduk kembali, ingin membetulkan bajuku.

Tanganku terhenti apabila aku melihat kesan parut di perutku. Kesan dia lama- lama akan menghilang tetapi aku perasan, sejak aku berumur 8 tahun, parut ni dah ada.

Dah 8 tahun berlalu, tak mungkin akan kekal. Tetapi parut di perutku ini, tetap ada walaupun semakin hilang. Ia tetap nampak.

Kenapa ya? Apa yang jadi dekat aku 8 tahun lepas? Apa yang aku lupa? Tak mungkin aku akan lupakan hal begini?

------

Abah melihat umi yang sedang menyapu losen di tangannya.

"Sayang, abang tak berapa berkenan dengan cara sayang layan Aisy, "

Umi terhenti menyapu losen lantas memandang ke abahku, "Apa maksud abang? "

Abah mengeluh, "Sayang terlalu baik dengan dia selama 7 tahun, "

Umi bangun setelah dia selesai memakai losen. Dia pun duduk di atas katil, bersebelahan dengan abah.
Umi tersenyum manis, "Sudah tentulah saya kena baik dengan Aisy, dia anak saya juga. Walaupun bukan saya yang lahirkan dia, saya tetap sayang dia macam anak kandung, "

Abah mengeluh, "Semakin sayang baik dengan dia, beri peluang dengan dia, semakinlah dia biadap dengan sayang. Sayang paham apa yang abang cakap, kan? "

"Abang, saya paham tapi saya masih lagi beri dia masa-- "

"Masa? Dah 7 tahun berlalu, tak cukup ke masa tu? Selama 7 tahun nilah, Aisy tak pernah peluk sayang, berbual dengan sayang, cium sayang macam anak kita yang lain. Dulu, dia tak macam ni. Kenapa dia boleh berubah sedangkan duku dia rapat dengan sayang, " abah memandang ibu tiriku.

"Abang... Saya paham yang abang kecewa. Saya juga kecewa, Aisy masih lagi tak nak terima kehadiran saya dan anak- anak saya. Kehadiran kami berempat juga membuatkan hubungan abang dan Aisy renggang tapi saya mohon, abang. Tolong jangan bandingkan Aisy dengan mereka bertiga, " umi menggenggam tangan abah.

Abah terdiam.

Umi menunduk, "Saya kecewa, sedih tapi saya paham kenapa Aisy bencikan kami. Saya... saya tahu yang dia mahukan kasih sayang seorang ibu... Kasih sayang daripada ibu lahirkan dia. Saya paham tentang itu, abang, "

Abah terkejut ayat yang dikatakan oleh umi.

Umi tersenyum tawar melihat riaksi abah, "Abang tahukan? Apa yang Aisy lalui? "

Abah mengangguk.

"Sebab itulah dia bencikan saya dan anak- anak saya, bang. Dia nakkan kasih sayang daripada ibu kandung dia-- "

"Kasih sayang daripada ibu kandung? Ibu kandung yang hampir nak membunuh anak sendiri? " abah melihat umi.

Umi terkejut lantas memegang tangan abah, "Abang, tolonglah jangan cakap macam tu. Walaupun dia diperlakukan begitu, saya yakin dia tetap ingin berjumpa dengan ibu kandungnya. Kasih sayang dan ikatan mereka berdua lebih kuat, bang. Aisy, dia perlukan kasih sayang iaitu kasih sayang yang saya tak mampu nak berikan walau sebanyak manapun saya mencuba, " umi menitiskan air matanya.

"Sayang... kamu... "

"Abang, sampai bila abang nak rahsiakan daripada Aisy? Saya rasa inilah masa terbaik untuk Aisy tahu. Tentang apa yang dia lalui 8 tahun lepas dan keberadaan ibu kandung dia sekarang. Saya yakin Aisy boleh hadapi dan terima takdir sebab dia dah besar, bang. Lambat laun, dia akan tahu juga. Saya tak nak dia dengar daripada mulut orang lain, "

Abah menggenggam erat tangan umi.

"Abang takut, sayang. Abang takut Aisy akan tinggalkan abang kalau dia tahu perkara sebenar, " abah mulai menangis, tidak sanggup untuk kehilangan satu- satunya anak kandung dia.

