Chapter 40
(Syaz P.O.V)
Aku berjalan bersama mereka berempat yang lain. Hanya Zedi sahaja tak ada. Sampai di depan pagar, kami berhenti, menunggu Zedi.
"Semalam Ze tak balik sama- sama dengan kita kan? " Aisy mematikan keheningan kami.
"Haah lah, " Hara menepuk bahu Aisy perlahan.
Aku terdiam, haah juga, "Petang semalam, aku nampak Zedi dengan Abang Naim. Aku baru je nak turun, sapa Abang Naim tapi dia dah balik. Mungkin kejap je dia singgah, aku pun nampak Zedi pegang barang, "
Mereka memandang aku.
"Hmm, tak pelik ke? " Qari menyoal kehairanan.
"Tak pelik, sebab dua beradik tu suka buat benda yang merepek, " Izla menjawab penuh keyakinan.
Mereka yang lain ketawa. Aku hanya diam sahaja.
"Tapi kan, "
Mereka berhenti ketawa lantas memandangku.
"Tapi apa? " Hara minum air di botol air tupperwarenya.
"Zedi dah berubah sikit lah, " aku bersuara perlahan.
Mereka hanya mengangguk, setuju denganku.
"Dia dah tak banyak buat lawak, " Hara menyimpan botol airnya ditepi beg.
"Dia dah tak banyak buat kecoh dekat group chat, " Qari pula menyuarakan perubahan Zedi.
"And dia dah tak banyak buat benda yang merepek, " Izla menyandar di pagar sekolah.
"Guys-- "
"HEY KORANG! "
Kami menoleh ke belakang, kelihatan Zedi berlari ke arah kami dengan lambaian serta senyuman ceria. Tetapi tidak seceria selalu.
"JOM! " Zedi terus melompat keluar dari kawasan sekolah.
Kami ketawa lalu mengikutinya.
"Minggu ni boleh balik rumah! Arghhh! Aku rindu dengan mama! " Izla menjerit.
Hara ketawa, "Dasar anak mak, "
"Hey! " Izla memukul bahu Hara perlahan.
"Well, sabtu ni jangan lupa, " Aisy memberi peringatan.
Aku mengangguk, "Jangan ada yang lambat sebab bangun tidur pukul 12 tengahari, " aku melihat Hara.
Hara berdehem, cuba untuk kelihatan tenang. Kantoi pula bangun lambat! Cuti kan? Mestilah kena relax.
Selain dia, ada lagi 3 ketul yang lambat.
"Jangan ada yang bagi alasan tolong mama kemas rumah walaupun ada maid, " aku menepuk bahu Izla perlahan.
Izla ketawa janggal.
Aku menyenggol bahu Qari, "Jangan ada yang bagi alasan traffic jam, "
"Of-- of course lah, aku dah berubah ke jalan yang benar! " Qari kelihatan berpeluh.
Ceh, penakut.
Aku memandang Zedi yang agak diam, biasanya kalau situasi macam ni, dia selalu ambil kesempatan, jadi batu api. Makin dia tambah perisa nak kenakan kawan- kawan dia. Tapi kali ni, tak!
Aku berdehem, "Jangan ada yang bagi alasan tolong nenek melintas dekat jalan raya ataupun jadi polis traffic sukarela sebab jalan jam, "
Zedi memandangku, "Okay, "
Kami berlima berhenti berjalan apabila mendengar balasan Zedi. Zedi memandang kami di belakang.
"Kenapa? "
"Ze, kau.. okay? " Izla menyoal ragu- ragu.
"Haa? I'm totally fine! "
"Are you sure? " aku menyoal. Totally fine kepala abah dia lah!
"Very very 100% sure. So, let's go! " Zedi melompat keriangan lalu dia pun lari ke asrama ala- ala naruto.
"Nothing to be worried, guys, " Hara mengejar Zedi sambil menjerit kuat.
Izla pula melompat- lompat dengan pantas, ingin mengekori dua rakan jenayahnya. Haha, maaf Izla!
Qari pula berjalan sambil menyanyikan lagu Let It Go by Indina Menzel. Dia berjalan bagaikan Elsa. Semua gaya Elsa ditirunya.