Umi terus memeluk abah, " Abang, Aisy takkan tinggalkan abang. Saya yakin, dia akan paham. Dan kita berlima di rumah ni, akan buat apa saja supaya Aisy akan kembali seperti dahulu. Bukan abang saja, malah saya, along, angah dan adik menyayangi Aisy. Walaupun Aisy masih belum menerima adik- beradiknya, mereka akan menyayangi Aisy dan cuba sedaya upaya untuk hidup bahagia bersama seperti keluarga yang lain, "

Abah menarik nafas lantas tersenyum, "Abang paham apa yang sayang nak sampaikan. Along dan angah memang sayangkan Aisy. Lihat saja, Aisy tak pernah ambil tahu pasal mereka. Apa yang mereka buat, apa yang mereka mahu tetapi mereka sangat mengambil berat tentang Aisy. Mereka paham yang Aisy sangat bencikan mereka dan mereka tahu yang Aisy nak pindah ke sekolah mereka iaitu Diamond High. Jadi, mereka sanggup pindah ke sekolah lain agar Aisy rasa selesa di Diamond High. Mereka memang abang- abang yang baik, "

Umi tersenyum mendengar, sejuk perutnya mengandungkan mereka. Dia gembira bila anak- anak dia dapat memahami situasi dan tak bertindak mengikut emosi.

"Abang tak nak beritahu Aisy sekarang tapi abang akan cari masa yang sesuai untuk beritahu dia. Sayang tahukan, sabtu ni Aisy ada anniversary ZIQHAS yang kelima? Ahad pula birthday Zedi. Jadi abang nak Aisy sambut kedua- dua event tu dengan tenang. Sebab masalah ni sangat besar, "

"Saya paham, bang. Lagi- lagi bila ZIQHAS sahaja yang mampu membuat Aisy senyum dan hidup gembira. Saya nak mereka tetap gembirakan dia, " umi dan abah tersenyum apabila mereka terkenangkan memori di mana mereka selalu ke sekolah lama Aisy, iaitu Gold High.

Mereka pergi kerana ada hari terbuka untuk ibu bapa datang dan berjumpa dengan guru. Itu semua hanya untuk berbincang tentang akademi pelajar. Waktu itulah mereka berjumpa dengan ZIQHAS. ZIQHAS yang banyak ragam tetapi sentiasa mebuat orang di sekeliling mereka gembira.

Dan paling penting, di depan ZIQHAS, Aisy mahu kami memanggilnya dengan panggilan manja iaitu 'sweetheart'. Kami sekeluarga memanggilnya sweetheart.

Tetapi hanya di depan ZIQHAS saja.

"Sayang ingat lagi ZIQHAS? " abah melihat umi.

Umi ketawa kecil, " Sudah semestinya saya ingat, bang. ZIQHAS sangat ceria, peramah, kuat menyakat dan paling penting, Zedi, Izla, Hara dan Qari kuat menyakat. Aisy pula hanya melayan perangai mereka. Syaz pula hanya buat tak tahu saja bila mereka didenda tapi saya rasa Syaz tu sebenarnya risau cuma dia tak tunjuk saja, "

Abah ketawa kecil, "Ya, ZIQHAS lah penenang Aisy, "

(End Aisy P.O.V)

------

(Qari P.O.V)

Aku melihat jam. Hmm, dah pukul 4 petang. Mesti mama dengan papa tengah minum petang dekat taman mini.

Dan paling penting, mesti ada cupcake blueberry and black tea!

Aku terus melompat dari katil. Sebelum keluar, aku sempat mengambil uno card di meja belajar. Haha, dah lama tak balik, aku nak main uno dengan papa dan Pak Samad!

Aku berlari keluar dari bilikku.

"Cik Qari, jangan berlari, " salah seorang pembantu rumah menjerit kerisauan.

"Haha, jangan risaulah. Qari takkan terjatuh punya. And don't call me Cik Qari, just call call me Qari, " aku terus duduk di pemegang tangga yang diperbuat besi berwarna putih.