"Urm, what was that? We have friends like a naruto, tarzan, froppy and Elsa? " Aisy memandangku.
"Froppy? " aku memandangnya.
Aik Aisy, takkanlah bila tengok diorang jadi tak betul macam selalu terus tak pandai sebut froggy?
"Yeah, Ze pernah tunjuk anime My Hero Academia dekat aku and aku rasa aku minat froppy, her quirk just like frog. She's so cute! " Aisy berjalan meninggalkan ku.
"Haa? Quirk? "
"Bet you don't understand. Nanti kau tanyalah Zedi pasal anime My Hero Academia. And quirk is hero's power, " Aisy tetap berjalan meninggalkan ku.
Aku mengeluh, Zedi selalu ajak aku tengok anime tapi masalahnya, anime yang dia tengok tu bukan taste aku.
"Maybe sabtu ni aku akan ajak Zedi tengok anime yang dia suka, " aku bersuara perlahan lantas berjalan ke asrama, mengikuti mereka berlima.
'Aku tak sabar nak celebrate hari sabtu ni tapi aku.. tak sedap hati, ' aku cuba mengusir perasaan tak sedap hati itu.
(End Syaz P.O.V)
------
(Teacher Irene P.O.V)
Aku berjalan menuju ke bilik bawah tanah. Sekarang kami sudah berada di mansion kami di Malaysia.
Ya, aku dah ada dekat Malaysia dengan papa, mama, Bunny dan yang lain. Danny masih lagi di Diamond High, sekolah barunya dan ZIQHAS.
Di dalam bilik bawah tanah, mama dan Bunny dikurung.
Yang aku ingat, papa cakap dengan aku, dia akan lepaskan mama dan Bunny bila dia dah dapat tangkap ZIQHAS!
Actually papa dah bebeskan aku semalam sebelum kami berlepas ke Malaysia. Maksudnya, aku masih lagi hidup tapi papa takkan dapat baca minda aku, tahu pokasi aku dan kawal pergerakan aku. Aku bebas!
Aku boleh je larikan diri tapi aku takkan tinggalkan family dan ZIQHAS. Bila papa lepaskan mama dan bunny, aku akan suruh Danny bawa diorang berdua lari dulu. And then, aku akan selamatkan ZIQHAS.
Itulah rancangan aku.
Aku mengeluh lantas aku berdiri di hadapan sel besi. Aku melihat mama dan Bunny yang tidur di atas katil. Walaupun ada katil, aku tahu mama dan Bunny tak selesa.
"Mama? Bunny? " aku memanggil mereka.
Bunny terbangun dari tidurnya, "Ririn! "
Haha. Comel je nickname yang adik aku bagi aku.
Bunny berlari ke arahku lantas menangis, "Ririn, Bunny scared. What if papa sell Bunny? "
Aku terkejut, "Ho-- how do you know, Bunny? "
Bunny menangis, "Pa-- pa said if Dadan fail his mission, papa gonna sell Bunny to his friend, "
Aku terkejut, tergamak papa bagitahu perkara macam ni dekat Bunny! Bunny hanya remaja berumur 14 tahun, dia tak patut tahu semua ni. Macam mana kalau dia takut dan cuba buat benda yang di luar jangkaan?
Dan untuk semua yang confuse, Dadan tu panggilan Danny pula.
"Ririn, " Bunny menggoncang tanganku kiriku.
Aku tersenyum hambar lantas mengusap rambutnya yang kelihatan kusut, "Don't worry Bunny, Ririn will make sure that Dadan success. After that, mama and Bunny will get freedom, "
Bunny kelihatan sedikit gembira, "Really? "
Aku tersenyum, "Of course, and three of us also Dadan will go far away from papa. We will start a new life together without him. You like it? "
Bunny terus sahaja tersenyum gembira, "Yes, Bunny like it! Bunny don't wanna live with papa anymore. Papa always make mama cried, papa doesn't love mama and Bunny anymore, "
Aku ketawa kecil, "Dadan and Ririn will always love mama and Bunny. We don't need papa, right? "
Bunny tersenyum gembira, "Yes! And you promise me, we will live together. Just four of us, "
"Of course Bunny, " aku mengusap pipi kiri Bunny.