"QARI!!! " pembantu rumah itu menjerit apabila aku mula mengelungsur ke bawah. Aku menjerit kegirangan. Uishh, dah lama tak buat aksi turun tangga begini.

Aku mula tersengih apabila melihat lantai bermozek berwarna putih. Akan ku landing dengan baik. Aku melompat lantas berpusing dengan gaya yang cantik. Baru saja kaki kananku menjejak lantai, aku terus jatuh kerana lantai sangat licin.

"Aduh... " aku bangun secara perlahan- lahan.

"Qari, " pembantu rumahku yang lain terkejut melihatku. Dia sedang memegang sebatang mop.

Oh, baru aku paham. Dia tengah mop lantai, patutlah licin semacam. Lain macam haha!

"Haha, maaf ya. Akak kena mop balik sebab Qari boleh lalu dekat sini, " aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Serba salah pula bila aku yang jadi punca pembantu rumah aku ni kena mop balik. Haduh haduh!

"Eh, tak mengapa. Akak boleh mop banyak kali tapi Qari tak apa- apa? Ada rasa sakit tak? " dia segera meletakkan mop di tepi lantas aku di tujui. Dia terus duduk melutut. Bahuku dipegang dengan riaksi risau.

"Haha, Qari okay jelah. Tak ada--- "

"Eh? "

Kami berdua melihat ke arah tangga, dimana suara itu kedengaran.

"MAMA! "

"Puan, "

Mama turun bagaikan permaisuri. Dengan memakai dress floral bawah buku lali dan selendang lembut yang simple.

"Apa yang kamu berdua duduk dekat lantai ni? Tahulah dah lama tak jumpa. Kalau ye pun, buatlah reunion dekat ruang tamu sana, "

Aku bergegas bangun, begitu juga dengan pembantu runahku yang ingin mop lantai itu tadi.

"Maafkan saya, puan, "

Mama ketawa kecil sambil menggelngkan kepalanya perlahan, "Tak ada apalah, saya cuma bergurau saja, "

Mama terus memandangku, "Ha, darling. Kenapa kamu dekat sini? Mama ingatkan kamu dah pergi ke taman mini, "

Aku tersengih, "Memang darling plan begitu mama. Tapi tadi darling turun tangga and terjatuh, "

Mama terkejut lantas mengeluh, "Baiklah, mari ke papa, "

"Saya pergi dulu ye, " mama tersenyum ke arah pembantu rumah itu.

"Baiklah puan, hati- hati ye, "

Mama tersenyum manis, "Terima kasih, "

Aku terus berjalan tetapi aku berhenti apabila terasa tanganku ringan semacam. Aku terus menunduk, melihat tanganku.

"ARGHH! " aku menjerit apabila kotak uno card aku ringan dan kosong.

Mama terkejut lantas menoleh ke belakang, "Ha? Kenapa? Kenapa? "

Pembantu rumah itu tadi bersedia ingin memukul seseorang menggunakan mopnya.

Aku memandang ke belakang, haih. Semua uno card aku jatuh, berselerak.

"Mama... " aku memandang mama.

Mama mengeluh, "Mama perasan uno card kamu jatuh. Kamu kutip sendiri, mama tak nak tolong, "

Seseorang ketawa kecil. Aku dan mama memandang figura itu.

"Mak Leha, " aku tersenyum memandang Mak Leha. Lantas aku memeluknya dengan erat sekali.

Mak Leha membalas pelukanku. Hmm, aku rasa macam dalam pelukan seorang ibu. Mak Leha ni, aku dah anggap dia macam ibu kedua aku.

Aku sayang dia.

Mama tersenyum melihat kami berdua.

"Kamu apa khabar Qari? " Mak Leha menyoal terus.

Aku meleraikan pelukan lantas mendongak, memandang Mak Leha dengan senyuman manis, "Qari okay je. Mak Leha macam mana? "

Mak Leha tersenyum lantas menepuk bahuku perlahan, "Mak Leha okay je... Dah, mari kita kutip kad kamu yang berterabur ni, "

Mataku bersinar- sinar, "Jom! "

Mak Leha memandang mama, "Puan, puan pergilah dulu. Saya akan tolong Qari kutip kad dia, "

"Baiklah, Mak Leha jangan lupa datang sekali ke taman mini ye, saya tunggu, " mama terus bergerak.