"Urm, "
Kami berdua menoleh.
"Mama! " Bunny berlari ke mama. Nampaknnya mama pun dah sedar dari tidurnya.
Aku sayu melihat mama dan Bunny dikurung di sini.
Apa salah mereka berdua sehingga perlu dikurung sebegini?
Apa salah Danny sehingga perlu membuat misi tanpa kerelaan hatinya?
Apa salah aku sampai perlu bahayakan anak- anak murid kesayangan aku?
Apa salah ZIQHAS sampai perlu jalani kehidupan yang sukar, tidak seperti remaja yang lain?
Tiada siapa yang bersalah selain daripada Mr. Kim! Seorang yang tamak dengan harta dan pangkat serta kuasa di dunia mafia!
Tidak cukup ke harta yang dia ada sekarang? Pangkat serta kuasa yang dia ada sekarang? Kenapa manusia seperti dia perlu wujud?
Manusia seperti dialah yang selalu menghancurkan kebahagiaan orang lain!
Aku mengeluh lantas duduk bersila di depan sel, "Mama, mama apa khabar? "
Mama terkejut melihatku, "Rin, "
Dengan perlahan, mama bangun lalu dia pun duduk bersimpuh di hadapanku. Bunny pula bersila di sebelah mama. Kami duduk berhadapan namun sel yang menjadi pemisahan.
"Mama baik saja, Rin pula? "
"Rin okay, mama. Mama, betul ke yang papa ada bagitahu yang dia akan jual Bunny? " aku menyoal mama sayu.
"Ya, Rin, "
Aku mengetap bibir, menahan tangisan. Aku kena nampak kuat. Diorang lebih perlukan sokongan dan perlindungan berbanding dengan aku yang masih lagi bebas.
"Mama, what's wrong? " Bunny menyoal.
Kami berdua memang akan berbual dalam bahasa melayu jika melibatkan rancangan kejam papa. Memandangkan Bunny langsung tidak fasih berbahasa melayu, itu menjadi kelebihan kami kerana kami tidak mahu Bunny mengetahui rancangan papa.
Tapi sekarang dia dah tahu... Semuanya kerana ayahnya sendiri.
"Nothing sweetheart, come here, lay on my lap, "
Bunny hanya mengikuti arahan mama. Dia segera meletakkan kepalanya di pangkuan mama. Mama mengusap kepalanya dengan lembut.
"Mama, "
"Yes Rin? " mama terus memandangku.
"Bunny tahu yang dia takkan dijual kalau misi Danny lulus tapi dia tak tahu apa yang Danny perlu buat dalam misi itu kan? "
Mama tersenyum, "Ya sayang, Bunny langsung tak tahu. Kalau dia tahu, mungkin dia tak boleh nak terima hakikat, "
Aku menunduk lantas menarik nafas lega.
"Tetapi, "
Aku terus memandang mama. Mama kelihatan sayu.
"Tetapi apa mama? "
"Kamu takkan benarkan misi itu berjaya, kan? " mama memandang tepat di anak mataku.
Aku tersentak, tanganku mula menggigil.
"Rin, cakap dengan mama, kamu takkan sesekali bahayakan anak- anak murid kamu yang tak bersalah, kan? " sekali lagi mama menyoalku dengan serius.
Aku kehilangan kata- kata.
"Rin, kamu perlu selamatkan mereka. Jangan risau akan mama dan Bunny. Anak- anak murid kamu tak bersalah-- "
"Begitu juga dengan mama dan Bunny! " aku meninggikan suaraku.
Mama tersentak.
Aku terdiam lantas memandang mama, "Mama, Rin minta maaf. Rin tak berniat nak tinggikan suara dekat mama. Rin cuma.. cuma, "
"Tak apa, sayang. Mama faham, kamu mesti runsing, kan? "
Aku tak dapat nak tahan air mata lagi, aku terus menangis lantas tangan kanan mamaku di ambil lalu dicium.
"Mama! Rin minta maaf! Rin suruh Danny jalankan misi tu sampai berjaya! Rin minta maaf, mama! Rin dengan Danny risaukan mama dan Bunny! "
Mama terkejut mendengar pengakuanku.
"Ke-- kenapa? Kenapa kamu buat macam tu? Kamu tahukan papa macam mana? Macam mana kalau dia seksa anak- anak murid kamu bila dia berjaya tangkap mereka nanti? "
Aku mengangguk sambil menangis, "Ri-- Rin minta maaf mama, "
Mama terus menangis.
"Mama? Ririn? What happen? Why both of you crying? " Bunny terus duduk.
"Nothing sweetheart, Ririn just felt guilty when she saw we like this, " mama terpaksa bohong dengan Bunny.
"Oh, Ririn, don't cry! We're just fine, " Bunny menepuk bahuku perlahan.
Aku tetap menangis, aku tak ada pilihan. Aku runsing, aku tak tahu nak buat apa. Aku sayang mama dan Bunny. Dalam masa yang sama, aku juga sayang ZIQHAS.
Aku buntu.
"Mama tahu kamu dengan Danny sayangkan mama dan Bunny, tapi kamu kena tahu-- "
"Sebab tu Rin dah rancang sesuatu untuk selamatkan mama, Bunny dan anak- anak murid Rin, " aku terus memotong percakapan mama.
Mama terkejut mendengar. Mula- mula aku nak rahsiakan, tapi aku rasa lebih baik aku bagitahu supaya mama tak risau.
"Kamu ada rancangan nak selamatkan kami semua? Rancangan itu perlukan pertolongan tak? Berbahaya tak? "
Aku mengangguk, "Rancangan tu sangat senang, Rin boleh buat tanpa pertolongan orang lain. Jadi, Rin akan lakukan. Mama jangan risau ye. Rin akan pastikan mereka selamat, "
Mama menyekat air matanya, "Mama gembira dapat anak- anak macam kamu, Danny dan Bunny. Kamu semua selalu fikirkan tentang keselamatan orang lain terlebih dahulu, "
Aku menahan sebak, walaupun aku dah menangis tapi aku gembira bila dengar mama cakap begitu. Mama memang selalu menjadi penyejuk hati kami tiga beradik. Berbanding dengan papa yang selalu mempergunakan kami sebagai anak.
"Kami pula gembira mendapat seorang ibu yang penyayang seperti mama. Mama, bila Rin nak jalankan rancangan Rin tu, mama boleh percayakan Rin? "
Mama mengangguk, "Sudah tentu mama percayakan kamu, mama tahu kamu boleh selamatkan mereka, "
"Ririn, you look tired... "
Aku dan mama memandang Bunny di sebelah.
Mama terus mengusap tanganku, "Rin kamu dah semakin kurus. Kamu makan tak? Kamu cukup tidur tak? "
Aku menepuk tangan mama perlahan, "Mama, I'm okay. This is nothing, "
Mama menitiskan air matanya sekali lagi, "Mama minta maaf. Ni semua salah mama, "
"Mama jangan cakap macam ni. Ni semua bukan salah mama-- "
"Kalaulah mama dengar kata atuk kamu, mesti semua takkan jadi macam ni, "
"A-- apa maksud mama? Atuk? " aku terkedu.
Mama bangun diikuti Bunny.
"Bunny, go take shower, " mama menyuruhnya.
Bunny terus berjalan tanpa menyoal.
Mama tersenyum, "Mungkin bila semua anak murid kamu dah ditangkap, papa akan ceritakan segalanya, "
"Mama-- "
"Rin, kamu balik ye. Mama nak rehat, " mama terus duduk di katil.
Aku terus mendiamkan diri. Dinding sel digenggam kuat lalu aku pun mengeluh. Tak guna nak push mama. Mama takkan bagitahu. Walau selembut manapun mama, dia tetap ada perangai keras kepala dia.
"Rin pergi dulu. Mama dengan Bunny, jaga diri ye. Kita jumpa di luar nanti bila papa dah bebaskan mama dengan Bunny, "
Mama hanya mendiamkan diri. Aku terus berjalan.
'ZIQHAS, teacher janji, teacher akan selamatkan kamu semua,' aku berdesis dalam hati.
(End Teacher Irene P.O.V)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top