Aku dan Mak Leha mengutip kad- kad ku yang berterabur.

"Kamu nak main dengan papa kamu dan Pak Samad lagi? " Mak Leha menyoal.

"Haah, memandangkan Qari tak pernah dapat kalahkan mereka dalam chess, Qari nak cuba kalahkan mereka dalam uno card pula, "

Mak Leha ketawa kecil, "Sejak bila kamu suka main uno card ni? "

"Sejak dengan ZIQHAS. Mereka suka main uno card kalau ada masa free, " aku gembira bila dapat cerita tentang ZIQHAS.

Mak Leha terus berdiri apabila kad sudah selesai dikutip, "Jadi, siapa yang selalu menang? Siapa yang selalu kalah? "

"Syaz yang selalu menang and Aisy. Antara dua tu je yang selalu dekat tempat nombor 1 dan 2. Yang kalah selalunya Zedi je. Haha. Dan yang selalu dapat nombor second last mesti Qari, hmmm, "

"Haha, biasalah. Adat bertanding, "

Aku dan Mak Leha berjalan menuju ke taman mini. Dari jauh, aku dah nampak papa dan mama sedang minum petang.

Pak Samad pula hanya bermain dengan kucing parsi kesayangan mama. Kucing parsi mama berwarna putih. Sangat kembang bulunya. Tapi aku tak suka, geli.

Aku memang tak suka kucing dari dulu lagi.

"PAPA! PAK SAMAD! JOM MAIN UNO! " aku berlari menuju ke mereka.

Seketika aku terdiam. Eh, kenapa aku tak sedap hati ni?

Tetapi, aku tetap berlari menuju ke papa, mama dan Pak Samad. Aku berlari meninggalkan Mak Leha di belakang. Mak Leha sendiri cakap, tinggalkan dia. Dia malas nak berlari, faktor umur katanya.

Buk!

Aku berhenti apabila terdengar seseorang terjatuh. Aku memandang mama, papa dan Pak Samad. Mereka memandang ke arahku.

Mereka terkejut dan risau. Mereka terbangun dari tempat duduk. Aku pelik, kenapa semua nampak terkejut?

"LEHA! " Pak Samad terus berlari ke arahku.

"MAK LEHA! " mama dan papa juga berlari ke arahku.

Aku semakin pelik. Kenapa dengan Mak Leha? Aku pusing ke belakang dengan perlahan- lahan. Aku terkejut, terkaku dan terkelu.

Apa? Apa yang Mak Leha buat atas rumput taman?

Kenapa? Kenapa banyak darah keluar dekat tempat Mak Leha?

Aku terkejut, aku memandang ke atas. Aku rasa ada kelibat hitam. Sekali lagi, aku terkejut. Aku takut.

Seorang lelaki memegang senjata api, mengacukannya ke arahku. Aku tak kenal dia, dia berpakaian warna hitam. Aku tak boleh lari, kaki aku tak bergerak.

Aku tak nak mati. Aku tak nak mati.

"QARI! " papa, mama dan Pak Samad menjerit kerisauan.

Bang!

Seorang bodyguard rumahku menyasarkan pelurunya terhadap lelaki yang menembak Mak Leha tadi tetapi tersasar. Lelaki itu segera melarikan diri apabila semakin banyak bodyguard yang datang.

Kami semua tidak mengejarnya kerana kami terlampau risaukan Mak Leha yang langsung tidak menyedarkan diri. Malah, semakin banyak darah yang keluar.

Pak Samad dan papa segera bergerak ke Mak Leha manakala mama memelukku sambil menangis ketakutan.

Aku terkedu. Siapa tu? Kenapa dia sasarkan keluarga kami? Setahu aku, kami langsung tidak bermusuh dengan sesiapa.

Musuh bisnes papa? Tak mungkin sampai nak membunuh. Paling teruk pun, hanya cuba ingin menjatuhkan nama. Bukannya melibatkan nyawa!

Pak Samad menangis apabila Mak Leha langsung tidak menyedarkan diri manakala papa memberi arahan terhadap bodyguard dan pembantu rumah yang ramai itu.

Mereka semua terus berkerja dengan pantas untuk menyelamatkan nyawa Mak Leha yang di hujung tanduk.

Aku takut, tolonglah jangan ambil sesiapa daripada aku. Tolonglah...

Mak Leha, tolonglah bertahan... Demi kami semua... Tolonglah, Qari mohon, Mak Leha... Tolonglah..

(End Qari P.O.V)

------

(Zedi P.O.V)

Aku berjalan di mall seorang diri. Sedangku berjalan, samsungku berbunyi.

Aku terus mengangkat tanpa melihat nama pemanggil, "Hello? "

"Zedi, ada masalah! "

"Siapa ni? " aku berkerut. Masalah? Asal masalah je cari aku eh? Ingat aku ni tak ada perasaan?

Cuba lah bila seorang tu single, cari aku. Ha, yang tu aku tak berapa kisah. Datanglah berkali- kali, akan ku sambut dengan penuh senyuman.
Hashtag, single yang setia menanti. Haha!

"ISH! DANNY LAH! KAU TAK SAVE NOMBOR AKU KE?! "

Aku terkejut apabila dia menjerit. Aku tak sempat nak jauhkan telefon dari telinga. Tiab- tiba terpekak 5 saat.

"Ish! Aku save lah! Aku cuma tak tengok siapa yang call, "

Aku dah cakap dengan Danny. Aku tak nak berI-you dengan dia. Aku nak gunakan aku-kau je. Dia pun setuju. So, yeah. Gitulah ceritanya.

"Kau ni! Kita ada masalah! "

"Maaf, enggak bisa bahasa inggeris, " aku cuba membuat lawak. Dia serius sangat. Takut aku. Kang kalau aku terkencing, macam mana? Dah lah dekat public.

"Aku cakap malay tau tadi! Bukannya english! " Danny menjerit.

Aku menepuk dahiku, "Haahlah wey. Bodoh juga aku ni rupanya, ish ish ish, " aku menggeleng perlahan.

"Zedi, I'm serious! " Danny mendatarkan suaranya.

"Okay fine! What is the problem? Ada kena mengena dengan aku ke? "

"Ada! Sangat kena mengena! "

"Wait, don't say that... "

"Yeah, dia dah mulakan tadi. Qari kena serang. Nasib baik sempat diselamatkan tapi ada seorang cedera teruk,"

Aku terkejut, seorang dah kena? "Hah? What are you talking about! Siapa yang cedera?! "

"Aku tak kenal tapi makcik tu nampak rapat dengan Qari. Tapi yang aku pasti, itu bukan mak dia, "

Aku berpikir. Rapat, bukan mak... Aku terkejut apabila aku terpikir seseorang, "Mak Leha! "

"Hah! I don't know siapa tu tapi itulah nampaknya, "

Aku terdiam tetapi aku terpikir sesuatu, "Wait, berapa orang yang serang rumah Qari? "

"Just seorang je, "

"So, why you know the details about the incident? "

"Ha? Zedi! Aku ada hal kejap, bye! "

"Danny aku nak jawapan-- "

Tut tut..

Aku mengeluh, haih. Dia ni suka buat aku berpikirlah. Aku ni dahlah otak lembab, malas nak berpikir.

Musykil betul aku dengan dia.

Aku terus balik ke rumah, menaiki grab. Sis tak ada lesen lagi, birthday belum lagi. Haha.

Actually, ahad ni birthday aku. Birthday aku sehari selepas anniversary ZIQHAS. Biasanya, orang akan sambut serentak je. Simpan bajet.

Tapi diorang berlima nak sambut berlainan. So, hari ahad ni birthday aku pula. Diorang berlima diam je, tapi aku tahu yang diorang ada plan tanpa aku.

Itu yang terjadi pada tahun sebelum ni. Diorang diam, tup tup. Benda yang aku tak expect, diorang akan buat. Itulah suprise nya.

Birthday aku 9 April, anniversary ZIQHAS pula 8 April. Haha!

Tapi... boleh ke aku sambut anniversary ZIQHAS ke lima dan birthday aku ke tujuh belas? Dengan situasi yang macam ni?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top